Monday, June 27, 2011

Salam Dari Hanoi, Viet Nam


Assalamualaikum semua,

Kini tiga hari telah Edyes lalui di Viet Nam, dan ada tiga hari lagi untuk ditempuhi. Percutian ini adalah yang terbaik sepanjang 30 tahun hidup di atas muka bumi ini. Berbaloi-baloi...

Ketika ini, sedang berada di sebuah hotel di atas sebuah pulau peranginan yang terbesar di Viet Nam. Hampir 200 kilometer dari Bandaraya Hanoi. Pulau Cat Ba lebih besar dari Pulau Langkawi di Malaysia.

Hari pertama sampai di Vietnam Edyes menginap di tengah-tengah bandaraya Hanoi, sebuah penempatan yang dinamakan Old Quater. Pagi hari kedua terus ke Ha Long Bay untuk menikmati penginapan di atas kapal dan hari ini pula, menginap di Pulau Cat Ba.

Sedikit terkilan kerana di negara sendiri, umpama menanti sebuah peperangan besar menghadapi pasukan keselamatan FRU dan SB tetapi Edyes di Viet Nam begitu santai sekali. Namun tanggungjawab untuk percutian bersama keluarga harus juga di beri penghormatan. Ada masanya, keluarga harus diutamakan, dan inilah masanya. Harap semua rakan seperjuangan faham.

Ok, kesuntukkan masa... lepas nie nak ke monkey island. Nak tengok beruk-beruk kat sini ada sama tak dengan beruk-beruk yang diketuai oleh KeraJantan yang bakal berhimpun untuk menghimpit demonstran BERSIH.

Semoga kita akan berjumpa lagi sepemulangan Edyes di Malaysia hujung bulan ini.


EDYES @ Hanoi - Ha Long - Cat Ba Island
Masalah BESAR Edyes di sini ialah - Facebook unaccessable!

3 comments:

marwan abdul said...

selamat bercuti bro...

semoga selamat pergi dan selamat kembali..

miss your articles..

Edyes said...

Terima kasih bro,

balik nanti kembali menulis... di Viet Nam nie, kita bagi peluang dan komitmen 100% buat isteri dan anak2 bercuti...

semua dah sedia untuk BERSIH versi 2 ?

Anonymous said...

cepat balik bro, ramai dah kena tangkap nie... lepas nie giliran bro pulak

hehehehe