Ayuh, bangkitlah. Saya percaya, setiap anak Pahang mempunyai darah kepahlawanan Mat Kilau, setiap anak Perak mempunyai semangat menentang penjajahan Datuk Maharajalela, setiap anak Terengganu mempunyai resam Rahman Limbung, dan akhir sekali, setiap anak Malayu mempunyai darah Jebat dalam memartabatkan keadilan. Bangkitlah bangsaku, menentang penjajah era baru, Kerajaan Penjajah. - Edy Noor Reduan
Wednesday, June 29, 2011
Twitter #BERSIH di Blog edyesdotcom !!
Semua TWEET yang ada Hashtags #BERSIH akan terpapar di atas blog edyesdotcom !
Semangat Ho Chi Minh Untuk 9 Julai !
Monday, June 27, 2011
Salam Dari Hanoi, Viet Nam
Masalah BESAR Edyes di sini ialah - Facebook unaccessable!
Friday, June 24, 2011
Akhirnya Trio Jahanam Didakwa !!
Mereka adalah ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik serta dua yang lain, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuaib Lazim.Eskay dan Shuib dituduh mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang berbunyi: "Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu."
Sementara itu, tuduhan ke atas Rahim pula berbunyi: "Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan , kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan."
Pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Aizatul Akmal Maharani. - Mkini
EDYES wrote:
Ini semua wayang!! Ini semua wayang yang membenarkan kebejatan dan fitnah lebih besar berlaku. Mengapa mengambil masa begitu lama? Adakah kerana mahu bikin skrip terbaik setelah skrip asal sudah tidak meyakinkan ?
Thursday, June 23, 2011
Isa Samad Akui Felda Pinjam 6 Bilion Dari KWSP !!
Mohd Isa turut menangkis tanggapan bahawa pinjaman berkenaan menunjukkan Felda kini menghadapi krisis kewangan walau dilaporkan meraih keuntungan sebanyak RM1.197 bilion tahun.
Beliau berkata pinjaman berkenaan merupakan satu "penghormatan" kepada Felda kerana ia menunjukkan keyakinan KWSP bahawa lembaga pembangunan tanah itu mampu melunaskan pinjaman berkenaan.
"Apa masalahnya pinjam? Kita pinjam pun daripada (KWSP), (KWSP) bagi kita pinjam itu juga satu penghormatan sebab yakin pada kita, kita boleh bayar.
"Kalau saya meniaga saya ada duit, takkan saya nak guna semua duit saya sendiri, saya mesti pinjam. Itu yang penting, apa yang masalahnya kalau pinjam?
"Saya pun tak tahu apa masalah yang ditimbulkan itu. Saya beli kereta pun pinjam, saya tak tahulah kalau semua orang ANAK ini semua bayar tunai, saya tak tahulah," katanya lagi, menyindir NGO yang menimbulkan isu berkenaan.
Selain ANAK, perkara itu juga ditimbulkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menuntut Felda menjelaskan sama ada salah sebuah anak syarikatnya – Felda Global Ventures – mengalami kerugian dalam pelaburan di seberang laut.
Dalam satu kenyataannya, Anwar mendakwa kerugian daripada pelaburan dalam tempoh 2007 hingga 2010 itu berjumlah hampir RM500 juta.
Kerugian itu didakwa melibatkan pelaburan ke dalam syarikat Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia. - Mkini
EDYES wrote:
Agak-agak kalau pinjam ada interest tak ? Pinjam banyak-banyak nie sebab nak bayar saman peneroka ke ?
Tuesday, June 21, 2011
Blog Bercuti !
Blog edyesdotcom akan berehat sehingga akhir bulan enam ini untuk persediaan beberapa perkara termasuklah percutian seminggu ke Hanoi hujung bulan ini, yang sebenarnya telah dirancang sejak akhir tahun lalu. Ianya juga termasuklah persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi BERSIH 2 hahaha...
Blog edyesdotcom akan beroperasi seperti biasa, tetapi mungkin tidak banyak artikel-artikel baru yang dihasilkan oleh edyes dalam sepanjang dua minggu terakhir bulan Jun2011. Walaupun akhir bulan ini adalah satu detik yang sangat penting untuk Pakatan Rakyat, saya yakin kita semua akan berjaya menghadapinya seperti mana bulan-bulan yang lain.
Sebenarnya, saya agak bernasib baik kerana hari bersejarah BERSIH 2 jatuh pada tarikh 9 Julai 2011. Tidak dapat saya bayangkan jika ianya jatuh ketika saya bercuti di Hanoi, yang memungkinkan saya membatalkan percutian tersebut.
Terus terang saya katakan, diri ini tidak pernah bercuti walau sedetik pun untuk menentang kedurjanaan sebuah kerajaan yang zalim. Selagi bernafas, selagi itulah penentangan berlaku terhadap ketidak-adilan sejagat. Namun bergitu, di atas 'timing' yang tidak dapat dijangka, blog ini direhatkan seketika.
Saya dengan lafaz Bismillah, memohon cuti tanpa gaji selama 2 minggu dari para pengunjung setia, sahabat dan seteru sekalian. Saya akan kembali semula pada awal bulan Julai.
InsyaAllah sebelum saya bercuti, saya akan menulis sebuah lagi artikel yang mendesak Ibrahim Ali dibicarakan atas kesalahan cubaan menimbulkan huru-hara. Saya kata dibicarakan, bukan ditahan tanpa bicara sepertimana yang berlaku ke atas penentang kerajaan sekiranya bertindak seperti Ibrahim Ali.
EDYES @ edyesdotcom
Curi-curi Malaysia... Ke Hanoi kita, Bandar Tasik Vietnam
Blog bercuti, tapi twitter tetap jalan. Sila foillow...
Sunday, June 19, 2011
Bukti Barisan Nasional Penakut!!
Mat Sabu yang sepatutnya menyampaikan pidato sempena pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia yang dijadual dilancarkan jam 9 malam, telah dibatalkan slotnya.
Sah UMNO Barisan Nasional tidak ikhlas dalam program yang membabitkan penyatuan Islam menentang Israel. Dalam perkara sebegini pun UMNO boleh main wayang, apalagi bila dikaitkan dengan niat untuk bergabung dengan PAS kononnya atas nama perpaduan Islam.
Tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana kian hari makin digeruni oleh Barisan Nasional. Nampaknya, Najib dan UMNO gerun dengan Mat Sabu.
EDYES @ edyesdotcom
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Saturday, June 18, 2011
Ceramah Bersama Mat Sabu dan Pelancaran BERSIH 2 peringkat DUN Kota, Rembau !
di Kg Astana Raja, Rembau
Pelancaran BERSIH 2 peringkat DUN Kota 18jun,9mlm di Astana Raja, Rembau.
Friday, June 17, 2011
Khairy : Saya Akan Buktikan Betapa Beruknya Saya !!
"Kami akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian.
"Kami menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan," kata ketuanya Khairy Jamaluddin (kiri).
Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama.
Jika semuanya menjadi kenyataan, maka tiga kumpulan tersebut akan bertembung pada hari berkenaan.
Setakat ini, pihak polis telah menyatakan bahawa tiada permit akan dikeluarkan bagi perhimpunan BERSIH dan pihak-pihak yang menentang perhimpunan itu.
Sebelum itu, keputusan mesyuarat Pemuda Umno sebentar tadi diumumkan Khairy dalam laman Twitter beliau.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Khairy berkata, Pemuda Umno tidak menyertai BERSIH kerana kumpulan itu menyokong pembangkang dan sejal awal mempunyai agenda politik.
Beliau juga menafikan tindakan itu bagi melawan BERSIH, sebaliknya ia tiada kaitan langsung.
Ditanya sama ada tindakan itu sesuai memandangkan dua lagi kumpulan bercadang berhimpun pada masa yang sama, Khairy berkata ia "terpulang kepada pihak polis".
Pemuda Umno menegaskan akan memohon permit bagi tujuan itu walaupun tidak pasti pihak polis akan memberikannya.
EDYES wrote:
"Saya cabar pembangkang jangan keluar di jalan raya, jangan cuba jadi hero di jalan raya, jangan buat seperti beruk di jalan raya." - KJ, 2007
Akhirnya Khairy akan memberukkan dirinya sendiri. Memang selama ini dia beruk, namun pada tanggal 9 Julai 2011, dia membuktikan betapa beruknya dirinya...
Jangan nanti sampai tarikh 8 Julai, tetiba keluar kenyataan "Pemuda UMNO akur dengan arahan pihak polis untuk tidak berhimpun" - KJ
kah kah kah kah kah...
Thursday, June 16, 2011
Wednesday, June 15, 2011
Rupa FanPage RM1.8Juta Macam Ini? Serangan Hackers ke Laman Kem Pelancongan!
Andainya sempat, anda juga boleh melihat kementerian pelancongan yang telah digodam pada link di bawah;
http://www.tourmalaysia.com.my/
EDYES @ edyesdotcom
Tuesday, June 14, 2011
Adakah Benar Kita Mahu Dataran Merdeka Menjadi Tahrir?
Pihak polis juga harus bertindak cemerlang dengan menyekat sebarang anasir jahat yang ingin membuat kacau bilau di hari perhimpunan berlangsung. Contohnya ialah provokasi dari pihak PERKASA yang secara sengaja ingin mencipta pertembungan. Perkara sebeginilah yang sepatutnya pihak polis ambil serius, kerana wujud ancaman dari presiden PERKASA sendiri yang memilih tarikh yang sama dengan sengaja demi pertembungan yang mungkin meletakkan Ibrahim Ali kembali ke wad ICU. Ini kerana skala nisbah 3000 : 1 adalah sangat berat sebelah. Renung-renungkanlah wahai pihak polis akan tugas sebenar sepertimana sumpah keramat diangkat ketika menjawat jawatan pegawai polis.
Ingatlah satu perkara, sebagai penulis tidaklah saya menyalahkan terus pihak polis yang menjalankan tugas. Tetapi sampai bila arahan-arahan berdarah terhadap rakyat tidak bersalah itu harus terus dilaksanakan tanpa pertimbangan agama dan hati perut?
EDYES @ edyesdotcom
Mohon rakan share dan sebar artikel ini
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Friday, June 10, 2011
Setuju Anak Malaysia Tetapi Perlu Juga Pertegas Sekolah Satu Aliran
Sehari dua ini kecoh mengenai anak bangsa bangsa Malaysia. Perkara ini wujud apabila seorang Ahli Dewan Undangan negeri dari Selangor yang baru melahirkan anak gagal dalam cubaan beliau mendaftarkan anaknya sebagai bangsa Malaysia. Tindakan beliau mendaftarkan anaknya sebagai bangsa Malaysia kerana menurutnya dia berbangsa cina yang berkahwin dengan lelaki berketurunan India, maka anaknya tidak mungkin menjadi India atau Cina tetapi anaknya harus menjadi anak Malaysia.
Akhirnya PAS Diserang Juga !!
EDYES @ edyesdotcom
Masih demam, sengal satu badan...
Thursday, June 9, 2011
YB Kurang Ajar!! Nak Lihat Di Mana Zul Nordin Pasca PRU13 !!
Malaysia terdiri daripada gabungan etnik besar bangsa Melayu-Cina-India-Iban-Dayak-Kadazan dan banyak lagi. Jadi kalau Hannah nak main wayang kata anaknya "anak Malaysia" juga tidak boleh - kerana tidak cukup syarat. Campuran benih India dan Cina sahaja tidak cukup untuk melayakkan anaknya dipanggil "anak Malaysia". Kalau betul mahukan anaknya dilabel dengan label "anak Malaysia", maka Hannah perlu dapatkan benih semua bangsa yang ada dalam Malaysia, dan setelah disahkan campuran DNA semua bangsa itu, barulah boleh dipertimbangkan samada layak atau tidak anak Hannah dilabel "anak Malaysia".
Dapatkan Kemeja BERSIH (edisi SAMM) Dan Sticker Kereta BERSIH !!
Dapatkan baju untuk himpunan BERSIH versi SAMM dan stiker kereta BERSIH
Wednesday, June 8, 2011
Mat Sabu: Najib, Kalau Hang Tak Tau, Elok Hang Diam !!
Najib dalam laporan media dari Astana, Kazakhstan menyifatkan Ucapan Dasar Presiden PAS bertemakan Membangun Negara Berkebajikan hanya untuk hadapi PRU13.
Konsep Negara Berkebajikan telah diwujudkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi ketika Baginda mentadbir Madinah sebagai sebuah Negara Islam.
"PAS perjuangkan dasar Negara Berkebajikan yang didirikan oleh Baginda Nabi sejak zaman Madinah lagi dan bukan hanya untuk PRU13 sahaja.
"Nampak sangat Najib tidak tahu di dalam hal ini, saya kasihan, lebih baik beliau diam sahaja dalam perkara yang beliau tidak tahu.
CheGuBard: Saya Tak Malu Digelar Ahli Politik Jalanan (Wawancara Wajib Baca & Sebar!!)
Wawancara eksklusif dengan pemimpin muda PKR Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali dengan nama Chegubard. Beliau juga adalah Ketua Cabang PKR Rembau dan pernah menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR.
Tuesday, June 7, 2011
Pendedahan Ini Harus Merangsang Kebangkitan Rakyat !!
Salam to all,
U don't need to go to a fanciful Bussiness School to figure out why we need a tariff hike-----just re-visit the terms given to some IPPs. With the take or pay clause and wth the 40% excess reserve that we have today, one has to only produce half of one's capacity and be paid 80% of the agreed capacity. Well done the then EPU--The Economic Plundering Unit.
Atau dalam bahasa melayunya lebih kurang begini;
Anda tidak perlu pergi ke Sekolah Perniagaan serba fancy untuk mengetahui mengapa kita memerlukan kenaikan tarif ----- Hanya melawat kembali istilah (perjanjian) yang diberikan untuk beberapa IPP. Dengan mengambil atau membayar klausa dan bersama cadangan 40% lebihan (tenaga) yang kita miliki saat ini, kita harus hanya menghasilkan setengah daripada kapasiti seseorang(cukong) dan dibayar 80% (lebih) dari kapasiti yang diluluskan.
Walaupun pendedahan telah dibuat sendiri oleh saksi hidup TNB, kerajaan masih lagi tidak mengambil tindakkan terhadap IPP yang merompak keperluan rakyat. Separuh daripada apa yang dibayar IPP sebenarnya adalah milik rakyat.
Teringat kembali kejadian sabotaj stesen janakuasa di Paka, Terengganu sekitar tahun 1994/95 yang menyebabkan seluruh negara gelap gelita. Hari ini setelah hampir 20 tahun kejadian itu, ada ura-ura yang mengatakan 'hikmah' di sebalik kejadian sabotaj itu sebenarnya telah memberi ruang kepada IPP beroperasi. Sedangkan menurut TS Ani Arope, TNB sendiri ingin membina stesen janakuasa di Johor yang berfungsi sebagai back up, tetapi dihalang oleh Unit Perancang Ekonomi. Ini semua berlaku ada sebabnya!
Rakyat Bangkit !
Rakyat Malaysia harus bangkit dan sedar, kita dirompak setiap tahun setiap masa tanpa disedari. Sedarlah bahawa kita sebenarnya dibunuh secara halus dan perlahan-lahan oleh regim jahat, nescaya teknik pembunuhan sedemikian rupa sebenarnya lebih dasyat daripada pembunuhan sekelip mata yang dilakukan oleh regim Pol Pot.
Dari kacamata ini, dapat dilihat rakyat sudahpun sedar dan bangkit. Hanya masih memberikan peluang terakhir kepada kerajaan supaya pilihanraya akan datang dipakejkan bersama satu sistem pilihanraya yang adil. Pilihanraya yang bersih dan adil itu haruslah mengambil kira seberapa banyak tuntutan BERSIH 1.0 yang diterjemah di jalanan pada November 2007 dan BERSIH 2.0 yang bakal berlangsung 9 Julai 2011.
Jika tuntutan ini masih tidak dipeduli, dan regim masih menang di atas padang yang tidak sama rata bersama teknik penipuan yang di luar jangkaan, maka bersiap sedialah wahai regim jahat. Rakyat memberi peluang, memberi ruang untuk perbetulkan sistem korup pilihanraya. Namun jika peluang ini disia-siakan, tidak mustahil Malaysia bakal di'Mesir'kan dengan jayanya !!
Himpunan BERSIH 2.0 menjemput semua rakyat Malaysia melepasi batasan kaum dan fahaman politik, untuk sama-sama mengembalikan demokrasi yang hilang atau sebenarnya belum pernah dikecapi selama 54 tahun kemerdekaan...
EDYES @ edyesdotcom
Monday, June 6, 2011
Bila UMNO Mintak Nyawa !
Tuntutan BERSIH 2.0
Himpunan BERSIH 2 diputuskan oleh jawatankuasa BERSIH yang di pengerusikan oleh Dato' Ambiga Sreenevasan yang pernah menjadi Presiden Majlis Peguam Malaysia (BAR Council) pada 2007 - 2009. Jawatankuasa bersih turut dianggotai oleh perbagai individu yang mewakili perbagai sektor masyarakat.
Tuntutan BERSIH 2 ialah lanjutan dari tuntutan BERSIH 2007 iaitu
- Penggunaan dakwat kekal seperti mana yang dilakukan di banyak negara untuk elak pengundian berganda (undi hantu), hanya ada satu alasan tidak melakukan ini iaitu Bn gusar kalah jika tidak melibatkan undi hantu
- Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;
- Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang sebenar-benarnya telus dan meyakinkan;
- Semua parti yang bertanding sepatutnya menerima akses yang sama rata kepada media yang dikawal kerajaan terutamanya TV dan radio. Iklan politik daripada semua parti mestilah diterima tanpa sebarang sikap pilih kasih. Media juga perlu memberi hak menjawab sekiranya terdapat laporan berunsur negatif yang berkaitan dengan seseorang ahli politik atau parti politik.
- penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan.
- melanjutkan tempoh pilihan raya di peringkat kebangsaan dengan "tempoh yang lebih munasabah" berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat.
Jika ada pihak menuduh BERSIH 2 anti parti politik tertentu, maka sila buktikan mana tuntutan yang bersifat anti parti politik tertentu ? Jika ada, adakah parti itu mahu masuk pilihanraya yang boleh dimanipulasi dengan undi hantu atau undi berganda ?
Hanya parti politik yang takut kalah jika ruang demokrasi diperkukuh sahaja melihat BERSIH 2 sebagai musuh.
Pelawaan Pengerusi BERSIH, Ambiga untuk komponen BN turut serta dalam himpunan ini sewajar dilihat dari aspek positif dan membuktikan BERSIH tidak punya agenda politik kepartian.
SAMM menyeru semua warga Malaysia agar bersama dalam Himpunan BERSIH 2 pada 9 Julai jam 2 petang di Kuala Lumpur. SAMM juga sedang menyusun atur himpunan serentak atas maksud yang sama di hadapan beberapa kedutaan Malaysia di luar negara demi menyatakan solidariti seperti mana yang kami berjaya aturkan pada himpunan BERSIH 2007 yang lalu.
Topeng Perak Unmasked Akan ke Udara Malam Ini !
Insya-Allah malam ini saya akan ke udara di stesen radio DurianFM.com dari jam 8-10 malam untuk membincangkan topik 'muktamar PAS ke-57' dan 'PAS dari pandangan peribadi'.
Sila ke website http://www.durianfm.com/ atau Facebook Pages "T'anda Tanya" untuk mengikuti siaran langsung dari jam 8-10malam ini. Sila war-warkan untuk berkongsi pandangan.
Topeng Perak Unmasked
Semoga anda semua dapat bersama dengan sahabat saya dalam temubual yang akan berlangsung malam ini di rangkaian durian.fm malam ini jam 8-10 pm !
EDYES
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Realiti PAS Ganti UMNO di Ambang Mata !
Oleh: Wira Arjuna
Apakah bahayanya jika golongan profesional menguasai PAS?
Mengapa Utusan Malaysia dan akhbar arus perdana begitu takut dengan keputusan pemilihan perwakilan muktamar PAS ke-57? Apakah perubahan besar yang mereka jangka akan berlaku berikutan keputusan ini?
Benarkah dalam muktamar PAS kali ini golongan ulama tewas? Tepatkah bacaan dan tafsiran yang dibuat oleh media arus perdana yang memang selama ini tidak pernah bersimpati kepada PAS dan kerabat Pakatan Rakyat itu?
Yang jelas, tafsiran dan analisis media arus perdana yang diketuai oleh Utusan Malaysia ini memang salah! Mungkin kesalahan ini berlaku kerana kejahilan atau niat sengaja untuk mencari-cari kelemahan dalam PAS dan Pakatan Rakyat.
Hakikatnya ialah, PAS memang sebuah parti yang bergerak berteraskan ajaran Islam. Maka setiap ahlinya secara langsung atau tidak harus melalui proses tarbiyah untuk bukan sahaja mengenali erti halal haram tetapi bagaimana menentukan keadilan kepada semua dalam tata-kelola negara dan masyarakat.
Sebab itu, apabila Utusan dan Berita Harian membuat laporan kekalahan ulama dalam muktamar kali ini, ia menggambarkan kebebalan mereka memahami sejarah, ideologi perjuangan dan juga konsep politik yang diperjuangkan parti itu.
Menurut Datuk Husam Musa, seorang yang digelar profesional dan dikatakan condong kepada pemikiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap pemimpin profesional yang dipilih menerajui PAS kali ini adalah anak didik ulama PAS sendiri.
Ulama kalah?
Oleh itu, tidak timbul soal ulama kalah dalam pemilihan kali ini. Sebaliknya, ulama yang menang. Pentarbiyahan ulama PAS sudah menampakkan hasilnya. Anak-anak muda yang dilatih dengan sejarah perjuangan PAS dan memiliki ijazah profesional kini menggalas tanggungjawab menjadikan PAS parti lebih dinamis dalam iklim politik Malaysia.
Lantas apa yang dapat disimpulkan daripada laporan media arus perdana akan pemikiran pemimpin Umno, ahli-politik yang tercicir dalam sayembara siasah Malaysia dan media pencacai mereka ialah cemas, kalut dan sedih.
Nada cemas dan membuahkan reaksi kalut ini dapat diukur di segi betapa bercelarunya komen yang dikutip oleh akhbar-akhbar pro-Umno ini. Ada di kalangan pemimpin UImno yang meratapi anjakan yang dibuat oleh PAS kerana dikatakan tidak lagi memperjuangkan konsep negara Islam dan memilih moto negara berkebajikan.
Jika benar mereka ikhlas dalam memberi komen, maka kini barulah kita tahu bahawa mereka selama ini adalah pengkagum PAS yang mahu menegakkan negara Islam. Dan, kini mereka amat bersedih kerana PAS beranjak mahu negara berkebajikan. Salah seorang dari mereka dari golongan ini adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Rupa-rupanya Utusan dan pemimpin Umno berkenaan cuba belajar dari sejarah. Melihat kejayaan pejuang Islam mengambil alih pemerintahan Turki dari golongan sekular seperti Umno di Malaysia, mereka cuba melekatkan persepsi bahawa golongan ini di bawah payung pemikiran Anwar Ibrahim mahu mengambil alih pemerintahan negara daripada Umno yang sekular.
Mereka namakan golongan ini sebagai kumpulan Erdogan, sempena nama pemimpin gerakan Islam Turki hari ini.
Janda politik
Baiknya sudut pandangan ini ialah, Utusan dan pemimpin Umno berkenaan mengaku bahawa golongan sekular memang boleh ditundukkan seperti yang berlaku di Turki dan dalam iklim politik Malaysia yang sekular ialah Umno.
Cuma cop kumpulan Erdogan ini digunakan untuk menakut-nakutkan orang Melayu yang belum celik perubahan sejarah, betapa Umno yang sekular akan tersungkur dalam pilihan raya umum akan datang.
Ada juga yang tiba-tiba menafsirkan pemilihan itu sebagai kejayaan DAP menyempurnakan penguasaannya terhadap parti berteraskan perjuangan Islam dan Melayu itu. Seorang yang mempunyai pemikiran liar begitu ialah, janda politik, yang menjadi wakil rakyat tetapi tidak mempunyai parti selepas diceraikan oleh PKR.
Entah ilmu mantik apa yang digunakannya, kesimpulan beliau bahawa DAP kini sudah menguasai PAS ternyata ucapan seorang yang "meroyan".
PAS dengan DAP kini merintis jalan mencari lebih banyak titik persamaan – menumbangkan Umno-BN – dan tidak timbul soal siapa menguasai siapa. Namun tidak sukar difahami pemikiran Zulkifli yang sempit kerana telah terlalu lama hidup bersendirian sebagai seorang "janda politik".
Mungkin dengan bercakap betapa PAS terlepas peluang pimpinan ulama, Zulkifli berharap ada ulama yang menaruh belas kasihan dan melamarnya untuk masuk PAS seperti Ibrahim Ali yang tidak berparti tetapi diambil PAS untuk menjadi anak angkat dan disokong bertanding pilihanraya umum ke-12 lalu. Namun bila golongan profesional memimpin PAS, peluang ini tertutup sama sekali. Kasihan Zulkifli si-janda politik.
Diterima di akhirat
Apa jua logik yang digunakan untuk menafsirkan pemilihan lebih ramai profesional dalam barisan pimpinan PAS itu, ternyata dibuat dari lubuk hati yang cemas dan menghasilkan komen yang kalut dan dangkal.
Pengkagum Umno, Syed Azidi Abdul Aziz yang menggunakan nama samaran Kickdefella dalam blognya, menyatakan bahawa bagi rakyat Malaysia beragama Islam, pertembungan PAS dan Umno pada masa hadapan bukan lagi untuk memilih syurga dan neraka di akhirat, tetapi syurga dan neraka di dunia mereka.
Jelas betapa sempitnya kefahaman Islam Kickdefella ini. Mungkin beliau tidak faham bahawa kebaikan dan keadilan yang dilaksanakan di dunia ini akan menentukan ganjaran apa yang diterima di akhirat. Sebab itu PAS mahu menegakkan negara berkebajikan untuk kebaikan umat di dunia demi mendapat ganjaran syurga di akhirat!
Sukar hendak pastikan pandangan insan sebegini sama ada ia bebal, jahil atau semata-mata kerana pintu hati sudah tertutup daripada mengenali kebenaran.
Pandangan yang meragu-ragukan seumpama ini dikutip oleh Utusan daripada Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya. Beliau dilaporkan sebagai mencabar PAS supaya segera menjelaskan pengertian negara berkebajikan dan tidak meninggalkan rakyat tertanya-tanya apakah pengertian negara Islam yang sebelum ini hendak diperjuangkan oleh PAS.
Penghinaan dayafikir Melayu-Islam
Jika benar itu yang dikatakan oleh Dr Juanda, maka ternyata beliau pun tidak jauh daripada kelompok Kickdefella. Cuma jika benar Dr Juanda berkata demikian, maka dia sendiri seharusnya tahu apa hukumnya iaitu, tugas seorang mufti seharusnya turut mengimarahkan konsep negara berkebajikan ke cuping telinga pemimpin-pemimpin Umno beragama Islam dan bukan cuba menanam kesangsian di kalangan rakyat mengenai konsep negara berkebajikan itu.
Namun Awang Selamat, jaguh Utusan, seperti biasa cuba melontarkan sudut pandang yang negatif terhadap sesiapa sahaja yang cuba mencabar Umno. Kini apabila PAS melangkah untuk membuktikan dinamisme politiknya, Utusan meratapi kekurangan bilangan kepemimpinan ulama dalam PAS.
Memang sikap hipokrit. Ini kerana apabila PAS dipimpin ulama, mudah bagi Utusan menggambarkan betapa ulama tidak arifnya kepemimpinan PAS dalam banyak hal tatakelola kerajaan dan isu antarabangsa.
Ini memang alur pemikiran umno. Jika rakyat terus dibebalkan dengan hiburan dan kemunduran ekonomi, ia beranggapan bahawa rakyat, khususnya melayu, akan terus bergantung harap kepada Umno untuk memelihara dan memperjuangkan nasib dan masa depan ekonomi mereka.
Maka Utusan dan media pro-Umno menggunakan logik ini dalam menafsirkan apa yang berlaku dalam PAS. Ternyata andaian atau gagasan pemikiran ini salah, zalim. Malah ia satu penghinaan terhadap dayafikir orang Melayu-Islam yang membuat dalam keputusan memilih barisan pimpinan baru PAS.
Sebenarnya, apa yang ditakuti ialah golongan profesional Islam ini akan berhasil meneraju PAS diterima setiap lapisan rakyat Malaysia dan menggantikan Umno!
Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.