Saturday, May 11, 2013

13 MAY - HARI BANGSA MALAYSIA : SELAMATKAN DEMOKRASI! |13May|8mlm|KLSCAH|



Kenyataan Terbuka
11 May 2013

13 MAY - HARI BANGSA MALAYSIA : SELAMATKAN DEMOKRASI!

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan dengan kerjasama front Mahasiswa akan menganjurkan sebuah Rapat Perdana;

Tarikh: 13 May (Isnin)
Masa: 8 - 12 mlm
Venue: Dewan Perhimpunan Cina KLSCAH
(Dekat Stadium Merdeka / Stesen Monorail Maharajalela)

Antara pemidato yang bakal menghiasi pentas adalah termasuk;

Pak Samad (Sasterawan Rakyat)
YB Nurul Izzah (Naib Presiden PKR)
YB Tian Chua (Naib Presiden PKR)
YB Sivarasa Rasiah
Prof Aziz Bari (Pakar Perlembagaan)
Hishamuddin Rais (Penghasut Rakyat)
Dato' Thamrin Ghaffar
Haris Ibrahim (Penggerak ABU)
Maria Chin (BERSIH)
Safwan Anang (Presiden SMM)
Adam Adli (Mahasiswa)
KS Bawani (Mahasiswa)
KC Heng (front anak muda)
Farel (Mahasiswa SAMM)

Hos: che'GuBard
Pentas sempena tarikh 13 May yang diiktiraf sebagai Hari Penyatuan Rakyat Malaysia, bakal merungkai sentimen perkauman yang telah dimainkan oleh pihak rasis untuk menutup penafian demokrasi rakyat Malaysia dalam tragedi Black505! Menakut-nakutkan, memeras ugut dan amalan 'pecah-perintah' legasi penjajah tetap diteruskan demi untuk mengekalkan kuasa. Selagi rakyat berjaya dipecah-belahkan, selagi itu cengkaman penjajah era baru tidak berganjak.

Namun hari ini suasana jauh berbeza. Rakyat tidak lagi takut, rakyat kini sudah berani membawa sepanduk kebenaran betapa sentimen perkauman itu sudah ditinggalkan. Rakyat kini bersatu, dengan berani melawan penafian demokrasi.

Justeru, Pidato Perdana sempena tanggal 13 May Hari Bangsa Malaysia bertajuk "Selamatkan Demokrasi" adalah bertepatan dengan situasi dan mood rakyat yang bangkit sekaligus melenyapkan cubaan-cubaan jahat menjadikan negara tidak harmoni di atas nama kononnya 1Malaysia.

Diharapkan sahabat pengamal media dapat memberi bantuan promosi untuk program perdana bernotis singkat ini, dan SAMM mengalukan kehadiran semua wartawan bagi membuat liputan.

Masuk adalah percuma, disaran hadirin mengenakan baju hitam (atau apa jua simbol hitam) bagi meneruskan mode perlawanan #Black505.


EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda SAMM

4 comments:

Anonymous said...

Ass’kum, saya ingin mencela, sungguh hairan / pelik
Kemenangan DS Najib nampaknya tak UMM langsung
Sampai semua orang beri pandangan , RAKYAT DOK TUNGGU
HASIL MANIFESTO , TAPI TONG GAS DAH NAIK RM 3 RINGGIT.
Ajak PAS masuk jadi perpaduan – hilang yang kita maki dulu , mana pi 7 DOSA BESAR
Ajak DAP masuk – mana pi KAFIR HARBI
DS/TS Kadir Jasin- bagi pandangan , ambil Khairy / setuju dgn.LKS ambil Ghani
MUBARAK – jangan ambil yang kalah jadi menteri cabinet
MCA – tak mahu jawatan , cadang ambil cina luar.
Apa ni , apa dah jadi dengan Transformasi , semua dah tak takut , dah pandai bercakap.
Saya pun nak bercakap juga – cadangan saya atau syor saya .
PAKATAN 89 kerusi
MCA 7 kerusi ( jadi bebas , mesra pakatan )
UMNO atau BN SABAH/SARAWAK 16 kerusi ( jadi bebas , mesra pakatan )
JUMLAH 112
PAKATAN / DS ANWAR JADI PM- KITA BAGI 6 BULAN UNTUK SETTLE MANIFESTO
HAPUS PTPTN / TURUN MINYAK /GAJI NAIK/TNB TURUN /ASTRO TURUN
Hapus tol / KERETA TURUN === DALAM MASA 6 BULAN , KALAU TAK BOLEH BUAT,
TURUN DAN JANGAN CAKAP BANYAK.

Anonymous said...

Org kampong tk mau semua tu turun..depa setia pada yg satu..hidup ubn

melayu dap said...

Cadangan: melayu pas, pkr, dap, belajarlah dengan cina dap, camner meka jlnkan gerakan hingga cina di ceruk2 kg semuanya sepakat sokong. Jadikanlah ini agenda utama mulai skrg, biar pakcik makcik tu faham spt apek nyonya tu.

Anonymous said...

Saya adalah anak Melayu. Tanggal 13 Mei 1969 memanglah menjadi titik sejarah hitam Negara kita. Itu adalah 44 tahun yang lalu. Tanpa kemudahan media massa dan media sosial waktu itu, kita semua (tidak kira Melayu, China, India dll) mudah sahaja terpengaruh dan termakan dengan macam2 dakyah dan hasutan api permusuhan dan perkauman. Namun, lama-kelamaan, semua bangsa, setelah didedahkan dengan hakikat sejarah dan kenyataan semasa, dapat menerima keadaan seadanya dan dapat hidup dengan aman damai. Kita patut bangga sebagai sebuah Negara dengan begitu banyak latar belakang etnik dapat hidup dengan suasana harmonis, sentosa dan saling bertolak ansur. Tapi keadaan ini hanya dapat bertahan setiap 5 tahun sekali sahaja. Apabila tiba pilihanraya, maka akan bertiup dan bernyala kembalilah api-api yang sebelum ini hanyalah bara yang hampir padam. Siapakah peniup-peniup api ini? (Kalau dari pandangan Islam, mereka adalah kawan Syaitan, kerana Syaitan itu jadi dari api.) Kawan-kawan Syaitan ini adalah orang-orang yg berkuasa dlm politik yang ingin mempertahankan kuasa politik mereka. Apaa saja cara adalah halal bagi mereka asal kedudukan mereka SELAMAT! Bakal baik atau buruk untuk bangsa dan Negara, itu belakang kira. Bagi rakyat jelata yang tidak pentingkan kedudukan SELAMAT ini, mcm che gu, petani, penoreh, nelayan, peniaga dan pekerja, jarang kita dengar mereka memulakan tiupan api sentimen perkauman atau racisma ini. Tiupan api ini mudah bersemarak apabila rakyat tidak berpeluang mendapat gambaran atau penjelasan sebenar di sebalik sentimen berkenaan. Kasihanlah rakyat luar bandar yang hanya bersandar maklumat kepada media utama seperti akhbar, siaran radio atau tv yang ada kalanya kurang tepat dan kerapkalinya berat sebelah. Mereka umpama rumpt kering yang mudah lembik jika dijirus air dan mudah terbakar bila terpercik api.
Semua pihak hendaklah bertanggungjawab ke atas ketenteraman dan keselamatan Negara kita yg dicintai ini. Hentikan api-api permusuhan dan perkauman dan marlah kita bersatu padu. Kita semua adalah makhluk Allah, tidak kira apa warna kulit, bangsa dan agama, kita adalah dari Nabi Adam a.s. Fiman Allah:"...dan kami jadikan kaumu berpuak-puak, bersuku-suku supaya kamu saling berkenalan dan berkasih sayang ...". Saya sangat setujulah agar 13-5-69 sebagai titik hitam itu kita lupakan dan jadikan titik nokhtah permusuhan. Marilah kita jadikan 13-5-13 sebagai titik putih dan titik permulaan perpaduan dan kasih sayang kita semua rakyat Malaysia ...
POLITIK ASABBIYAH DAN PERKAUMAN SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI DALAM DUNIA MODEN, DUNIA BERTAMADUN, DUNIA BERTEKNOLOGI, DUNIA CYBER, DUNIA GLOBALISASI DAN “DUNIA MENUJU AKHIRAT” INI.