Tuesday, October 7, 2014

Kegagalan 2 Temasya Sukan Berprestij, Khairy Perlu Fokus Kerja Bukan Berzumba

Kenyataan Media

7 Oktober 2014


Kegagalan 2 Temasya Sukan Berprestij, KJ Perlu Fokus Kerja Bukan Berzumba


Khairy Jamaluddin memulakan karier sebagai seorang Menteri Belia dan Sukan dengan penuh bergaya dan berketerampilan. Dengan memperlihatkan keterbukaan penuh progresif seorang Menteri muda, Khairy Jamaluddin berjaya menggamit perhatian ramai anak muda di kala prestasi ramai anggota Kabinet Persekutuan dipersoal. 

Namun selepas berakhir dua temasya sukan yang punya prestij tersendiri iaitu Sukan Komanwel dan Sukan Asia, nampaknya Khairy terus bergelut dengan prestasi pelbagai sukan negara kita. 


Kegagalan mencapai sasaran emas di Sukan Komanwel dan ditambah dengan persembahan yang jauh tersasar dalam Sukan Asia menambah perit Khairy. Tambah buruk seorang atlit kita terperangkap dalam persoalan penggunaan bahan larangan hingga mengakibatkan pingat emas yang dimenangi telah ditarik balik.

 

Dalam temasya Sukan Komanwel, prestasi atlit kita bukan sahaja tidak dapat mencapai sasaran pingat, malahan kita berada di kedudukan lebih bawah daripada seteru jiran, Singapura. Manakala dalam Sukan Asia pula, jumlah pingat emas yang diperolehi setaraf negara Mongolia.

 

Mengapa mutu sukan kita semakin merosot? Apakah kita tidak mempunyai atlit-atlit yang baik di sebalik 30 juta rakyat kita berbanding Singapura yang hanya mempunyai populasi 4 juta lebih penduduk sahaja? Atau pun KBS telah hilang keupayaan untuk menggarap dasar pembangunan sukan kita?

 
Khairy perlu segera mencari formula kemenangan jikalau tidak mahu mengikut jejak kegagalan Menteri terdahulu dalam mengangkat martabat sukan negara. Sama ada rombakan MSN dan ISN dengan suntikan "orang baru" yang ingin dilaksanakannya itu akan berjaya, hanya masa yang menentukan.

 
Tetapi sebagai seorang Menteri Kabinet berkelulusan Oxford sepatutnya Khairy telah mempunyai satu perancangan menyeluruh pembangunan sukan sebaik sahaja menjejakkan kaki di Pejabat Menteri KBS. Bukannya menunggu sehingga imej sukan negara terus merosot dan tercalar dalam dua aksi sukan berprestij ini.

 
Masakan Khairy tidak mempunyai idea progresif untuk pembangunan sukan seperti mana yang ditonjolkan dalam aksi Zumba sempena pelancaran FIT Malaysia? Masakan Khairy tidak mempunyai bakat sebagai seorang Menteri dan pemimpin muda seperti mana bakat yang ditonjolkan di layar perak?

 
SAMM mempersoalkan di manakah Khairy ketika negara perlu melahirkan lebih ramai atlit pelapis masa depan? Apakah Khairy tidak dapat melihat keperluan untuk memunculkan pelapis Dato' Lee Chong Wei? 


Apakah Khairy sedar akan kelemahan Persatuan Sepak Takraw hingga menyebabkan skuad kita tewas kepada Korea Selatan?

 

Khairy perlu berbuat sesuatu jika mahu terus glamour di kalangan anak muda, tetapi bukan dengan aksi zumba dan aksi lakonan layar perak tetapi perlu hadir dengan idea progresif untuk membangunkan sukan negara kita. Janganlah hanya berbelanja besar dalam bidang sukan tetapi hasilnya memualkan - ini suatu tragedi. 

 
Jika kegagalan mencapai sasaran emas dalam temasya-temasya sukan berprestij sebegini terus berulang, tidak dapat tidak Khairy perlu berbisik kepada Perdana Menteri untuk menukar ke Kementerian lain ataupun menghantar sepucuk surat perletakkan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan.


Khairy Jamaludin menteri kelahiran Oxford yang disangka hebat, rupanya hanya seorang hero 'bed time story' semata.


Zuraidi Abdullah

Penyelaras Segmentasi Sukan SAMM

Solidariti Anak Muda Malaysia

2 comments:

Anonymous said...

atlit kita manja sanga & mewah dgn benda meraban2..... cer tengok atlit china training camner???

Anonymous said...

Kegagalan ini bukan salah KJ semata tp yg termasuk bos2 persatuan dan atlit sendiri. Bos2 persatuan gagal dlm mencungkil bakat baru dan terlalu bergantung dgn seorg hero saja. Sdgkan negara lain pelapis mereka sudah mampu mengegar dunia seawal usia muda dan mampu mengganti hero2 lama. Seperkara lg saya lihat sukan yg mempunyai pontensi seperti memamanah menembak dan kapal layar harus diambil perhatian oleh pihak kementerian. Bergitu juga dgn ganjaran jgn terlalu manjakan atlit dgn ganjaran lumayan. Bkn tdk menghargai tp supaya atlit tahu sumbangan mereka ikhlas utk mengharumkan negara

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan