Friday, June 24, 2011

Akhirnya Trio Jahanam Didakwa !!

Tiga individu yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu, hari ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menayangkan video terlarang itu.

Mereka adalah ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik serta dua yang lain, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuaib Lazim.Eskay dan Shuib dituduh mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang berbunyi: "Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu."

Sementara itu, tuduhan ke atas Rahim pula berbunyi: "Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan , kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan."

Pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Aizatul Akmal Maharani. - Mkini


EDYES wrote:

Ini semua wayang!! Ini semua wayang yang membenarkan kebejatan dan fitnah lebih besar berlaku. Mengapa mengambil masa begitu lama? Adakah kerana mahu bikin skrip terbaik setelah skrip asal sudah tidak meyakinkan ?

3 comments:

cicit ngah layor said...

Jangn kiter pikior atau pandang yg jauh2 atau yg kebor2......drpd gambor jer dah tau perbezaan makhlok2 ni dgn makihlok2 yg lain.Yg eskot demer....soghang ASP dan soghang DSP.VIP kan?

LIZ said...

EDYESDOT, YOU SOUND EXACTLY LIKE ANWAR.AT LEAST DATUK T MENGAKU.SO FAR APA ANWAR BUAT?BANYAK2 DIA KATA DIA DI FITNAH,KERAJAAN DAH PLANLAH BLAH BLAH BLAH BLAH.BILA NAK GAME?

Anonymous said...

Terima kasih kepada tok-tok lebai yang solat hajat kat stadium. Sekarang Allah dah makbulkan dan tunjuk kebenaran. Memang segalanya ikut skrip. Skrip siapa? Sebenarnya segala yang sedang terdedah adalah mengikut skrip yang sudah ditentukan Allah. Tok sah dok bercakap pasal Islam kalau tidak percaya ketentuan Allah. Manusia yang meletakkan akalnya di kepala lutut sebenarnya lebih hina dan rendah martabat dari binatang. Tak sangka cerita-cerita kedurjanaannya yang selama ini hanya bergerak dari mulut-kemulut telah Allah takdirkan terburai setelah hampir 20 tahun menanti. Allah Maha Besar.