Selepas bersama Barisan Alternatif pada tahun 2005, ketika itu selalu juga turun ke pentas ceramah di mana Abg Mat berpidato. Mengenali Abg Mat Sabu dengan lebih rapat setelah menjadi blogger. Dapat juga la makan semeja beberapa kali, itu pun kerana saya menemani CheGuBard dan juga kerana rapat dengan Pak Bakaq si Penarik Beca.
Mengenali peribadi Abg Mat Sabu dengan lebih dekat, dapat saya rasakan tiadalah orang lain yang paling sesuai untuk digandingkan dengan TG Haji Hadi Awang. Gandingan yang akan membawa PAS ke dunia realiti dan menjadikan PAS lebih hebat (dan sedikit radikal!). Sejarah Abg Mat dalam PAS juga besar, peranan Abg Mat juga menyerlah!
Oleh itu, dalam pemilihan Muktamar tahun ini, saya berpendapat;
Haji Mat Sabu adalah susuk yang paling sesuai sebagai pemimpin nombor dua PAS dalam latar masa kritikal menghadapi PRU13! Gandingan hebat ulama dan aktivis rakyat!
Hj Mat Sabu harus diberi peluang dan kepercayaan untuk membantu Tuan Guru Hadi Awang dalam mengurus perjalanan PAS untuk terus cemerlang dalam PRU-13 yang semakin hampir.
Mat Sabu untuk Timbalan Presiden PAS !!
9 comments:
GANDINGAN YANG MANTAP YANG AKAN MEMBUATKAN UMNO GIGIT JARI DAN MELUPAKAN HASRAT UTK PERPADUAN.
TAKBIR!!!!
Kalau pemikiran perwakilan PAS tak mantap, mereka akan memilih Nasa bongok lagi, maka selamanya lah PAS tak akan mantap, dan UMNO tak perlulah gigit jari.
Us Nasa tidak bongok.Yang bongok adalah depa yang pilih dia.
Sokong pandangan tuan Edyes..
Perlu pembantu yang kuat untok keutuhan parti. Bukan pro umno sekejap sekejap pas. Pembantu yang kuat bukan berarti mengantikan Presiden
Saya satu pendapat dengan saudara edyes.
Beliau adalah antara pimpinan Pas yang cukup agresif dan kuat menentang usaha penyatuan Pas dan Umno. Merupakan aktivis rakyat yang sanggup berdemo dan berdepan dengan FRU, rela ditahan ISA hanya memperjuangkan nasib rakyat.
Saya tidak kurang juga mengikuti perkembangan saudara Mat Sabu dari dulu hingga kini, dan banyak laluan kesukaran serta ranjau politik yg beliau tempohi. Amat sukar untuk dinyatakan di sini liku-liku perjalanan kehidupan politik beliau.. Saya kagum dengan apa yang beliau korban dan perjuangkan. Bagi pandangan saya, beliau adalah diantara orang yang paling layak untuk berada di kerusi Timbalan untuk berdepan dengan UMNO.
Saya doakan semoga beliau dinobatkan oleh perwakilan sebagai orang nombor dua dalam pucuk pimpinan PAS. Insyaallah ..
Betul... hanya Mat Sabu saja yang berani jerkah menteri-menteri UMNO yang sombong tu...
Yang pasti Mat Sabu harus ditolak... sbb dia lah org pertama yg fitnah DS Anwar sebagai homosex
Sbb dia juga lah org pertama yg memberi gelaran DS Anwar dgn nama Al-Juburi.
Sbb dia juga yg fitnah DS Anwar sebagai manusia paling bahaya
Kalau presiden bukan haji hadi yang lip flop aku rasa lebih mantap.
Post a Comment