Sunday, October 4, 2009

Nasib Setinggan Kerinchi...

KUALA LUMPUR: Setinggan di Kampung Kerinchi di sini perlu berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) di situ kerana tanah yang mereka duduki adalah milik persendirian.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata tindakan untuk terus menetap di situ tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan kerana kerajaan tidak boleh campur tangan kerana tanah berkenaan adalah milik persendirian.

"Jadi tak perlulah berputih mata hanya kerana hendak mempertahankan hak yang bukan hak kita. Lagipun, dalam bandar raya seperti Kuala Lumpur ni, mana ada rumah yang berkos rendah dan kita dah tawarkan dengan harga RM35,000, terima sajalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Amal Hari Keluarga anjuran Persatuan Pemilik Rumah Bukit Damansara di sini hari ini.


edyes wrote:

Bangsat punya menteri!!

Abis tu, macamana tanah hak milik negara tu boleh jadi hak milik persendirian??

Bila tanah tu di ambil alih oleh pemilik persendirian yang dimaksudkan?

Mereka dah duduk kawasan tu lebih 3 dekad, kenapa halau?

Kau nak cerita fasal hak? kenapa tak cerita fasal hak rakyat??

Friday, October 2, 2009

Rasa Macam Bodoh Bertingkat-Tingkat !

Daripada isu minyak RON95, sampailah ke penjualan Proton ke luar negara. Sudah 50 tahun diperbodohkan, sudah sudahlah... Sampai bila nak jadi orang bodoh, wahai rakyat.... amatilah berita di bawah...


Inkues kematian Teoh Beng Hock diberitahu hari ini bahawa DNA yang dikesan pada blazer dan talipinggang Teoh adalah milik Gopala Muniam.

DNA tersebut dikenalpasti oleh ahli kimia, Dr Dr Seah Lay Hong milik Gopala yang telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Dr Seah yang dipanggil semula memberi keterangan dalam inkues tersebut berkata pemindahan DNA itu mungkin berlaku ketika bedahsiasat ke atas Teoh dilakukan di Hospital Klang dalam keadaan yang sesak.

Gopala mati dalam satu kemalangan jalan raya dan DNAnya ditemui pada blazer Teoh.

Bagaimanapun, terdapat satu lagi kesan DNA yang ditemui pada talipinggang Teolh tetapi belum dapat dikenalpasti.

Dr Seah memberitahu mahkamah bahawa beliau diminta menjalankan bedahsiasat ke atas dua mayat, sebelum mayat Teoh, pada hari tersebut di hospital berkenaan.

Seorang lagi adalah L Jeganathan, yang juga mati akibat cedera parah di bahagian kepala akibat kemalangan jalan raya.

M3M : Blogers Rakyat untuk Rakyat

friendship-award1

Oleh M3M

Fuuhh… dah lama tak menulis. Bukan kerana apa, cuma kesibukan di bulan Ramadhan dan di Aidil Fitri tidak mengizinkan aku berbuat demikian. Sekarang, setelah semuanya berlalu, barulah ada kelapangan untuk mula menulis.

Pada hari Ahad yang lepas, kami dari team PerakExpress telah pergi ke Sri Manjung untuk menghadiri satu perjumpaan sambil berhari raya dengan bloggers dari Manjung. Kami berkumpul di rumah blogger Otai Manjung. Itulah first time aku bersua muka dengan Otai Manjung, Manjung Mari serta yang lain-lainnya. Seronok giler!!! Makan pun sedap. Terima kasih diucapkan kepada Otai Manjung serta keluarga kerana layanan mesra mereka.

Dalam pertemuan tersebut, banyak yang disembang dan dibincangkan. Kebanyakannya berkisar pada hal ehwal suasana politik semasa dan bagaimana para bloggers boleh berperanan dalam memberikan sumber maklumat yang tepat kepada rakyat dan bagaimana nak menyedarkan rakyat bertapa perlunya mereka melakukan perubahan politik bagi mewujudkan satu sistem yang lebih baik daripada yang sedia ada sekarang. Bukan untuk apa… untuk kepentingan dan kebaikan mereka juga.

Di samping itu, perbincangan juga menyentuh tentang kelemahan dan kekuatan Pakatan Rakyat. Sikap, perangai serta tindak tanduk sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat yang telah memberi persepsi negatif serta mengugat kepercayaan dan harapan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Kepincangan kepimpinan inilah yang amat dikesali!!! Pemimpin-pemimpin seumpama ini, patut dinyahkan kerana mereka dilihat sebagai anasir perosak dalam Pakatan Rakyat. Tindakan mereka ini boleh men’jeorpadize’kan peluang Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan rakyat dalam PRU 13 nanti.

Kita tak mahu bala yang menimpa BA dalam PRU 11 pada 2004… berulang kembali. Sikap ego dan tindak tanduk segelintir para pemimpin BAlah yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada gagasan BA dan kembali menaruh harapan kepada BN di bawah kepimpinan Pak Lah. Namun demikian… rakyat terkecewa lagi di bawah pentadbiran Pak Lah. Pada PRU 12, 2008, parti-parti pembangkang berjaya meraih semula sokongan rakyat. 5 buah negeri telah jatuh ke tangan parti pembangkang. Lantaran itu, Pakatan Rakyat ditubuhkan bagi membentuk kerajaan di negeri-negeri tersebut.

Sekarang… para pemimin Pakatan Rakyat macam tak belajar daripada kesilapan lalu. Masih ada yang buat kerenah itu dan ini. Masih ada yang nak tunjuk macho. Masih ada yang terlalu ambitious dan masih ada yang tonggong!!! Kelemahan-kelemahan inilah yang cuba dimanipulasikan oleh UBN. Kesannya… Perak dirampas dan jatuh ke tangan UBN. Perancangan jahat mereka masih dan akan diteruskan sehingga mereka berjaya merampas semula semua negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Malangnya… para pemimpin Pakatan Rakyat masih tidak belajar daripada kejatuhan Pakatan Rakyat negeri Perak. Pelik, mereka langsung tidak mengambil iktibar untuk memperbaiki kelemahan yang ada tetapi terus berbalah mengenai isu-isu yang tak sepatutnya dijadikan isu. Pakatan Rakyat kelihatan goyah dan kesempatan ini digunakan oleh UBN untuk menyerang mereka dengan pelbagai isu serta menggambarkan seolah-olah Pakatan Rakyat merupakan satu Pakatan yang rapuh dan tidak berkemampuan untuk memerintah.

Alhamdulillah… setakat ini mereka belum berjaya dan Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah masih dapat bertahan. Tetapi sekiranya senario ini berterusan, mampukah Pakatan Rakyat bertahan? Senario yang berlaku ini mengusarkan dan membuatkan rakyat, khususnya yang di atas pagar, menjadi fed up dan semakin muak terutama dengan sikap dua tiga kerat pemimpin Pakatan Rakyat yang bertindak macam dalang kepada UMNO untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat.

Namun, semua ini ada hikmahnya. Segala kecelaruan sikap dan tingkah laku kepimpinan dalam Pakatan Rakyat membolehkan rakyat menilai mana satu pemimpin yang boleh pakai dan mana satu yang tak boleh pakai dan patut dinyahkan, mana satu pemimpin berjiwa rakyat dan yang mana satu pemimpin hipokrit yang pentingkan kuasa dan kekayaan, mana satu pemimpin yang down to earth dan mana satu pemimpin yang egoistik, angkuh dan sukar didekati rakyat.

Kalau dulunya, rakyat meluat dengan gelagat dan perilaku para pemimpin UBN tetapi kini mereka mula meluat melihat sikap dan tingkah laku serta perangai buruk segelintir para pemimpin Pakatan Rakyat, baik daripada PAS, PKR mau pun DAP. Bagi para bloggers khususnya yang pro Pakatan Rakyat, kami masih sayangkan Pakatan Rakyat. Oleh itu, para bloggers pro-Pakatan Rakyat rasa bertanggungjawab untuk memberi maklumat serta informasi yang ada kredibiliti sebagai alternatif kepada sumber maklumat yang disebarkan melalui media-media arus perdana yang menjadi penjilat kepada UBN. Ini dapat mengelakkan minda rakyat dikongkong dan dipesongkan oleh propaganda dan dakyah UBN.

Melalui penulisan di blog masing-masing, para bloggers membuka ruang kepada rakyat untuk memberi komen, pendapat, pandangan serta kritikan terhadap isu-isu politik semasa yang diketengahkan. Ini merupakan luahan serta suara hati rakyat yang patut diberi perhatian. Para pemimpin Pakatan Rakyat mesti peka terhadap luahan serta suara hati rakyat kerana jika dibiarkan, mereka akan berasa kecewa dan kita takut nanti, padah akan menimpa Pakatan Rakyat dan UBN akan bermaharajalela semula. Rakyat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat dalam PRU 12 yang lalu kerana mereka inginkan perubahan, seperti yang diwar-warkan melalui slogan VOTE FOR CHANGE. Rakyat telah pun membuat perubahan tetapi apakah para pemimpin Pakatan Rakyat juga berubah??

Aha… memang ada yang berubah. Ya, setelah mendapat kuasa yang diberikan oleh rakyat kepada mereka, memang banyak para pemimpin Pakatan Rakyat yang ‘berubah’. Berubah macam mana??? Tepuk dada tanya selera!!!

Semua yang berlaku dan segala maklumat yang rakyat dapat melalui penulisan di blog-blog, khususnya yang pro-Pakatan telah mematangkan pemikiran dan minda mereka. Dengan itu, mereka sudah boleh membuat penilaian tentang sesuatu isu itu secara objektif. Inilah yang kita mahukan…. membentuk satu persepsi yang positif terhadap Pakatan Rakyat terutama bagi menghadapi sebarang PRK dan yang lebih utama pada PRU 13 nanti. Kita tak mahu Pakatan Rakyat kehilangan sokongan rakyat terutamanya mereka yang di atas pagar iaitu mereka yang tidak berparti. Sokongan merekalah yang hendak kita ’swing’kan kepada Pakatan Rakyat. Inilah matlamat para bloggers pro-Pakatan Rakyat. Memberi kesedaran kepada rakyat untuk memenangkan Pakatan Rakyat demi kesejahteraan rakyat.

Lantaran itu, para pemimpin Pakatan Rakyat harus mengubah persepsi mereka terhadap para bloggers terutamanya yang pro-Pakatan. Jangan pandang sumbangan dan peranan mereka dengan sebelah mata. Jangan hanya nampak mereka semasa memerlukan saja seperti semasa pilihan raya, tetapi selepas itu, mereka dilupa dan diketepikan. Apa yang mereka lakukan melalui pendedahan dan penulisan di blog-blog mereka adalah semata-mata untuk memenangkan dan memartabatkan kuasa rakyat. Dan rakyat, memerlukan para pemimpin yang mesra dan berjiwa rakyat, yang mementingkan kebajikan rakyat dan sanggup turun padang untuk mengambil tahu masalah rakyat.

Renungkanlah… Apakah para pemimpin Pakatan Rakyat yang kita ada sekarang, pemimpin rakyat yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat atau lebih menjadi pemimpin kepada parti yang lebih menghabiskan masa dengan parti daripada turun padang menjengok rakyat. Rakyat perlukan pemimpin rakyat bukan pemimpin parti!!!

Awas!! Blog-blog kini menjadi mata dan telinga kepada rakyat. Melalui paparan dan informasi yang dimuatkan dan melalui penulisan para bloggers, rakyat sudah mula membuat penilaian terhadap prestasi wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh mereka untuk menentukan samada para pemimpin ini, masih layak untuk mewakili mereka dalam PRU 13 nanti.



Wednesday, September 30, 2009

Kenapa Berita Ini Tak Keluar Utusan & BHarian ?

Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Roslan Abdul Wahid berkata, kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu, merupakan antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.

"Seorang daripada mereka ditahan di ruang tamu di rumah tersebut pada pukul 9 malam, manakala seorang lagi ditahan bersama abangnya dalam sebuah bilik di rumah yang sama.

"Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah.

Seorang daripada mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan polis setelah kenyataan diambil manakala seorang lagi bersama abangnya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum dilepaskan dengan jaminan RM3,000 seorang.

Operasi itu dijalankan oleh 100 anggota dan pegawai dari cawangan narkotik di kawasan-kawasan panas di daerah Dungun dan Kemaman dalam usaha untuk membersihkan kawasan berkenaan daripada kegiatan pengedaran dan penagihan dadah.


UMNO Dulu Kini Dan Selamanya : KORUP !!



Keperluan kuasa politik diutamakan. Malah didahulukan dari segala yang lain. Persetan soal maruah dan kewibawaaan parti atau individu.

Ini yang didokong oleh Umno sekian lama. Dan, parti itu sekali lagi menzahirkan hakikat berkenaan dengan menamakan Tan Sri Isa Samad sebagai calonnya untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Keputusan itu memang sudah pun diduga. Sungguhpun tokoh-tokoh veteran, tidak kurang daripada mantan Perdana Menteri sendiri, Mahathir Mohamad mengingatkan Umno jangan memilih Isa kerana beliau terpalit dengan rasuah politik, iaitu membeli undi perwakilan Umno dengan sogokan wang dan jamuan-jamuan untuk menjadi Naib Presiden Umno pada tahun 2004, ia tidak sedikitpun dihiraukan.

Soalnya, mengapa mesti Umno hari ini ambil pusing soal apa kata Mahathir. Memang mudah untuk Mahathir melontarkan "nasihat" sedemikian kerana bukan beliau menduduki kerusi Presiden Umno yang membawa bersamanya jawatan Perdana Menteri Malaysia. Bukan Mahathir yang mengepalai sebuah parti yang telah kalah lapan pilihanraya kecil berturut-turut sejak pilihanraya umum tahun lalu. Satu lagi kekalahan akan mengesahkan Umno makin terkubur dalam politik negara.

Dan bukan Mahathir yang terpaksa was-was terhadap seorang Timbalan bernama Muhyiddin Yassin yang begitu ghairah mencanang dirinya sebagai penyelamat maruah bangsa Melayu.

Atas dalil-dalil itu, memang tidak mengejutkan Perdana Menteri Najib Razak memilih Isa Samad sebagai calon untuk mengekalkan kerusi Bagan Pinang yang secara tradisinya milik parti itu. Isa adalah sinonim dengan politik Negeri Sembilan. Beliau menjadi Menteri Besar selama 25 tahun, lebih lama dari Mahathir jadi Perdana Menteri. Teluk Kemang adalah kubu kuatnya. Beliau dikenali kebanyakan pengundi secara peribadi. Namanya ada daya penariknya sendiri di Teluk Kemang.

Berasaskan faktor-faktor ini, Isa difikirkan calon paling layak untuk mengembalikan maruah Umno dan memastikan tunjang Barisan Nasional tidak tewas lagi pada pilihanraya kecil, sekali gus memberikan ruang untuk Umno mendabik dada dan mengisytiharkan bahawa parti itu semakin pulih dan sokongan rayat semakin ketara.

Tidak apa jika Isa pernah didapati salah membeli undi, iaitu menyogok perwakilan Umno untuk bersubahat dengannya melakukan rasuah. Tidak apa jika Umno sebelum ini melaung-laungkan slogan ia harus berubah, kononnya Umno mesti berubah sebelum rakyat mengubahnya. Slogan-slogan bahawa pemimpin rasuah harus ditolak dan tidak lagi diberi tempat, masih nyaring di telinga kita.

Jawapan yang pasti disajikan pengundi Bagan Pinang ialah Isa sudah pun menjalani hukuman digantung tiga tahun dan hilang jawatan naib presidennya dan sehubungan itu harus diberi peluang untuk berbakti kepada rakyat. Sehubungan itu stigma ke atas Isa sebagai pengamal rasuah politik tidak harus menjadi halangan untuk menghidupkan semula karier politiknya.

Hakikatnya, hukuman terhadap Isa hanya bererti beliau melepaskan jawatan Naib Presidennya yang dimenangi dengan menyogok perwakilan. Beliau tetap menikmati segala emolumen, pencen, dan faedah lain semasa khidmatnya dengan kerajaan. Beliau juga tidak dirujuk kepada BPR atau SPRM kerana mengamalkan rasuah. Pendek kata Isa disuruh ”:menghilangkan diri dari kaca mata rakyat” selama tiga tahun sebelum dibenarkan tampil semula.

Adakah beliau kembali dengan politik baru untuk berbakti kepada rakyat secara tulus ikhlas, tanpa cuba merasuah sesiapa dalam mengejar jawatan. Dan jika sekali pun beliau memberi komitmen sedemikian, adakah kita harus menelannya begitu sahaja, semata-mata kerana Umno ketandusan calon yang sama popular dengan Isa.

Jika Najib benar-benar menghayati angin perubahan yang dicanangkan olehnya sebagai wajib untuk merekacipta semula Umno bagi menjadikan parti itu bebas dari politik wang, Isa Samad tentunya tidak akan menjadi pilihan di Bagan Pinang. Seorang calon, biarpun muka baru namun bersih, berwibawa dan berpendidikan tinggi lebih wajar ditawarkan kepada pengundi Bagan Pinang.

Namun berdepan dengan ugutan ahli Umno Bahagian Teluk Kemang yang diterajui Isa sendiri, Najib sekali lagi menunjukkan beliau tidak sanggup menanggung risiko politik, lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan kelangsungan karier politiknya sendiri.

Beliau mempunyai peluang terbuka untuk menghantar mesej jelas kepada rakyat bahawa Umno telah menutup pintu kepada pemimpin-pemimpin korup seperti Isa Samad, apabila berlaku kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang.

Tetapi beliau memilih jalan selamat untuk mententeramkan penyokong Isa dengan memberi Isa tiket untuk memenangi Bagan Pinang dan menukar sifir politik Umno di Negeri Sembilan yang dipimpin oleh musuh ketat beliau, Mohamad Hassan.

Namun persoalan lebih besar ialah penerimaan rakyat keseluruhan terhadap keputusan Najib untuk terus "berdansa" dengan tokoh-tokoh Umno yang didapati terbabit dalam amalan rasuah oleh Jawatankuasa Displin parti itu sendiri.

Dengan memilih Isa, Najib dalam kedudukan lebih terjamin untuk memenangi pilihanraya kecil yang pertama di Semenanjung sejak pilihanraya umum tahun lalu.

Misi untuk mengubah amalan rasuah, politik wang, kronisme, membeli undi dan sebagainya dilupakan begitu sahaja dalam keghairahan untuk berpegang kepada kerusi Bagan Pinang. Jika begitu, maka tepatlah slogan Umno : Dahulu, Sekarang dan Selama-lamanya.


Hasan Ali Sebuah Liabiliti ?


Saya no komen, tapi sila ikuti artikel dari rakan saya Huzaifah;


Hasan Ali oh Hasan Ali. Tiap kali kamu membuka mulut, pasti je jadi bahan perdebatan. Memang le Tuhan dah berikan kamu kelebihan kat mulut tu…boleh berpot-pet-pot-pet tanpa henti berjam-jam…tapi jagalah sikit. Jangan dok bawak lagi gaya motivator kamu tu. Motivator lain yeob, kamu dah jadi exco kerajaan negeri…

Setiap kali saya menulis mengenai Hasan Ali juga, pasti ada orang kata saya tak patut kata begitu dan begini, Hasan Ali dah buat terbaiklah dan macam-macam lagi. Rupe-rupenya, masih ramai juga yang sayang kat Hasan Ali ni…hu…hu…betuah engko ye Hasan Ali!

Orait, tanpa melengahkan bicara, saya menyarankan agar PAS PUSAT mengambil satu ketetapan kepada Hasan Ali. Jika tidak, orang akan lihat PAS PUSAT tidak konsisten dengan keputusan, tidak komitted dengan keputusan mesyuarat dan lebih teruk bersikap hipokrit dan double-standard atau Talam Dua Muka!

Saya sebagai ahli PAS, sama sekali tidak merestui apa yang telah dilakukan oleh PJ PAS Selangor ini. Kedudukannya sebagai PJ PAS Selangor, bukanlah tiket yang memberikannya kebebasan membuat sebarang kelaku tidak senonoh sehingga merosakkan keharmonian PR dan PAS Sendiri.

1. Membohong amalan munafik. Hj Hadi pastinya dah hafal hadis ini. Masalahnya, Hasan Ali sudah membohong. First, masa mengempen waktu PRU dulu, dia janji nak buat buat ini, last-last apa pun tarak! Hei Hasan Ali…itu belum kira kes dia jumpa BN secara ‘under ground’…so, buat apa Hj Hadi nak simpan orang macam ni!

2. Tidak patuhi ketetapan mesyuarat. Jangan kata ketetapan mesyuarat PAS seperti mana disebut Khalid Samad di blognya, bahawa semua pihak dalam PR perlu menjaga keharmonian satu sama lain, atau dikenakan tindakan disiplin oleh parti mereka sendiri, bahkan Hasan Ali terang-terang melanggar ketetapan mesyurat agung PAS. Bukankah ketetapan muktamar PAS di Shah Alam dulu meluluskan usul memperkukuhkan kesepaduan PAS dan PR? Apa jenis pemimpin ni tak patuh keputusan mesyuarat ni?

3. Tidak jaga kerahsiaan. Apa ni, bila Khalid Samad tulis dalam blog dia, ada orang kata Pak Khalid tak jaga kerahsiaan dan sebagainya. Habis tu, yang Hasan Ali pi belasah SELCAT terang-terangan tu apa? Awat tak boleh bawak bincang ka dalam mesyuarat tertutup? Ceh…kata siasatan Selcat memalukan…habis tu tindakan dia tu apa? Apa tak malu ke Ten Chang Kim sebagai Pengerusi Selcat? Hasan Ali belajar dari mana semua ni…sedangkan Rasulullah SAW sendiri tak izinkan Umar pancung Abdullah bin Ubai…ini semua persoalan besar Hasan Ali…kamu kena ikut usrah marhalal taarif balik ni!

4. Tidak tau meletakkan keutamaan. Hasan Ali selaku PJ sepatutnya bijak la sikit membaca senario politik. Kan sekarang PAS dan PR tengah bergelut nak menang di Bagan Pinang, awat la hang pi buat isu lagi. Dulu isu arak, jenuh orang lain menolong selesaikan masalah. La ni masalah Selcat la pulak. Karang, aku kata hang ni memang HAMPEH, kata berlebih la pulak. Hai Hasan Ali, cerdiklah sikit…takkan tak tau keutamaan isu yang perlu diperjuangkan. Bacalah Fiqh al-Aulawiyat dari Qardhawi. Jangan main belasah ja. Isu Beng Hock, kecelaruan SPRM, Kepala Lembu dan lain-lain lagi yang sepatutnya kamu kena perjuangkan, bukan isu ini. Bila Khalid Samad bersuara, ada pihak kata…kononnya dia nak cari nama, dah tu…kamu sebagai PJ buat derk je…apa cerita!

5. Membela pesalah! Yang Selcat dok siasat tu pasai nak tegakkan kebenaran, dalam mahkamah pun depa tak sekat sapa-sapa nak jengok masuk…kata orang-orang tua, Berani Kerana Benar, Takut Sebab Salah…jika depa misalnya para DO tu tak dak buat salah…apa nak takut! Bahkan tindakan Hasan Ali ini seolah-olah menjadi ‘jambatan lidah’ para DO Umno ini…agar memberikan gambaran negatif kepada Selcat. Hai Hasan Ali…orang kata kamu Umno…kamu marah…tapi jika dah bersuara macam Umno dan bertindak macam Umno…apa jenis kamu ni?

6. Tak hormat kawan sendiri. Bagi saya, Hasan Ali gagal dalam tapisan sebagai pemimpin, kerana tak reti menghormati kawan sendiri. Dalam kondisi hari ni, PKR dan DAP adalah kawan, Umno dan konco-konconya adalah MUSUH. Jika ini pun Hasan Ali gagal kenal pasti, sudahlah…letak la jawatan exco tu…oghang lain ramai lagi yang layak dan boleh isi!

Kesimpulannya, Hasan Ali memang tak sesuai duduk di posisi sekarang. Dia sudah menjadi liabiliti kepada PAS dan PR. Maka, eloklah Hj Hadi dan PAS Pusat lakukan sesuatu sebelum terlewat. Atau pun rakyat sendiri akan MENGAJARNYA dalam PRU akan datang!


Tuesday, September 29, 2009

Bubar Automatik Jika Tidak Bersidang 6 Bulan : Berjayakah ?


MB DPulau sudah mula menyebut tentang Sidang DUN Perak yang akan diadakan sebelum 7 November 2009, iaitu tidak melepasi tempoh enam bulan selepas 7 Mei 2009. Menurutnya, Sidang DUN ini akan mengikut kebiasaan iaitu mendapat perkenan Tuanku Sultan Perak. Semua ADUN PR Perak telah memaklumkan tidak akan hadir pada Sidang DUN tajaan UMNO ini. MB DPulau secara spontan menjawab, pedulikan ADUN PR ..

Namun jauh di sudut hati MB DPulau, beliau begitu gelisah dengan ketidakhadiran 28 ADUN PR ke Sidang DUN Perak nanti. Bagi ADUN PR, kehadiran mereka ke dewan hanya akan mengesahkan kedudukan Ganesan sebagai speaker. Bermakna permainan MB DPulau supaya ADUN PR mengiktiraf Ganesan telah lebih awal dihidu oleh PR.

Secara mudahnya, UMNO boleh berbuat apa sahaja di dalam dewan sidang kerana tidak diganggu oleh ADUN PR. UMNO boleh meluluskan apa sahaja bajet negeri tanpa dibangkang oleh ADUN PR. Tetapi UMNO sedar bahawa persidangan mereka walaupun mengikut kebiasaan dengan perkenan istana adalah tidak sah kerana menggunakan khidmat Speaker Ganesan yang entah dari mana asal usulnya.

Perak akan terus tenggelam dalam persada ekonomi Malaysia kerana kehuru-haraan politiknya. Tidak ada pelabur yang sudi melabur di Perak. Pegawai-pegawai kanan kerajaan di Perak tidak lagi seberani dahulu meluluskan perbelanjaan kewangan negeri tanpa mengikut prosedur yang betul dan sah. Sudah tentu pegawai-pegawai ini tidak sanggup berhadapan dengan inkuiri siasatan seperti SELCAT di Selangor.

Sememangnya 28 ADUN PR yang tidak hadir ke Sidang DUN Perak Tajaan UMNO ini mengharapkan status ADUN mereka terlucut dengan sendirinya kerana telah tidak hadir tanpa sebab ke sidang melewati tempoh enam bulan. Soalnya beranikah UMNO menghadapi PRK di 28 DUN Perak? Sekiranya tidak ada PRK di 28 DUN itu, bermakna Sidang DUN Tajaan UMNO ini memang tidak mempunyai kuasa yang sah walaupun UMNO mengatakannya sah.

Walau apapun rumusan dan andaian, PR Perak harus bersedia menghadapi kemungkinan wujudnya PRK di 28 DUN Perak. Ingat, UMNO itu parti gila. UMNO boleh melakukan apa sahaja kehendaknya. Peduli apa UMNO pada pembaziran wang rakyat selagi pembaziran itu boleh menguntungkan UMNO. Di kala inilah UMNO akan bermuka manis walaupun lidahnya bercabang dengan rakan MCA, Gerakan dan MICnya. Rakan-rakan UMNO mungkin agak sukar memenangi 21 DUN bukan Melayu yang ditandingi oleh mereka. Namun UMNO dijangka mampu memenangi satu atau dua DUN kampung yang ditandingi oleh mereka.

Persoalannya, apakah PR mempunyai calon lapisan kedua? Apakah PAS mempunyai calon sehebat MB Nizar? Siapakah calon PKR untuk mengisi tempat YB Yunus Jamhari di Kuala Kurau? Dan mampukah DAP menyediakan 17 calon pelapis secemerlang yang sedia ada?

PR Perak begitu yakin yang DUN Perak akan dibubarkan pada November ini. Yakin tanpa kerja-kerja yang meyakinkan. Awas, UMNO tidak akan mengikut rentak dan lenggok PR. UMNO hanya mahu merampas satu atau dua kerusi PR melalui PRK di 28 DUN sahaja. Jikalau UMNO yakin menang di 31 DUNnya termasuk Behrang, Jelapang dan Changkat Jering, sudah lama DUN Perak dibubarkan.

Selepas itu PR Perak terus menggigit jari.

Artikel dipetik dari dangomamat

Monday, September 28, 2009

Dasar Pandang Timur : KELANTAN !

Pertama sekali, saya mengucapkan Salam Aidilfitri kepada pembaca setia dan pembaca sekilas pandang di blog edyesdotcom. Semoga sambutan lebaran tahun ini lebih ceria daripada tahun-tahun yang sudah.

Kedua, ingin saya tegaskan barang siapa yang terdetik di hati memikirkan TGNA harus berundur kerana ketidak-cekapan mentadbir kelantan serta menuduh kelantan tidak maju setelah hampir dua dekad di bawah kepimpinan TGNA, supaya datang ke Kota Bharu terlebih dahulu dan melihat betapa ibu kota yang serba islamik ini tidak kurang maju daripada bandar-bandar utama negeri lain.

Kota Bharu membangun dengan pesat dengan ekonomi yang dikuasai oleh orang tempatan. Daripada peniaga pasar siti khatijah hingga ke wakaf che yeh, dari kedai runcit ke pasaraya, dari kedai tayar ke kedai baik pulih motokar, dari klinik pergigian ke klinik keluarga, tanpa pusat perjudian, tanpa tempat istirehat yang memabukkan dan tanpa poster billboard yang mengghairahkan Kota Bharu gah di ufuk timur.

Ingin saya bertanya adakah anda tahu bahawa tanah di negeri Kelantan tidak mudah berpindah tangan? Walaupun anda seorang melayu yang berugama Islam namun jika anda bukan kelahiran Kelantan dan ibu bapa anda juga bukan berasal dari Kelantan, maka janganlah harap anda dapat memiliki tanah di negeri ini sewenang-wenangnya bersama berkoyan-koyan wang ringgit. Ketegasan inilah yang menjadikan negeri kelantan satu-satunya negeri yang tanahnya selamat daripada dijajah oleh kapitalis keparat.

Perkara yang saya sebutkan di atas adalah sebakul kejayaan yang seharusnya diikuti oleh negeri-negeri yang lain. Dasar Pandang ke Timur boleh digantikan dengan Dasar Pandang Kelantan. Di kala ini, kita harus menjaga kepentingan domestik melebihi kepentingan pelawat yang datang membawa lari kekayaan khazanah negara semata-mata dengan dibantu oleh golongan elit UMNO bagi mendapat laluan mudah.

Ingatlah, Kelantan telah dipelihara rapi oleh TGNA dengan pelbagai program kerakyatan yang ternyata memberi sinar untuk dikecapi rakyat kelantan. Seorang MB yang memotong elaun dan gajinya demi melicinkan aliran kewangan negeri yang selama ini bajetnya dingdong sana sini. Bersyukurlah, dalam negara ini ada MB yang bersifat demikian.

Berikut adalah jawapan TGNA kepada si raja katak dipetik dari Malaysiakini;

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cabaran ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, supaya beliau meletakkan jawatan sebagai isu lama yang tidak perlu dilayan.

Mursyidul Am PAS itu berkata rakyat boleh menilai sendiri apa yang telah dilakukannya sepanjang mentadbir Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 1990.

Banyak perubahan dari segi pembangunan telah dilaksanakan di Kelantan, termasuk di daerah-daerah terpencil seperti Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli, katanya kepada pemberita di majlis Aidilfitri PAS di perkarangan Stadium Sultan Mohamed Ke-1V, di Kota Bharu hari ini, lapor Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Ibrahim semalam yang mencabarnya meletak jawatan kerana gagal melaksanakan tugas sebagai menteri besar dan juga atas alasan beliau sudah tua dan wajar memberi laluan kepada pemimpin muda.

Cabaran Ibrahim itu adalah sebagai susulan kepada desakan menteri besar itu supaya ahli parlimen Pasir Mas itu melepaskan jawatan ekoran tindak tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu. Pada pilihan raya umum 2008, Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon Bebas atas tiket PAS.

Nik Abdul Aziz berkata faktor tua bukan menjadi penghalang seseorang daripada menjadi pemimpin politik.

"Tua apa salahnya, kalau muda pun hanya sampah apa guna?" katanya.

Wednesday, September 16, 2009

TT: Bagaimana Gerombolan Jual Negara



Justify FullTANAH DI SERAH KEPADA PEMAJU - melayau

SELAYANG 14 Sept. - "Kami disuruh memohon tanah ini tetapi ternyata itu sekadar kata-kata untuk menyedapkan hati penduduk kerana akhirnya tanah itu diberikan kepada sebuah syarikat."

Itulah luahan penduduk sekitar Jalan 1, Bandar Baru Selayang, di sini, terhadap keputusan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Gombak yang meluluskan tanah di Lot 10875 untuk Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan sebuah syarikat.

Mereka membantah sekeras-kerasnya pemberian hak milik tanah itu atas alasan mereka terlebih dahulu memohon tanah tersebut iaitu sejak 12 tahun lalu.

"Harapan penduduk untuk mendapatkan tanah itu berkecai kerana 'dirampas' dengan mudah oleh syarikat itu sedangkan kami sudah lama memohonnya," kata penduduk di situ.

Seorang penduduk, Abdul Majid Md. Haniff, 47, berkata, selama 12 tahun dia berusaha dan memohon untuk mendapatkan hak milik tanah tersebut tetapi usahanya ternyata sia-sia.

Menurutnya, dia juga berasa teraniaya dengan keputusan yang diambil oleh PTD Gombak itu kerana sebelum ini, dia juga pernah mengalami masalah yang sama sebelum ini.

"Dulu, masa saya tinggal di Kampung Selayang Tin begini juga jadinya. Tanah yang dahulunya hak milik nenek moyang kami dirampas dan rumah kami diroboh begitu sahaja oleh MPS tanpa memberikan sebarang pampasan ketika itu.

"Tetapi pada masa itu, tahap kesabaran kami masih boleh dikawal. Tidak sampai lima bulan kemudian, rumah kedai yang dimiliki oleh mak saya pula dirobohkan oleh MPS tanpa sebarang notis pemberitahuan sedangkan kami ada dokumen yang sah mengenai bangunan tersebut," katanya.

nota:
perhatikan dimana ketuanan melayu menjual
tanah orang melayu kepada para cukong. lihat
satu demi satu tanah hilang tuan. semuanya dilakukan
kerana ada duit masuk bawa meja.

orang melayu di tipu dengan ketuanan melayu
pada hal yang membolot harta kekayaan negara
ini ialah cukong dan towkay yang ada hubungan
dengan pemimpin gerombolan.

caranya cukup senang. nama ketua gerombolan akan
dimasukan sebagai lembaga pengarah atau dijanjikan saham
atau dijanjikan kondo bersama amoi. lalu tanah ini diluluskan.
cara ini telah berjalan selama 52 tahun. hingga habis tanah
orang melayu dalam bandar kena rembat.

inilah nama nya ketuanan melayu. pakida ke pewaris ke
pesaka ke pekatak bobok ke tidak akan bersuara kerana
dapat keluping saham atau sekurang kurangnya dapat
jadi pak gard kah kah kah

p/s : adakah anda tahu di indonesia tanah tidak
dibenarkan dimiliki oleh orang asing?

Proton oh Proton

Berikut adalah petikan daripada beberapa komen di blog rakan saya topeng perak; sila hayati...

Kes harga kereta nie cerita lama, memang dari awal PROTON ditubuhkan orang Malaysia yang beli kereta dah kena TIPU HIDUP-HIDUP oleh Tun M.

Disebabkan adanya PROTON Kejaan terpaksa wujudkan AP kononya untuk secure PROTON. Tapi dalam masa yang sama KRONI yang kembung perut dapat lesen AP. Biasa kita dengar cerita AP KING punya kaya sampai boleh ada Helikopter dan Jet peribadi, Bisnesnya? AP yang dianugerahkan oleh orang Kerajaan atau lebih tepatnya um-NGOK.

Kita beli kereta Proton, bayar pada harga yang tinggi dari sepatutnya. Kereta Pesona H Line harga 56k hampir sama dengan harga Toyota Altis di Labuan 64K, Tapi kualiti jauh berbeza.

Selagi ramai la BANGSAT-BANGSAT TOTOK um-NGOK yang tak sedar diri masih bernafas dan tak insaf-insaf selagi itulah pemimpin um-NGOK nie akan memperBODOH-BODOHKAN rakyat MALAYSIA.

-Zackry-


proton setelah 25 tahun..mmmm...bg saya kalo dinisbahkan kepada umor manusia,proton ni ibarat seorang anak muda yg sepatutnya gagah perkasa,tp malangnya masih menetek susu ibunya,anda setuju bukan?
bagilah proton bersaing harga secara adil dgn keta luar,kalau x mampu maka menunjukkan proton bukanlah keta yg berkualiti...australia ade jenama keretanya sendiri,iaitu Holden,masih blom mampu masuk pasaran msia kerana bukan jenama yg gah sgt pon, tp harganya comparable to mitsubishi, honda dan toyota di australia sendiri,masih boleh hidup kerana harga holden yg realistic sebeginilah jadikan rakyat australia patriotik dan support keta keluaran mereka..

harga proton dan perodua sgtlah tidak realistic apabila dibandingkan dgn 2 perkara iaitu i)kualiti kereta mereka ii)pendapatan purata rakyat malaysia (income perkapita)..
sbg cth, seorg supervisor kilang d australia bergaji AUD1000 seminggu,hanya perlu ikat perut selama 4 bln utk beli sebuah satria GTI berharga AUD16900 cash, tp di malaysia,seorg supervisor kilang dgn pendapatan RM500 seminggu perlu ikat perut setahun utk dapatkan sebuah perodua kancil yg berharga RM24000 secara tunai...

jadi inikah dasar kerajaan msia,menggalakkan rakyat berhutang dgn finance utk sebiji kereta yg boleh dipertikaikan kualitinya (proton dan perdua) yg mana kereta tersebut sgt tinggi kadar susutnilainya (beli hari ini,mau jual esok mesti potong at least RM10,000 harga, kalau tidak x laku)sudah pasti ini sgt membebankan..
- anonymous

note:

aku dah kata dah dari dulu lagi... kita rakyat Malaysia diperbodohkan oleh kerajaan! tapi hairan sebab masih ada manusia yang buta hati masih menyokong kezaliman sedangkan tidak mereka sedar dalam masa yang sama keluarga mereka juga dizalimi.

klik sini - Kerajaan Penjajah !