Monday, October 18, 2010

SAM DI ARAH OLEH AZMIN UNTUK MENENTANG KEBANGKITAN CHEGUBARD !!


Sapa yang tak tau Anwar tak suka Chegu Bard? Serupa macam Anwar tak suka Zaid. Sebabnya, tak ada orang yang berani lawan cakap Anwar macam Chegu Bard dan Zaid. Anwar hanya mahu orang-orang yang menurut cakap dia. Kalau nak ikut cakap Anwar, yang tu tak ada masalah. Tapi kalau Anwar ikut cakap Azmin, yang tu susah la.


Anwar tau, Shamsul Iskandar akan kalah kalau bertanding dengan Chegu Bard. Jadi dia suruh Rafizi masuk. Dan Rafizi diback-up oleh Azmin. Dimana ada Azmin…disitu ada Rafizi. Rafizi diminta oleh Anwar berjumpa Chegu Bard untuk berbincang. Tetapi syarat perbincangan utama ialah..Rafizi Ketua, Chegu Bard Timbalan.


Bila Chegu Bard kata “boleh blah”..Rafizi balik mengadu kat Anwar. Tapi Anwar kata…”kalau tak boleh deal..lawan la!” Itu sebab Rafizi masuk untuk bertanding. Dan dia kaut semua mereka yang pernah bekerja dengan pejabat Anwar. Sim, Amir, malah Nik Nazmi pun tumpang tui.


Bukan itu saja, Rafizi dijanjikan akan mendapat sokongan dari Shamsul Iskandar. Sam diminta untuk melepaskan jawatan Ketua AMK dan bertanding Naib Presiden. Tapi apa yang berlaku tak mengikut perancangan. Orang-orang Sam tak ikut Rafizi, tapi lari kat Chegu Bard. Mana yang kutuk Chegu Bard pun..dah mula puji chegu Bard.


Bila pencalonan bermula…Rafizi ketinggalan. Dan diminggu terakhir pencalonan, Anwar tau Rafizi tak boleh cari makan dan dengan cepat strategi dipinda. Sam perlu balik untuk bertanding Ketua AMK.


Isyarat pertama untuk menyuruh Sam bertanding Ketua AMK datang dari Cabang Gombak. Azmin mencalonkan Shamsul Iskandar sebagai Ketua AMK..dan bermulalah era malap Rafizi. Sejak itu, Team Generasi Reformasi semakin malap.


Sam juga sedar, kalau dia lawan Chegu Bard, peluang dia tipis. Tapi kalau dia lawan Anwar dan Azmin…lagi teruk. Dan oleh kerana Sam juga seorang Anwaristas yang wala kepada Anwar, maka dia menurut kehendak Azmin. Aku sebut Azmin sebab dalam PKR, Anwar yang dengar cakap Azmin…bukan Azmin yang dengar cakap Anwar.


Semalam hari pencalonan. Aku ingatkan Rafizi sorang yang sakit perut dan tak dapat hadir menghantar borang pencalonan…rupanya hampir keseluruhan Team Generasi Reformasi sakit perut!! Macam mana nak jadi reformis? tu belum kena simbah air asid, belum kena cota FRU. Baru kena gertak dengan Anwar sikit…dah cari pil Chi Kit Teck Aun.


Petikan dari sebuah artikel yang ditulis oleh Mat Saman Kati di blog ureka.asia


*********************************************************


EDYES wrote:



Sokongan terhadap Sam telah menjunam ketika Sam mengumumkan untuk bertanding naib presiden. Pada waktu itu, banyak penyokong Sam mula mencari networking dengan chegubard malah sudah ada yang berjanji akan setia dengan chegubard kerana yakin beliau akan menerajui AMK penggal 2010-2013. Mereka telah menemui chegubard dan berjanji akan memberikan sokongan yang solid.


Apabila Sam U-TURN, mereka yang sudah terlajak menyokong Chegubard ini tiada pilihan selain daripada terus menyokong chegubard kerana tindakkan U-TURN dalam perjuangan itu tiada dalam kamus hidup mereka. Apatah lagi yang hendak digambarkan jika yang U-TURN itu adalah seorang Ketua. Penyokong Sam yang telah menyokong Chegubard sekali lagi menemui Chegubard untuk menyatakan setia dan tidak kurang juga yang memanggil chegubard untuk sama-sama berkempen sedangkan sebelum ini hanya membantu Sam.


AMK memerlukan seorang ketua yang boleh bergerak sendiri dan boleh mobilisasi sejumlah anak muda untuk sama-sama berjuang. Sebagai Ikon REVOLUSI, kemenangan Chegubard akan membuka lembaran baru kepada AMK dan pastinya akan lebih ramai anak muda menyertai PKR. Penyertaan mereka yang non-partisan juga akan bertambah kerana semangat dan aura 'rebelion' yang dibawa oleh Chegubard mudah dicenderungi dan akan menjadi ikutan semua anak muda yang tinggi semangat melawan.



Shamsul Iskandar pula telah diberi ruang yang cukup banyak untuk membawa AMK ke aras yang sepatutnya - sebuah sayap pemuda yang digeruni lawan. Sam bukan hanya memegang AMK selama satu penggal tetapi sebenarnya lebih dari sepenggal kerana sebelum itu Sam telah memangku jawatan ketua AMK yang telah dilepaskan oleh arwah Ezam.
 
Sam mula memegang jawatan pemangku ketua sejak dari tahun 2006 hingga pemilihan tahun 2007. Pada pemilihan 2007, Sam tidak ditentang oleh Chegubard Walaupun Chegubard mendapat banyak pencalonan kerana ketika itu beliau sedang menumpukan pengajian di Korea. Apakah yang dilakukan oleh Shamsul Iskandar setelah diberi peluang selama lebih dari satu penggal atau lebih dari 4 tahun sebagai ketua AMK selain daripada memancung ketua-ketua AMK negeri sedia ada ketika itu?
 
Selepas diberi laluan oleh Chegubard pada pemilihan 2007 dengan harapan Sam memperkuatkan AMK sedia ada, Sam telah mengkhianati peluang yang diberi dengan melemahkan jaringan AMK sedia ada apabila mengenepikan ketua AMK negeri yang telah establish dengan segenap kekuatan. Akhirnya Sam gagal dalam misi memperkasakan AMK di kebanyakan negeri.
 
Sam tidak berjaya membina kekuatan utuh walaupun 4 tahun lamanya masa telah dihabiskan. Daripada 222 parlimen, AMK cuma ada 163 cabang sahaja. Daripada 163 cabang, hanya 50 cabang sahaja yang lengkap sepenuhnya iaitu yang lengkap carta organisasi daripada ketua hingga semua jawatankuasa termasuklah 25 exco.
 
Selama 4 tahun menerajui AMK, Sam tidak menitik-beratkan data entry senarai nama keahlian apabila ia juga tidak dikemaskini dengan baik. Ini mencerminkan pengurusan yang tidak teratur dan corong-corong pengkadiran juga mengecil kerana terdapat kelewatan dalam menguruskan senarai keahlian. AMK yang dipimpin oleh Sam banyak mencetus kontrovesi apabila ada tangan-tangan ghaib yang menyebabkan pertukaran suka sama suka mahupun sebaliknya, senarai ahli bertukar cabang mengikut kepentingan individu tertentu.
 
Terdapat juga satu kes di mana seorang pimpinan AMK negeri yang telah dilucutkan jawatan timbalan AMK negeri dengan hanya menggunakan teks sistem pesanan ringkas (SMS). Kecelaruan serba cacamerba ini berlaku sewaktu Sam menjadi Ketua AMK. Mengapa perlu mengekalkan Shamsul Iskandar sedangkan lebih satu penggal setengah telah diperuntukkan kepada dia dan hasilnya tidak memberangsangkan malah AMK dianggap lembab bak kura-kura. AMK di era Sam juga dilihat sebagai tukang lapor kepada pihak polis dan hanya tahu menyatakan kecaman demi kecaman terhadap kerajaan tanpa tindakkan berstrategi yang boleh memberi gentar terhadap kerajaan pemerintah.
 
Saya tidak mahu menyentuh berkenaan mengapa Sam bertindak U-Turn walaupun inilah lauk paling sedap untuk digoreng oleh mana-mana penulis. Bagi saya, biarlah Sam U-Turn kerana kita semua telah kenal betapa Shamsul Iskandar ini tidak mempunyai keberanian sebagai seorang pemimpin, tetapi hanya menurut perintah. Oleh itu, membuat pusingan U itu tidaklah diherankan, apatah lagi kiranya ia adalah arahan dari Azmin - Individu yang tidak mahu melihat AMK diterajui oleh skuad rebelion. Peristiwa Shamsul Iskandar mengelak debat di antara semua calon yang bertanding adalah susuatu yang memalukan. Ia pasti bertujuan untuk menutup segala kelemahan dan kudis-kudis yang takut dibongkar secara live serta ditonton oleh semua pemerhati, media dan pengundi.
 
Perkara mengapa Sam U-Turn telah dijelaskan dalam petikan Mat Saman Kati di atas tetapi perkara yang tidak dijelaskan ialah peristiwa di mana seorang ketua AMK yang melarikan diri dengan bersembunyi di dalam ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut, ketika anak-anak buahnya yang lain termasuklah Chegubard sedang bertempur dengan FRU. Ketika itu demonstrasi anti-ISA sedang rancak berlangsung dan ketika FRU mengganas, Ketua AMK ini dapat dilihat mengambil nafas di dalam bangunan ibupejabat PAS.
 
Cuba saudara semua fikir, apakah yang mampu dilakukan oleh Shamsul Iskandar sekiranya Anwar Ibrahim disumbatkan semula ke dalam penjara kelak? Bolehkah Shamsul Iskandar menggerakkan pemuda untuk menggertak kerajaan? Hanya Chegubard sahaja yang mampu membawa kebangkitan anak muda di atas faktor ikon yang ada dalam semangat juangnya.
 
Ada lagi perkara yang boleh saya sentuh tetapi saya juga cuba mengambil sikap mengelakkan politik selak kain. Apa yang ditulis di atas adalah faktor-faktor kelemahan Shamsul Iskandar dalam mentadbir sebuah organisasi penting dan sedikit mengenai faktor keberanian seorang pemimpin.
 
Saya mohon semua ahli agar tidak mensia-siakan penggal terpenting dalam sejarah reformasi iaitu tahun 2010-2013 sebagai tahun yang paling mencabar apabila DSAI berkemungkinan besar dihumban ke penjara. Pilihlah 'Penerus Momentum Reformasi', supaya perjuangan ini akan menjadi lebih hidup dan lebih mekar di selekoh terakhir sebelum mencecah Putrajaya. Janganlah tersilap pilih kerana andai calon kura-kura yang terpilih, mungkin kita hanya sampai ke sekitar tasik Putrajaya sahaja - resam si kura-kura apabila berjumpa tasik.
 
Kemenangan Chegubard akan membawa perubahan total dalam organisasi AMK yang popularitinya menjunam ketika ini, lantas memberi harapan baru untuk AMK dan seterusnya melangkah gagah menembusi Putrajaya.
 
Penerus Momentum Reformasi - Ke Arah Perlaksanaan Deklarasi Permatang Pauh 1998 !
 
 
EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

7 comments:

Anonymous said...

knape nk gaduh same2 sendirik,sedangkan tekadkan usaha melawan keangkuhan umno..

Anonymous said...

Azmin akan robohkan PKR. Kalau DSAI berterusan sembunyi tangan, lambat laun dia juga akan berkesudahan pegang parti yang tak ada ahli. Tunggu dan lihat.

Anonymous said...

pakatan rakyat akan jdik pembangkang sampai kiamat!!

CUCU PEJUANG said...

adat bertanding kalah menang perkara biasa.kita dipilih oleh ahli...ahli perlu bersikap matang dan bkn 'ikut telunjuk' sesiapa.bukalah minda dan mata hati.pemimpin akn dtg dan pergi tapi parti tetap berdiri teguh.musuh sentiasa mencari peluang
'menyelitkan' jarumnya.bersatu kita teguh bercerai kita roboh.....

bunbinban said...

majoriti rakan2 di pahang pilih sam kecuali aku. pada aku che gu Bard yg terbaik. Ptg tadi, rakan2 kutuk che gu Bard, aku selamba je kata, ' aku ttp sokong che gu Bard...semua pakat senyap, malas nak layan aku...ha ha ha

BenLani said...

Aku jadi pelek..kata pemilihan dibuat oleh setiap ahli dalam PKR.. habis tu macam mana pula dikatakan ada org tertentu yg mempengaruhi org tertentu..mengatur keputusan tertentu..adalah perlu disogok semua ahli PHR utk menentukan siapa yg terpilih dan siapa yg tak terpilih..sapa-sapa ada maklumat tolong begitau sikit..

Anti hipokrit said...

salam,

REFORMBASI

Sila bertaubat dan tinggalkan parti mata satu ini dgn segera.

Petunjuk dari Allah S.W.T. adalah terang dan nyata dan ramai org sudah mula sedar kebenaran yg cuba disembunyikan selama ini.

Air mani dlm dubur saiful adalah bukti peliwat tegar yg Nabi S.A.W. sendiri tidak mengaku umat menerima balasan tunai di dunia..

Jgn cuba tegakkan benang basah.Yg salah tetap salah.

Segala yg Tun Dr. Mahathir buat dulu terhadap Anwar adalah benar.

Nalla,Ezam,SD Johari,Lokman Noor Adam,Rashid,Karpal Singh,Mat Sabu,Zul Noordin dan terlalu ramai yg lain lagi tahu apa sebenarnya berlaku.

Saya tidak berkenan UMNO kerana KJ,tetapi saya benci politik murahan PKR.

Wassallam

Anti hipokrit