Ayuh, bangkitlah. Saya percaya, setiap anak Pahang mempunyai darah kepahlawanan Mat Kilau, setiap anak Perak mempunyai semangat menentang penjajahan Datuk Maharajalela, setiap anak Terengganu mempunyai resam Rahman Limbung, dan akhir sekali, setiap anak Malayu mempunyai darah Jebat dalam memartabatkan keadilan. Bangkitlah bangsaku, menentang penjajah era baru, Kerajaan Penjajah. - Edy Noor Reduan
Thursday, August 28, 2014
Usah Berdalih Lagi, Hentikan Segera Bantuan Ekonomi dan Perdagangan Malaysia-Israel
Wednesday, August 27, 2014
Jawapan Menteri MiTi 'Ke Laut', SAMM Akan Teruskan Protes #PagarMiTi298 Jumaat Ini
Kenyataan Media
27 Ogos 2014
Jawapan Menteri MiTi 'Ke Laut', SAMM Akan Teruskan Protes #PagarMiTi298 Jumaat Ini
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama rakan sekutu tetap akan meneruskan Himpunan "Hentikan Perdagangan Malaysia-Israel" pada Jumaat ini walaupun telah dijawab oleh menteri bertanggungjawab.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MiTi) telah memberi respon dari sidang media SAMM pagi semalam namun jawapan yang diberi menggambarkan sikap terdesak regim. Jawapan yang berlandaskan 'kemungkinan itu dan kemungkinan ini' seharusnya tidak cukup tanpa fakta sokongan.
SAMM terpanggil mencabar pihak MiTi menjawab persoalan berikut;
1. Bagaimana Menteri MITI boleh membuat kesimpulan kononnya regim Israel ini begitu suci dan murah hati 'meminjamkan' pelabuhan Ashdod dijadikan transit barangan/produk ke Palestine?
2. Adakah Malaysia mempunyai pengesahan bahawa Pelabuhan di Ashdod, Israel itu digunakan sebagai transit sebelum produk-produk ini dihantar masuk ke Palestin?
3. Di manakah bukti produk-produk ini diterima oleh syarikat atau perusahaan milik rakyat Palestin yang beralamat di wilayah Palestin?
4. Apakah jenis produk, syarikat yang terlibat dan nilai dagangan yang dihantar ke Palestin?
5. Berapakah pula nilai dagangan bagi produk Malaysia yang kononnya masuk ke Israel melalui negara pihak ketiga? Berapa pula nilai dagangan produk yang terus dari Malaysia?
6. Adakah negara pihak ketiga juga berperanan menjual sumber asli mentah Malaysia seperti minyak sawit, getah, koko, dan minyak sayur ke negara haram Israel? Atau sebenarnya ia dari pelabuhan Tanjung Pelepas?
Rakyat Malaysia tidak mudah diperbodoh dengan pelbagai alasan dan jawapan 'membela diri' yang dikemukakan.
Harus diingat, bantuan makanan dan ubatan sering dihalang dan peristiwa berdarah kematian warga turki dalam misi bantuan Freedom Flotilla tidak harus dilupakan.
Malah jika regim Zionis ini begitu mulia hatinya mengapa perlu warga Palestin menggali terowong-terowong tikus bagi tujuan menyeludup masuk bekalan makanan, pakaian dan gas ke wilayah mereka?
Dalam isu berkaitan, SAMM turut mempersoal bagaimana syarikat perkapalan Zim syarikat yang juga GLC Israel bebas keluar masuk ke pelabuhan-pelabuhan kita?
SAMM juga ingin bertanya apakah polisi negara yang membenarkan syarikat israel seperti AMDOCS digunapakai oleh ASTRO dan APCO Worldwide yang menjadi penasihat kerajaan persekutuan?
Jelaslah bahawa jawapan Menteri MITI ini hanyalah satu cubaan untuk meredakan kemarahan rakyat Malaysia yang semakin celik. Sifat munafiq pemerintah yang begitu menebal tidak mampu disorok lagi.
Ayuh kita bersama Solidariti buat Warga Palestin dengan turun beramai-ramai dalam aksi #PagarMiTi298 pada 29 Ogos 2014 di kompleks kementerian Jalan Duta, bermula dengan solat jumaat di Masjid Wilayah. Sebuah aksi bertaraf dunia yang bakal mendapat liputan antarabangsa.
Inilah harinya untuk rakyat Malaysia bangkit menyatakan kepedulian kita terhadap kemanusiaan di Gaza.
Sekian,
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Friday, August 22, 2014
PROTES Hubungan Dagang M'sia-Israel | 29 Ogos | 2.30pm | Masjid Wilayah Jln Duta - Pej MiTi
Kita tidak harus menjadi penyambung nyawa zionis dengan dagangan dan bahan mentah dari bumi bertuah ini yang dihantar ke Israel!!! Ayuh!!!
#PagarMiTi298
Tarikh: 29 Ogos
Masa: 2.45pm (lepas solat jumaat)
Lokasi: Pejabat MITI Jalan Duta (bermula di Masjid Jalan Duta)
Aksi: Pelbagai
https://www.facebook.com/events/1455068788095550/
Nyatakan kehadiran anda dalam link di atas, sebar dan invite sahabat yang lain. Isu Palestin adalah merentasi batasan kaum dan agama, ia isu kemanusiaan sebenar. Sebarkan...
Wednesday, May 21, 2014
Lokap Selagi Tak Bayar Saman - PDRM Padam Bahan Bukti dan Salahkan Utusan
Di atas adalah satu penafian dari pihak polis kononnya kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis telah diputar belitkan oleh media.
Di bawah pula adalah keratan dari laman rasmi facebook Polis Diraja Malaysia yang disiarkan beberapa hari lalu, dan telah dipadamkan dari laman tersebut semalam (sehari sebelum kenyataan di atas dipublish).
+ Percuma SMART simcard tunetalk TONE EXCEL (berharga RM90)
+ free registration, tiada contract!!
+ RM30 reload credit tunetalk
+ Buku panduan "buat duit dengan handphone anda" (harga RM10)
+ Screen protector (utk Lenovo A850+)
+ Warranty kedai 2 tahun
- 5.5" QHD, 960 x 540, IPS-LCD/ Capacitive Touch Screen
- 1.4GHz MTK6592 octa-core (8 cores)
- Support network:2G:850/900/1800/1900MHz 3G:WCDMA/HSPA: 900/2100MHz
- Dual camera, 5.0MP BSI back camera, dual simcard
- 1GB RAM + 4GB ROM
- Android 4.2
Keputusan Lembaga Displin PKR: Beberapa Pemimpin Dipecat Tidak TERMASUK Azmin
+ Percuma SMART simcard tunetalk TONE EXCEL (berharga RM90)
+ free registration, tiada contract!!
+ RM30 reload credit tunetalk
+ Buku panduan "buat duit dengan handphone anda" (harga RM10)
+ Screen protector (utk Lenovo A850+)
+ Warranty kedai 2 tahun
- 5.5" QHD, 960 x 540, IPS-LCD/ Capacitive Touch Screen
- 1.4GHz MTK6592 octa-core (8 cores)
- Support network:2G:850/900/1800/1900MHz 3G:WCDMA/HSPA: 900/2100MHz
- Dual camera, 5.0MP BSI back camera, dual simcard
- 1GB RAM + 4GB ROM
- Android 4.2
OFFER MENARIK - LENOVO A850+ 'Octa-core' RM5++
+ Percuma SMART simcard tunetalk TONE EXCEL (berharga RM90)
+ free registration, tiada contract!!
+ RM30 reload credit tunetalk
+ Buku panduan "buat duit dengan handphone anda" (harga RM10)
+ Screen protector (utk Lenovo A850+)
+ Warranty kedai 2 tahun
- 5.5" QHD, 960 x 540, IPS-LCD/ Capacitive Touch Screen
- 1.4GHz MTK6592 octa-core (8 cores)
- Support network:2G:850/900/1800/1900MHz 3G:WCDMA/HSPA: 900/2100MHz
- Dual camera, 5.0MP BSI back camera, dual simcard
- 1GB RAM + 4GB ROM
- Android 4.2
Monday, May 5, 2014
Setahun Sudah Ditipu, Masih Lagi Berkompromi
5 Mei 2014
Setahun Sudah Ditipu, Masih Lagi Berkompromi
Hari ini, genaplah setahun kita ditipu dalam pilihanraya umum ke-13. Seperti yang ditegaskan sejak setahun yang lalu, kita tidak wajar mengiktiraf kemenangan Barisan Nasional walau dengan apa pun hujahnya. Dakwat tidak kekal memberi ruang manipulasi kepada 300 ribu pengundi awal - ini jangan sesekali dilupa.
Natijahnya cukup besar apabila kita membiarkan aparat ini terus berkuasa. Kenaikkan harga gula, harga petrol dan tarif elektrik yang seterusnya menjadi anjakkan kenaikan kepada hampir semua sektor perbelanjaan rakyat Malaysia. Malah pemberian BR1M yang dijanjikan sebanyak RM1200 dalam manifesto BN sebagai umpan hanya dapat separuh sahaja, kini timbul pula ura-ura BR1M bakal dimansuhkan kononnya kerana ia bebankan kerajaan dan gagal hapus kemiskinan. Ini disebut sendiri oleh Tun Mahathir dan Ahmad Maslan selaku menteri berkaitan. Apalah nasib, penyokong BN pun kena tipu hidup-hidup.
Rakyat Malaysia terus dirundum malang apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan. GST telah diluluskan di dewan rakyat dengan sokongan 119 ahli parlimen BN. Bagi mengolah persetujuan ramai, ratusan juta wang rakyat telah dibelanjakan untuk propaganda betapa indahnya rupa GST. Semua kebaikkan GST yang diamalkan oleh negara maju dijaja dengan fakta yang penuh tersembunyi.
Mantiknya, mereka boleh menipu dalam pilihanraya untuk mengekalkan kuasa, mereka juga boleh menipu dalam melaksanakan GST. Satu contoh mudah, mereka katakan tiada GST untuk pengguna lebuhraya bertol, tetapi pengguna tol akan dikenakan 6% GST setiap kali isian semula 'touch n go'. Nampak? Anda tentu pernah dengar cadangan untuk semua pengguna lebuhraya diwajibkan guna 'Touch n Go' untuk elak kesesakkan di lebuhraya. Nampak?
Satu lagi contoh, mereka katakan pembelian rumah dikecualikan dari GST, namun segala ramuan untuk menyiapkan rumah dikenakan GST. Pemaju perumahan tidak terkecuali dikenakan GST untuk setiap batu bata, simen, besi, pasir dan sebagainya. Ya benar harga rumah tiada GST, tetapi harga jualan tetap akan melambung tinggi. Maksudnya, GST telah dikenakan sebelum rumah tersebut sedia untuk dijual.
Jika GST yang dilaksanakan di luar sana dikatakan baik untuk negara dan rakyatnya, perlaksanaan GST 'versi Malaysia' adalah tembolok untuk kerajaan Umno dan malapetaka buat rakyat Malaysia.
Justeru itu, sempena Hari Buruh pada tanggal 1 Mei 2014 menyaksikan lebih 50 ribu rakyat telah protes secara berhimpun mewakili jutaan rakyat Malaysia membantah perlaksanaan GST. Paling dramatik, satu perarakkan bersejarah 'Hari Buruh' telah berlangsung dari KLCC ke Dataran Merdeka melalui Bukit Bintang dan Pudu. Perarakkan tersebut disertai oleh ribuan anak muda dan kaum buruh dengan agenda membantah GST.
Selesai tunjuk perasaan, selesai ceramah, apakah hasilnya aksi kali ini? Dalam masa tidak sampai tempoh 24 jam, satu pengumuman telah dibuat oleh pihak kerajaan. Pengumuman oleh menteri yang berbunyi "Kerajaan akan tetap melaksanakan GST pada April 2015".
Lihatlah betapa angkuhnya mereka, tidak langsung mempertimbangkan aspirasi rakyat yang tersepit. Jelas petualang ini tidak peduli. Mungkinkah kerana pilihanraya lambat lagi? Apakah kita perlu tunggu pilihanraya dan akhirnya ditipu lagi?
Dataran Merdeka mungkin sudah tidak mendatangkan gerun buat mereka. Mengimbau kembali, malam tahun baru 2014 menjadi saksi bagaimana anak muda berjaya masuk ke Dataran Merdeka dengan jumlah yang hampir sama dengan aksi 1 Mei. Ketika itu tiada kebenaran polis, tiada ceramah politik, malah tiada penganjur rasmi. Hanya yang ada ialah amaran keras dari anak muda. Aksi ini berhasil, selain daripada mendapat liputan berita dunia, hasrat kerajaan menaikkan harga tol sebagai menu hidangan kepada kroni juga terpaksa dibatalkan.
Kita tidak harus berserah dan menunggu, kita akan terus ditipu dan mereka terus bermewah merompak khazanah negara. Ingatlah, janji tuhan tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri (bangkit dan lawan). Malah bala (GST) itu tidak mengenal siapa yang kamu sokong dalam pilihanraya 5 Mei yang lalu, sokong PR pun kena, sokong BN pun kena, semua tidak terkecuali.
Sunday, May 4, 2014
PERAYAAN DEMOKRASI DI MALAYSIA
4 Mei 2014
PERAYAAN DEMOKRASI DI MALAYSIA
Dengan hati yang paling dalam ada dalam diri saya, saya dengan penuh terbukanya akan menyanjungi anda yang tidak bersetuju dengan saya dalam hal ini. Anda patut untuk tidak bersetuju. Ia adalah hak anda sepenuhnya.
Cuma saya ingin menegaskan saya tidak berseorangan dalam hal ini. Saya amat yakin ramai yang seperti saya atau paling tidak pun bersetuju dengan hujah yang saya akan berikan.
Oleh itu, sambil melayan kaki yang mengelecek akibat berjalan semalam atau betis yang membengkak, bacalah cerita ini.
Saya datang hampir kesemua yang di sebut DEMONSTRASI(selepas ini akan disebut demo) di Malaysia. Mungkin bagi anda ia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan namun saya bangga dengan perkara itu.
Hampir kesemua demo di Malaysia, itulah coraknya. Ada sedikit lain, ada tambahan itu dan ada kekurangan ini namun inilah corak demo di Malaysia.
Kalau ramai yang beranggapan demo yang terbaik ialah demo cara Palestin, demo cara Thailand atau apa saja jenis demo di dunia ini, saya tegaskan bahawa kita masyarakat Malaysia seharusnya juga berbangga dengan demo cara kita ini. Ada banyak kekurangan namun ada beribu kebaikannya.
Setiap kali demo, perkara yang paling menjadi persoalan orang ialah, adakah demo ini akan mengubah sesuatu?
Ramai yang beranggapan demo tidak mampu mengubah sesuatu. Ini sangat SALAH.
Banyak perubahan berlaku akibat demo di Malaysia.
BERSIH sendiri mendapat beberapa perubahan yang mereka pinta. Regim Mahathir telah jatuh tersungkur dan Pak Lah sendiri hilang kuasa 2/3 nya di Parlimen.
Jika anda menilainya sebagai kecil anda seorang yang sangat silap.
Setiap kali demo juga bila polis membenarkan perhimpunan berlaku, ia akan mendapat reaksi negatif daripada pendemo.
Mereka mengharapkan polis tidak membenarkannya lantas menggunakan kekerasan agar demo ini berjalan dengan penuh tragis.
Saya yakin selepas beberapa kali demo di lakukan, polis tidak lagi akan menggunakan kekerasan seperti yang sebelumnya kerana kesannya sangat memberi kerugian kepada mereka dan pihak kerajaan.
Sebelum demo kelmarin, hati kecil saya berkata demo kali ini hanya akan mampu mengumpul paling ramai 5000 orang, namun hati saya berbunga bila yang hadir adalah 50,000 orang.
50,000 orang ini adalah stok kepada pakatan rakyat di seluruh negara yang secara solidnya tidak akan mengundi Barisan Nasional pada pilihanraya nanti.
Saya berikan contoh yang paling mudah. Pilihanraya yang lepas, kawasan Ketereh yang mana dikenali sebagai kawasan selamat kepada BN kerana mereka memiliki hampir 4000 pengundi tentera di Kem tentera di Kok Lanas. Ini merupakan simpanan tetap bagi BN.
Oleh itu, kita juga sudah mempunyai simpanan tetap diseluruh negara sebanyak 50,000.
Menghadiri demo juga merupakan satu hal yang sangat penting. Saya katakan begini kerana menghadirkan diri ke demo menuntut perbelanjaan yang agak besar dan persediaan mental yang agak kuat.
Ia bukan sesuatu yang mudah kerana pendemo perlu meninggalkan kerja serta keluarga dan perlu mengeluarkan belanja untuk hadir.
Maknanya orang yang mampu hadir ke demo sebenarnya mereka yang benar benar tegar marah dan tidak akan mengundi BN.
Sebelum berakhir, saya namakan demo di Malaysia ialah perayaan menyambut hari DEMOKRASI kepada rakyat Malaysia.
Bila kita namakan perayaan, seharusnya perayaan berlaku secara aman dan penuh bersuka ria. Berjumpa rakan rakan lama, berjumpa kekasih, berjumpa saudara mara sambil memberi signal kepada kerajaan Najib bahawa apa yang dia buat tentang kenaikan harga barang dan cukai GST, kami sangat TIDAK BERSETUJU dan MENENTANGNYA.
Saya menantikan lagi perayaan sebegini lagi. Saya harap perayaan sebegini akan menjadi acara tahunan. Letakkan satu tarikh keramat agar ia menjadi perayaan bersama kita.
Sekian
Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan
Saturday, May 3, 2014
SAMM Nafi Terlibat Dalam Kekerasan di Dataran Merdeka
Friday, May 2, 2014
SAMM Tidak Terlibat Dalam Pergelutan di Dataran Merdeka
Memetik beberapa kenyataan akhbar online tentang pergaduhan antara SAMM dan unit Amal Pas pada hari ini saya dengan ini menegaskan bahawa bukan NGO SAMM yang bergaduh dengan UNIT AMAL PAS.
Mungkin SAMM yang kebetulannya berada di tempat dan keadaan yang hampir sama dengan group yang juga berbaju hitam.
SAMM bermula dengan baik dari KLCC dan berarak masuk dan kami hanya meletakkan kenderaan di kawasan yang dibenarkan.
Kami juga sedar dan menyanjung tinggi tugas unit amal yang banyak membantu melancarkan perjalanan bantahan pada hari ini.
Saya menyeru pihak yang memainkan sentimen ini menghentikan dengan segera kerana SAMM dengan PAS dan unit Amal sering bekerjasama dalam hampir kesemua program untuk menumbangkan kerajaan yang zalim pada hari ini.
Selaku NGO yang bukan bersifat kepartian, SAMM juga mempunyai ramai ahlinya di kalangan anggota parti PAS.
Untuk rujukan:
Watch "Himpunan Bantah GST : Pergaduhan Antara Unit Amal…" on YouTube - Himpunan Bantah GST : Pergaduhan Antara Unit Amal…:http://youtu.be/S8PIYvbN118
Sekian Terima Kasih.
Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan.
DPPAS Bachok














