Showing posts with label Asalkan Bukan Umno. Show all posts
Showing posts with label Asalkan Bukan Umno. Show all posts

Wednesday, March 28, 2012

GEMPAR!! YB Umno Kaki Dangdut Telah Dikenalpasti!! (Wajib Sebar!!)




Laporan dari akhbar Sinar Harian dua hari lepas melaporkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Melaka telah menahan seramai 27 orang di tangkap dalam Ops Tapis di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya.
 
27 orang yang di tahan itu termasuk seorang ADUN Melaka.


Lihat gambar di bawah pula, boleh nampak potongan sideburn rambut kedua-dua identiti ini.


Maklumat tambahan yang di perolehi telah membongkar ADUN yang terlibat dalam tangkapan tersebut adalah ADUN dari Dun RIM, iaitu Mohd Yazed Hj Khamis. Maklumat ini di peroleh dari laporan cetak Akhbar Cina, Sin Chew Jit Poh bertarikh 26hb Mac 2012 seperti di bawah:


Sebagai seorang YB yang memegang tanggungjawab/peranan memartabatkan akidah Islam, sepatutnya pada jam 2.40 pagi adalah waktu paling sesuai menganjurkan solat tahajud tetapi pada waktu yang sama YB tersebut telah dicekup meraikan pesta dangdut bersama GRO yang seksi dan arak bergelimpangan. Dalam serbuan yang sama, hasil ujian urin mendapati lapan lelaki dan tiga wanita di dalam premis berkenaan didapati positif dadah.

Jika beginilah sikap seorang YB Umno yang mempunyai 'tittle' Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, bagaimana pula sikap pemimpin Umno lain yang tidak memegang portfolio hal ehwal agama?  Inikah gerombolan pejuang Islam yang boleh diharapkan??

Gambar di bawah pula menunjukkan bagaimana Umno meraikan ahli-ahlinya - dengan persembahan tarian gelek demi kelangsungan meneruskan legasi;

Amat menghairankan, bagaimana tergamaknya mereka mengiktiraf 'Allah Bersama Umno' dalam merungkai akronim A.B.U. Apakah Umno sudah terlalu dipinggir oleh rakyat sehingga terpaksa menghidangkan hiburan melampaui batasan semata-mata untuk meramaikan kehadiran. Mereka menjemput penari untuk 'bergoyang inul' dan ini satu penghinaan ke atas orang melayu sendiri kononnya hiburan begini yang dituntut masyarakat.

Umno semakin hari semakin dipinggirkan. Banyak cawangan sudah ditutup dan selebihnya cawangan tidak banyak berfungsi. Umno hari ini hanya sekadar bermain di peringkat bahagian, mengira keuntungan projek sana-sini untuk dibahagi hanya sesama mereka.

Jika dilihat mood rakyat dalam menghadapi PRU13, rakyat lebih terbuka dan memilih untuk perubahan total. Program ceramah di Melaka dan Johor mendapat sambutan yang amat luar biasa. Rakyat juga menyatakan kesediaan untuk sebuah menerima sebuah kerajaan pusat yang baru, hasil dari testimoni baik yang ditunjukkan oleh semua kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Mood meninggalkan Umno dan menyertai Pakatan Rakyat ini dibantu dengan lebih pantas oleh isu-isu penyelewengan seperti isu NFC, PKFZ dan juga isu moral seperti tertangkapnya seorang YB dalam kelab dangdut seperti yang diberitakan di atas. Isu hubungan dagang Malaysia-Israel yang sedang hangat bermain di Parlimen juga menjadi faktor besar kerana isu Israel begitu sinonim menusuk jantung orang melayu yang berugama Islam. 

Isu kenaikan harga barang juga membantu mood 'Asalkan Bukan Umno', isu SPBA yang menyentap perasaan setiap penjawat awam peringkat pertengahan dan bawahan juga cukup membantu mood ABU. Isu lynas juga memberi mimpi ngeri buat regim pemerintah, begitu juga dengan keangkuhan Rosmah yang tetap berbelanja besar walaupun telah diberi amaran oleh rakyat dan juga anak muda SAMM. 

Semua isu ini menjadi pemangkin betapa Umno yang sudah rapuh itu harus ditinggalkan. Tindakbalas dari isu-isu yang dibongkar Pakatan Rakyat, orang Umno sendiri malu untuk mengaku sokong Umno. Mereka hanya bersuara seolah-olah orang atas pagar tetapi bau Umno masih pekat di kalangan mereka. Dari status orang tengah inilah mereka membuka mata dengan maklumat dan berpusu-pusulah mereka meninggalkan Umno.

Lihatlah gambar di bawah, rakyat hadir sendiri tanpa bas dan nasi bungkus, memberi sokongan tanpa sebarang bayaran / door gift, malah rakyat yang datang ini turut membantu mengeluarkan wang kocek memberi dana hanya untuk memastikan Bn tumbang pada PRU13. 

Gambar ini diambil malam tadi(27 Mac) dari dua kamera berbeza;



Rakyat hadir tanpa dihidangkan penari seksi. Sokongan yang besar ini membuatkan regim gentar dan pastinya akan bertindak luar batasan demi menghalang kemaraan jentera Pakatan Rakyat untuk mencelikkan rakyat. Apabila Umno gagal berhujah menggunakan otak, maka otot pula mereka gunakan. Inilah sikap dan tabiat gerombolan di hujung usia.

Ayuh rakyat, ke'samseng'an Umno tidak memberi apa-apa faedah, maka tinggalkanlah gerombolan terdesak ini. Inilah detik dan peluang terbaik ketika segala kepincangan Umno itu berada di depan mata, apakah kita rakyat celik dan yang hampir celik akan berdiam diri? Pilihlah ABU. Dalam PRU-13, ABU adalah pilihan terbaik !!

Sekali lagi Edyes nyatakan kepada penyokong Umno yang mula sangsi, cukuplah tersesat dan marilah berjuang dalam gerakkan massa ABU. Kepada penyokong Umno tegar, teruskan sesat, kami sudah cuba membantu dengan maklumat yang utuh.

Kepada Rakyat Malaysia, Ayuh tumbangkan kerajaan zalim lagi penipu, perasuah, penyeleweng, peragut dan pembunuh secara halus, dengan slogan rakyat - Asalkan Bukan Umno. ABU pilihan terbaik PRU13.  

Bayangkan, kalau wakil rakyat Umno berjawatan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam pun boleh hanyut ke pusat maksiat, apatah lagi para ahlinya. Tinggalkanlah Umno demi masa depan agama dan anak bangsa, berjuang bersama menegakkan Agama dengan maksud sebenar, bukan retorik semata-mata. 

Asalkan Bukan Umno - Tumbang Bn PRU13

EDYES @edyesdotcom
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)



DI BAWAH INI WAJIB TONTON









Tuesday, March 27, 2012

Isu Moral Yang Bakal Menumbangkan Umno Melaka dan SELURUHNYA!! #ABU!!



Tidak ada ulasan yang paling sesuai bilamana seorang YB Umno yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Melaka dicekup di dalam sebuah kelab dangdut jam 2.30pagi dengan GRO dan arak yang bergelimpangan - Tumbangnya Kerajaan Umno Melaka!!

Peristiwa songsang serba tidak bermoral ini harus menjadi iktibar terbesar buat rakyat Malaysia amnya dan orang Melaka khususnya untuk menolak parti semunafiq Umno, yang kononnya mendakwa bahawa mereka pejuang Islam. Maka tidak hairanlah seorang PM tergamak menyediakan minuman keras di suatu sudut dalam majlis hari jadinya, ketika kita semua faham majlis tetap meriah tanpa penglibatan entiti ber-alkohol.

Apakah ini yang dimaksudkan Islam moderate yang cuba disampaikan oleh Najib sepertimana ungkapan wasatiyyah ketika membelanjakan hampir setengah juta hanya untuk perbelanjaan pertunangan anaknya? Itu belum kira soal siapa yang bayar. Apa yang kita lihat ini adalah amalan munafiq, seperti dalam isu Israel di mana sebelah tangan mereka kononnya membantah kekejaman Israel manakala sebelah lagi tangan menjalin hubungan dagang yang membantu ekonomi Israel sehingga akhirnya Israel yang sama membedil anak Palestin. Umno Munafiq!

Tidak dilupa bagaimana mereka menafsir akronim ABU sebagai 'Allah Bersama Umno' tetapi apakah Allah bersama gerombolan munafiq?? Yakinlah bahawa dengan moral begini di tahap seorang 'Yang Berhormat' merangkap sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, akronim ABU yang mereka tafsirkan itu lebih sesuai berbunyi 'Allah Binasakan Umno'!

Maka dengan ini, saya mencabar setiap umat melayu yang berugama Islam untuk menolak Umno di atas sifat retorik tahap tertinggi yang diamalkan oleh mereka sejak dulu, kini dan selamanya! Ayuh tinggalkan Umno dan selamatkan negara ini dari semua aspek kerosakkan yang dibawa oleh gerombolan elit legasi pewaris penjajah.

Orang Melaka khususnya, cukuplah lena. Asalkan Bukan Umno, kecapi kemerdekaan sebenar... ABU adalah pilihan terbaik PRU13, selain pilihanjalanraya!

Edyes @edyesdotcom

Solidariti Anak Muda Malaysia

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 21, 2012

Najib Arah Hakim Beri Kemenangan Kepada FELDA ? Apalah Nasib Peneroka...




Suatu ketika dahulu, seorang bekas Ketua Hakim Negara pernah mendedahkan bahawa Tun M seorang Perdana Menteri yang selalu campur tangan dalam urusan kehakiman negara. Kali ini Najib Razak pula dilihat mengsahihkan dakwaan belakang tabir tersebut. 

Felda yang dipimpin oleh seorang bekas pesalah rasuah, sejak kebelakangan ini berdepan ratusan saman daripada peneroka berkenaan kes dakwaan penipuan kadar perahan minyak atau OER. Kemenangan peneroka Felda Kemahang 3 di Kelantan yang menang di mahkamah berhubung tuntutan kadar perahan gred menjadi precedent case yang merunsingkan bukan sahaja pihak Felda, tetapi pihak kerajaan secara keseluruhannya.

Antara kes yang dirujuk itu membabitkan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh 766 peneroka dari Serting Hilir dan penempatan Felda Raja Alias terhadap Felda, di Mahkamah Tinggi Seremban dan satu lagi saman oleh 645 peneroka dari penempatan Felda Maokil, yang difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bharu. Manakala 77 orang peneroka dari Felda Kerteh 1 dan 2, Dungun Terengganu juga telah memfailkan saman terhadap Felda di mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. 

Jumlah peneroka yang beratur untuk menyaman penipuan Felda bertambah ke beberapa gugusan termasuklah Gugusan Ayer Tawar, Sungai Koyan dan Gugusan Jengka. Jumlah saman peneroka yang bertambah ini memberi kesan yang besar terhadap kredibiliti Felda kononnya sebagai pembela bangsa melayu dan seterusnya menyebabkan kejatuhan undi deposit Bn melibatkan sebanyak 54 kawasan parlimen dan 92 DUN mempunyai tanah rancangan Felda. Tidak mustahil peneroka yang dianiaya berpuluh tahun ini akan beralih arah.

Justeru itu, untuk menghadapi saman dari ribuan peneroka Felda selain memperbetulkan persepsi terhadap kredibiliti Felda, kerajaan Umno didakwa cuba untuk mempengaruhi hakim yang membicarakan kes-kes yang membabitkan Felda. Ia berasaskan minit mesyuarat Felda yang dipengerusikan oleh Najib Abdul Razak yang diadakan di bangunan Parlimen pada 27 Jun tahun lalu. Apa arahan Najib?  
"Pastikan Felda memenang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya"
Ini adalah bukti campurtangan kerajaan dalam menentukan keputusan mahkamah. Arahan Najib seperti terkandung dalam laporan di atas menunjukkan campur tangan secara jelas pihak eksekutif dalam badan kahakiman negara. Oleh demikian, bagaimana mungkin kita mempercayai institusi kehakiman negara jika pendedahan seperti ini tidak diendahkan?

Di bawah ini edyes bawakan kepada anda apa yang terbuku di hati seorang anak peneroka Felda, buat tatapan anda semua;

Tujuan Tun A Razak buat Felda ialah utk beri tanah secara sewa beli kpd ORANG MELAYU, ISLAM, MISKIN, TAK BERTANAH sebaik mereka melunaskan Bayaran Kembali (BK) dalam tempoh 20-25 tahun. Dah langsai hutang geran pulak tak keluar. Tanam semula melalui Felda akan memberi hutang baru kpd peneroka. NAK RANTAI PENEROKA SAMPAI KIAMAT KE?

Tipu grading, tipu buah, tipu minyak busuk, tipu minyak isirung. Sepatutnya peneroka Felda semua dah jadi jutawan di Malaysia dgn keluasan 10-12 ekar tanah sorang. UMNO balun cukup2. makan duit haram betul.

Kadar Perahan Grade (KPG / OER) di Ladang & Kilang FELDA Purata 18% & Below = Grade C hampir di semua Tanah Rancangan Felda. KPG 21% & Above = Grade A yg sepatutnya diperolehi oleh peneroka dinafikan. M’sian KPG Average 22%. Beza kalau 3% bermakna peneroka kerugian sbnyk RM50X3 X 112000 = RM16.8 juta/sebulan dirompak drp peneroka. Bil peneroka 112000 kecuali Penang, WP dan Sarawak. 

Minyak busuk/ minyak hitam/ mendapan pula : Setiap kilang ada 1 Kolam Mendap. Setiap minggu 5-6 Lori Dtg Sedut. Jika 1 liter =10 Sen, 1 Kolam = ? Tiada laporan. Tiada Audit! Pendapatan Cecah RM juta/setahun ! Minyak ini banyak di ekspot ke Indonesia utk hasilkan sabun, margerin dsb. PEROMPAK!!!

Setiap tan buah antara (90-100 biji) sekurang2 30 biji buah reject dgn alasan mengkal, muda dll. Buah reject sebenarnya diambil dan diproses juga bukan ditinggalkan diladang. Jika petik buah muda kena denda lagi. Ini cerita buah. memang diperbodohkan habis2 peneroka termasuk keluarga aku.

Dalam tempurung kelapa sawit ada isirung yg mampu menghasilkan minyak yg berkualiti tinggi. Pernahkah peneroka mendapat hasilnya walau sesen? Sapa yg sapu hasil2 semua ni?   
Wahai peneroka Felda, anda semua adalah wira bangsa yang banyak berjasa terutamanya dalam sudut menyumbang ekonomi berbentuk komoditi kepada kerajaan Malaysia. Anda semua peneroka Felda sepatutnya ditatang bagai minyak yang penuh oleh Felda dan Kerajaan Malaysia, namun semua jasa peneroka Felda dibalas dengan penipuan. 

Lebih malang, pendedahan hari ini menunjukkan penipuan itu bukan sedikit malah di pertarungan mahkamah antara peneroka dan Felda juga terdapat campurtangan yang akhirnya akan memberi kecelakaan kepada peneroka Felda.

Kepada pembaca budiman, pastikan tulisan ini sampai ke seluruh peneroka berjumlah 112,635 ribu orang, serta generasi kedua dan ketiga yang sudah boleh membuang undi. Pastikan generasi peneroka Felda celik dengan maklumat betapa mereka ditipu hidup dan mati! 

Kepada penyokong Umno yang mula sangsi, cukuplah tersesat dan marilah berjuang dalam gerakkan massa ABU. Kepada penyokong Umno tegar, teruskan sesat, kami sudah cuba membantu dengan maklumat yang utuh. 

Kepada Rakyat Malaysia, Ayuh tumbangkan kerajaan zalim lagi penipu, perasuah, penyeleweng, peragut dan pembunuh secara halus, dengan slogan rakyat - Asalkan Bukan Umno. ABU pilihan terbaik PRU13. 

"Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata"


EDYES @edyesdotcom
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com

Tuesday, March 20, 2012

GEMPAR!! Permohonan Umno Gadai Tanah Rezab Melayu Ditolak MB Selangor?!!




Di bawah, lihat dengan jelas permohonan Umno Puchong ditolak kerana ia satu cubaan merampas tanah rezab melayu;

dan lihat semula siapa pemilik Lagi Gemilang Dev.


Tahniah Kerajaan Selangor, Tahniah MB Selangor kerana mempertahankan tanah rezab orang melayu yang semakin terhakis setelah lebih 50 tahun negara ini diperintah Umno.

Apakah benar Umno membela bangsa sepertimana yang dicanang? Jika benar Umno bela bangsa, maka sepatutnya jumlah tanah rezab melayu akan bertambah. Jika benar Umno bela nasib ekonomi melayu, maka jumlah pegangan saham orang melayu yang bernilai lebih 50 bilion suatu ketika dulu akan tambah berganda. Namun malangnya slogan Hidup Melayu itu hanyalah retorik semata-mata apabila fakta sebenar menjelaskan tanah rezab melayu telah berkurangan hampir separuh dari jumlah asal manakala jumlah saham bumiputra lenyap hilang entah ke mana.

Kerajaan Negeri Selangor juga telah menunjukkan testimoni yang baik beserta dengan buktinya sekali betapa nasib orang melayu khususnya dalam soal menjaga tanah rezab melayu menjadi keutamaan. Selain itu, kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat juga memastikan ekonomi negeri dirakyatkan dengan segala hasil dan keuntungan dari pentadbiran yang cekap dipulangkan semula kepada rakyat negeri Selangor.

Dengan testimoni seperti di Selangor, P.Pinang, Kedah dan Kelantan, rakyat di seluruh negara wajar memberi penilaian serta perbandingan antara kerajaan negeri PR dan kerajaan negeri serta kerajaan pusat yang dipimpin secara penuh ketirisan dan boros oleh Umno. Penilaian tersebut perlu diterjemah dalam Pilihanraya ke-13 yang kian hampir. Slogan kempen A.B.U sebagai contoh terbaik menjadi satu titik penting ketika berdepan pilihanraya yang sengit dengan penipuan terancang. Undilah semua Asalkan Bukan Umno !

Pencapaian kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat membuktikan bahawa Pakatan Rakyat mampu mentadbir kerajaan pusat dengan baik selain memberi harapan baru kepada rakyat terbanyak. Lihatlah statistik keuntungan kerajaan negeri yang menunjukkan pertambahan berganda berbanding ketika diperintah oleh kerajaan Umno/Bn. Jadual di bawah menceritakan sesuatu;


Tiada lagi alasan yang kukuh untuk mengekalkan kerajaan pusat sedia ada apabila kerajaan PR yang paling teruk diserang iaitu di Pulau Pinang, kononnya nasib umat Islam di negeri tersebut terhakis dek pemerintahan DAP ternyata suatu tohmahan rambang oleh gerombolan Umno.


Serangan bertali arus Umno di media perdana mengatakan kononnya kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang mengabaikan orang melayu dan agama Islam ternyata meleset sama sekali apabila fakta menunjukkan 3 tahun berturut-turut peruntukkan hal ehwal Islam P.Pinang oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jauh bertambah berbanding ketika Bn memerintah. Lihat jadual di bawah;


Justeru itu, kita sebagai rakyat yang celik harus melangkah terus ke hadapan memberi laluan kepada sebuah kerajaan pusat yang baru. Untuk merealisasikan sebuah kerajaan baru dengan menumbangkan sebuah kerajaan korupsi yang memperkudakan hampir keseluruhan agensi 'neutral' bukanlah suatu kerja yang mudah. Setiap rakyat yang mahukan perubahan menjadi realiti harus bersama dalam gerakan dan kempen yang bukan sekadar kempen parti politik semata-mata, tetapi kempen dari rakyat untuk rakyat.

Kempen A.B.U adalah sebuah gerakan berani dan secara terus berdepan dengan regim Umno. Rakyat menyambut kempen ABU ini dengan berani. ABU bukan milik sesiapa, bukan juga milik gugusan Anak Muda SAMM. SAMM hanya menjadi pemangkin menggerakkan kempen ABU, namun ia tetap milik rakyat. Gerakan ABU juga mendapat perhatian bukan sahaja dari segenap masyarakat tetapi juga mendapat perhatian penuh oleh pihak Umno yang begitu tercabar kedudukkannya.

Kini kempen ABU sedang mekar menjalar di seluruh negara. Undi Asalkan Bukan Umno merupakan kempen terpenting dalam menghadapi pilihanraya ke-13, bukan sekadar kempen perang-saraf. Program ceramah ABU sudah meluas di mana-mana. Kebanyakkan pentas dihiasi dengan lambang ABU. Kejayaan ABU sampai ke tahap ini adalah kredit untuk rakyat kerana berani menganjurkan pentas ABU, berani menjadi hadirin dalam program ABU yang dilihat berisiko diserang Umno, apabila otak mereka gagal berhujah maka otot jugalah yang mereka gunakan untuk menyerang rakyat yang dahagakan maklumat.

Ada pihak yang mengatakan kononnya kempen ABU sudah semakin perlahan. Ada juga yang bertanya ke mana arah kempen ABU sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU-13. Sifirnya mudah, jika anda masih melihat ada yang mengenakan baju ABU, ada yang menggunakan Avatar ABU, ada yang meletakkan lambang ABU di dalam blog, FB dan Twitter, ada pula pihak yang menyerang dengan kempen ABP dan ABAI, itu bermakna kempen ini berjaya dan akan tetap hangat hingga ke PRU-13. Contoh paling ideal ialah, pelancaran ABU Kedah bakal berlangsung malam ini di sebuah dewan Alor Setar. Dilaporkan awal pagi tadi, dewan tempat berlangsungnya pelancaran ABU telah dicemari oleh poster-poster yang bertulis ABAI. Ini satu tindakbalas yang baik, bermakna Umno sangat terdesak cuba menutup aura ABU. 


Ketika di Pelancaran ABU Johor pula, terbentang poster/banner 'vertikal' di ratusan tiang lampu jalan dengan tulisan ABU - Allah Bersama Umno. Secara tidak langsung, Umno juga telah mempromosi ABU dengan membuat satu 'saikologi terbalik' Allah Bersama Umno - Apakah Allah akan bersama dengan golongan yang menghina hukum Allah? Apakah Allah akan bersama dengan gerombolan yang menggubal undang-undang menghalalkan judi dan berdagang dengan Israel serta gerombolan yang merasmikan kilang arak? Ternyata kempen ABU akan terus dilaung hingga ke Pilihanraya.


Bagi persoalan ke mana hala kempen ABU adalah lebih mudah - kempen bersihkan sungai akan berterusan sehingga bersihnya sungai, kempen BERSIH pilihanraya juga akan diteruskan hingga bersihnya pilihanraya. Begitu juga dengan gerakan ABU - Akan tetap diteruskan selagi Umno dan anasir yang berperangai seperti Umno masih berada di tampuk pemerintahan negara. Umno simbolik kepada rasuah dan penyelewengan khazanah rakyat!

Berbalik kepada isu cubaan pemilikkan bukan bumiputra ke atas tanah rizab melayu (yang cuba dilobi oleh Umno Puchong?), saudara pembaca harus mengenal pengkhianat sebenar. Di sebelah pihak yang menguasai kerajaan Selangor bertungkus lumus mempertahankan kepentingan agama dan bangsa ketika sebelah lagi pihak hanya bermain dengan retorik dan hipokrasi. Lihat petikan berita di bawah dan anda pasti terkejut;
Gerombolan Umno menggunakan akhbar mereka bagi menutup kebenaran, sedangkan di awal entry ini telah didedahkan siapa sebenarnya yang cuba menggadai tanah rezab melayu tetapi dihalang oleh Khalid Ibrahim - MB Selangor.

Berita fakta berserta bukti permohonan menggadai tanah rezab melayu di atas tidak akan tersiar di dalam media elektronik mahupun media cetak bertaraf arus perdana. Berita yang tersiar hanyalah bagi menutup perselingkuhan dengan penipuan. Oleh demikian, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan maklumat dan fakta ini disebar melalui media yang dikuasai rakyat celik.

Tindakkan Menteri Besar Selangor dari Pakatan Rakyat ini harus dipuji kerana inilah yang sepatutnya berlaku dalam mana-mana permohonan tidak berasas menukar pemilikkan tanah rezab melayu kepada bukan bumiputra. Di atas nama pembangunan, berapa banyak tanah rezab melayu yang sebelum ini bertukar milik kepada bukan bumiputra tidak diganti semula oleh kerajaan pimpinan Umno?

Ayuh rakyat, inilah masanya untuk mengajar sebuah kerajaan pusat yang penuh retorika, iaitu dengan memilih Asalkan Bukan Umno dalam pilihanraya yang hanya akan datang. Inilah detik dan peluang terbaik ketika segala kepincangan Umno itu berada di depan mata, apakah kita rakyat celik dan yang hampir celik akan berdiam diri? Pilihlah ABU. Dalam PRU-13, ABU adalah pilihan terbaik !!

EDYES @edyesdotcom
Solidariti Anak Muda Malaysia


Friday, March 9, 2012

Sentimen #ABU Gegar 3 Parlimen Wangsa Serentak Malam Ini!! (9Mac)


JOM KASI GEGAR !!!
Ceramah Umum #ABU (Asalkan Bukan UMNO) Bakal Mengegarkan 3 Kerusi Parlimen Pada Malam Ini !!

1. Parlimen Wangsa Maju
2. Parlimen Titiwangsa
3. Parlimen Setiawangsa

Tempat :-

Padang Bola Sepak, Taman Desa Rejang, Setapak Kuala Lumpur

Tarikh :-  9 Mac 2012 (Malam Ini)

Masa :-  9pm - 12pm

Penceramah :-

1. Y.B. Dr Zulkefly Ahmad
(Ahli Parlimen Kuala Selangor - PAS)

2. Sdr Badrul Hisham Shahrin @ Che'Gu Bard (Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia)

3. Y.B. Chang Lih Kang
(ADUN Teja, Perak - PKR)

4. Tan Sri A. Samad Said
(Sasterawan Negara)

5. Sdr Zamri Khuzaimi
(Seketariat Kg Baru)

6. Sdr Arulchelvam
(PSM)

Ayuh!!! Warga Wangsa Maju !!! Ayuh !! Warga Titiwangsa!! Ayuh Warga Setiawangsa!! Ayuh Anak Muda !!! Kita Turun Pada Malam Ini Beramai-ramai Sebagai Sokongan Untuk MENOLAK pemerintahan UMNO dan BARISAN NASIONAL pada PRU 13 akan datang !!
Sebarkan !

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :- 0122231239




PENGUMUMAN! Forum Kiri - ABU TriWangsa - Ceramah Sikamat - ABU KKB - Meet Anwar - Ceramah Bera -  Ceramah Paroi










Thursday, March 8, 2012

GEMPAR!! Ugutan Oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Untuk Halang Ceramah ABU Esok(9Mac) di Wangsa Maju



Seorang ketua pemuda Umno bahagian merangkap Timbalan Pengerusi Unit Media Baru (UMB) telah membuat satu ugutan terbuka terhadap Chegubard. Ia berikutan ceramah A.B.U yang akan disampaikan oleh Chegubard pada 9 Mac ini di sebuah lokasi pertindihan tiga parlimen iaitu kawasan Sri Rampai. Parlimen yang terlibat ialah Setiawangsa, Titiwangsa dan Wangsa Maju.

Ugutan Razlan berbunyi "Jangan salahkan Umno kalau tak balik Rembau", berbunyi seolah satu ugutan pukul/culik/bunuh sekiranya Chegubard meneruskan ceramah pada 9 Mac nanti. Ugutan ini juga merupakan satu usaha untuk menghalang Chegubard menyampaikan ceramah yang mendedahkan hubungan dagang Malaysia-Israel termasuklah pendedahan perniagaan minyak sawit secara terus ke Israel.



Umno cuba mengepung maklumat dan kebenaran daripada sampai terus kepada rakyat. Pendekatan samseng berbentuk ugutan digunakan dan ia bukan dihambur oleh ahli biasa tetapi seorang ketua pemuda Umno yang juga memegang jawatan utama sebuah badan yang direstu oleh Umno sendiri iaitu Unit Media Baru. Jelas menunjukkan Umno panik dan terpaksa menggunakan pelbagai kekerasan dengan matlamat pihak polis menghentikan majlis penerangan yang berlangsung.


Walaupun diugut sedemikian rupa, saya yakin Chegubard dan penceramah lain akan tetap hadir di tapak ceramah yang bertempat di rumah yang berdepan dengan sebuah padang. Sila rujuk poster di bawah untuk mengetahui lokasi ceramah;


Ketua pemuda Umno Seputeh ini juga pernah membuat fitnah besar ke atas kerajaan negeri Selangor kononnya terlibat membangunkan gereja terbesar asia tenggara - klik entry Pembinaan Gereja Terbesar di Selangor Guna Tanah Rezab Melayu ??


EDYES
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

GEMPAR!! Altantuya Dibunuh Ketika Anggota Polis Mengisi Masa Lapang! (Tanpa Motif)




Kepada rakyat Malaysia yang punya integriti dan timbang rasa, selamatkanlah kedua-dua orang anggota polis ini yang telah dikambing-hitamkan. Mereka hanya menjalankan tugas yang telah diarahkan oleh seseorang yang dilindungi dan kebal undang-undang, sehingga motif pembunuhan diiktiraf pula sebagai tidak releven.

Pembunuhan ini berkait soal transaksi yang melibatkan RM setengah bilion, melibatkan juga Razak Baginda, penganalisis politik kepada Najib Razak yang ketika itu menjadi Menteri Pertahanan. Turut terlibat ialah - sebuah kapal selam yang dikenalpasti tidak boleh menyelam. Anggota polis yang dituduh juga dikatakan pengawal peribadi Najib-Rosmah. Tidakkah setiap mereka yang mengikuti isu ini berasa sedikit sangsi bagai ada sesuatu yang cuba disembunyikan dan bagai ada susuk yang ingin diselamatkan?

Hanya satu jalan iaitu dengan menumbangkan kerajaan Umno-Bn, bukan sahaja menyelamatkan kedua anggota polis yang menjadi mangsa pihak terdesak ini, malah menyelamatkan juga sistem kehakiman negara selain mengheret penjenayah sebenar ke tali gantung - dengan mengundi Asalkan Bukan Umno.

Ingat, jika polis ini boleh jadi mangsa, rakyat lain juga tidak akan terlepas sekiranya terpaksa demi menyelamatkan eletis kehormat keparat. Akhirnya motif pembunuhan tidak menjadi rencah perbicaraan maka dengan esakkan dan air mata, si tertuduh mengaku telah dikambing-hitamkan...

Ikuti sedikit perkembangan penting kes pembunuhan altantuya yang harus diteliti oleh setiap rakyat;



Sirul Azhar yang berkhidmat sebagai pengawal peribadi pula dibawa dari Pakistan selepas bertugas mengiringi Perdana Menteri untuk lawatan luar negara. Barang kemas Altantuya kemudiannya dijumpai di rumahnya manakala kelongsong peluru (spent cartridge) yang telah digunakan dijumpai dari keretanya.

altantuya razak baginda crime scene 180707 judge mohd zakiDalam perbicaraan ini, Hakim Mohd Zaki (kanan) memutuskan punca kematian warga Mongolia itu adalah akibat "kecederaan disebabkan oleh letupan". 
Semasa memberi keterangan dari kandang saksi, Azilah menafikan beliau berada di tempat kejadian dan mendakwa beliau sedang makan di Wangsa Maju makan. Sirul Azhar pula dalam kenyataan tidak bersumpah beliau dari kandang tertuduh berkata beliau dijadikan 'kambing hitam' apabila diarah oleh polis untuk menunjukkan barang kemas yang dijumpai di rumah beliau.

"Pada suatu ketika, ASP Zulkarnain Samsudin memasuki bilik tidur utama rumah saya dan diikuti anggota polis lain. Kemudian beliau memanggil jurugambar dan mengarahkan saya memegang jaket itu sambil merakamkan gambar. Saya kemudian nampak ASP Zulkarnain mengambil sesuatu keluar dari jaket. Jaket itu dibentangkan di atas katil dan ASP Zulkarnain mengarahkan saya menuding ke arah barang-barang kemas itu, ASP Zulkarnain berkata 'kamu tuding barangan tersebut.

altantuya razak baginda murder trial 010807 sirul jacket"Saya kata 'Apa ni, Tuan'. Saya tidak mahu ikut arahanya, tetapi ASP Zulkarnain minta saya lakukan juga sambil berkata 'kamu tunjuklah sahaja Sirul'. Barulah ketika itu, saya lakukannya dan gambar saya diambil," kata tertuduh kedua dalam kenyataan tidak bersumpah beliau.

Kenyataan tidak bersumpah Sirul Azhar dalam Bahasa Melayu juga dimuatkan dalam penghakiman penuh Hakim Mohd Zaki. Tertuduh kedua berkata beliau tidak mengenali si mati dan tidak pernah berurusan dengan wanita itu serta beliau juga tidak mengenali Abdul Razak atau pernah berurusan dengannya.
Tiada sebab

"Saya merayu kepada mahkamah ini mengambil kira bahawa sepanjang perbicaraan ini, saya telah mengikuti prosiding ini dan menyaksikan bagaimana beberapa saksi penting pendakwaan terutamanya saksi-saksi dari D9 IPK (KL) yang mereka-reka cerita, tidak bercakap benar dan sentiasa merubah-ubah cerita mereka ketika disoal balas.

altantuya razak baginda crime scene 180707 police"Saya melihat keadaan ini dengan keprihatinan kerana bagi saya tindakan mereka ini semata-mata bertujuan untuk mendapatkan sabitan terhadap saya sebagai 'kambing hitam' yang harus dikorbankan untuk melindungi rancangan dan niat jahat merea yang tidak berada di Mahkakah ini untuk menghadapi natijah daripada perlakuan dan perancangan mereka.

"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam," kata beliau sambil menangis di kandang tertuduh.




Sent from my Samsung Galaxy Tab

Monday, March 5, 2012

Yang pergi menjilat Israel ialah puak-puak UMNO - Anwar Ibrahim





Rakyat harus menilai...
"Saya tidak pernah walau sekali pun, berjumpa dengan mana-mana PM Israel, Menteri Luarnya mau pun Menteri Pertahanannya. Yang pergi menjilat Israel ialah puak-puak UMNO. Yang berdagang dengan Israel ialah kerajaan UMNO@BN. Semuanya itu ialah kerja jahat UMNO, tetapi.... 'aku jugak yang jahat!'? " - Anwar Ibrahim
Sudah menjadi resam gerombolan Umno - Mereka buat onar kemudian tuduh orang lain yang buat... Ini berlaku dari dulu kini dan selamanya...  

Ayuh dengar penjelasan Chegubard mengenai hubungan diplomatik dan hubungan dagang antara Malaysia dan Israel Lakhnatullah... Akan didedahkan satu demi satu bukti perdagangan Malaysia-Israel, bukti Malaysia membantu ekonomi Israel termasuklah menyelamatkan Israel dari kebuluran apabila tergamak menghantar minyak sawit terus ke pelabuhan Israel!

Turun ke program penerangan, turun ke program ABU... bersama-sama kita ABU kan regim Umno !! Asalkan Bukan Umno !!



Friday, March 2, 2012

Penceramah ABU di Terjah Polis Jam 1 Pagi Tadi !! Siasatan di Bawah Akta Hasutan!!!



ABU SPEAKERS INVESTIGATED UNDER SEDITION ACT
SIASATAN DIBAWAH SEKYEN 4(1)(B) AKTA HASUTAN 1948
Dimaklumkan pada jam lebihkurang 11 malam 1hb. Mac 2012 dan jam 1.15pagi 2hb. Mac 2012, pihak polis dari IPD Kajang telah menyerahkan satu notis arahan menghadiri penyiasatan di bawah Seksyen 111, Kanun Acara Jenayah kepada Khalid Ismath – Aktivis Mahasiswa dan S.Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM.

Kedua orang aktivis ini diminta menghadirkan diri mengenai satu kes yang disiasat polis dibawah Sek 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 pada tarikh 23 Februari 2012 semasa ceramah ABU di Beranang.

Kedua aktivis ini akan hadir di IPD Kajang seperti butiran di bawah
Tarikh: 2 Mac 2012 (Jumaat)
Masa : 3 petang
Tempat : Ibu Pejabar Polis Daerah Kajang

Bila Polis menimbulkan sangsi dalam menjalankan tugas...

Thursday, March 1, 2012

Sajak: Asalkan Bukan Umno #ABU

Asalkan Bukan Umno

Buat
budayawan, pekerja awam,
penarik beca, orang asal,
pembeli rumah, penduduk setinggan,
ahli bahasa, ahli koporat,
orang kaya, orang miskin,
yang tua, muda, wanita, jejaka
bujang, duda, janda, anak yatim,
menteri, YB, dato’,
Tan Sri, datin, orang biasa,
orang luar biasa, orang asing,
orang tidak asing lagi
ustaz, alim ulama’,
veteran UMNO, bekas ahli UMNO,
bekas pemimpin, ADUN, Ahli Parlimen UMNO
yang ingin masuk UMNO,
yang berkenaan dengan UMNO,
veteran Pakatan Rakyat, Ahli Pakatan Rakyat
segala NGO, seluruh ahli NGO,
yang membangkang, yang menyokong
yang ingin membangkang, yang tak habis-habis menyokong
pendemontrasi, aktivis, penulis,
ahli seni, pemuzik, pelukis, pengukir,
yang ditindas, yang dizalim, yang ingin ditindas,
yang terasa ditindas, yang hidup senang
yang hidup mewah, yang hidup papa,
yang merempat, yang ada rumah banglo tujuh tingkat,
seluruh tauke-tauke baik lembu atau kondo,
dan seluruh rakyat bumi Malaysia
simpan dalam hati dengan satu kata
Asalkan Bukan UMNO

Budayawan teruskan berbudaya
pekerja awam terus berkerja
penarik beca terus mengayuh
orang asal harus diberi asal usulnya
pembeli rumah harus diadakan rumahnya
penduduk setinggan harus ditimbang bela
ahli bahasa teruskan berbahasa
ahli koporat jangan jadi bangsat
orang kaya banyakkan menderma
orang miskin perlu dipandang
yang tua mesti dijaga
yang muda mesti berjaga-jaga
wanita perlu terbuka minda bukan membuka tudung kepala
jejaka harus berani mencuba
bujang dan dara perlu disedarkan dengan iman
duda dan janda harus diberi perhatian sara
anak yatim wajib dizakat
menteri di seluruh pelusuk negeri
sudahlah, kenanglah jiwa yang merana
apa yang akan tergadai lagi
sudahlah, berhenti
simpan dalam hati dengan satu kata
Asalkan Bukan UMNO

YB teruskan berkhidmat jujur
Dato’ harus merendah diri
Tan sri tidak akan hilang seri jika bersama marhaen
Datin harus kikis nafsu kempunan cincin permata
orang biasa perlu dibantu
orang luar biasa perlu membantu
orang asing harus diasingkan
ustaz teruskan berdakwah
alim ulama harus jadi rujukan
veteran UMNO, ingat itu parti pengkhianat bangsa
bekas ahli UMNO jangan tertipu lagi
bekas pemimpin, ADUN dan ahli parlimen UMNO
yang ingin masuk UMNO, yang berkenan dengan UMNO
sudahlah! Berhenti!
Sedar! Kenang nasib rakyat negara ini
sudah!
simpan dalam hati dengan satu kata
Asalkan Bukan UMNO

Ahli Pakatan Rakyat teruskan berpakat untuk kepentingan rakyat
seluruh ahli NGO jangan jadi bodoh
yang membangkang teruskan bangkang
yang menyokong teruskan menyokong
bangkang, sokong untuk kemajuan diri rakyat
demostran harus berdemo untuk kebenaran
aktivis teruskan aktif
penulis terus menulis
ahli seni terus berseni
ahli muzik harus berirama
pelukis terus melukis
pengukir terus mengukir
yang ditindas harus bangkit
yang dizalim harus bertindak
yang hidup senang harus kenang yang susah
yang mewah kenanglah yang papa
yang merempat perlu diberi tempat
pemilik banglo berikan perempat tempat
tauke lembu dan kondo jangan keliru
menghabiskan harta rakyat
dan seluruh rakyat di bumi Malaysia
sudahlah! Berhenti!
Ingat,
simpan dalam hati dengan satu kata
Asalkan Bukan UMNO

Sudah terlalu tua usianya
makin tua makin mandul
bicara hanya kepentingan diri sendiri
rakyat perlu mengubah
segera!
Sudahlah! Berhenti!
Ingatlah seluruh rakyat Malaysia
ingat!
simpan dalam hati dengan satu kata
Asalkan Bukan UMNO
ingat kata-kata ini
Asalkan Bukan UMNO

**Nukilan Sdr. Amni Jagat dan dideklamasi buat kali pertama semasa
Pelancaran ABU Negeri Johor pada 26 Februari 2012