Friday, April 2, 2010

Din Beramboi Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.

Adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, berkata mesin sokongan hayat yang dipasang sejak beliau tidak sedarkan diri dihentikan atas nasihat doktor berikutan kegagalan organ dalaman terutama buah pinggang dan hatinya berfungsi.

Salam hormat,

Pagi ini saya sedikit sedih mendengar berita yang mungkin sudah dijangka oleh segelintir umat. Din Beramboi telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Allah lebih sayangkan dirinya.

Saya baru-baru ini selalu kutuk lawak dia masa jadi juri raja lawak musim ke-4. Tak sangka pulak itulah Din Beramboi yang terakhir, dengan rambut barunya itu.

Saya memohon kehadrat Illahi agar rohnya diberi privilage sebanyak yang boleh dan dilepaskan dari siksa kubur, memandangkan beliau meninggal dunia pada malam Jumaat.

Al-Fatehah

No comments: