Saturday, April 17, 2010

Achik Spin Mangsa Terbaru LEKAS Highway !!!

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini. Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

Al-Fatihah

Seorang lagi personaliti meninggalkan kita. Tapi itu bukan isu.

Isunya ialah highway LEKAS semakin rancak menjadi medan nahas jalanraya samada kemalangan minor dan juga kemalangan major. Tidak kurang juga kemalangan ngeri yang membawa maut.

Menjadi satu keresahan kepada diri saya sendiri, kerana saya juga kerap menggunakan highway baru ini semenjak ia dibuka kepada pengguna.

Juga dilaporkan, ladang ternakan khinzir menjadi satu faktor, kecil atau besar faktor itu harus disiasat oleh badan yang berkenaan. Ladang ternakan khinzir tersebut tidaklah terlalu dekat dgn highway, tetapi bau busuk menyelubungi setiap kenderaan yang lalu. Saya sendiri mengalaminya.

Kini, mungkin saya terpaksa bergantung kepada highway PLUS untuk sementara waktu bagi mengelak kecelakaan yang umpama terundang.

Kepada pengguna tegar lebuhraya LEKAS, berhati-hatilah memandu, terutamanya ketika melalui kawasan yang mempunyai bauan yang pelik.

Harap maklum !

2 comments:

hazam said...

dah nama pun highway lekas...mesti la lekas sampai...lekas mati semua lekas
hua hua hua

Toi'Toi' said...

sebelum ni namanye highway kasih...
nti ramai yg ber kasih pulak...