Sunday, May 4, 2014

PERAYAAN DEMOKRASI DI MALAYSIA

Tulisan Umum
4 Mei 2014

PERAYAAN DEMOKRASI DI MALAYSIA

Dengan hati yang paling dalam ada dalam diri saya, saya dengan penuh terbukanya akan menyanjungi  anda yang tidak bersetuju dengan saya dalam hal ini. Anda patut untuk tidak bersetuju. Ia adalah hak anda sepenuhnya.

Cuma saya ingin menegaskan saya tidak berseorangan dalam hal ini. Saya amat yakin ramai yang seperti saya atau paling tidak pun bersetuju dengan hujah yang saya akan berikan.

Oleh itu, sambil melayan kaki yang mengelecek akibat berjalan semalam atau betis yang membengkak, bacalah cerita ini.

Saya datang hampir kesemua yang di sebut DEMONSTRASI(selepas ini akan disebut demo) di Malaysia. Mungkin bagi anda ia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan namun saya bangga dengan perkara itu.

Hampir kesemua  demo di Malaysia, itulah coraknya. Ada sedikit lain, ada tambahan itu dan ada kekurangan ini namun inilah corak demo di Malaysia.

Kalau ramai yang beranggapan demo yang terbaik ialah demo cara Palestin, demo cara Thailand atau apa saja jenis demo di dunia ini, saya tegaskan bahawa kita masyarakat Malaysia seharusnya juga berbangga dengan demo cara kita ini. Ada banyak kekurangan namun ada beribu kebaikannya.

Setiap kali demo, perkara yang paling menjadi persoalan orang ialah, adakah demo ini akan mengubah sesuatu?

Ramai  yang beranggapan demo tidak mampu mengubah sesuatu. Ini sangat SALAH.

Banyak perubahan berlaku akibat demo di Malaysia.

BERSIH sendiri mendapat beberapa perubahan yang mereka pinta.  Regim Mahathir telah jatuh tersungkur dan Pak Lah sendiri hilang kuasa 2/3 nya di Parlimen.

Jika anda menilainya sebagai kecil anda seorang yang sangat silap.

Setiap kali demo juga bila polis membenarkan perhimpunan berlaku, ia akan mendapat reaksi negatif daripada pendemo.

Mereka mengharapkan polis tidak membenarkannya lantas menggunakan kekerasan agar demo ini berjalan dengan penuh tragis.

Saya yakin selepas beberapa kali demo di lakukan, polis tidak lagi akan menggunakan kekerasan seperti yang sebelumnya kerana kesannya sangat memberi kerugian kepada mereka dan pihak kerajaan.

Sebelum demo kelmarin, hati kecil saya berkata demo kali ini hanya akan mampu mengumpul paling ramai 5000 orang, namun hati saya berbunga bila yang hadir adalah 50,000 orang.

50,000 orang ini adalah stok kepada pakatan rakyat di seluruh negara yang secara solidnya tidak akan mengundi Barisan Nasional pada pilihanraya nanti.

Saya berikan contoh yang paling mudah. Pilihanraya yang lepas, kawasan Ketereh yang mana dikenali sebagai kawasan selamat kepada BN kerana mereka memiliki hampir 4000 pengundi tentera di Kem tentera di Kok Lanas. Ini merupakan simpanan tetap bagi BN.

Oleh itu, kita juga sudah mempunyai simpanan tetap diseluruh negara sebanyak 50,000.

Menghadiri demo juga merupakan satu hal yang sangat penting. Saya katakan begini kerana menghadirkan diri ke demo menuntut perbelanjaan yang agak besar dan persediaan mental yang agak kuat.

Ia bukan sesuatu yang mudah kerana pendemo perlu meninggalkan kerja serta keluarga dan perlu mengeluarkan belanja untuk hadir.

Maknanya orang yang mampu hadir ke demo sebenarnya mereka yang benar benar tegar marah dan tidak akan mengundi BN.

Sebelum berakhir, saya namakan demo di Malaysia ialah perayaan menyambut hari DEMOKRASI kepada rakyat Malaysia.

Bila kita namakan perayaan, seharusnya perayaan berlaku secara aman dan penuh bersuka ria. Berjumpa rakan rakan lama, berjumpa kekasih, berjumpa saudara mara sambil memberi signal kepada kerajaan Najib bahawa apa yang dia buat tentang kenaikan harga barang dan cukai GST, kami sangat TIDAK BERSETUJU dan MENENTANGNYA.

Saya menantikan lagi perayaan sebegini lagi. Saya harap perayaan sebegini akan menjadi acara tahunan. Letakkan satu tarikh keramat agar ia menjadi perayaan bersama kita.

Sekian

Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan

No comments: