Thursday, January 8, 2009

5 Ribu di ceramah PAS, 3 Ratus di ceramah UMNO...




Oleh LubukKawah

Kami mengambil peluang malam tadi untuk menghadiri ceramah PAS yang dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Kechik, Kuala Trengganu. Saya sangat takut nak menyatakan jumlah kehadirn disitu. Kawasan itu dipenuhi oleh manusia. Tak muat-muat.

Saya nak kata 10,000. Ooop! Tinggi sangat! 2000? Hoi, tak tahu bilang ke? 5000 sesuailah!

Jangan terlalu ghairah dengan bilangan. Kalau 1000 pun, tapi semua pengundi tempatan, itu lebih baik dari 10,000 yang penuh dengan orang luar.

Setelah Anwar habis berucap kami pergi pula ke Merbau Patah, ke ceramah anjuran UMNO. Majlis itu benar-benar teratur. Ada kerusi-kerusi yang tersusun rapi. Memang tak sampai 300 orang yang hadir. Tapi takkan nak letak 300 kut? Kerusi-kerusi banyak kosong. Kalau kata 100 sikit sangat. Sikit sangat! Letaklah banyak sikit, tapi kereta luar banyak sangat. Mungkin 200 orang luar dan 100 pengundi Kuala Trengganu.

Saya dengar malam Khamis ni UMNO nak beli pengundi-pengundi PAS di Kg Gong. Hebohlah orang disitu bercakap tentangnya. Katanya, 200 orang penyokong PAS akan diberi hadiah setiap seorang RM500.00. Banyak tu! Bukan snang nak cari RM500.00 hari ni.

Saya nasihatkan supaya penyokong-penyokong PAS ni ambik duit tu. Lepas ambik, catit nama pemberi, catit nombor duit tu. Butir-butir lain kena catit. Nama pemberi, nombor duit, berapa jumlah, nama lengkap saksi-saksi. Dan terus buat lapuran polis. Tapi duit tu kena ambik, bukan senang nak cari RM500.00.

Kalau tak tahu macam mana nak buat lapuran polis, lapur kepada Jawatankuasa PAS yang berdekatan.

Cerita UMNO beri duit, beri pakaian kain batik dan kain plaikat, ni cerita lama dan berlaku setiap kali pilihanraya.

Kalau dulu-dulu, penerima-penerimanya memang memang akan bersumpah memangkah BN kerana terhutang budi, tak kisahlah terjual body selama 5 tahun akan datang.

Tetapi pengundi sekarang ini sudah cerdik. Duit mereka ambil, tapi tetap tidak pangkah UMNO.

Orang sekarang lebih cerdik bahawa jika terima duit dari UMNO dan pangkah UMNO itu adalah rasuah, tak masuk syorga orang yang memberi dan menerima rasuah. Jadi, duit boleh terima, tapi pangkah PAS. Itu tidaklah rasuah kerana tidak menerima duit untuk tujuan rasuah.

Pemimpin-pemimpin UMNO ni mereka kaut kekayaan Negara, duit rakyat, untuk kepentingan diri sendiri. Mereka buat duit ikut jalan belakang, cara rasuah dan cara salahguna kuasa.

Sebagai seorang Timbalan Menteri atau Menteri bahkan MB dan Exco mereka sangat mudah buat duit. Mereka buat recommendation untuk satu-satu projek kepada taukeh-taukeh, mereka dapat komisyen berjuta ringgit. Selama mana mereka menjadi pemimpin, selama itulah wang mengalir ke poket mereka. Mereka jadi kaya raya. Kalau dulu mereka berada ditahap ekonomi yang sama dengan orang lain, tiba-tiba bila menjadi Menteri atau pemimpin-pemimpin, dan-dan mereka jadi kaya raya.

Masa pilihanraya mereka tabur wang kepada penyokong-penyokong mereka. Ahli-ahli UMNO ni nilainya tidak tinggi. Sesetengahnya dapat RM20.00 dah puas hati. Apatah lagi dapat RM500.00, buntang mata mereka, hilang segala pertimbangan, tak disuruh pun mereka undi UMNO.

Itulah nilai orang biasa UMNO ni, muka tak malu.

Bila kita sebut begini, mereka marah. Tapi cuba tengok hakikat sebenarnya. Hantarlah sebanyak mana pun poster dan bendera UMNO/BN. Tak naik dipasang bendera dan poster tu, melainkan ada pengerasnya. Pengerasnya? Ya, duit!

Mereka bukan lagi pejuang. Mereka tak sanggup menjadi volunteers! Mereka tidak semacam orang PAS, PKR dan DAP.

Nak datang semasa penamaan calon di Kuala Trengganu baru-baru ni, UMNO sediakan bas percuma, UMNO sediakan makan-minum, UMNO sediakan duit poket, mereka datang 3 bas dari setiap Bahagian dari serata Semenanjung. Itu pun mereka dapat kumpulkan 12000 orang saja semasa penamaan calon (ada media letak seramai 4000 saja). Biarlah saya letak ramai sikit!

Bandingkan dengan PAS -- 40,000 orang, semuanya datang sendiri-sendiri, kereta sendiri, minyak sendiri, duit poket sendiri. Ingat tak Perang Vienam? Tentera Amerika ratusan ribu, datang bergaji, ambil upah berlawan dengan sukarelawan-sukarelawan Vietnam, Tenter Rakyat yang berjuang untuk bangsa dan Negara. Mampuih tentera Amerika! Cabut lari, Amerika kuasa yang begitu besar kalah ditangan rakyat Vietnam yang serba kekurangan.

Begitulah di Kuala Trengganu ni. UMNO mempunyai timbunan wang, PAS dan Pakatan Rakyat berjuang kerana bangsa, negara dan agama dan secara sukarela. Mampuih UMNO kali ni!

Tapi yang terdengar ditelinga kita sekarang, ahli-ahli biasa UMNO dah mengeluh. Duit yang banyak ditabur tu, tak sampai ke bawah.

Ini akan menjadi penyebab UMNO akan kalah teruk di Kuala Trengganu.

Keputusan di Kuala Trengganu nanti akan menjadi sejarah. Bukan saja PAS akan menang, tetapi kemenangan itu menjadi petanda bahawa UMNO akan ditolak oleh masyarakat Melayu diseluruh Negara. UMNO akan hilang taringnya, dan UMNO akan jatuh tersungkur!


lubokkawah.blogspot.com

No comments: