Sidang Media Pelancaran ABU di Negeri Sembilan
 
  
 Tempat: Jalan Tuanku Antah, Tingkat 1, Restoran Bidara Corner, Seremban
Masa: 3.30pm
Kehadiran
SAMM N.Sembilan - Sdr Saufi (Penyelaras SAMM N.S), sdr Azizi, Sdr Sani, Sdr Yaser
PEWARIS N.Sembilan
Kelab Bermotor United Shark - Sdr Saiful
Wakil peneroka Felda Sendayan - Sdr Daud Idris
Wakil Pengusaha Restoran - Sdr Musliady
Wakil Nelayan - Noor Aiza
Wakil Mahasiswa - Sdr Farel
Mengapa 'Asalkan Bukan Umno' di NS ?
 Negeri Sembilan sebuah negeri Umno yang paling banyak masaalah. Antara masalah paling terkesan di hati rakyat Negeri Sembilan ialah, negeri ini diperintah oleh adik beradik dan tidak dapat dipastikan yang mana satu MB sebenar. Samada Azman, atau Mohamad, atau Ghani. Post MB di Negeri sembilan boleh bertukar-tukar tangan. 
MB Negeri Sembilan juga terkait dalam beberapa isu besar. Antaranya Ketua Pembangkang Negeri Sembilan Anthony Loke Siew Fook  mendakwa menteri besar negeri itu tidak telus dalam penjualan tanah  seluas 303.5 hektar di Sendayan untuk menggantikan pangkalan udara  tentera di Sungai Besi. Turut dipersoal berapa harga jualan keseluruhan tanah tersebut dan nilai jualan  setiap kaki persegi? Terma-terma dalam perjanjian jual-beli  tersebut?
 Apakah penjualan tanah itu dijalankan secara tender terbuka atau rundingan terus tidaklah diketahui. YB Loke juga mempersoalkan kenapa transaksi tersebut "dijalankan dengan  begitu sulit” dan sama ada wujud perkara yang ingin disembunyikan  daripada pengetahuan umum.
Turut menjadi masalah besar kepada MB Negeri Sembilan ialah dikaitkan dengan  'penyeludupan' RM10 juta yang dikirim ke luar negara oleh  Menteri Besar  Negeri Sembilan. Wang  RM10 juta itu dikirim ke London  pada 2008 melalui Salamath Ali Money  Changer Sdn Bhd iaitu salah satu  lesen perniagaan pengurupan wang yang  dibatalkan. Sehingga ke hari ini kes  tersebut belum  diselesaikan walaupun Bank Negara Malaysia mengakui  mempunyai bukti  bahawa Hassan terlibat dalam 'penyeludupan' wang  berkenaan.
Sekarang politik Umno di Negeri Sembilan ini masih lagi bergolak, berpolitik untuk kerusi MB sedikit sebanyak telah mengabaikan rakyat di N.Sembilan. Sekurang-kurangnya 5 kem politik Umno dalam N.Sembilan dengan calon masing-masing. Antara yang menonjol ialah Shaziman dan juga bekas MB N.Sembilan yang terkait rasuah politik iaitu Isa Samad. Sabotaj di sana-sini, rakyat susah tiada yang peduli.
Antara keterangan dari rakyat mengenai mengapa kempen ABU harus dijunjung di Negeri Sembilan; 
Saudara  Musliady wakil dari pengusaha  restoran membangkitkan isu kenaikkan  harga barang berasaskan makanan  dan keperluan harian menyebabkan  kesulitan untuk pihak pengusaha  restoran meletakkan harga jualan. 
Sdr Daud wakil Peneroka Felda Sendaya meluahkan rasa kecewa peneroka Felda yang menjadi mangsa penipuan Felda selama puluhan tahun. Selain itu, FELDA juga dikhuatiri terdedah kepada risiko rasuah dan ketirisan memandangkan pengerusi FELDA pernah terlibat dengan jenayah rasuah untuk kepentingan politik.
Sdr Daud wakil Peneroka Felda Sendaya meluahkan rasa kecewa peneroka Felda yang menjadi mangsa penipuan Felda selama puluhan tahun. Selain itu, FELDA juga dikhuatiri terdedah kepada risiko rasuah dan ketirisan memandangkan pengerusi FELDA pernah terlibat dengan jenayah rasuah untuk kepentingan politik.
Wakil dari kelab motor United Shark, saudara Saiful pula mengetengahkan isu insfrastruktur untuk sukan permotoran di N.Sembilan yang begitu terhad, menyebabkan Negeri Sembilan begitu terkenal dengan aksi 'merempit di malam minggu'.
Semua wakil dari Negeri Sembilan  termasuk  wakil PEWARIS bersetuju untuk menyokong kempen Asalkan Bukan  Umno dan  akan turut hadir dalam program raksasa Rapat Rakyat ABU pada  15 Disember  2011.
ABU - Penyelesai Muktamad !
EDYES
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kenyataan Umum
12 Disember 2011
9    Disember lepas satu sejarah  telah berlaku di mana satu sidang media    serentak di seluruh negara  berlaku dengan menyuarakan satu maksud  yang   sama. Tanpa pimpinan  'besar', hanya rakyat biasa dari perbagai  latar   belakang seperti  peniaga kecil, pelajar, pekerja kilang,  aktivis   masyarakat dan lain -  lain tampil untuk bertemu media di  seluruh negara   dengan menyatakan  iltizam bersama menggerakkan rakyat  dengan semangat   'ABU' Asalkan  Bukan Umno.
ABU    bukan organisasi seperti  NGO, jauh sekali sebagai parti politik. ABU    ialah semangat yang  mengikat rakyat dan satu gelombang kesedaran  betapa   Umno (United Malay  National Organisation) merupakan pewaris  penjajah   yang menjadi punca  kecelaruan dan perbagai masalah dalam  negara ini.
Dari    masalah perkauman  melampau, ketegangan antara agama membawa ke  masalah   ekonomi, rasuah  serta kelemahan pentadbiran sehingga  pembaziran  melampau  yang mencipta  kepayahan hidup sehinggalah  kenaikan kos hidup  (harga  barang) secara  mendadak dan melampau.  Semuanya ialah kerana Umno  yang  dicipta  penjajah mewarisi negara ini  dan lebih - lebih lagi ia  sudah  terlalu  lama berada ditampuk kuasa.
Siapa ABU ?
ABU     ialah saya, saudara dan kita semua rakyat biasa yang bersetuju     mengenepikan perbezaan dalam mencari kesamaan melawan kezaliman Umno     sehingga tumbangnya Umno dari kekuasaan. ABU tidak dimonopoli oleh mana -     mana parti politik atau organisasi. ABU milik rakyat yang sedar     perlunya bangkit dengan berani dan dengan tegas menyatakan tidak kepada     Umno. ABU ialah trend kebangkitan melawan penindasan. Semua rakyat,     organisasi dijemput bersama dan ialah pemilik gerakan ABU. SAMM  terlibat    menggerakkan ABU atas kesedaran tetapi ABU bukan milik SAMM.
RAPAT RAKYAT 
Gerakan     kesedaran ini bergerak dengan perbagai pendekatan dari kempen umum,     pengedaran risaalah, vcd. Penyampaian mesra media baru tanpa menolak     secara konvensional seperti edaran bahan ke rumah - rumah dan pejabat  -    pejabat. Hinggalah ke kempen secara grafiti dan sabotaj. ABU juga     bergerak secara anarkis dan organik. ABU berteraskan rakyat.
Gerakan    ABU ini wujud sudah  lama cuma sudah sebulan lebih SAMM cuba    menggerakkan secara serius  mengikut skala yang kami mampu dengan    mengikat beberapa lagi  organisasi termasuk parti politik dalam usaha    serius menyedarkan  rakyat mengenai ABU.
Satu    program memperkenalkan  ABU akan diadakan di peringkat kebangsaan dan    negeri. Semua dijemput  ke program memperkenalkan ABU peringkat    kebangsaan seperti berikut :
Rapat Rakyat ABU
"bersatu ASALKAN BUKAN UMNO"
15 Disember 2011
8.30 malam
Dataran Sebelah KUIZM, Tmn Melewar, Gombak.
Program    ini akan menampilkan  kelainan dengan mengetengahkan pidato dari  rakyat   biasa yang  mengenengahkan masalah sebenar rakyat, dari pemandu    teksi,setinggan,  pekerja kilang, suri rumah, pengamal rawatan    alternatif, kerani,  pegawai bank, cikgu, artis sehinggalah pimpinan    parti politik.
Antara    pimpinan politik yang  telah mengesahkan kehadiran ialah YB Datuk   Mahfuz  Omar (PAS),  Arulchelvam (PSM), Dr. Rohana (PRM) dan Haris   Ibrahim  (MCLM).  Kemunculan khas kali pertama dalam pentas rakyat di   semenanjung  ialah  Datuk Seri Yong Teck Lee (Presiden SAPP) yang akan   membuat  pengumuman  khas bersangkutan ABU.
Majlis    juga menjemput  Hishamuddin Rais yang porpular dengan blognya Tukar    Tiub, beliau  didapati antara yang awal menggunakan perkataan ABU    sehingga menjadi  trend kepada khususnya anak muda.
Diharap    semua rakyat yang  bersetuju dengan ABU dapat sama membantu   menghebahkan  maklumat program  juga hadir beramai - ramai dan kemudian   menjadi agen  penyampai  maklumat ABU.
Asalkan bukan Umno, selamatkan Malaysia.
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


 
 
No comments:
Post a Comment