Monday, September 13, 2010

Calon Oxford Diperlukan Untuk Ketua AMK !!


Perjuangan, perjuangan dan perjuangan. Untuk menewaskan Barisan Nasional, Angkatan Muda Keadilan memerlukan seorang pemimpin yang berkaliber untuk membawa perubahan total sebuah organisasi suram menjadi sebuah organisasi yang lebih tersusun dan penuh strategi perlawanan.

Ia terutamanya, ketika anak muda semakin bosan dengan politik sempit, AMK seharusnya mempunyai pemimpin yang paling layak untuk membangkitkan revolusi politik bijak dengan menjadikan Parti Keadilan Rakyat sebagai pilihan utama untuk anak muda mengambil bahagian dalam wadah memperjuangkan nasib mereka.

Realiti yang dihadapi anak muda hari ini perlu diterjemah dengan jelas, kerana anak muda itu adalah pewaris kepada negara ini. Realiti keperitan hidup setiap anak muda yang bangkit dan jatuh dan kemudiannya cuba bangkit kembali, adalah menjadi tanggungjawab AMK untuk mengenalpasti segala keperluan mereka demi menjadikan AMK itu satu-satunya wadah untuk anak muda terus berjuang demi keadilan semua.

Siapakah pemimpin yang mempunyai kebolehan untuk menjadikan AMK sebuah sayap pemuda yang paling relevan? Setidaknya, sepuluh kali lebih aktif di bawah kepimpinan Shamsul Iskandar.

Reformasi dalam sayap pemuda keadilan perlu dilaksanakan secepat mungkin. Jaringan padu di antara AMK negeri dan pusat perlu diperkemas. Hanya calon yang kerap turun ke padang sahaja layak untuk dipilih sebagai Ketua AMK kerana calon ini sentiasa bergerak dalam perjuangan melumpuhkan propa-propa musuh selain daripada mempunyai jaringan kuat di kalangan pemuda AMK yang lain.

Seorang pemimpin sejati tidak memerlukan barisan bayangan demi melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua. Walau siapapun timbalannya, kerjasama utuh tetap akan terlaksana. Adalah jauh lebih baik dari menamakan timbalan dan keseluruhan barisan exco, dikhuatiri sekiranya timbalan pilihan tidak menang, ia pasti menyukarkan lantas menimbulkan masalah perhubungan.

Apakah calon yang direstui oleh Anwar Ibrahim itu harus menjadi pilihan para perwakilan ? Harus diingat, Parti Keadilan Rakyat bukanlah parti Anwar, tetapi parti rakyat untuk rakyat. Calon berjiwa rakyat yang sanggup mendepani segala permasalahan rakyat, yang sanggup bermatian untuk rakyat, yang sanggup diheret di atas tar jalanraya demi nasib rakyat, sepatutnya diberi laluan oleh perwakilan. Bukan calon yang hanya tahu menyindir pemimpin jalanan mahupun mengutuk demonstrat-demonstrat, kerana sindirin seumpama itu sudah menyerupai pendekatan Khairy Jamaluddin. Pemuda harus berani berjuang di jalanan sekiranya perlu, bukan di depan kaunter aduan di balai polis semata-mata.

Adakah seorang calon ketua AMK itu perlu setinggi-tinggi latar belakang pelajarannya? Belajar di Oxford hanya menjadikan seseorang itu pandai, tetapi tidak menjadikan seseorang itu lebih cerdik. Apalah yang lebih penting daripada perjuangan yang melaksanakan kata-kata? Dengan kebijaksanaan yang tidak semestinya diperolehi dari pengajian luar negara, ia pasti membolehkan sayap itu menerbangkan Parti Keadilan Nasional ke tahap yang paling relevan.

Perlukah seorang calon yang kaya raya untuk menjadi ketua AMK? Ingatlah, PKR bukan UMNO! PKR juga bukan parti serpihan UMNO! Hanya yang dangkal sahaja berfikiran begitu. Hanya mereka yang masih berjiwa UMNO sahaja akan melakukan pemilihan berdasarkan latar belakang kewangan seseorang. Pejuang sebenar ialah pejuang yang berusaha untuk menjadikan rakyat hidup senang. Pemimpin sejati ialah menjadikan rakyat jauh lebih kaya dari dirinya sendiri. Jadi fikirlah, adakah kita serupa dengan regim UMNO ?

Perwakilan, telitilah dengan bijak bahawa siapa pejuang sebenar di dalam AMK. Hebatnya seseorang itu bukan dari pangkatnya, tetapi dari amanah yang dijaga rapi.

Hanya pemimpin berjiwa pejuang, berhati rakyat wajar dipilih menjadi ketua. Pemimpin celik suasana dan peka terhadap situasi wajar diberi laluan. Pemimpin yang bijak dalam perlawanan dan tegak dalam istiqomah, wajib ditolak ke hadapan !

Itulah CheguBard atau nama penuhnya Badrul Hisham Shaharin.








EDYES - 13 SEPTEMBER 2010

8 comments:

yoko ono said...

betul tetapi,world view nyer limited.ini zaman globalisasi.rafizi ada global experience,from malay college,network dia old boys...judges,corporate.ministers and rulers.

bad kampong a bit.

its much like having justin timberlake being your best buddy as oppose to apek saiful...

Edyes said...

salam yoko_ono,

baguslah rafizi ada network dari segelinap elitis. Lebih mudah untuk dijadikan proksi.

saya lebih suka melihat seorang anak kampung mengubah dunia, atau sekurang-kurangnya mengubah nasib bangsa.

Mungkin chegubard tidak punya network dikalangan konglomerat dan pembesar negara. Tetapi cukup sekadar mempunyai hubungan yang rapat ke atas grassroot berstatus ahli dan ketua cawangan mahupun rakyat kebanyakkan.

TheSniper said...

“ Tidak ada pencetakan yang bisa mencetak pemimpin. Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah,muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol dari kalangan rakan seangkatannya lalu diterima dan di dokong oleh umat” — Almarhum Bapak Mohamad Natsir

bunbinban said...

hemmmmmm...network dia oldboys....judges, corporate bla bla bla...so what?!. i dont know him, never heard of him. ce gu bard adalah the best candidate. apa pun orang cakap pasal dia aku tak ami9k pot sgt sbb terbukti dia tahan di uji dari awal reformasi hingga sekarang. Rafizi? emmmm.... aku peduli apa rafizi pilihan anwar ke apa, PKR adalah parti rakyat dengan budaya politik baru, so aku pilih atas perfomance individu bkn atas perintah atau network dgn org2 'BESAR'. Itu budaya UMNO...bukan budaya PKR. atau mungkin yg blaja di MCKK atau oxford saje yg cerdik dan pandai memerintah?. Menjadi pemimpin yg baik adalah pemimpin yg dekat dengan grassroot bukan 'BIG NAMES' as you said. Rafizi sendiri seperti menyindir gerakan reformasi cuma skang dia seperti tersedar yg dia dah terlajak ckp..such a moron!Dan jika benarlah dia pilihan Anwar, so anwar tak pernah blaja dr 'kebodohan' melampau beliau dlm memilih rakan atau pemimpin inspirasi rakyat....sorry, PKR bkn anwar sorang yg punya. Kalau anwar di penjarakan semula, kamu lihatlah siapa rakan siapa pejuang rakyat dan siapa opputunist....DAMN!! this guy never learn...what happen to Ustaz Badrul Amin, Mustafa Kamil Ayob and others, are these guys dont have the quality of leadership or maybe b'coz they are not graduated from MCKK or Oxford?. And again who is Rafizi?. Aku rasalah yoko, jgn pandang org lain sebelah mata, mungkin anda punya view atas kapasiti anda berada dlm kelompok elit but again, PKR tak kemana kalau tanpa rakyat marhaen, rakyat yg cari makan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ini cuma pandangan aku, cuma aku tak suka bila ko sebut pasal network atau latarbelakang MCKK menjadi taruhan untuk memilih ketua, cerdik belajar tak semesti cerdik kehidupan. Kalau nak guna networking golongan 'elit' takyah jadi ketua pun boleh kan?. Ikhlas demi masadepan Malaysia dan rakyat marhaen bukan gitu?. and again who is Rafizi...

gunung stone said...

aku sokong pendapat yang mengatakan pemimpin bukan semestinya datang drpd MCKK dan yang punyai network meluas.. pemimpin yang berkualiti adalah yang dapat memimpin dan terpimpin dan yang memperjuangkan kehendak rakyat lebih dari kehendak sendiri.apa budak kampung tak boleh jadi pemimpin ke? tengok pemimpin dari golongan elitis yang ada sekarang daripada UMNO kebanyakan jadi ajen penjajah dan menjajah rakyat.Pendapat aku Chegu Bard calon terbaik Ketua AMK kerana berjuang di jalanan dan bukan dalam pejabat CEO.

zul mamak png said...

ok bro... wa dah post kat blog gua...

ha ha ha said...

Ha ha ha..

First time tulis kat cini...

I'm not Kaadilan Members..but I can vote in PRU13..

Who cares global experiance, Malay college, Networks and big Cable...We are NOW need a Quality Leader not a sassy ..ha ha ha..

No offend, MCKK is a boy school and never interact with ladies in class room except with female teacher..ha ha ha...I have few friends which is ex-MCKK.they are quite boring ..ha ha ha.

Furthermore, most of them comes from elite Malay Clan...therefore they not know much about Malay race...just like KJ talk about Malaysian Public Education but he never attend any Public School...ha ha ha ..what a joke...

Yoko...I'm never trust people goods with capitalist or courupted people...macam berkawan dengan kerbau pasti tercalit lumpur ....ha ha ha....and It's goods if Justin Timberlake likes to eat Durian's or Sambal belacan with you (not only ur best buddies) as oppose to Saiful Apek....ha ha ha

Anonymous said...

salam, adalah jelas di antara calon2 ketua amk siapa yang menonjol karisma, kecekalan dan keberaniannya. berbanding dengan calon2 timbalan presiden yang memerlukan daya intelektual, wawasan dan ketokohan yang setanding ketua umumnya, ketua amk harus diangkat dari anak muda yang mendapat tempat dihati pengundi2 yang sudah kenal kata-katanya, hatibudinya dan tingkahlakunya. saya yakin pengundi2 sudah mula mahu mengamal politik baru dan proses buatputusan secara langsung ini, selain menyah-umnokan budaya politik melayu khususnya, akan menyaksikan pengundi2 menjadi kritikal dengan ciri2 pemimpin yang mereka mahu. memang wajar kita terus mengingatkan pkr bukan untuk anwar lagi, tapi ianya bagian dari program rakyat, suara rakyat. dan saya belum pernah dengar suara rafizi lagi.