Thursday, September 27, 2012

Karnival Konsert BERSIH (13 Oktober 2012) - Tawaran Hebat Set DVD BERSIH Merdeka Rakyat Dengan Pakej Menarik!!!


Ayuh hadir ke KARNIVAL KONSERT BERSIH yang akan berlangsung di Stadium Kelana Jaya (Stadium MBPJ) pada 13 Oktober 2012 dan anda berpeluang untuk mendapatkan DVD Merdeka Rakyat bersama pakej yang menarik.

DVD BERSIH Merdeka Rakyat telah dilancarkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pada siri awal Jelajah Merdeka Rakyat di mana dokumentari 59 minit ini ditayangkan satu jam sebelum setiap siri Merdeka Rakyat bermula. Diterbit sendiri oleh SAMM, DVD ini wajib dimiliki dan ditayangkan di setiap rumah bagi meningkatkan kesedaran selain menafikan pengaruh dari media perdana yang berat sebelah dalam isu Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil khususnya peristiwa bersejarah BERSIH 3.0.

Dokumentari BERSIH Merdeka Rakyat juga memberi tekanan yang besar kepada KDN apabila memberikan gambaran sebenar apakah yang sebenarnya berlaku pada 28 April, sehingga KDN gagal menayangkan video kononnya keganasan peserta BERSIH setelah beberapa kali tertangguh. Dokumentari ini juga mengimbau kembali bagaimana sejarah himpunan BERSIH bermula dengan segmen BERSIH 1 dan 2 dan mengapa himpunan BERSIH berlaku. 


Turut dimuatkan dalam DVD ini ialah kompilasi keganasan pihak polis yang sehingga hari ini didiamkan dan tidak mampu dijawab oleh mana-mana pihak apakah undang-undang yang membenarkan pihak polis memukul, menendang, memijak dan rata-ratanya seperti cubaan membunuh yang dilakukan terhadap peserta himpunan aman yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Himpunan BERSIH berlangsung aman sebelum pihak polis yang merusuh. 

SAMM juga melalui DVD BERSIH Merdeka Rakyat ini menjelaskan bahawa kononnya peserta BERSIH menyebabkan kenderaan polis terbalik adalah suntingan tidak adil yang disiarkan dalam Buletin TV3, malah SAMM membuktikan provokasi sebenar yang berlaku dan apakah punca kenderaan polis diterbalikkan. 

Hadirlah beramai-ramai ke konsert BERSIH, menghayati 8 tuntutan BERSIH yang masih belum dilaksanakan secara konstruktif sambil menyokong sebuah pilihanraya yang bersih dan adil pada PRU-13. Pastikan anda tidak pulang tangan kosong, dapatkan DVD Bersih Merdeka Rakyat.

Sekian

EDYES @ edyesdotcom
Solidariti Anak Muda Malaysia

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan