Sunday, September 19, 2010

Sepintas Lalu - Debat Anak Muda Calon Ketua AMK






Sejarah terpahat - anak muda bertempur secara sehat - pentas terbuka untuk perlawanan di padang yang rata - ketiga-tiga calon penuh semangat - moderatornya juga punya sengat - bersaing tanpa melukakan pesaing - pakej yang ada pada setiap calon sebenarnya saling lengkap melengkapi - pertembungan antara retorik dan realiti - dua memilih untuk agenda menawan putrajaya dan satu memilih untuk mereformasikan AMK - menawan 4.6 juta pengundi baru satu agenda satu suara - tiada serangan yang menyentuh peribadi - mencedok kegemilangan zaman reformasi sehingga ada yang mencuri - ada calon yang mengakui setara raja petra di dalam penulisannya - ada calon yang lebih mempromosi calon lain - ada calon yang masih menyebut nama ezam - politik baru asas perjuangan - revolusi iran dan perancis habis dikupas - tidak semua calon meletakkan tawaran hakiki sekiranya terpilih menjadi ketua AMK - tidak semua calon mempunyai idea baru yang menggegar dunia - tidak semua calon yang mendedahkan mekanisma terbaik bagi menjana kewangan AMK - prinsip perjuangan menjadi pegangan - landskap politik negara menuju kemuncaknya - radikal itu perlu? - budayawan itu perlu? - elitis itu perlu? - tolak calon wahyu - tolak calon kayu - pilihlah pemimpin yang berjuang untuk melaksanakan kata-kata


Penilaian Ringkas
5 - outstanding
4 - above espectation
3 - meet espectation
2 - below espectation
1 - sucks


Keterampilan :
Chegubard - 3.5
Rafizi - 4
Hasmi - 4

Pidato :
Chegubard - 3.5
Rafizi - 4
Hasmi - 5


Sambutan Audience :
Chegubard - 4.5
Rafizi - 2
Hasmi - 3.5

Pengisian :
Chegubard - 4.5
Rafizi - 2
Hasmi - 2

Emosi :
Chegubard - 4
Rafizi - 2.5
Hasmi - 4.5

Menjawab Soalan :
Chegubard - 4
Rafizi - 3
Hasmi - 4

Keyakinan Untuk Menerajui AMK :
Chegubard - 5
Rafizi - 2
Hasmi - 3

(Penganjuran)

Persiapan - 4
Promosi - 4
Aturcara - 3
Venue - 4
Kelancaran - 2.5
Refreshment - 3
Keseluruhan - 3.5

ps: cubaan, cubaan, cubaan untuk tidak bias !

12 comments:

Anonymous said...

Nampak sgt tulisan ini tidak jujur.
Ramai akui termasuk ditwitter yg pidato dan hujah rafizi mencakupi semua.
Idea dan hujah dlm dailog rafizi dan hasmi segar rujuk juga twitter yg bagi pndgn.
Paling mudah hanya hasmi dan rafizi yg jawab gaji minima.

Edyes said...

Salam,

entry ini adalah dari pengamatan edyes. dan di atas juga telah tertera edyesdotcom menyokong perjuangan chegubard! jujurnya, itulah pandangan saya.

justeru, celah mana yang dimaksudkan tidak jujur?

saya hormat pandangan anda, dan perbezaan pandangan adalah perkara yg sihat jika dipasak dengan hujah yang kukuh.

paling mudah, retoriknya memang sedap dijamah halwa telinga. realitinya pahit untuk ditelan bersama.

berkenaan gaji minima, setinggi mana pun minimanya gaji itu, akhirnya akan diselaras oleh kenaikkan harga barang (yg berkadar terus dengan berita kenaikkan gaji / atau kenaikkan harga minyak). jadi, apakah gaji minima itu isu sebenar dalam meringankan beban rakyat ?

Anonymous said...

Tidak jujur apa bila berdiri dipaksi A tapi menilai paksi B dan C. Sudah tentu penilaian itu bias bahasa mudah tidak jujur atau berat sebelah.
Gaji minima adalah sesuatu yg ada dlm perjuangan pr dan hanya dikupas oleh 2 orang sahaja.Kenapa tidak jawab mcm apa yg di tulis dlm blog ini. Org melihat idea.

Anonymous said...

Jangan nafikan perjuangan kesatuan sekerja untuk mendapatkan gaji minima.
Tuntutan gaji minima ini lantaran kenaikan harga terus pelbagai barangan serta minyak dan tol.
Gaji pekerja yg rendah pada ketika ini dan gaji minima ia sesuatu yg sgt dekat di hati pekerja biasa untuk menuntut gaji minima.

Anonymous said...

Jangan nafikan perjuangan kesatuan sekerja untuk mendapatkan gaji minima.
Tuntutan gaji minima ini lantaran kenaikan harga terus pelbagai barangan serta minyak dan tol.
Gaji pekerja yg rendah pada ketika ini dan gaji minima ia sesuatu yg sgt dekat di hati pekerja biasa untuk menuntut gaji minima.

Edyes said...

salam,

segala perspektif yang diperjuangkan oleh chegubard jauh melebihi skop isu gaji minima yg turut diperjuangkan oleh KJ (walaupun tak kemana). Adakah jika rafizi dan hasmi naik sebagai ketua, mereka ini akan hanya mengecam dan terus mengecam kerajaan supaya melaksanakan gaji minima seperti yg dituntut? atau kita serahkan kepada chegubard untuk mengatur gerakkan radikal anak muda yg lebih kemas seterusnya membuatkan kerajaan tidak punya pilihan selain menunaikan tuntutan.

anak muda PKR perlukan chegubard, anak muda pakatan rakyat perlukan chegubard, dan semua anak muda yang punya iltizam untuk membuat perubahan yakni merentasi partisan, memerlukan pemimpin pejuang yang seperti chegubard! Di sinilah seperti yg chegubard katakan, faktor attractive kepada semua anak supaya berjuang di atas satu nada - dari rakyat untuk rakyat !

bayangkan sekiranya CHEGUBARD bergerak di atas kapasiti ketua AMK, itulah sebaik gerakkan, itulah sehebat perlaksanaan !

berkenaan penilaian terhadap para pendebat. saya ulang, penilaian di atas adalah berdasarkan pengamatan saya. sejauh manapun keadilan saya dalam menilai, tetap akan dipandang bias kerana saya menyokong chegubard. mudah?

Anonymous said...

ko x jujur dgn penilaian ko sendri...
ko menilai chegubard sgt rendah dlm hampir semua aspek yg ko sendri bagi
then,kesimpulannya ko pilih chegubard?
ko pilih berdasarkan rating yg ko bg ataupun ko mmg xsuke yg lain?kalo ikut rating yg ko bg sendri pun patutnya ko xpilih chegubard coz rating ko bg die rendah!

*aku juga sokong chegubard tp kalo ko yg sokong chegubard bg ulasan cam ape2 je ni,habeslaa...xkan la chegubard punya supporter camni je?

Anonymous said...

Tanpa Che'gu Bard, besar kemungkinanan AMK akan menjadi gerakan penakut yang hanya berani bercakap dari pejabat.
Buat masa kini PKR memerlukan seorang manusia yang bolih menggerakkan masses kerana PRU 13 penuh dengan "uncertainty".
Rafizi dan Hasmi tetap berpotensi tetapi masa dan keadaan sekarang bukan untuk mereka dan tidak sesuai dengan rentak gerak politik mereka. Kita pasti kecundang apabila ketua AMK hanya menjadi pakar strategi dalam pejabat atau sekadar mengarahkan orang lain untuk melaksanakan nya manakali mereka sebenar nya golongan pengecut dan jiwang jiwang.
Saya cabar mereka berkata benar bukan sekadar memberi visi angan angan mat jenin.Perjuangan "konsep nya =berkorban apa sahaja, harta atau pun nyawa."
Ingat lah Anak Muda semua, masa hadapan terletak di tangan anda!!!

Anonymous said...

penulis ini adalh non partisan..bila kputusan yg dbuat adalh kputusan yg sangat adil krna penulis ini tdk terikat dgn mna2 organisasi...sohihnya beliau jujur dlm pndpatnya...

Edyes said...

salam anon 1:15pm,

baguslah anda juga penyokong chegubard. semestinya anda juga sedar betapa perlunya chegubard diangkat sebagai peneraju AMK. Ia tidak lain tidak, demi arus selekoh terakhir penggal 2010-2013, yang mana akan meletusnya perang PRU13!

bagaimanakah agaknya rintangan2 terakhir sebelum 'geng jahat BN' menyerahkan tahta? adakah semudah ungkapan "kami terima kekalahan PRU13 dgn hati terbuka, ambil lah putrajaya dan jagalah ia baik2"?

atau bagaimana? sedangkan perak yang mereka dah kalah pun dirampas balik 'by crook or by joke', inikan pula menyerahkan kerajaan Malaysia kepada pakatan rakyat, walaupun simbolik sebenarnya ialah, menyerahkan kerajaan Malaysia kembali kepada rakyat!alahai, BN nak serahkan syarikat carigali terkemuka di dunia kepada rakyat?

justeru, perlawanan ini pasti luar biasa dan memerlukan pejuang luar biasa, bukan sekadar mengatur strategi dari pejabat semata-mata, atau mengecam dari perkarangan balai polis semata-mata.

anda fikir, adakah rafizi orangnya? mungkin jika dibenarkan umur, latarnya rafizi ini diperlukan selepas era peperangan dan hasmi diperlukan di era kesenangan. selekoh terakhir era peperangan ini wajar diserahkan kepada chegubard. Itu sefaham saya.

berbalik kepada bicara anon tentang penilaian saya terhadap chegubard, tiada penilaian keseluruhan dalam aspek2 pemarkahan dalam entri di atas. cuba perhati betul2... di sini saya perjelaskan dengan sedikit terperinci.

1. keterampilan
keterampilan rafizi dgn batik sawanya yg bersahaja memberikannya 4, begitu juga hasmi dgn kemeja putih dan blazernya saya beri 4. tetapi chegubard hanya kemeja lengan pendek petak2, saya bagi 3.5. keterampilan ini merujuk kepada malam mereka berdebat. bukanlah aspek yang utama, tetapi siapa boleh nafi ia punya tetap punya impak.

2. pidato
ini satu aspek yg penting kerana ia berkait rapat dgn penyampaian dan penerimaan. Pidato hasmi outstanding, walaupun copycat kepada ezam yang difotostat dari anwar. rafizi juga bukan calang2 dalam menyampaikan pidato walaupun isinya keawangan, saya berikan 4. tetapi chegubard pada malam ini pidatonya agak terganggu dan penyampaiannya ada kalanya kurang jelas. faktor utamanya ialah mic jauh dari sumber suaranya. saya saya berikan 3.5 untuk chegubard.

3. sambutan audience
chegubard 4.5, hasmi 3.5 dan rafizi 2. saya taknak ulas aspek ini.

4. pengisian
ini antara yg penting. chegubard lontarkan apa yang sepatutnya didengarkan kepada audience, padat dan tersusun, dgn gerakan pengkadiran, kewangan AMK, idea2 baru dan sebagainya. saya bagi 4.5 utk CB. Hasmi pengisiannya kurang atau kurang tepat . manakala rafizi penuh retorik. kedua-duanya saya bagi 2

5.emosi
hasmi penuh emosi 4.5, chegubard 4, dan rafizi 2.5. yang ini saya tak perlu ulas

6. Menjawab soalan
Menjawab soalan adalah satu kebolehan. chegubard saya bg 4, hasmi sy bagi 4, kedua-duanya menjawab soalan dengan pengisian yg menepati soalan. rafizi juga berjaya jawab dgn baik, tapi sy bg 3, sebab banyak pusing2.

7. Keyakinan menerajui AMK
perlu diingat, aspek ke-7 ini bukanlah markah keseluruhan. Hanya Chegubard yang menyatakan dengan tegas, jika CB jadi ketua bagaimana coraknya. dan CB paling konsisten dalam menegaskan bahawa dialah yg paling layak. Hasmi saya bagi 3 kerana keberanian beliau terjun ke medan penjawatan, manakala rafizi saya letakkan 2, kerana sentimen2 merajuk membasahi dewan pidato. Apakah ketua AMK boleh merajuk? jadi saya anggap rafizi bukanlah calon ketua AMK yang kompeten.

disklaimer: pemarkahan dari perkara 1-7 beserta ulasannya adalah tertakluk kepada pengamatan penulis, yg juga seorang manusia biasa.

Anonymous said...

saya juga menyokong beberapa komentar mengatakan bahawa sdr pemilik blog BIAS.....sepatutnya point2 itu dicampur dan hasilnya adalah pemenang....justeru, pemilik blog gunakan kaedah autokratik....berikan markah pada segmen2 tertentu...kemudian tidak menggunakannya utk total keputusan...beri point kemudian dia gunakan mandat utk pilih calon yg disuakainya sesuka hati....bro, minta akan datang jadi lebih adil....

bunbinban said...

aku tak tengok lg debat ni tapi aku lebeh menyokong bard bbanding dgn 2 lg sbb, bard mmg seseorang yg berani ke depan. berani mengutarakan pendapat dan melaksanakan apa yg di di katakan. Walaupun di kalangan rakan baik saya menganggap bard sebagai pengacau dlm AMK, saya ttp dgn pendirian saya yg paling layak teraju AMK adalah Bard. Maaf, rafizi x pernah saya kenal. Hasmi hanya byk bertindak di dlm pejabat tapi tidak chegu bard....kita akan jumpa dia di mana-mana perhimpunan dan di barisan depan!. tapi mcmnana yg lain?. di manakah mereka di kala barisan rakyat bertempur dengan FRU?. Maaf, politik pakai smart tapi otak tak smart, takde dlm kamus perjuangan rakyat. Aku pun terasa hati gak bila pejuang reformasi di anggap tak layak memimpin. kalau DsAI masuk penjara sekali lagi, siapa agaknya yg lead reformasi di jalanraya?.Mereka2 yg DSAI sendiri pun x pernah kenai!. Yg DSAI kenai semua dah bungkus awal masuk UMNO!. ha ha ha...funny eh?. but thats fact, as happened back in 1998. Xde la, ini cuma pandangan aku. aku sokong apa aku rasa layak pada pandangan aku. itu aje. kalau siapa pun menang, aku ttp mcm ni. cuma berharap yg terbaik buat AMK sebagai barisan hadapan pemimpin negara masa depan.