Saturday, April 24, 2010

Zaid Ibrahim - Katak Revolusi !

Salam Reformasi,

Bermacam jenis serangan peribadi dilemparkan terhadap calon Pakatan Rakyat iaitu Datuk Zaid Ibrahim. Antaranya adalah beliau dituduh sebagai kaki tonggang arak, dan tidak kurang juga yang membandingkan Zaid dengan katak-katak pasca Feb 2009.

Katak yang melompat demi mendapatkan tempat yang lebih baik untuk memanggil hujan, untuk mendapatkan tempat yang lebih popular, untuk melompat kerana projek ali-baba melalui syarikat dua ringgitnya tidak mendapat laluan, adalah katak-katak yang busuk dan menjijikkan. Begitu juga dengan katak yang melompat kerana tidak dapat bertanding dalam pilihanraya kecil, katak yang melompat demi menyelesaikan masalah peribadi dan juga bakal katak yang melompat kerana tawaran jawatan menteri penuh mahupun menteri besar.

Saya setuju sekiranya Zaid Ibrahim diambil kira sebagai seorang katak yang melompat, dari UMNO kepada PKR, dari BN kepada PR, dari lembah kekufuran kepada menghidupkan revolusi perjuangan. Untuk itu, Zaid dikira sebagai katak yang melompat. Berbanding dengan lompatan padu demi tawaran berjuta-juta yang berlaku hingga runtuhnya kerajaan Perak melalui coup detat, terdapat perbezaan di antara lompatan Zaid Ibrahim dan gerombolan katak yang diketuai Ibrahim Ali.

Ketika itu, Zaid Ibrahim masih seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau memegang portfolio untuk satu kementerian yang digabungkan ke dalam JPM iaitu Kementerian Undang-Undang. Portfolio tersebut dipegang oleh beliau sebagai seorang menteri penuh iaitu sama tarafnya dengan Menteri di JPM yang lain seperti Nazri Aziz si penyangak teksi. Sebagai Menteri Undang-Undang, sudah pasti Zaid bukanlah calang-calang orang kerana portfolio ini amat menitik-beratkan keadilan sejagat.

Apabila Zaid Ibrahim melihat ketidak-adilan berlaku dalam kementerian yang mengutamakan keadilan, yakni melihat kementeriannya sendiri dicemari, apabila undang-undang itu diperuntukkan mengikut tafsiran yang menguatkan cengkaman pemerintahan kuku-besi, maka beliau menyunsung arus meninggalkan binatang-binatang yang mengagungkan undang-undang rimba. Zaid Ibrahim meninggalkan jawatan menteri penuh demi untuk bersama rakyat bagi menentang sebarang bentuk kezaliman. Dari seorang menteri penuh, kini menjadi rakyat biasa kerana ulitan wang, kebendaan dan jawatan tidak mempengaruhi beliau untuk membenarkan kepincangan terus berlaku dalam definasi keadilan.

Arakian transformasi Zaid Ibrahim daripada UMNO kepada PKR, mereka yang fakap itu mendakwa ia satu lompatan sang katak. Lazimnya berbeza kali ini, katak yang berjuang menentang ketidak-adilan seharusnya disanjung. Sepertimana tawaran DSAI untuk menumbangkan kerajaan pusat pada tanggal 16September. Lompatan 916 sekiranya berlaku adalah lompatan yang mulia, demi rakyat, bangsa dan agama yang selama ini ditindas secara perlahan tatkala menekan oleh kerajaan pemerintah!

Kini seharusnya rakyat bersatu lebih erat menentang Barisan Nasional yang kini ditelanjangkan oleh Anwar Ibrahim melalui pertalian Kerajaan 1Malaysia dengan APCO oneIsrael. Lihatlah klip-klip usul perbahasan di parlimen yang mencerminkan betapa kerajaan dengan panik dan tergopoh-gapah merujuk Anwar kepada jawatankuasa parlimen atas kesalahan mengelirukan Dewan Parlimen. Sedangkan menteri yang sepatutnya memberi penjelasan tidak pernah sama sekali menjawab persoalan APCO-Israel secara terus.

Bahkan, Ahli parlimen BN yang lain juga bagaikan kaku tidak melawan walaupun whip Azmin Ali dalam sesi perbahasannya dengan jelas mengatakan UMNO menyokong Israel melalui APCO dan mendedahkan keselamatan kedaulatan negara kepada agen Israel. Sudahlah menteri yang terbabit tidak muncul untuk menjawab persoalan, Ahli Parlimen BN yang lain juga tidak mampu menangkis malah tidak bangkit mempertahankan UMNO apabila parti itu dituduh sebagai sekutu yahudi melalui APCO!

Sepertimana yang kita sedia maklum, yahudi dan Israel adalah satu perkara yang sangat sensitif apabila dikaitkan dengan satu-satu individu mahupun badan pertubuhan. Kebisuan ahli parlimen UMNO ini menunjukkan mereka umpama tidak mampu menentang arus kezaliman kerana sayangkan jawatan dan kedudukkan. Tidak seperti Zaid Ibrahim yang mempunyai kekuatan dan pedoman untuk meninggalkan UMNO.

Oleh demikian, marilah kita sama-sama memastikan kemenangan Zaid Ibrahim si katak revolusi demi memberi tekanan kepada kerajaan yang telah dikenalpasti sebagai anasir yahudi. Dalam sejarah, seorang pemimpin revolusi terkenal juga telah meninggalkan keempukkan kerusi menteri demi menyebarkan fahaman sosialisnya di hutan belantara. Zaid Ibrahim juga meninggalkan keempukkan kerusi tersebut, bagi menetang kezaliman sejagat.


RE-FOR-MA-SI !!
TAKBIR!!!


Revolusi perjuangan tidak akan berakhir, dan ia benar-benar bermula ketika jatuhnya sebuah kerajaan zalim!

Edyes - 5.11pm - 24 April 2010

No comments: