Regim ini sudah terlalu tua dan tidak kreatif maka cadangan di bawah diusul;
Cadangan : PINDAAN PERINTAH LEVI KENDERAAN BARANG – BARANG (PENGECUALIAN) 1983, AKTA LEVI KENDERAAN BARANG – BARANG 1983
Tanpa perlu diselindung Malaysia sedang mengalami masalah ekonomi khususnya apabila perbezaan antara pendapatan kerajaan jauh amat rendah dari perbelanjaan pengurusan negara. Ini sebenarnya boleh dibaca sebagai kelemahan kebijakan pengurusan ekonomi pemerintah. Maka bukan sedikit cadangan telah diutarakan oleh regim untuk menambah pendapatan kerajaan dan kebanyakannya menjurus kepada menekan semula kepada rakyat untuk ditekan dan diperas dari perbagai segi bagi menambah pendapatn regim. Antaranya ialah cadangan GST barangan keperluan , penarikan subsidi (yang menyebabkan kenaikan harga bahan utama seperti bahan api) dan seumpamanya yang terbaru GST (cukai baru) akan diperkenalkan.
Setiap kali pengumuman diumumkan regim terus menipu rakyat dengan mengatakan bahawa negara ini jauh lebih murah dan perbagai propaganda dengan menimbulkan perbagai perbezaan dengan perbagai negara bagi mewajarkan tindakan regim yang menekan rakyat bagi tujuan menambah pendapatan kerajaan.
Sebenarnya jika diteliti banyak ruang lain boleh diteroka dalam menambah pendapatan kerajaan. Namun regim yang gagal bertindak kreatif hanya melihat rakyat sebagai bahan penting untuk diperas.
Antaranya ialah dengan meneliti akta levi kenderaan barang – barang (1983) KDRM.
Bayangkan Singapura mampu mendapat lebih 1Billion SGD setiap tahun hanya dari GST yang dibayar oleh pengeksport Malaysia. Malangnya kita hanya mampu RM147.108 juta (2008) dan RM141.15 juta (2009) melalui levi kenderaan/barangan meninggalkan dan masuk negara melalui pintu sempadan Malaysia-Singapura. Bagaimana perkara ini boleh berlaku dan berlarutan bertahun tahun.
Ini berlaku mungkin berlaku kurang ketegasan dipintu sempadan namun alas an paling besar ialah Menteri yang memerintah khususnya Menteri Kewangan hilang kretiviti serta malas untuk meneliti perkara – perkara ini bagi memperbagaikan pendapatan negara.
Bayangkan Levi kita kekal sejak tahun 1983 tanpa diteliti atau dikaji.
A. A. Kadar levi kenderaan barang-barang meninggalkan negara
- Muatan Jadual 1 (perihal kenderaan) RM200.00
- ii. Muatan Jadual II (dikecualikan sepenuhnya) RM 0.00
- iii. Muatan Jadual III (dikecualikan sepenuhnya) RM 0.00
- iv. Muatan Jadual IV (dikecualikan 50%) RM 100.00
B. Kadar Levi Barang – Barang Memasuki Negara
i. Muatan dagangan RM100.00
ii. Tiada Muatan RM 0.00
Ini ialah kadar levi diperkenalkan pada tahun 1983 ketika itu Menteri Kewangannya ialah YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah. Ketika levi tersebut dibentangkan dan diluluskan malah diperkenalkan sistem potongan levi dimana pada ketika itu mata wang Malaysia jauh lebih tinggi dari Singapura malangnya oleh kerana kita punya Menteri yang pemalas dan cuai maka kita telah kehilangan bukan sedikit pendapatan negara apabila kadar levi lapuk ini terus dipakai di pintu sempadan negara dan dalam pada masa yang sama Singapura menikmati lebih 1 billion SGD kerana kecekapan pentadbiran mereka.
Cadangan / Pindaan Akta levi 1983
Berikut ialah kadar levi baru yang dicadangkan :
a) Semua kenderaan dagangan yang meninggalkan negara dikenakan levi RM300 (kadar sekarang RM200)
b) Semua kenderaan dagangan yang membawa jenis barangan dalam jadual II (dagangan mudah rosak) dikenakan levi RM100 (kadar Levi sekarang dikecualikan sepenuhnya)
c) Kadar 50% yang diberikan dalam jadual IV hendaklah dibatalkan dan semua lori yang membawa barangan binaan hendaklah dikenakan levi RM300 (kadar sekarang cuma RM100.00)
d) Semua kenderaan barang – barang bermuatan yang memasuki Malaysia dikenakan levi RM200.00 (kadar levi sekarang iaitu RM100.00)
Rajah 1 : Kadar Levi Kenderaan barang – barang meninggalkan Malaysia
Kadar sekarang | dicadangkan | |
Jadual I | RM 200.00 | RM300.00 |
Jadual II | RM 0.00 | RM 150.00 |
Jadual III | RM 0.00 | BATAL |
Jadual IV | RM 100.00 | RM300.00 |
Rajah 2 : Kadar Levi Kenderaan barang – barang memasuki Malaysia
Kadang sekarang | dicadangkan | |
Muatan dagangan | RM 100.00 | RM 200.00 |
Tanpa muatan | RM 0.00 | KEKAL |
Rasional / justafikasi
Parlimen Malaysia perlu segera meminda kadar levi ini segera berikutan justifikasi cadangan pindaan akta levi (1983) iaitu :
a) Mengambil kira faktor keselamatan negara iaitu kes penambakan laut oleh Singapura dengan menggunakan batuan, pepejal, simen, besi dan lain – lain dari Malaysia. Tindakan ini juga bagi mengurangkan / mengekang tindakan peniaga Singapura melantik proksi dalam syarikat – syarikat seperti syarikat kuari di Malaysia, selama ini tindakan ini menyebabkan bukan sedikit mereka meraih keuntungan dan mengalirkan wang negara keluar.
b) Pengimport – pengimport dan syarikat – syarikat binaan asing Singapura tidak layak mendapat pengecualian 50% dari Malaysia dan kebanyakanya ialah bertaraf syarikat pengeksport yang telah kukuh dan maju sepatutnya tidak punya masalah bagi membayar sedikit kenaikan levi. Mereka mendapat keuntungan besar hasil penggunaan bahan binaan dari Malaysia.
c) Mereka juga tidak membantah kenaikan kadar GST 5% oleh kerajaan Singapura. Pengeksport boleh dan mampu membayar GST (Goods and Services Tax) kepada kerajaan Singapura berdasarkan nilai SGD. Sedangkan keuntungan mereka berpunca dari Malaysia.
d) Kadar levi lama amat lapuk selama 27 tahun tidak dipinda dan kedudukan mata wang Malaysia yang pada ketika itu lebih tinggi dari Singapura sebaliknya kini berbeza kita tertinggal dari Singapura.
e) Secara tidak langsung kadar baru levi ini sedikit sebanyak mampu menrancakkan penggunaan pelabuhan tempatan seperti Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang untuk menghantar terus barangan tanpa melalui Singapura dan menghantar kemudian melalui pelabuhan Singapura. Selama ini ada peniaga yang melintasi tambak Johor dan menghantar barang keluar menerusi pelabuhan Singapura kerana kos melintasi tambak Johor terlalu minima.
f) Peningkatan kadar levi akan ditanggung oleh rakyat Singapura bukan Malaysia. Selaku negara maju dan punya matawang yang nilai jauh lebih tinggi sudah tentu tidak akan merasai sedikit kenaikan yang dicadangkan sebaliknya kita dapat menampah pendapatan kerajaan bagi mengurangan beban rakyat.
g) Dari segi persaingan antarabangsa kita juga masih terus selesa kerana pengimport Singapura pasti akan menanggung kos lebih jika memilih untuk tidak menggunakan bahgan dari Malaysia dan membeli bahan dari Indonesia, Vietnam dan lain – lain. Bagi barangan mudah rosak pula jika diimport dari Indonesia atau Thailand ianya menyebabkan kos yang lebih tinggi berbanding Malaysia.
Rumusan
Sebenarnya pindaan akta levi kenderaan barang – barang ini hanya boleh dibuat dengan keputusan Menteri Kewangan yang mempunyai kuasa untuk memperkenalkan kadar levi baru. Namun malangnya kerana kita mempunya menteri kewangan yang malas dan tidak kreatif maka cadangan ini dibawa ke parlimen untuk tindakan semua ahli parlimen.
Cadangan ini jika diterima sekurang – kurangnya akan menambahkan RM200 juta kepada pendapatan negara pada tahun tahun akan datang.
Cadangan pindaan levi ini hanyalah sebahagian dari ratusan tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan jika punya Kabinet yang benar – benar 'competent' . Tekanan kepada rakyat seharusnya merupakan tindakan terakhir namun bagi cabinet yang pemalas ini ia menjadi tindakan pertama.
Ini adalah contoh kecil bagaimana wang negara boleh diselamatkan dan rakyat tidak terus dibebani tetapi regim tua ini sudah hilang kretivitinya maka terpulang kepada rakyat untuk mengangkat kelompok baru yang punya daya kretiviti dan lebih anergetik dalam tahun mendatang bagi mentadbir negara agar Malaysia akan lebih disegani dan berdaya saing.
Kerajaan mampu jana ekonomi tanpa menjerut rakyat dengan GST jika mereka rajin sedikit lebi. Sempena Buget Jumaat ini mohon Menteri Kewangan membaca artikel ini meransang mindanya mencari ruang menambah pendapatn negara tanpa memeritkan rakyat.
cadangan oleh :
che'GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia
1 comment:
NEGARA INI SUDAH PANAS SEBENAR. NEGARA INI TIDAK MEMPUNYAI KEADILAN ,NEGARA INI DIPENUHI RASUAH OLEH SEMUA PEMINPIN TERTINGGI.PARA ULAMA PELIOR SUDAH TIMBUL.YANG ULAMAK PUN SUDAH JADI MATA DUITAN.KES ALTANTUYA TIADA MENDAPAT KEADILAN.RAMAI RAKYAT DITINDAS DENGAN ASPEK MERCU KEJAYAAN NEGARA SEDANGKAN SEBENARNYA IA NYA MERCU MENJAHAMKAN RAKYAT.MENTERI MENTERI SERTA PEMBESAR NEGARA MACAM BABI KAUSA DIMILIKI TIDAK BOLEH DISENTUH MAU PUN DIHUKUM KERNA PIHAK BERTANGGUNG JAWAP PEGUAM POLIS MAU PUN TENTERA SAMA SAMA MENJADI BALACI PENGANKAT NAJIS KEPADA KEPARAT INI.HARI HARI KITA DENGAR KES BUNUH,KES BANJIR YANG TIDAK ADA ARAH TERTENTUNYA.PELIK ,GANJIL TETAPI SAYUGIANYA BERKELAKUAN NYA BEGINI ADALAH FAKTA FAKTA SAPERTI DIATAS.PENTADBIR NEGARA YANG BERANI HARUS MELAKUKAN SESUATU SEBABNYA IA AKAN JADI LEBIH BURUK LAGI DARI APA YANG KITA SANGKA.PERLU DIINGAT BANYAK KEJADIAN SUDAH MENGHAMPIR DIRI YANG BERSALAH WALAUPUN PIHAK YANG BERSALAH CUBA MENGHINDARNYA.TAPI KUASA TUHAN IA AKAN TUJUK BAIK UMNO,PAS KEADILAN DAN SEBAGAINYA SEKIRANYA RAKYAT DI UPIN IPIN KAN MAKA DIA AKAN DIJADIKAN SEBAGAI LASTCOPE.KEZALIMAN KAMU PADA SEMUA MENTERI MENTERI AKAN DI HANTUI OLEH RAKYAT YANG BOLEH DIKATA SUDAH MEMBECI KAMU KETAHAP 90 PERATUS.RAMAI RAKYAT TAHU YANG DIBOCORKAN OLEH PIHAK OLEH PIHAK DALAM SELIMUT JUGA PRU KE 13 JAM 8 MALAM KAMU SUDAH KECUNDANG HAMPIR 7 NEGERI.TAPI PENIPUAN KAMU LAKUKAN MENJAHAMKAN KAMU SEBENARNYA.INGATLAH BUMI MALAYSIA TIDAK AKAN TIMBUL KEADILAN SEKIRANYA PEMINPIN SERTA PEMBESAR NEGAR YANG BERSALAH INI TIDAK DIHAKIMI CARA ISLAM IAITU PANCUNG DAN REJAM SAMPAI MATI DIKHALAYAK RAMAI.
Post a Comment