Wednesday, September 29, 2010

Kerajaan Bakar Duit Biasiswa !!! (Mesti Baca!!)

Kenapa tak salai sekali pemandunya ?

Inilah hasilnya pelaburan bijak kerajaan Malaysia - enjin salai masak Kovalainen!

Berapa jutakah harga kenderaan paling laju di atas muka bumi ini? enjinnya juga pasti juta-juta harganya. Apakah kereta lumba Lotus Racing menggunakan minyak RON95 menyebabkan kebakaran itu berlaku, tidaklah diketahui. Tetapi apa yang diketahui ialah, enjin yang terbakar seperti gambar di atas, adalah 'total lost' sama sekali. Ia pasti mengundang kerugian yang besar.

Siapakah yang berada di belakang pasukan Lotus Racing? Tony Fernandez menjadi principle kepada pasukan ini. Orang yang bertanggungjawab memberi idea kepada penubuhan pasukan ini ialah Najib Razak. Asalnya, pasukan Lotus Racing sepatutnya berjenama pasukan 1Malaysia Racing Team, tetapi kebodohan mengatasi segalanya apabila kita melabur, mereka tetap meminggirkan nama 1Malaysia. Kesian dia, adalah lebih baik kalau pasukan ini tidak ditubuhkan dan dana itu dihenjut ke sektor pengajian tinggi umpamanya.

Untuk pengetahuan semua, 4 gergasi konglomerat telah melabur dalam pasukan Lotus 1Malaysia Racing Team. Antara syarikat konglomerat yang menyumbang adalah termasuklah Proton, Air Asia dan Kumpulan Naza dan jumlah yang dapat dikumpul ialah sebanyak 1 bilion. Daripada jumlah pelaburan ini, dapatlah Tony Fernandez mengemudi pasukan yang menduduki tangga terbawah dalam perlumbaan Formula 1.

Satu persoalan, apakah manfaat yang diperolehi oleh rakyat setelah negara mempunyai sebuah pasukan formula satu? Apakah anda pembaca setuju sekiranya saya katakan, ini adalah satu lagi projek pembaziran terancang kerajaan Barisan Nasional ?

Pembaziran itu dapat dielakkan sekiranya wang yang dapat dikumpulkan dari beberapa konglomerat terkemuka negara, dinamakan sebagai tabung khas biasiswa 1Malaysia. Ianya jauh lebih bermanfaat selain daripada memberikan pulangan yang lumayan kepada kerajaan Malaysia apabila mahasiswa-mahasiswa yang diberi biasiswa ini akan kemudiannya berbakti kepada kerajaan yang prihatin. Tetapi malangnya kerajaan yang ada hari ini adalah sebuah kerajaan yang zalim apabila menafikan hak pelajar untuk menerima biasiswa, malah kerajaan menjadikan pinjaman ini satu perniagaan apabila meletakkan kadar faedah sebanyak 4 peratus !

Berbalik kepada cerita formula satu, ada maklumat yang mengatakan jumlah yang dilaburkan oleh syarikat konglomerat ialah 500j tetapi harus diingat bahawa perbelanjaan tahunan untuk satu pasukan formula 1 adalah mencecah 1 bilion.

Ada rakan yang mengatakan kepada saya bahawa kerajaan tidak keluar walau satu sen pun untuk pasukan formula satu negara. Semua perbelanjaan yang mencecah 1 bilion semusim itu ditaja oleh badan swasta.

Memang benar, kerajaan tidak mengeluarkan satu sen pun untuk pasukan formula satu. Tetapi janganlah kita menganga dengan auta yang cuba menyembunyikan fakta sebenar. Walau berapa pun jumlah tajaan syarikat swasta untuk tujuan sukan negara, ia pasti akan menolak jumlah cukai tahunan yang dikenakan (income tax) terhadap mana-mana syarikat pun. contohnya, sekiranya syarikat A memberi tajaan RM 1 juta, maka apabila membayar cukai, RM 1juta akan dikecualikan. Dalam masa yang sama, jumlah cukai yang sepatutnya diterima oleh kerajaan Malaysia telah susut 1 juta di atas tajaan syarikat A terhadap sukan negara (termasuklah sukan formula satu). Jadi, adakah anda bersetuju jika saya katakan kerajaan telah terlibat secara langsung dalam perbelanjaan formula satu ?

Justeru, saya melihat kerajaan mempunyai kuasa untuk menekan konglomerat supaya mengambil bahagian bagi menubuhkan dana untuk dijadikan biasiswa. Seandainya kerajaan benar-benar mendahulukan rakyat sepertimana slogannya 1Malaysia, sepatutnya tabung biasiswa 1Malaysia lah yang menjadi pilihan untuk dibangunkan, bukan sebuah pasukan formula satu. Daripada jumlah RM 1 bilion setahun, tahukah anda berapakah jumlah mahasiswa yang boleh ditanggung oleh kerajaan melalui biasiswa percuma untuk setiap tahun?

Saya mengandaikan setiap mahasiswa yang mengambil sarjana ijazah memerlukan RM 40 ribu untuk keseluruhan yuran pengajian. Jika peruntukkan tabung biasiswa tajaan konglomerat (seperti jumlah mereka sponsor formula satu) adalah berjumlah 1 bilion, kerajaan hari ini boleh menghasilkan pengajian percuma terhadap 25 ribu pelajar IPTA dan IPTS untuk satu 'batch'.

Jumlah ini boleh ditingkatkan dari tahun ke tahun, dan akhirnya lebih ramai mahasiswa akan menerima pengajian universiti secara percuma. Tidak mustahil sampai di satu masa, semua pengajian adalah percuma dengan penglibatan seluruh konlomerat yang ada.

Tidakkah ini menjadi satu kebanggaan ? Malangnya sekali lagi, kerajaan yang ada hari ini bukanlah kerajaan prihatin, tetapi sebuah kerajaan retorik apabila dengan muka tebal meletakkan ungkapan 'rakyat didahulukan' sebagai slogan kebangsaan.

Kerajaan yang ada hari ini harus ditumbangkan dengan segenap kekuatan rakyat dan juga termasuklah kekuatan mahasiswa, kerana telah berulang kali bertindak tidak bijak dan antara keputusan yang paling tidak bijak ialah - menubuhkan sebuah pasukan formula satu, berbanding menubuhkan tabung biasiswa tajaan konglomerat nasional.

Jika para pembaca tidak mahu melihat anak-anak kita menderita ketika menyambung pelajarannya nanti, inilah masanya untuk membuat perubahan. Keberanian para pembaca untuk berubah, pasti akan mengubah nasib anak-anak para pembaca semua, atau sekurang-kurangnya ia mengubah nasib anak bangsa. Tidakkah anda bangga, jika perubahan yang anda lakukan hari ini, menjadikan hari esok semua pelajar universiti menikmati pelajaran percuma untuk setiap semester yang dilalui.

Ingin saya konsi apa yang saya rasa. Saya mempunyai sepasang anak untuk dibesarkan, setakat inilah. Tidaklah dapat saya fikirkan sekiranya saya terkorban di mana-mana, apakah nasib anak saya nanti apabila pinjamannya tidak diluluskan kerana tidak punya penjamin. Bagaimana pula ingin membayarnya pinjaman pelajaran itu sekiranya gaji yang diterimanya tidak sehebat tuntutan kehidupan di sebuah metropolis.

Terus terang saya katakan secara duniawinya, saya hidup untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak saya. Justeru itu, jalan yang terbaik untuk memastikan anak-anak saya menerima habuan terbaik ialah, dengan menggerakkan perjuangan rakyat hingga kemenangan rakyat itu dicapai. Kerana apabila kerajaan zalim itu tumbang digantikan dengan kerajaan rakyat, apabila kapitalis itu tumbang digantikan dengan aspirasi kebajikan rakyat. Ketika itu jika ditakdirkan saya mati, saya akan mati dalam penuh ketenangan apabila nasib anak-anak dan anak bangsa akan lebih terjamin - apabila pelajaran itu adalah percuma.

Artikel yang bermula garang tadi saya akhiri dengan sebuah emosi yang agak sentimentel kerana apa yang diperkatakan ini bukan hanya mengenang nasib anak bangsa, malah ia secara terus mengenai nasib anak sendiri. Tekadlah dengan istiqomah, kerajaan zalim harus tumbang menyembah bumi !!

Reformasi rakyat ini akan membuahkan revolusi yang akan bermula ketika robohnya sebuah kerajaan legasi penjajah ! LAWAN TETAP LAWAN !!!!!


EDYES @ edyesdotcom

4 comments:

Anonymous said...

TUNDA TETAP TUNDA!!!! TIPU TETAP TIPU!!!!

Jangan nak sebar fitnah kat sini.. semua orang boleh cakap.. JAngan politikkan semua benda..

Anonymous said...

hahaha bangang punya citer, wei bro ikut suka deap alah nak belanja camner pon, yang ko duk sibuk tu pasai per, kalau semua nak ikutkan pandangan seperti yang ko utarakan tuh, alamaknya semua syarikat besar tak der apa2 nak buat lah, jdlah mcm burma.. negara bawah tempurung, hahaha nak komen ingat lu bijak ker, udah2 ler, kalau dok setuju dgn kerajaan pon bukan gini caranya..

Anonymous said...

kalau sumber negara di urus dengan bijak saya yakin bukan saja belajar sampai universiti tu free tapi kesihatan pun free

Anonymous said...

Negara Singapura, tidak pun menubuhkan atau menaja pasukannya sendiri. Tapi tetap hebat. Malaysia belanja juta juta, tapi negara pandang pd sistem pemerintahannya yg tempang.