Bagus blog saudara nie, walaupun masih baru tetapi dah ramai peminat.
Blog edyes pun ada zaman macam nie jugak, tapi sejak tahun 2009 nie, tak banyak masa untuk update blog, dah jadi suram skit.
Kalau Anwar itu lebih dari keruh, kita masih ada PAS yang kian dikuasai ulamak profesional. Keperibadian Nik Aziz seharusnya menarik perhatian mereka2 yang inginkan perubahan positif terhadap Kerajaan Malaysia baru.
Kaum lain pun yakin dengan PAS, kerana bagi mereka PAS juga memperjuangkan keadilan semua kaum kerana itulah yang dituntut oleh Islam.
Walaupun saya bukan ahli PAS, namun saya menyanjung perjuangan PAS dalam menegakkan syiar Islam di negara ini. Di samping memberi ruang keadilan terhadap bangsa lain, hak keistimewaan orang melayu juga tetap dijaga kerana ia merupakan kontrak sosial yang telah dipersetujui sewaktu negara kita mencapai kemerdekaan.
Kenapa kita harus bersama UMNO lagi setelah melihat kerakusan yang mereka lakukan, setelah melihat pelbagai penipuan dan pelbagai tekanan yang dikenakan terhadap rakyat. Harga minyak akan naik RM2 seliter bulan September nanti, dan harga barang akan naik lagi sedangkan sewaktu harga minyak turun, harga barang melekat di atas sana.
kenapa harus bagi UMNO peluang lagi selepas 50tahun peluang telah diberi? Jika benar UMNO memperjuangkan bangsa, setakat mana harta kita bangsa melayu? apa yang kita ada selain hutang kereta dan hutang rumah? Siapa punya bangunan pencakar langit di kuala lumpur? siapa punya kilang-kilang di negara ini? siapa punya syarikat gergasi di negara ini? kebanyakkan aset dan harta di Malaysia milik melayu??
Jumlah tanah rezab melayu merundum dari 3juta hektar kepada 1.7 juta hektar. Jika UMNO sebuah wadah penyelamat bangsa, jumlah tanah rezab melayu harus bertambah! bukan berkurangan dengan pelbagai alasan pembangunan.
Jadi, kenapa harus kita sokong sebuah kerajaan yang sudah kita sedia maklum, hanya menjaga kepentingan segerombolan umat sahaja? sebuah kerajaan yang tidak menjatuhkan hukuman setimpal terhadap menteri peraba, ketua bahagian yang racist, menteri besar perasuah, ketua pemuda yang rasuah, demi kerana menyelamatkan kepentingan tersendiri.
Ikutlah gerak hati. kenapa kita menyokong kezaliman. Umpama kita menyokong zamrud pada zamannya, umpama kita menyokong kerajaan Firaun yang ditentang Musa.
Kita mewakili diri kita untuk mencipta satu sejarah, tumbangnya sebuah kerajaan rakus untuk digantikan kepada kerajaan negara kebajikan. kita ikhtiar, kita usaha... bukan UMNO sahaja yang boleh memerintah...
Ayuh, bangkitlah. Saya percaya, setiap anak Pahang mempunyai darah kepahlawanan Mat Kilau, setiap anak Perak mempunyai semangat menentang penjajahan Datuk Maharajalela, setiap anak Terengganu mempunyai resam Rahman Limbung, dan akhir sekali, setiap anak Malayu mempunyai darah Jebat dalam memartabatkan keadilan. Bangkitlah bangsaku, menentang penjajah era baru, Kerajaan Penjajah. - Edy Noor Reduan
Wednesday, May 13, 2009
Ayuh Bersama Tumbangkan Barisan Nasional !
Ulasan edyes di blog x-pkr , bagi membalas tohmahan dan menyedarkan segelintir umat betapa perlunya BN ditumbangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam bro...
Teruskan perjuangan jangan putus asa....
Semua rakyat Malaysia Tahu Minyak RON95 harga RM 1.75 seliter, RON97 RM2.00 seliter. Kalau naik Kancil tuang minyak RON97, orang tu sememangnya tak tahu ekonomi. Ada minyak murah kenapa pakai minyak Mahal.kan bodoh namanya. 1 tahun PKR memerintah berapa banyak dia dah tolong orang Melayu?. menghancurkan orang Melayu adalah.
Jangan takbur nak tumbangkan. Orang Melayu cakap "Jangan yang di kejar tak dapat, yang di kendong keciciran."
Salam Anon 11:34
Semua orang tahu minyak yang bakal diKURANGkan harga ni ialah minyak gred low class.
Semua ni kerja kerajaan haprak nak kaburkan mata rakyat
Post a Comment