Friday, January 16, 2009

Kuala Terengganu 'Buy-Election' - Di Sini Penyelesaianya


Difahamkan, setiap bukti undi bergambar akan membolehkan pengundi tersebut saguhati berupa wang bernota seribu ringgit.

Sila refer di blog penarik beca dan blog cina islam, sumber asal ialah dari jeff ooi.

Pada PRU12 yang lalu, ramai rakan saya yang mengundi di belah Kelantan menerima duit dari UMNO supaya memangkah BN. Tetapi rakan saya hanya tekad untuk memangkah PAS. Logiknya, jika terima duit dan kemudian memangkah BN, itu dinamakan RASUAH. Jika terima duit dan memangkah parti sebaliknya, selamat.

UMNO telah serik kerana rancangan yang jahat itu telah dipatahkan oleh pengundi cerdik, duit dapat tetapi pangkah lain. Kali ini, UMNO berasa lebih bijak dengan menawarkan RM1ribu kepada sesiapa yang memberi bukti memangkah BN dengan menangkap gambar kertas undi tersebut.

UMNO tidaklah sebijak mana, barang sesiapa yang ingin mempermainkan UMNO lakhnat tu, di sini ada caranya.

Setiap kotak memangkah mempunyai pensil dan pemadam. Oleh demikian, sila pangkah BN secara 'tidak menekan' / perlahan dan tangkap gambar kertas undi yang memangkah BN tersebut. Setelah gambar diambil, sila padam semula dengan sebaik-baiknya dan pangkah PAS sepertimana hasrat menghancurkan BN sedikit sebanyak terlaksana.

Ingat, buat mereka yang ditawarkan sahaja. Ditakuti kertas undi menjadi rosak dengan memadam pangkahan BN. Berhati-hatilah buat kerja.

Selamat Mengundi... PAS....

1 comment:

Anonymous said...

perghhhh.... baik punya idea bro... wa caya sama lu...