Saturday, June 4, 2011

Keputusan Tidak Rasmi: Mat Sabu Timbalan Presiden PAS !!! Takbir!!

Berita baru masuk melalui twitter DrBadrulAmin dan Sidikin Omar(wartawan SK);

"TAK RASMI: Mat Sabu menang Timb Presiden PAS; Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa menang Naib Presiden PAS."

Berita ini juga digambarkan oleh twitter positif dari Saifudin Nasution!


Menunggu keputusan rasmi pagi esok!

Apa yang pasti, jika ini keputusan yang dibuat oleh perwakilan PAS 2011, ia menunjukkan satu kematangan dalam Parti PAS yang wajar dihargai oleh seluruh pencinta perjuangan Islam !! Ini juga satu tamparan hebat buat UMNO yang masih terkial-kial mengharapkan talian hayat terakhir untuk mereka masih bernyawa.

Akhirnya pejuang 'legend' kita, Mat Sabu telah diangkat oleh perwakilan yang melihat segala pengorbanan dan kecekalan beliau selama ini harus diambil kira dengan sebuah kepercayaan - membawa PAS ke medan pertempuran terpenting dalam sejarah!!

Ini mungkin saja round terakhir pertembungan antara rakyat dan kerajaan, tetapi juga satu permulaan yang besar buat sebuah pergerakkan perjuangan menegakkan syariat Islam. Hadirnya Mat Sabu sebagai pemimpin nombor dua PAS, dibantu oleh gandingan naib presiden yang mantap (Saladin, Mahfuz dan Husam) pastinya menimbulkan gentar buat lawan yang bersenjatakan kezaliman!!

PAS semakin gagah dengan gandingan ulama dan profesional/aktivis rakyat!! UMNO bakal dilanyak habis-habisan dalam PRU akan datang!! Sokongan orang melayu Islam dan bukan muslim juga akan berganda dengan keputusan sebegini!!

Aku merafak kesyukuran ke hadrat Ilahi...

Takbir!!
Allahuakhbar!!!


EDYES @ edyesdotcom
Note to KDN : sediakan seberapa banyak watercanon dari seantero malaya untuk BERSIH2! Pinjam Israel punya jika perlu, kami ada Abg Mat Sabu di hadapan!!!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

4 comments:

Anonymous said...

TAKBIRRRRRR .... LEPAS NI PAKAT-PAKAT KITA KHALWAT RAMAI-RAMAI ... DAH 'HALAL' DAH KUT ... PERDANA MENTERI PR KAKI 'MENUTUH' DEPAN BELAKANG ... MENTERINYA MAT SABU ... MENTERI YANG PERNAH DITANGKAP 'KHALWAT' TAPI DIBEBASKAN OLEH KONSPIRASI .... YA ... SEJAHTERA MALAYSIA ... TAKBIRRRRRRR ....

zuraimi said...

semoga anooymous 8:25
semoga Allah ampunkan dosa nyer menfitnah...

Edyes said...

Mahkamah putuskan Mat Sabu x salah, laki ppuan tu pun kata Mat sabu x salah, ekau pulak yg molobeh...

Anonymous said...

Anonymous 8.25, mu silap masuk, ni bkn blog umnoporno,kesian mu kena kutuk, moga Allah ampunkan kamu atas doamu itu.

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan