Friday, October 4, 2013

Fwd: Pentas Perdana Anti-TPPA Pertemu Tun M dan Anwar 10 Oktober, 8.30 Malam di KSS Kg baru

Kenyataan Media
4 Oktober 2013

Pentas Perdana Anti-TPPA Pertemu Tun M dan Anwar 10 Oktober, 8.30 Malam di KSS Kg baru

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama Solidariti Mahasiswa (SMM) dengan kerjasama Badan Bertindak Bantah TPPA, dengan ini mengumumkan bahawa DS Anwar Ibrahim bersetuju untuk naik ke Pentas Perdana Anti-TPPA yang akan berlangsung pada malam 10 Oktober 2013 di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru.

Telah diusahakan satu pentas perdana mempertahan kedaulatan negara menolak perjanjian TPPA menjemput dua tokoh ternama untuk bersama sepentas. Dua tokoh ternama iaitu DS Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir, diundang ekoran keduanya mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi perdagangan antarabangsa selain punyai hubungan agak istimewa dengan Amerika yang menjadi dalang Perjanjian TPPA.

Justeru itu, pentas perdana ini harus menjadi satu ruang dan peluang yang penting untuk DS Anwar dan Tun Mahathir menjelaskan segala persoalan khususnya mengenai Perjanjian TPPA yang penuh agenda tersembunyi. DS Anwar telah menyatakan kesediaan manakala Tun Mahathir yang dilihat tegas menentang perjanjian TPPA masih belum memberikan jawapan positif.

Pihak kami masih menunggu jawapan dari pihak Tun Mahathir dan optimis bahawa Tun Mahathir akan mempertimbangkan kehadirannya di pentas perdana ini. DS Anwar Ibrahim telah buktikan betapa segala persengketaan lalu wajar diketepikan demi memastikan tanahair ini tidak dijual melalui skim perjanjian TPPA.

SAMM yakin kedua-dua tokoh yang mempunyai pengaruh tersendiri ini mampu disatukan di atas pentas yang sama dengan masing-masing mengenepikan permusuhan politik domestik seterusnya merealisasikan aspirasi rakyat demi masa depan negara.

che'GuBard
Pengasas

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) 



No comments: