Thursday, May 9, 2013

IMPLIKASI DAKWAT TIDAK KEKAL: SAMM DESAK PILIHANRAYA SEMULA




Kenyataan Umum
8 Mei 2013

IMPLIKASI DAKWAT TIDAK KEKAL: SAMM DESAK PILIHANRAYA SEMULA

Himpunan BERSIH sejak 2007 lagi telah menggesa penggunaan dakwat kekal, diikuti dua lagi siri himpunan BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Malah himpunan KL112 yang menyaksikan lebih setengah juta rakyat berhimpun turut menekan supaya pilihanraya bersih dan adil dapat dilaksana, ia termasuklah dalam konteks menuntut penggunaan dakwat kekal. 

Dakwat kekal hampir digunakan dalam PRU tahun 2008 namun diketepikan sejurus sebelum hari pengundian. Pelbagai pengorbanan, perlawanan antara rakyat dan penguasa pemerintah berlaku untuk tuntutan ini. Ada rakyat yang cedera, ada yang patah kaki, ada yang patah gigi. Malah ada yang mati terkorban dalam menuntut pilihanraya bersih dan adil, termasuklah dakwat kekal. Penggunaan dakwat kekal adalah satu perjuangan rakyat.

Akhirnya perjuangan rakyat untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil dalam konteks tuntutan dakwat kekal telah dipersetujui oleh SPR untuk digunakan dalam PRU-13. Ini kejayaan setelah tiga kali BERSIH. 

Mengapa penggunaan dakwat kekal dititik-beratkan supaya diguna dalam pilihanraya?

Dakwat kekal dituntut penggunaannya untuk memastikan tiada pengundian berganda berlaku. Pernah dicadangkan penggunaan sistem matrix, namun sistem tersebut menimbulkan lebih banyak komplikasi untuk dilaksana dan dakwat kekal tetap jadi pilihan.

Setelah penggunaan dakwat kekal dipersetujui oleh SPR, ini bermakna dakwat kekal tersebut haruslah berfungsi dengan baik, tahan (kekal di jari) sekurang-kurangnya 7 hari kerana Hari Mengundi Awal (yang menggantikan undi pos) adalah 5 hari sebelum hari pengundian awam.

Dakwat kekal seharusnya menjadi medium penting yang menjamin 278 ribu pengundi awal, tidak mengundi lagi. Dakwat kekal juga harus menjamin 11 juta pengundi yang mengundi pada 5 Mei, tidak mengundi untuk kali kedua. 

Dakwat kekal juga membolehkan kita mengesan warga asing yang jarinya dicalit, ini menunjukkan warga asing tersebut telah mengganggu demokrasi negara ini. Bayangkan, jika ditemui satu kilang yang penuh warga asing di mana jari mereka tercalit dakwat kekal.

Namun apabila dakwat kekal dikesan tidak kekal selepas hari pengundian awal, semua tertumpu kepada SPR. Sepatutnya dakwat kekal bertahan 7 hari, tetapi hanya dibasuh sabun cuci pinggan, dakwat hilang. Malah ada kes disapu pada rumput basah pun boleh tertanggal dakwatnya.

Apakah dakwat yang digunakan itu tidak berkualiti setelah jutaan RM digunakan? Atau ia disengajakan supaya pengundi awal 'terlepas' tapisan dakwat kekal.

SPR memberi alasan dakwat kekal itu perlu 'digoncang' terlebih dahulu untuk memastikan ia berkesan. Namun ia sudah terlambat apabila dakwat kekal tidak berkesan pada 30 April (hari mengundi awal), maka 278 ribu pengundi awal mampu 'transform' menjadi pengundi hantu. 

SPR juga kemudian menjelaskan 'fiasco' dakwat tidak kekal tidak perlu dilayan kerana kononnya setiap pengundi tidak mampu mengundi dua kali. Perakuan ini adalah sama ertinya dengan apa yang berlaku tahun 2008, penggunaan dakwat kekal terus dinafikan pada PRU 2013. 

Mengapa SPR meremehkan isu dakwat kekal? Ia tidak sepatutnya berlaku setelah penggunaan dakwat kekal dipersetujui. Tindakkan SPR tidak mengambil kisah perihal dakwat tidak kekal ini merupakan satu pengkhianatan dan penipuan dalam terang.

Harus diingat, ratusan ribu nama dalam senarai pengundi tidak dijumpai alamatnya kerana alamat tidak wujud, malah banyak kes yang dijumpai menunjukkan ratusan pengundi berkongsi alamat sama, dan alamat tidak lengkap. Di sinilah gunanya pengundi hantu, setiap nama yang tidak wujud itu perlu ada individu yang masuk ke saluran mengundi kononnya sebagai penama tersebut. 

Penama orang yang telah mati juga tidak dibersih dari senarai pengundi, maka pengundi hantu diperlukan juga di sini. Banyak kes daftar undi untuk pengundi baru berlaku secara rahsia, ia hanya diketahui apabila seseorang yang ingin daftar mengundi mendapati namanya telah didaftarkan, di sini juga pengundi hantu diperlukan.

Begitulah banyaknya implikasi yang boleh berlaku sekiranya dakwat kekal tidak digunakan, kerana itu juga penggunaan dakwat kekal dituntut dan kerana itu juga SPR telah bersetuju dakwat kekal digunakan dalam PRU-13, akhirnya dinafi. Penafian penggunaan dakwat kekal (dakwat yang benar-benar kekal) ini menjadikan PRU-13 sebagai pilihanraya yang terkotor dalam sejarah, yang akhirnya kemenangan Pakatan Rakyat itu dirampas oleh SPR dan Umno.

Justeru itu, oleh kerana SPR telah khianat janjinya untuk penggunaan dakwat kekal,Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menegaskan pilihanraya umum ke-13 harus dilakukan sekali lagi dengan dakwat yang mampu kekal 7 hari. SAMM mendesak keras pilihanraya semula mengambil tempat.

Seperti dijangka dari awal, SPR telah meluluskan beberapa tuntutan sebagai lakonan untuk beri laluan pilihanraya berlangsung. SPR juga telah menggunakan beberapa tuntutan BERSIH sebagai helah untuk lebih banyak penipuan disusun bagi mengekalkan regime Barisan Nasional. Antaranya ialah pemansuhan undi pos (diganti undi awal) dan juga penggunaan dakwat kekal yang akhirnya, tidak kekal.

Hari ini, akan berlaku himpunan besar 'Black505' di Stadium Kelana Jaya. Himpunan menifestasi kemarahan rakyat dan dijangka puluhan ribu akan hadir. SAMM beri jaminan, pasca himpunan 'Black505' bakal menyaksikan akan lebih ramai rakyat turun berhimpun. Sepertimana amaran yang telah dilaungkan, Tipu PRU Rakyat Bangkit Humban Kamu! 

SAMM beri kata dua kepada kerajaan Najib dan konconya SPR, samada untuk mengadakan pilihanraya semula atau hadapi kemaraan rakyat!


EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

6 comments:

wan said...

Aku rasa dakwat kekal tak akan kekal.. Buat rugi duit saja... Baik guna iodin ubat yang dok sapu kat luka tu pun lambat hilang colour ungu tu......

Anonymous said...

Betul. Masa sekolah kita orang panggil Ubat Biru untuk sapu kalau ada luka atau kudis.

Anonymous said...

Re-election..!!!!

Anonymous said...

Rupanya ni le yang mangkuk ayun bagi cadangan dakwat kekal.

Cadangan zaman jurasic... sebab tu le masalah tak habis-habis. Korek lubang tutup lubang.

ALLAH dah bagi badan kita ni sebagai identity yang tak boleh ditiru oleh sesiapa pon. Awat tak gunakan. Cap jari dari sampai dulu kala dah tentu tak de penipuan, retina scan pon ada, dna ada, palm print ada dan macam-macam lagi. Kalau bank boleh pakai cap jari untuk keluarkan duit... dah tentu pilihanraya ni kacang putih aje.

Anonymous said...

selagi SPR ni dibawah umno.sampai kiamat umno x kan kalah.

Edyes Reduan said...

kepada cik anon,

sistem biometric ciptaan SPR yg sentiasa dilihat membantu kemenangan Umno... sistem ini boleh di'setup' untuk terus menipu, pangkalan datanya dikawal oleh SPR(BN)...

sedangkan dalam lokap pun boleh kena bunuh... dalam pejabat sprm pun ada yg mati... apa macam?

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan