Thursday, December 15, 2011

Mengapa '#AsalkanBukanUmno' di Melaka? #ABU



Sidang Media Pelancaran ABU di Melaka
 
Tempat: Pejabat Parti Keadilan Rakyat, No9A Jalan Asean 1, Taman Asean, Melaka
Masa: 3.30pm


 
Kehadiran

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM Melaka)
NGI
Wakil Peniaga
Wakil Mahasiswa

 

Mengapa 'Asalkan Bukan Umno' ?

Penyelaras SAMM Melaka telah membangkitkan isu pembaziran sebagai satu isu paling terkesan di Melaka. Pembaziran ini berlaku ketika rakyat dipaksa untuk berhemah dalam berbelanja. Pembaziran-pembaziran ini juga menjadi punca ketirisan selain membantu kedudukan indeks rasuah negara mencecah paras terburuk dalam sejarah.
 
Berikut adalah antara pembaziran jelas yang berlaku di Negeri Melaka;

a) Eye On Malaysia disita.

Fitraco NV memfailkan saman pada Eom dan MST Ad Suria Sdn Bhd (MST Ad Suria) pada 15 September tahun lalu, selepas syarikat terbabit gagal melunaskan hutang pinjamannya sebanyak RM17 juta bagi menyewa dan membawa roda berkenaan ke Malaysia pada 2006.

Sebelum itu Kerajaan Negeri Melaka bersetuju untuk mengambil alih roda berkenaan setelah sebelum ini ianya beroperasi di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dari 1 Januari 2007 hingga 31 Ogos 2008.
Kerajaan Negeri Melaka mempunyai kepentingan di dalam Eye On Malaysia ini menerusi Eom, sebuah syarikat usahasama yang ditubuhkan bersama MST Ad Suria. Kerajaan negeri diwakili Kumpulan Melaka Berhad (KMB). RM8 juta duit rakyat Melaka hangus disebabkan kelemahan dan kelalaian kerajaan negeri Melaka pimpinan Ali Rustam.

b) Pusat Bowling Antarabangsa Melaka (MIBC) yang dirasmikan pada 1Ogos 2009, yang terletak berdeketan MITC, Ayer Keroh yang mempunyai 52 lane telah menelan duit rakyat sebanyak RM15 juta.
c) Projek Pulau Melaka terdiri dari 4,387 unit rumah kediaman dan 4,180 unit separa perniagaan termasuk pusat pelancongan mewah, hotel serta pelbagai aktiviti pantai dengan kos yang bernilai RM1.46 bilion dan dilaporkan telah terjual sebanyak RM195.3 juta iaitu sebanyak 1,419 unit sehingga 31 Januari 2005. 
Malangnya projek ini akhirnya menjadi projek gajah putih apabila sebahagian besar banguan yang dibina tidak siap dan tidak berpenghuni. Masjid yang tersergam indah tidak digunakan secara maksimum kerana tidak ramai orang Islam tinggal di kawasan tersebut. Walaupun kerajaan negeri cuba menukarkan projek ini menjadi ‘Pulau Arab’ namun hasilnya sehingga kini belum diketahui.


d) Kincir air berharga RM1.47 juta di Sungai Melaka juga merupakan projek yang membazir. Tambahan pula kincir air ini rosak dan tidak dapat berfungsi.
 
e) Projek Monorel yang menelan belanja sebanyak RM210 juta yang setakat ini telah berpuluh kali rosak.
 
g) Dataran Klebang. Segalanya telah musnah samada struktur pantai, ekosistem laut, spesies hidupan laut, tempat tumpuan pelancong menikmati keindahan laut, membunuh para peniaga di pantai Klebang dan hilangnya satu indentiti Melaka iaitu belacan dan cencaluk kerana di sini merupakan tempat yang banyak menghasilkan penangkapan udang geragau yang diperlukan untuk membuat belacan dan cencaluk.

Kerajaan hanya mementingkan keuntungan yang diperolehi dari pemaju saja tanpa memikirkan kelansungan hidup para nelayan.

Antara lain pembaziran Melaka yang memberi kesan buruk kepada rakyatnya termasuklah;
• Menara Taming Sari berharga RM23 juta
• Projek Hang Tuah Mall berharga RM 8.5 juta;
• Projek air terjun Bukit Beruang berharga RM 1.7 juta;
• Projek pintu gerbang MBMB berharga RM 2.7 juta;
• Jeti Parameswara berharga RM 13 juta;
• Satu unit tandas awam berharga RM 125,000/-
• Bandaraya Mall(Taj Mahal di Bangunan MBMB) berharga RM 4.5 juta;
• Projek pesiaran kaki Jonker Walk sepanjang 600 meter berharga RM 1.8 juta atau RM 300 sekaki;
• Bunga pasu berharga RM800 sebuah di sepanjang Jalan Bendahara;
• Air pancut dan pesiaran kaki di depan Mahkota Parade berharga RM 2 juta dan jalan berbatu yang rosak sebaik ia disiap berharga RM 2.5 juta.
• Projek mencantikkan Sungai Melaka telah makan belanja hamper RM 100 juta dan akan memakan belanja tambahan RM 100 juta lagi. Pihak kerajaan telah berjanji bahawa banjir kilat akan diatasi kerana air pasang tidak akan melimpah keluar dan air Sungai Melaka akan sebersih sehingga boleh cuci mata.


Tidak salah pembangunan infra, tidak salah berbelanja lebih untuk pembangunan pelancongan. Tetapi kebajikan rakyat perlu terlebih dahulu menjadi perkiraan sebelum projek-projek berjuta dan bilion ini. Biarlah kemajuan itu selaras dengan taraf kehidupan. Asalkan Bukan Umno !

EDYES



Kenyataan Umum
12 Disember 2011

9 Disember lepas satu sejarah telah berlaku di mana satu sidang media serentak di seluruh negara berlaku dengan menyuarakan satu maksud yang sama. Tanpa pimpinan 'besar', hanya rakyat biasa dari perbagai latar belakang seperti peniaga kecil, pelajar, pekerja kilang, aktivis masyarakat dan lain - lain tampil untuk bertemu media di seluruh negara dengan menyatakan iltizam bersama menggerakkan rakyat dengan semangat 'ABU' Asalkan Bukan Umno.

ABU bukan organisasi seperti NGO, jauh sekali sebagai parti politik. ABU ialah semangat yang mengikat rakyat dan satu gelombang kesedaran betapa Umno (United Malay National Organisation) merupakan pewaris penjajah yang menjadi punca kecelaruan dan perbagai masalah dalam negara ini.

Dari masalah perkauman melampau, ketegangan antara agama membawa ke masalah ekonomi, rasuah serta kelemahan pentadbiran sehingga pembaziran melampau yang mencipta kepayahan hidup sehinggalah kenaikan kos hidup (harga barang) secara mendadak dan melampau. Semuanya ialah kerana Umno yang dicipta penjajah mewarisi negara ini dan lebih - lebih lagi ia sudah terlalu lama berada ditampuk kuasa.

Siapa ABU ?
ABU ialah saya, saudara dan kita semua rakyat biasa yang bersetuju mengenepikan perbezaan dalam mencari kesamaan melawan kezaliman Umno sehingga tumbangnya Umno dari kekuasaan. ABU tidak dimonopoli oleh mana - mana parti politik atau organisasi. ABU milik rakyat yang sedar perlunya bangkit dengan berani dan dengan tegas menyatakan tidak kepada Umno. ABU ialah trend kebangkitan melawan penindasan. Semua rakyat, organisasi dijemput bersama dan ialah pemilik gerakan ABU. SAMM terlibat menggerakkan ABU atas kesedaran tetapi ABU bukan milik SAMM.

RAPAT RAKYAT
Gerakan kesedaran ini bergerak dengan perbagai pendekatan dari kempen umum, pengedaran risaalah, vcd. Penyampaian mesra media baru tanpa menolak secara konvensional seperti edaran bahan ke rumah - rumah dan pejabat - pejabat. Hinggalah ke kempen secara grafiti dan sabotaj. ABU juga bergerak secara anarkis dan organik. ABU berteraskan rakyat.

Gerakan ABU ini wujud sudah lama cuma sudah sebulan lebih SAMM cuba menggerakkan secara serius mengikut skala yang kami mampu dengan mengikat beberapa lagi organisasi termasuk parti politik dalam usaha serius menyedarkan rakyat mengenai ABU.

Satu program memperkenalkan ABU akan diadakan di peringkat kebangsaan dan negeri. Semua dijemput ke program memperkenalkan ABU peringkat kebangsaan seperti berikut :

Rapat Rakyat ABU
"bersatu ASALKAN BUKAN UMNO"
15 Disember 2011
8.30 malam
Dataran Sebelah KUIZM, Tmn Melewar, Gombak.

Program ini akan menampilkan kelainan dengan mengetengahkan pidato dari rakyat biasa yang mengenengahkan masalah sebenar rakyat, dari pemandu teksi,setinggan, pekerja kilang, suri rumah, pengamal rawatan alternatif, kerani, pegawai bank, cikgu, artis sehinggalah pimpinan parti politik.

Antara pimpinan politik yang telah mengesahkan kehadiran ialah YB Datuk Mahfuz Omar (PAS), Arulchelvam (PSM), Dr. Rohana (PRM) dan Haris Ibrahim (MCLM). Kemunculan khas kali pertama dalam pentas rakyat di semenanjung ialah Datuk Seri Yong Teck Lee (Presiden SAPP) yang akan membuat pengumuman khas bersangkutan ABU.

Majlis juga menjemput Hishamuddin Rais yang porpular dengan blognya Tukar Tiub, beliau didapati antara yang awal menggunakan perkataan ABU sehingga menjadi trend kepada khususnya anak muda.

Diharap semua rakyat yang bersetuju dengan ABU dapat sama membantu menghebahkan maklumat program juga hadir beramai - ramai dan kemudian menjadi agen penyampai maklumat ABU.

Asalkan bukan Umno, selamatkan Malaysia.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan