Thursday, December 15, 2011

Mengapa '#AsalkanBukanUmno' di Johor ? #ABU



Sidang Media Pelancaran ABU di Johor 9 Disember


Tempat: Kelab Persatuan Wartwan, 11, Jalan Cermat 1, Taman Maju Jaya.
Masa: 2.30pm

Kehadiran


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM Johor)

PRM Johor

PSM Johor

Wakil Keadilan


Mengapa 'Asalkan Bukan Umno' di Johor?


JOHOR BAHRU: Seperti yang dirancangkan hari ini, serentak di seluruh negara telah dilancarkan satu gerakan dikenali sebagai Asal Bukan Umno (ABU). Di negeri Johor, sidang media pelancaran ABU ini telah diadakan pada jam 2.30 petang di Kelab Persatuan Wartwan, 11, Jalan Cermat 1, Taman Maju Jaya.


Antara NGO yang hadir petang tadi adalah daripada 7 komrad SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) yang diketuai Penyelaras SAMM Johor, Ahmad Anwar Asyraf Ismail, SU PRM (Parti Rakyat Malaysia) Johor Mohd Salleh Haji Ahmad, Tim. Peng. PRM Negeri S.K Song dan wakil PKR En Tan. Gerakan Rakyat
‘Asal Bukan Umno (ABU)’ ini ditubuhkan bagi memastikan Umno BN tumbang pada Pilihan Raya Umum akan datang.  
Sdr Ahmad Anwar menyentuh isu-isu masalah yang dirasai oleh rakyat Johor di bawah pemerintahan kerajaan  negeri yang ditunjangi oleh parti Umno antaranya seperti masalah kos sara hidup yang tinggi, harga pemilikan rumah yang tidak mampu dimiliki oleh warga Johor sendiri terutama di kawasan bandar Johor Bahru, masalah harga air yang tinggi dibandingkan dengan negeri-negeri lain, serta masalah pemilikan tanah.
Pada sidang media yang sama, Sdr Ahmad Anwar turut mengecam amalan politik sempit dan samseng oleh Umno apabila mengelurkan satu kenyataan berbaur ugutan akan berlakunya kekacauan di atas program ceramah anjuran PR yang melibatkan Mohamad Sabu di Muar yang dirancang akan berlangsung pada 11 Disember ini seperti yang dikeluarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Sedangkan sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, Umno sepatutnya menghormati kebebasan program-program yang dianjurkan oleh parti lain, malah PR Muar telah memohon permit Polis dan mengikut saluran-saluran yang betul untuk anjuran program ini.


 
ABU akan meneruskan program dari semasa ke semasa bagi memastikan Malaysia diperintah oleh parti yang menawarkan pentadbiran lebih baik. S.K Song turut mengumumkan bahawa pelancaran ABU dan forum peringkat kebangsaan akan diadakan pada 15 Disember ini di Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Gombak.

Sidang media pelancaran ABU yang sama turut berlangsung di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak kerana aktivis ABU dihalang dari memasuki kedua-dua negeri itu.

Antara yang menyertai ABU ketika ini termasuklah golongan mahasiswa, pekerja, petani, nelayan, pelbagai segmen NGO, parti pembangkang, golongan profesional, karyawan, mat rempit, penganggur dan kumpulan masyarakat yang tertindas di bawah pentadbiran Umno selama ini. 
ABU adalah jawapan, ABU adalah penyelesaian... 


Kenyataan Umum
12 Disember 2011

9 Disember lepas satu sejarah telah berlaku di mana satu sidang media serentak di seluruh negara berlaku dengan menyuarakan satu maksud yang sama. Tanpa pimpinan 'besar', hanya rakyat biasa dari perbagai latar belakang seperti peniaga kecil, pelajar, pekerja kilang, aktivis masyarakat dan lain - lain tampil untuk bertemu media di seluruh negara dengan menyatakan iltizam bersama menggerakkan rakyat dengan semangat 'ABU' Asalkan Bukan Umno.

ABU bukan organisasi seperti NGO, jauh sekali sebagai parti politik. ABU ialah semangat yang mengikat rakyat dan satu gelombang kesedaran betapa Umno (United Malay National Organisation) merupakan pewaris penjajah yang menjadi punca kecelaruan dan perbagai masalah dalam negara ini.

Dari masalah perkauman melampau, ketegangan antara agama membawa ke masalah ekonomi, rasuah serta kelemahan pentadbiran sehingga pembaziran melampau yang mencipta kepayahan hidup sehinggalah kenaikan kos hidup (harga barang) secara mendadak dan melampau. Semuanya ialah kerana Umno yang dicipta penjajah mewarisi negara ini dan lebih - lebih lagi ia sudah terlalu lama berada ditampuk kuasa.

Siapa ABU ?
ABU ialah saya, saudara dan kita semua rakyat biasa yang bersetuju mengenepikan perbezaan dalam mencari kesamaan melawan kezaliman Umno sehingga tumbangnya Umno dari kekuasaan. ABU tidak dimonopoli oleh mana - mana parti politik atau organisasi. ABU milik rakyat yang sedar perlunya bangkit dengan berani dan dengan tegas menyatakan tidak kepada Umno. ABU ialah trend kebangkitan melawan penindasan. Semua rakyat, organisasi dijemput bersama dan ialah pemilik gerakan ABU. SAMM terlibat menggerakkan ABU atas kesedaran tetapi ABU bukan milik SAMM.

RAPAT RAKYAT
Gerakan kesedaran ini bergerak dengan perbagai pendekatan dari kempen umum, pengedaran risaalah, vcd. Penyampaian mesra media baru tanpa menolak secara konvensional seperti edaran bahan ke rumah - rumah dan pejabat - pejabat. Hinggalah ke kempen secara grafiti dan sabotaj. ABU juga bergerak secara anarkis dan organik. ABU berteraskan rakyat.

Gerakan ABU ini wujud sudah lama cuma sudah sebulan lebih SAMM cuba menggerakkan secara serius mengikut skala yang kami mampu dengan mengikat beberapa lagi organisasi termasuk parti politik dalam usaha serius menyedarkan rakyat mengenai ABU.

Satu program memperkenalkan ABU akan diadakan di peringkat kebangsaan dan negeri. Semua dijemput ke program memperkenalkan ABU peringkat kebangsaan seperti berikut :

Rapat Rakyat ABU
"bersatu ASALKAN BUKAN UMNO"
15 Disember 2011
8.30 malam
Dataran Sebelah KUIZM, Tmn Melewar, Gombak.

Program ini akan menampilkan kelainan dengan mengetengahkan pidato dari rakyat biasa yang mengenengahkan masalah sebenar rakyat, dari pemandu teksi,setinggan, pekerja kilang, suri rumah, pengamal rawatan alternatif, kerani, pegawai bank, cikgu, artis sehinggalah pimpinan parti politik.

Antara pimpinan politik yang telah mengesahkan kehadiran ialah YB Datuk Mahfuz Omar (PAS), Arulchelvam (PSM), Dr. Rohana (PRM) dan Haris Ibrahim (MCLM). Kemunculan khas kali pertama dalam pentas rakyat di semenanjung ialah Datuk Seri Yong Teck Lee (Presiden SAPP) yang akan membuat pengumuman khas bersangkutan ABU.

Majlis juga menjemput Hishamuddin Rais yang porpular dengan blognya Tukar Tiub, beliau didapati antara yang awal menggunakan perkataan ABU sehingga menjadi trend kepada khususnya anak muda.

Diharap semua rakyat yang bersetuju dengan ABU dapat sama membantu menghebahkan maklumat program juga hadir beramai - ramai dan kemudian menjadi agen penyampai maklumat ABU.

Asalkan bukan Umno, selamatkan Malaysia.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
EDYES
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudasamm.com

1 comment:

bunbinban said...

lu tau ke, osman bapak rahimi dah spin 360 darjah?.

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan