Kenyataan Media
12 Jun 2012
ANIFAH AMAN TIDAK SERIUS MENJALANKAN TUGASNYA SEBAGAI MENTERI LUAR
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyanggah kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman seperti yang dilapor oleh Malaysiakini kononnya perbicaraan dakwaan rasuah dalam isu pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berlangsung di Perancis bukan satu perkara yang perlu diberikan perhatian oleh Malaysia buat masa ini. Anifah Aman juga turut menyebut kes tersebut sebagai 'bukan perkara serius'.
Kenyataan Anifah Aman sebagai seorang menteri dilihat kurang bertanggungjawab memandangkan isu skandal rasuah kapal selam ini mendapat liputan di peringkat antarabangsa. Skandal ini memalukan negara dan telah diberitakan di beberapa akhbar seluruh dunia. Ia termasuklah dakwaan ahli parlimen negara Malta bahawa perunding kewangan yang berpangkalan di Malta milik Perancis, sedang disiasat kerana peranannya dalam pembelian kontroversi dua kapal selam itu pada berharga AS$1 (RM3.1 bilion) oleh kerajaan Malaysia.
Skandal scopene diparahkan lagi dengan pendedahan penjualan dokumen sulit maklumat pertahanan negara seperti yang dilapor oleh SUARAM. Perkara ini juga membawa kepada laporan polis daripada SAMM di seluruh negara bagi mendesak pihak polis membuka kertas siasatan. Dalam isu berkaitan, Najib Razak yang diam menikus apabila dilaporkan pernah bertemu Altantuya di Paris oleh seorang wartawan The Phnom Penh Post minggu lalu turut menggemparkan negara. Apakah ini tidak cukup serius?
SAMM melihat isu rasuah, penyelewengan, kebocoran maklumat keselamatan negara dan pembunuhan 'tanpa motif' adalah perkara yang serius. Lebih daripada serius apabila Perdana Menteri sesebuah negara itu turut diheret sama.
Kedangkalan Anifah Aman dalam mengeluarkan kenyataan menjadi tanda tanya apakah ia bertujuan untuk mengampu Perdana Menteri bagi menjamin 'kerusi selamat' dan seterusnya kekal status jawatan menteri memandangkan pilihanraya sudah semakin hampir?
Justeru itu, kegagalan Anifah Aman menentukan apakah definasi sebenar 'serius' dalam mengurus negara membuatkan SAMM secara keseluruhannya bersetuju bahawa Datuk Seri Anifah Aman harus meletak jawatan sebagai Menteri Luar kerana tidak serius menjadi seorang menteri.
Sekian
Roslee Mohd Shariff
Penyelaras SAMM Kebangsaan
3 comments:
Bro,
Aku warganegara Malaysia, aku jugak mengundi. Boleh ke kalau aku nak buat repot polis sebab ada MENTERI BANGANG mcm Anifah ni??
Tak tahan laa... jiwa tertekan!! bukan apa, bila pikirkan dia dah laa dapat gaji banyak, elaun banyak.. semua tu dari duit cukai (termasuk duit aku laa).. tapi bodoh nak mampus, dia tak serius buat kerja.. boleh ke kalau aku buat repot polis sebab dia bodoh??
serius memang boleh... nanti email salinan report kepada saya edyesdotcom@gmail.com
nak report di balai mana? kalau perlukan press, sila maklum
aku cuba esok kat balai polis pendang.
Post a Comment