Friday, November 12, 2010

Lu Sengkek Idea ke Bhai??



 
KEMELUT PKR: SHAMSUL CABAR ZAID BERDEBAT - minsider

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menyelar bekas Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim kerana menggunakan media untuk menyerang kepimpinan parti itu.

Berikutan itu, beliau mencabar Zaid untuk berdebat secara terbuka mengenai kepimpinan Keadilan dengannya.

“Tetapkan tempat dan tarikh, pilih mana-mana medium yang dia suka, saya bersama pimpinan Angkatan Muda akan hadir bagi menceritakan perkara sebenar kepada beliau.

******************************************************

Daripada lu berdebat dengan Zaid Ibrahim, gua rasa ada baiknya lu debat dengan Khalid Ibrahim je lah!! Chegubard ajak lu debat daripada detik awal pemilihan 2010 lagi, tapi lu segan seribu bahasa! Sampai hari nie takda jawapan, alih-alih lu nak debat dgn Zaid Ibrahim pulak! hamsiau!

Saya begitu hairan pendekatan yang diambil oleh Shamsul Iskandar, nak berdebat dengan orang yang dah tak bertanding?? Apakah output daripada debat dengan Zaid Ibrahim untuk menentu halatuju Parti Keadilan Rakyat, berbanding dengan pelawaan debat bersama Chegubard demi menentukan halatuju AMK.

Kalau tujuannya setakat nak jack baik punya terhadap Anwar Ibrahim, AMK harus malu untuk mempunyai ketua seperti Shamsul Iskandar. AMK bukan kerjanya untuk hanya mempertahankan Anwar semata-mata tetapi demi memperkasa semangat anak muda untuk menggegar negara dan supaya parti ini didekati lebih ramai anak muda melalui AMK! Maka tidak hairanlah mengapa AMK kian lesu tak bermaya apabila dipimpin oleh pemimpin yang memegang resam kura-kura.

Lihat bagaimana pendekatan yang diambil oleh Shamsul Iskandar apabila DSAI diasak supaya bersara dari politik oleh Dr Asri berbanding pendekatan lebih berfakta oleh Chegubard di sini.

Adakah Shamsul Iskandar tidak berani berdebat dengan Chegubard? Sam sebagai ketua AMK juga tidak hadir dalam wacana debat anak muda yang pesertanya adalah calon-calon ketua AMK. Sampai bila Sam akan mengelak untuk berdebat dengan Chegubard? adakah selepas menang jawatan ketua AMK??

Ketika di Sepang tempoh hari, Chegubard bersama dengan Shamsul di atas satu pentas yang sama dalam program memperkenalkan calon ketua AMK. Dari sini dapat dinilai siapakah yang lebih layak membawa cabaran AMK dalam rentas masa yang serba krisis dari segi dalaman parti dan asakan propaganda Barisan Nasional.

Cabaran yang amat kental ini tidak akan mampu dihadap oleh Shamsul Iskandar dengan hanya memohon satu lagi peluang untuk sekali lagi menerajui AMK. Tetapi agak malang kerana Shamsul Iskandar tidak membentangkan menifestasi selain daripada menabur retorik dan sibuk bercerita tentang menawan Putrajaya. Sedang parti ini dalam krisis, apa yang diperkatakan oleh Sam sangat tidak relevan dan Sam telahpun diberi peluang selama 4 tahun sebagai Ketua AMK.

Harus diingat, pemilihan parti seharusnya berasaskan idea segar, nilai dan rekod ke arah memperkasakan anggota dan rakyat! Chegubard dengan penuh yakin menyampaikan menifestasi Penerus Perjuangan Reformasi demi menjadikan AMK sebagai wadah terbaik untuk anak muda yang berprinsip berjuang. Video penyampaian menifestasi tersebut dapat diamati di sini dan di blog sharpshooter.

Berbalik kepada soal debat di antara Chegubard dan Shamsul Iskandar, pelawaan ini harus disahut oleh Shamsul di atas kapasitinya sebagai penyandang ketua AMK yang sepatutnya berani terhadap cabaran seperti ini. Chegubard adalah lawan sebenar, dan memperkasakan AMK harus menjadi tajuk utama. Bukan mencari Zaid Ibrahim untuk dijadikan makanan debat, sebaliknya dikhuatiri Shamsul pula yang dibelasah oleh Zaid kerana bagi saya, Shamsul sudah sengkek idea.

Di bawah adalah sebuah kenyataan dari Zulkifli Ibrahim berkenaan jemputan debat yang langsung tidak mendapat surat balas dan respon dari pihak Shamsul Iskandar. Namun dalam pada itu, sempat pula mengajak lain orang berdebat!


BACA INI: ULANGAN JEMPUTAN DUA HARI DAHULU UNTUK BERDEBAT DEBAT

Sebulan lalu, saya mewakili cheGuBard dan pasukan Penerus Perjuangan Reformasi telah menghantar perlawaan debat kepada Calon Ketua AMK, Saudara Shamsul Iskandar. Pelawaan ini bertujuan untuk menarik pertandingan ini ke arah politik baru yang berasaskan idea, nilai dan lampiran rekod terdahulu.

Hasil dari debat ini diharapkan dapat membekalkan anggota parti muda dengan maklumat 'manifesto' yang sewajarnya sebelum membuat keputusan. Debat ini perlu untuk menarik pertandingan ini kepada politik baru dan bukan medan mengutuk dan menyerang peribadi individu tertentu. Seorang calon yang bakal menerajui AMK harus tampil dengan idea segar dan praktikal untuk mengemudi AMK itu sendiri bukan sekadar bergantung dan 'berpayung' dalam label kumpulan tertentu juga sentiasa bersenggayut dengan individu tertentu yang bertanding jawatan tinggi.

Namun sehingga kini malangnya tiada sebarang respon diperolehi, kecuali sindiran - sindiran penyokong Shamsul yang mengatakan debat harus diadakan dalam Bahasa Inggeris sebab che'GuBard tak pandai berbahasa Inggeris. Ureka sebuah organisasi yang diasaskan di Perak yang menjadi penganjur Debat Calon Ketua AMK di Taiping baru lepas telah menyatakan kesediaan menganjurkan debat, namun berdasarkan maklumat penganjur pelawaan sudah dibuat tetapi masih tiada respon konkrit dari saudara Shamsul.

Mutaakhir ini kelihatan pemilihan KEADILAN seperti kecoh sedikit ini peluang anak muda keluar sebagai kuasa penyatu. Persaingan harus dari aspek pertembungan idea bukan aspek peribadi. Respon dikalangan massa juga sudah sedikit menggusarkan. Jangan salahkan rakyat jika melihat KEADILAN juga sama seperti parti tua lapok apabila berlaku pertembungan jawatan.

Mewakili pasukan Penerus Perjuangan Reformasi yang menawarkan diri dalam pemilihan AMK KEADILAN 2010 ini sekali lagi mempelawa saudara Shamsul berdebat dengan cheGuBard dan Saudara Khairul Anuar berdebat dengan YB Lih Kang.


Zulkifli Ibrahim
Penyelaras Kempen
Penerus Perjuangan Reformasi

10 November 2010

ps: abg isham juga dah bidas Shamsul Iskandar kaw kaw di sini

 
EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
dari Sri Intan Resort Port Dickson, via wifi TM hotzone yg lombab

Tuesday, November 9, 2010

Kalau Zaid Trojan Horse, Apa Pula Gelaran Untuk JPP ??



Apakah sebenarnya yang menyebabkan kebanyakkan ahli dan pimpinan yang tidak menyebelahi team Azmin-Anwar melenting dan kecewa dengan Pemilihan 2010 Parti Keadilan Rakyat? Adakah sebab yang remeh temeh sehingga Zaid Ibrahim menarik diri dari pertembungan jawatan nombor 3 parti? Adakah kerana isu ketidak-telusan yang sengaja diada-adakan sehinggakan Zaid dan Mustafa Kamil sampai hati untuk mendesak Azmin dan Anwar berundur?

Sememangnya apa yang dilakukan oleh Zaid-Mus pada sidang akhbar pagi tadi iaitu mencadangkan Anwar dan Azmin berundur boleh dikatogerikan sebagai tindakkan yang keterlaluan. Ia juga seumpama mendekatkan lagi persepsi yang mengatakan Zaid adalah trojan horse kerana kesinambungan menyuruh Anwar berundur dari kaca pemikiran Dr Maza sebelum ini.

Saya sama sekali tidak setuju dengan pendekatan yang diambil oleh Zaid dalam konteks mempertahankan diri disulam serangan balas. Tetapi, tidak setuju dengan tindakkan Zaid bukan bermakna saya bersetuju dengan hasil demokrasi Pemilihan 2010.

Perjalanan Pemilihan 2010 yang baru melepasi minggu yang kedua memberi petunjuk jelas betapa besarnya keraguan yang tersuluh tetapi tiada langsung tindakan susulan diambil untuk masalah itu disiasat dan diselesaikan, seolah-oleh memang wujud tangan ghaib yang menentukan kemenangan di satu pihak. Banyak kepincangan yang berlaku itu dihidu dan diketengahkan tetapi tidak mendapat respon yang sewajarnya.

Bagaimana begitu banyak ketirisan dan penipuan dalam Pemilihan 2010 itu berjaya dikesan? Janganlah kita lupa, bagaimana kita berhadapan dengan ratusan pilihanraya kecil dan besar. Pilihanraya dan pemilihan parti itu tidaklah jauh berbeza, begitu jugalah dikatakan badan yang menguruskan pemilihan itu - SPR dan JPP.

Semua ahli dan kepimpinan Keadilan pastinya mempunyai banyak pengalaman dan pengajaran setiap kali berhadapan dengan SPR dalam pilihanraya kecil mahupun PRU. Sedarlah bahawa kita sudah acap kali belajar bagaimana untuk mengesan penipuan yang dilakukan oleh badan pilihanraya se'profesional' SPR. Di atas banyak pengalaman menghadapi SPR, kita ahli bawahan mempraktikkan amalan yang sama ketika pilihanraya sebenar dalam Pemilihan 2010, untuk memantau supaya pemilihan parti yang bertemakan '1 ahli 1 undi' dijalankan dengan bersih dan tanpa penipuan dalam pengundian.

Oleh sebab itu, Jawatankuasa Pemilihan Parti berhadapan risiko yang besar sekiranya ada cubaan untuk memenangkan sebelah pihak dengan cara menipu kerana ahli-ahli Keadilan khasnya dan Pakatan Rakyat umumnya, telah teruji dalam banyak pilihanraya dan mereka boleh disifatkan sebagai kalis penipuan dalam mana-mana bentuk pemilihan.

Oleh itu, apa alasan yang diberikan oleh penghulu pemilihan asalkan ianya mempunyai unsur tidak logik sepertimana alasan-alasan SPR, pastinya JPP akan berhadapan banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat dijawab dengan fakta, tetapi auta.

Saya beri satu contoh yang saya rasa lain orang tidak sempat terfikir apa yang saya fikir. Kata-kata Saifudin saya ambil sebagai rujukan; 
“Borang yang Haris dedahkan itu adalah minggu lepas punya, sepatutnya sudah dihapuskan. Lagipun, warna borang minggu ini adalah berbeza dengan warna minggu lepas. Kalau (didakwa) ada jual beli kertas undi, mana kertas undi minggu ini" - Saifuddin Nasution
Sekarang cuba saudara fikir, kertas undi tersebut mempunyai blueprint yang standard, melainkan kertasnya dikatakan berubah warna untuk pengundian di minggu kedua (berbanding minggu pertama). Persoalannya, apakah memang telah dirancang kertas undi di Sabah menggunakan kertas warna biru atau hijau? Jangan kita lupa, kertas undi di minggu pertama adalah berwarna putih, berkemungkinan sekiranya tiada pendedahan Haris, kertas undi di minggu kedua (Sabah) juga akan berwarna putih!

Apa yang susahnya untuk mengubah skop pengundian minggu kedua, dengan hanya menukar warna kertas sedangkan softcopynya sama (kecuali no siri yang biasanya akan dicetak kemudian). Ciri keselamatan yang diperkatakan oleh Saifuddin tidak ubah seperti satu ciri keselamatan untuk memastikan penipuan itu tidak dilihat sebagai menipu! Saya ulang, ciri keselamatan itu sebenarnya adalah ciri keselamatan untuk menyelamatkan sebarang sabotaj terhadap penipuan JPP sepertimana pembongkaran Haris Ibrahim. 

Saya juga difahamkan, banyak aduan telah dilapor walaupun sebelum minggu pengundian bermula tetapi JPP tidak langsung menghiraukan keresahan-keresahan mereka yang melihat ketirisan dalam pemilihan akan berlaku. Walaupun telah ada banyak aduan, walaupun ada laporan penyelewengan ketika di peringkat MATC prosen pencalonan, JPP tidak bertindak dengan lebih wajar untuk meredakan kekhuatiran ahli yang mahukan ketelusan dalam minggu pengundian sebenar.

Akhirnya, perasaan meluap itu meletup bila mana dapat di lihat dalam banyak situasi, gabungan Azmin-Anwar mendapat terlalu banyak manfaat dari kelemahan JPP. Atau JPP itu sengaja dilemahkan untuk membantu kem Azmin-Anwar dan juga Shamsul Iskandar.

Lihatlah maklumat di bawah, betapa lemahnya JPP daripada menghalang kemungkinan-kemungkinan undi dimanipulasi untuk pihak Azmin-Anwar;

1. Kelewatan Membuka Pusat Mengundi

Kelewatan melampau pasukan petugas membuka pusat mengundi jelas berlaku di beberapa Cabang pada hari pertama pemilihan. Contohnya di Kota Baharu dan Tumpat di Kelantan hampir dua jam daripada waktu yang ditetapkan iaitu 10.00 pagi.

Ramai pengundi terpaksa menunggu lama dan oleh kerana hari tersebut ialah Jumaat, ramai meninggalkan pusat mengundi untuk solat Jumaat dan terus pulang ke rumah. Kehilangan pengundi bagi kedua-dua cabang ini dianggarkan setiap satu lebih kurang 250 pengundi.

Kelewatan juga berlaku di beberapa Cabang lain seperti Langkawi, Lenggong dan Alor Setar. Walaupun aduan dibuat, JPP tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pengawas yang datang lewat malah menafikannya.

2. Pengawas Kelihatan tidak Bersikap Berkecuali

Sebilangan anggota JPP (termasuk Ketua Pengawas) kelihatan tidak berkecuali dalam menjalankan tugas. Ada yang memakai lencana salah seorang calon Timbalan Presiden (rakaman foto diperolehi).

Kami juga menerima Laporan seorang Ketua Pengawas Pusat pengundi dilaporkan secara terbuka memaksa pengundi mengundi salah seorang calon Timbalan Presiden semasa menjalankan tugasnya.

3. Penipuan semasa Proses Undi

Jumlah undian yang diistiharkan oleh JPP bagi pemilihan MPP Cabang Kubang Pasu tidak menyamai jumlah sebenar kedatangan pengundi seperti dalam buku daftar pengundi. Mengikut rekod buku daftar yang hadir 84, manakala keputusan yang diistiharkan oleh pengawas ialah 76 untuk DZ, 80 untuk AA dan 2 untuk Mustapha. Apabila disoal, beliau mangatakan yang hadir 158, tetapi apabila dibantah, keputusan diubah menjadi DZ dan AA mendapat 81 dan 2 untuk Mustapha.

Keputusan di Libaran, Sandakan amat mencurigakan kerana jumlah kehadiran amat tinggi daripada keadaan sebenar semasa mengundi. Lebih-lebih lagi jumlah kehadiran semasa MATC jauh lebih rendah.

Terdapat perbezaan ketara antara jumlah undi dengan jumlah kehadiran di peringkat MATC seperti di Hulu Selangor, Kelana Jaya, dan Klang.

Di Cabang Alor Gajah, ada surat pengakuan daripada ahli yang mendakwa beliau telah diberi kad ahli orang lain untuk mengundi.

Di Kelana Jaya, semasa MATC, pengundi dibenarkan mengundi walaupun terdapat perbezaan data-diri dalam buku daftar pengundi.

Di Cabang Merbok (ada rakaman gambar) menunjukkan Pengawas memangkah kertas undi serta mengarahkan pengundi memilih calon tertentu.

Di Cabang Bayan Baru dan Kubang Pasu, Pengawas mengarahkan pusat mengundi ditutup selama setengah jam selapas tamat tempoh mengundi. Dalam tempoh tersebut, tiada wakil calon dibenarkan berada dalam pusat mengundi. Wakil calon hanya dibenarkan masuk apabila proses pengiraan dimulakan.

Di Cabang Langkawi, AJK Cabang menyediakan dan mengisi borang bagi pendaftaran ahli baru dan ada yang terus dibenarkan masuk mengundi.

Perkara di atas adalah hanya sebahagian daripada banyak lagi aduan dan kejadian yang telah dilaporkan oleh beberapa pihak kepada JPP.

Laporan di atas saya petik dari Ureka. Sekarang siapa nak jawab persoalan-persoalan yang timbul seperti di atas apabila dapat kita lihat JPP sendiri tidak boleh diharap!
 
Perkara yang lebih teruk bakal berlaku sekiranya Mustafa Kamil benar-benar mengikut jejak langkah Zaid Ibrahim dengan menarik diri dari pertandingan Timbalan Presiden. Maka tinggallah Azmin bermain sendirian. Bayangkan jika parti ini melalui satu pemilihan di mana, Presidennya menang tanpa bertanding, Timbalan Presidennya memang tanpa bertanding, ketua sayap wanitanya menang tanpa bertanding dan ketua angkatan mudanya juga menang tanpa bertanding. Apakah maknanya demokrasi jika ini berlaku?
 
Mujurlah seorang lagi calon aliran bertentangan dengan Azmin masih bertekad untuk meneruskan pencak pertandingan bagi jawatan Ketua AMK. Tanpa menghiraukan pertembungan Timbalan Presiden, Chegubard mengambil peranan dalam menenangkan ketua-ketua Cabang dan AMK yang rata-ratanya kecewa dengan apa yang telah berlaku. Malah Chegubard akan lawan habis-habisan walaupun bakal berdepan dengan lebih banyak penipuan yang mahukan beliau tersungkur.
 
Kita semua tahu, orang-orang di sekeliling Anwar tidak mahu ikon anak muda ini bangkit dengan sokongan majoriti pemuda. Datuk Kamarul MP Teluk Kemang sendiri mempertaruhkan jarinya untuk dikerat sekiranya Chegubard menang Ketua AMK (yang mana YB Kamarul adalah tangan kanan Azmin). Menghalang Chegubard adalah salah satu misi mereka. Persetankan semua itu kerana semangat melawan yang ada dalam diri Chegubard tidak kenal erti mengalah kepada kebejatan!!
 
Kini tidak banyak pilihan mewah yang dipunyai oleh parti harapan rakyat. Hanya satu jalan selamat untuk memastikan parti ini kekal relevan di mata rakyat iaitu dengan bersedia mengulang semula pemilihan parti ini di kala waktu yang lebih sesuai setelah semua kelemahan yang dipertonjolkan dan setiap aduan yang dilaporkan dibuat bedah siasat. Tidak salah rasanya kita belajar dari kelemahan dan kesilapan kerana sesungguhnya kita masih punya harapan untuk membetulkan keadaan sekiranya satu tindakkan amat drastik dilakukan demi menyelamatkan parti.
 
Bubarkan JPP! Gantikan mereka kepada individu yang lebih dipercayai untuk bertindak dengan lebih cekap dan adil. Parti Keadilan Rakyat pastinya mempunyai ramai ahli dan pemimpin yang berkebolehan, kerana kita jauh lebih hebat dari UMNO dalam konteks ketelusan - atau ianya hanya retorik semata-mata. Ini adalah satu teguran keras dari seorang penulis blog yang jinak. Berubah atau kami yang ubah !! Baca di sini samada ingin diketahui kiranya menyertai UMNO itu satu pilihan atau satu kematian.
 
 
EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

Monday, November 8, 2010

I RESERVE MY COMMENT !

I reserve my comment! a rebelion in a rebel alliance!

I reserve my comment! let the justice for all !

I reserve my comment! and wondering if, and if !

I reserve my comment! dont ever give a damn!

I reserve my comment! I bet this is seriously serious!

I reserve my comment! bind with us, the truely pride keeper!

I reserve my comment! the legacy of the fight of honour!

I really am, reserve my comment! may the force be with you...


EDYES @ edyesdotcom - FIGHT FOR YOUR RIGHT !!
a poem

Sunday, November 7, 2010

JPP Harus Bertanggungjawab !! - KEADILAN Masih Punya Harapan !!



Soalnya, bukanlah kami di bawahan ini dan blogger-blogger yang mengharapkan perubahan ini melenting kerana pendedahan Haris Ibrahim. Ia lebih kepada kemuncak sebuah keresahan yang melanda setiap orang dan juga pejuang yang sayangkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat.

Kita semua menyokong Pakatan Rakyat dan telah memberikan komitmen untuk memastikan kemenangan itu berpihak kepada gerakan-gerakan yang menentang sebuah kerajaan zalim. Perlulah diingat bahawa sokongan yang diberikan kepada Pakatan Rakyat bukanlah sokongan yang membuta tuli, tetapi sokongan di atas hasil gerak kerja, sokongan ke atas prestasi kerajaan negeri dan para YB, dan ianya termasuklah sokongan ke atas ketelusan dalam berorganisasi. 

Pemilihan 2010 menjadi satu medan paling menakutkan apabila telah timbul pelbagai permasalahan tidak mungkin diterima dengan bersahaja oleh setiap ahli yang berpegang kepada prinsip perjuangan. Sifir mudahnya ialah, jika keadilan dan ketelusan tidak dapat dijamin dalam sebuah parti yang berlandaskan keadilan dan ketelusan, apakah ertinya sebuah reformasi?

Saifuddin Nasution telah bersuara bahawa kertas undi yang di'smuggle' keluar dari kem Jawatan Kuasa Pemilihan Parti (JPP) adalah sepatutnya telah dihapuskan. Persoalannya ialah, mengapa ianya tidak dihapuskan walaupun ianya hanya untuk undian minggu tersebut. Tanpa siasatan, Saifuddin secara langsung menggelar blogger rakyat Haris Ibrahim sebagai blogger liar!

Terus terang saya katakan tahniah di atas pendedahan Haris kerana dengan pendedahan ini, kelemahan JPP telah terserlah dan wajib dipertanggungjawabkan! Saifuddin harus berterima kasih terhadap Haris Ibrahim walaupun pendedahan itu tidak dirujuk terus kepada Saifuddin - ia adalah pengajaran berguna. Sekali sekala, penyelewengan perlu di ajar dengan penyelewengan!

Walaubagaimanapun, saya cuba bersikap adil sebagai seorang aktivis blogger yang bertindak atas maklumat. Jika benar kertas undi minggu ini berlainan warna, kertas undi bagi pengundian minggu lalu tidak harus dibiarkan 'terjual' begitu sahaja. Siasat JPP secara serius jika benar-benar pemilihan kali ini benar-benar ingin dilaksanakan dengan adil dan telus. Janganlah membiarkan pekung yang busuk itu memuntahkan lebih ramai pemerhati yang saya kira masih sayangkan perjuangan parti.

Saranan saya, JPP harus ditukar ganti dengan jawatankuasa protem / penaja yang bakal menguruskan pengundian seterusnya. Penjelasan lebih terperinci amat diperlukan ketika ini bagi meredakan segala kemarahan. Jawatankuasa siasatan juga perlu diduduki oleh wakil-wakil yang bebas. Jika benar Azmin Ali didapati menjadi dalang utama segala kecelaruan yang berlaku hari ini, hukumlah Azmin dengan setimpalnya. Jika tidak, kita juga harus bertindak adil dalam menghukum persepsi. Walaupun saya tidak gemar permainan Azmin, saya juga perlu adil menilai.

Di kala peluang untuk menubuhkan sebuah kerajaan pusat yang baru kini terhidang di depan mata, apakah kita sanggup menghancurkan peluang yang hadir sekali dalam tempoh 50 tahun ini? Maka sebelum kerajaan baru berorientasikan keadilan untuk rakyat itu menjadi realiti, pastikan organisasi yang ada pada hari ini khususnya Parti Keadilan Rakyat wajib memberikan contoh terbaik sebagai bakal kerajaan pemerintah. Apa yang kita ada pada hari ini bukan sahaja tidak cukup untuk menawan Putrajaya, bahkan mempertahankan negeri Selangor juga belum tentu gamaknya.

Kita sama sekali tidak mahu rentas masa tahun 1999-2004 menjadi ulangan di bawah sebuah rejim yang jauh lebih syaitan dari rejim Islam hadhari. Jauh sekali mahukan parti Keadilan berkubur sepertimana Ku Li dan Semangat 46nya. Bagi kebanyakkan mereka yang berjuang di atas prinsip, memilih untuk kembali menyokong UMNO adalah sesuatu yang cilaka dan suweyy sampaikan ada di antara kita yang berpujangga - jika mati hidup balik pun takkan sokong UMNO.

Parti Keadilan Rakyat perlu adjektif yang rapid untuk mengubah persepsi buruk kepada yang lebih baik ketika ini. Penjenamaan semula jika perlu. Pembaharuan dalam pendekatan parti perlu dilaksanakan segera dan saya melihat Chegubard sebagai satu ikon paling sesuai untuk melaksanakan perubahan yang praktikal. Semoga beliau berjaya diangkat menjadi ketua kepada sayap terpenting iaitu Angkatan Muda Keadilan bagi menarik lebih ramai anak muda untuk terus berjuang dalam Pakatan Rakyat. Menangkan Chegubard, pasi ada pembaharuan hebat !

Jika kita sering mengatakan Sabah dan Sarawak adalah deposit selamat bagi Barisan Nasional, kita jangan lupa deposit kita yang terdiri daripada anak muda perentas perubahan yang bencikan pemerintah zalim dan golongan atas pagar (3rd Force) yang tidak berpartisan tetapi mempunyai prinsip, masih belum selamat untuk disolidkan menyokong Pakatan Rakyat. Ia pasti menjadi lebih parah sekiranya perkara setelus Pemilihan 2010 gagal dilihat telus.

Ayuh bingkas dan bangkit! Buatlah apa yang perlu, selesaikan apa yang patut !!

EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
we love KEADILAN while we can !!

Saturday, November 6, 2010

Pendedahan MSK Yang Membunuh Erti Perubahan Dalam Keadilan !!



Saat ini, jika saya ditakdirkan mempunyai peluang bertemu Dato Seri Anwar Ibrahim dan diberi pula peluang untuk memberi pandangan atau nasihat, hanya sepotong ayat yang akan saya sampaikan kepada beliau - Tangguhkan Pemilihan 2010 Keadilan dan mulakan pengundian semula setelah sistem pengundian yang lebih telus dapat dilaksanakan. 

Saya sedih dengan pendedahan MSK... sedih bukan sebab MSK memperlihatkan kebenaran, tetapi sedih kerana penipuan dalam pemilihan parti Keadilan itu benar-benar telah berlaku. Sebelum ini telah banyak diceritakan pelbagai jenis kesangsian menjadi tanda tanya. Kini pendedahan terbaru menunjukkan; Bagaimana beratus-ratus malah beribu kertas undi untuk Pemilihan 2010 berada pada tangan yang tidak sepatutnya, dan mungkin inilah yang dikatakan 'tangan ghaib'. Pasti ianya tidak mengejutkan apabila Azmin Ali dituduh membelakangi ekspoitasi jahat ini demi memastikan 'Dream Team'nya menjadi kenyataan. Atau apakah ianya Dream Team Anwar Ibrahim, tidaklah dapat dipastikan.

Dalam satu babak yang lalu kira-kira 2 minggu sebelum detik pengundian bermula, saya percaya cubaan salah seorang calon Ketua AMK mendesak supaya ditangguhkan Pemilihan 2010 ini mempunyai asas yang cukup kuat berikutan apa yang telah berlaku hari ini. Tetapi malangnya, calon itu pula dituduh takut untuk berhadapan Pemilihan 2010 walaupun culaan awal menunjukkan calon itu mendapat sokongan padu dari AMK secara keseluruhannya.

Penangguhan yang dituntut itu akhirnya dilihat wajar pada hari ini apabila berlaku semacam jenis penyelewengan dan, pun begitu, kedudukan calon AMK yang mendesak penangguhan itu juga sedang berada di depan. Kini, penangguhan Pemilihan 2010 menjadi satu kewajaran yang ketara sebelum kita benar-benar terlambat untuk berundur - melepasi persimpangan penting yang punya peluang untuk membaik-pulih, selain jika diteruskan perjalanan maka akan terjerumus menjadi parti jahanam.

Pada ketika ini, kita masih mempunyai pilihan walaupun dari sehari ke sehari pilihan itu semakin kabur. Masih ada slogan better late than never sekiranya pucuk pimpinan berkira-kira untuk menolak egois dalam perkara sepenting 'ketelusan' dalam menentukan halatuju parti, ketelusan dalam menghidupkan perjuangan berpartisan. Jangan sekali-kali dilupa bahawa parti yang kita bicara ini adalah Parti Keadilan Rakyat!! Apakah rakyat akan mendapat manfaat dari keadilan yang diperjuangkan itu sekiranya keadilan itu sendiri sukar dicapai dalam domestik parti.  

Saya yakin tidak akan ada pihak yang berpendirian tulus akan menyanggah sekiranya pucuk pimpinan benar-benar mengambil tanggungjawab yang besar dengan mengambil keputusan menangguhkan pemilihan parti untuk seketika lamanya, dan dimulakan kembali dengan sistem pengundian yang jauh lebih diyakini oleh semua pihak.

Sebagai seorang insan yang berjuang atas nama Pakatan Rakyat, saya desak Pemilihan 2010 ditangguhkan dalam satu tempoh yang membolehkan pengundian semula dilakukan. Kesempatan ini, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) harus ditukar ganti dengan wakil-wakil calon yang terlibat dalam Pemilihan 2010 mengambil tempat !! Atau sekurang-kurangnya sebuah consultan lebih profesional (badan bebas) dilantik untuk melaksanakan Pemilihan 2010 dengan pemerhati-pemerhati dilantik dari wakil calon yang bertanding!

Terdapat ramai cendiakawan dalam Parti Keadilan Rakyat, fikirkanlah yang terbaik untuk parti dan yang terbaik untuk memenangi hati rakyat. Saya amat berharap DS Anwar Ibrahim mampu sekali lagi mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap parti setelah sedikit sebanyak tercalar dengan pemilihan parti yang serba-serbinya lemah lagi terdedah dengan pelbagai bentuk penyelewengan. Ambil iktibar kekejaman SPR terhadap keadilan pilihanraya yang dituntut, bukan ambil teknik penipuan yang dilakukan oleh SPR.

Di bawah ini, pendedahan oleh MSK mengenai kecacatan dan kecelaruan yang telah berlaku, malah akan menjadi barah paling besar dalam Parti Keadilan Rakyat apabila calon yang tidak sepatutnya menang, mengungguli jawatan penting sebuah parti yang berlandaskan keadilan sejagat. Ikuti pendedahan di bawah;


PENDEDAHAN MSK (Oleh MSK melalui maklumat Haris Ibrahim?)

Dalam posting aku semalam, “PKR, and its ballot papers, up for sale’, aku ada kata aku akan menemui seseorang malam tadi yang menghubungi aku dan mengatakan dia mempunyai kertas-kertas undi PKR yang digunakan dalam Pemilihan yang berlangsung sekarang. dan dia akan menyerahkan kat aku sebagai bukti dakwaannya.

Malah, pertemuan tersebut dijadualkan tengahari tadi, tetapi individu tersebut risau aku diekori dan dia mungkin dilabelkan sebagai ‘pihak’ yang terlibat. Dan atas permintaannya, aku kata pertemuan tersebut diadakan semalam.

Aku baru berjuma dengannya sejam yang lalu.

Dia kelihatan gugup.

Dia tunjuk kat aku satu sejumlah kertas undi. Ianya mengandungi kertas undi untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Majlis Pimpinan Pusat.

Kertas undi untuk Timbalan Presiden dan Naib Presiden mempunyai nombor siri manakala untuk MPP tak ada.

Aku tanya sama ada itu saja yang dia ada.

Dia kata, kalau aku boleh tunggu, dia boleh balik dan jumpa ditempat lain dan dia boleh bawa lebih seribu lagi kalau aku mau. Aku tanya kalau dia boleh bagi lebih kurang 100 keping kertas undi yang dia bawa.

Dia bagi satu dengan syarat aku setuju untuk memadam nombor siri sebab dia tak mau orang yang terlibat mendapat masalah. Aku tanya sapa, tapi dia tak mau jawab.

Aku tanya kat dia, macam mana kertas undi ini digunakan dalam Pemilihan ini.

Dia bagi tau, bahawa Pengawas dari Jawatankuasa Pemilihan Pusat akan memanipulasi senarai ahli yang hadir semasa pemilihan, dimana kehadiran ahli sangat rendah. Tambahkan jumlah pengundi dan masukkan kertas undi kedalam kotak undi. Lebih teruk, disesetengah tempat, langsung tak ada senarai kehadiran yang menunjukkan jumlah ahli yang keluar mengundi. Ini akan memudahkan kertas undi dimasukkan kedalam kotak undi.

Aku tanya sama ada dia mewakili mana-mana calon dan sebab itu dia mendedahkan perkara ini kepada aku, sebab calon yang dia sokong menerima kesan dari penipuan ini.

Dia mengaku, dia melakukan ini sebab calon pilihannya ditipu, tapi dia juga berharap sesuatu dapat dilakukan untuk menghentikan penipuan ini, dan kalau tidak ada apa yang dilakukan, dia merasakan tidak ada sebab untuk dia kekal didalam parti ini lagi.

Aku tanya dia sama ada dia tau siapa dibelakang ini semua.

Tanpa teragak-agak, dia menyebut nama Azmin, yang dibantu oleh Sekretariat Ibupejabat, dan beberapa individu tertentu dalam JPP yang mana Pengerusinya , Dr. Molly tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa.

Aku tak ada scanner sekarang ini, jadi aku ambil gambar kertas undi, dan nombor sirinya di tutup, yang boleh dilihat dibawah.

 
 
 
EDYES @ edyesdotcom - ANAK MUDA PENDESAK PERUBAHAN !!
 

Video Penerangan Menifestasi CheGubard Sebagai Ketua AMK Keadilan Pusat

Salam Hormat,

Video-video di bawah ini saya paparkan untuk sama-sama kita hayati sebuah REFORMASI yang bakal berlaku dalam Angkatan Muda Keadilan yang selama ini sangat malap berbanding gerakan sayap pemuda-pemuda parti lain waima Pemuda UMNO sekalipun. Sebuah menifestasi kumpulan anak muda yang digelar Penerus Perjuangan Reformasi! 

Pembaharuan ini digarap sendiri oleh anak-anak muda bagi menjamin betapa perjuangan AMK akan menjadi relevan dalam merentasi masa kritikal Pakatan Rakyat bagi menghadapi selekoh terakhir sebelum perlawanan sebenar PRU13 bermula. Semua anak muda harus mengambil bahagian dalam gerakan AMK yang bakal diperbaharui dengan kepimpinan mantap saudara Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'GuBard.

Samada anda adalah partisan atau non-partisan, asalkan anda mempunyai jiwa kental sebagai anak muda melawan kebejatan, anda dialu-alukan menyertai gerakan AMK yang bakal melalui era REVOLUSI dalam menjadikan ia sebuah gerakan yang kian dituntut oleh semua golongan anak muda. Apa yang penting, rejimen Chegubard harus diangkat dan diberi kemenangan dalam pemilihan AMK 2010 untuk merealisasikan sebuah pasukan pendesak perubahan !!
Ayuh anak muda, bersama Che'Gubard - Ikon Revolusi Anak Muda !! Sesungguhnya, PERUBAHAN itu tidak harus kita tunggu, tetapi wajar kita desak !! hayatilah klip2 video di bawah dan sebarkan sebaik mungkin;





Selebihnya, ada lagi 3 video yang tidak saya paparkan di sini, tetapi anda boleh melayarinya melalui youtube (lebih mudah).

http://www.youtube.com/watch?v=6ngrpfCa0P4&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=E7aotsvj3nI&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=BO085Uiv1CQ&feature=related

Terima kasih kerana meluangkan masa..

EDYES @ edyesdotcom - PERUBAHAN ITU HARUS DIDESAK !!

Thursday, November 4, 2010

Muhasabah Diri...

Saya sedih dan terasa hati dengan kekalahan ini. Tetapi demi Allah, ia tidak sedikitpun membuatkan saya berundur walau setapak untuk menghadapi kekuatan Barisan Nasional pada masa akan datang.

Hari ini, kita sekali lagi ditunjukkan betapa kuatnya Barisan Nasional di atas faktor menaburkan wang ringgit untuk insan-insan terdesak yang membenarkan jiwanya dibeli.

Harapan saya agar kekalahan kedua-dua pilihanraya ini akan membuatkan PAS, Keadilan dan DAP bekerja lebih keras untuk memenangi hati pengundi. Semua MP dan ADUN mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menunjuk-beza betapa Pakatan Rakyat itu lebih berpihak kepada rakyat !

Hari ini kita sekali lagi ditunjukkan betapa kerajaan Barisan Nasional itu sangat hebat dalam aspek mengambil kesempatan di atas rata-ratanya sebuah kesempitan.

Saya tekad, untuk memastikan bumi ini merdeka dari gerombolan yang mengagihkan segala kekayaan negara ini hanya sesama mereka - membiarkan anak bangsa merempat di bumi sendiri. Sesungguhnya gerombolan UMNO ini jauh lebih kejam dari Pol Pot dan segala macam diktator, apabila membunuh rakyat secara halus dan perlahan-lahan.

Perkuatkan istiqomah! perhebatkan dakwah! Panji Pakatan Rakyat akan terus berkibar bersama kekuatan sebenar yang pasti bangkit setelah tewas di galas dan tersepit di Batu Sapi!

Masih ada sinar yang cerah untuk Pakatan Rakyat ! Demi rakyat!! Demi rakyat!! Kita perjuangkan Rakyat ! Kita perkasakan Rakyat !!


EDYES @ edyesdotcom - LAWAN TETAP LAWAN !!!

LIVE COVERAGE ! Pilihanraya DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi !!

Shamsul Iskandar Membidas Dr MAZA ?

SIAPA LEBIH BIJAK MENANGANI ISU ?

Anda nilailah sendiri, pemimpin mana yang bijak dalam menangani sesebuah isu dan pemimpin mana yang mengamalkan pendekatan terbaik demi parti;


1(a). Isu Dr MAZA -KENYATAAN CHEGUBARD

Menjawab kenyataan Dr Mohd Asri Zainal Abidin

Utusan Malaysia Selasa 2 November 2010

Kenyataan Dr Mohd Asri Zainal Abidin dalam Utusan Malaysia Selasa 2 November 2010 yang menggesa supaya Anwar Ibrahim menggundurkan diri dari dunia politik nyata adalah gesaan yang tidak wajar dan tidak dapat di terima. Alasan yang menggatakan bahawa rentak politik Anwar Ibrahim tidak seimbangan dan penggundurannya akan memberi ruangan kepada politik baru tidak tepat.

Hakikat sebenarnya, politik Malaysia sedang mengalami anjakan yang besar dari sudut kesedaran dan kepekaan terhadap politik. Penglibatan rakyat Malaysia sebagai suara pengimbang kuasa politik adalah nafas-nafas baru yang telah wujud dan Anwar Ibrahim merupakan faktor utama penyumbang perubahan tersebut. Politik Malaysia bergolak kerana rakyat khususnya golongan muda menuntut perubahan dari situasi politik berbudaya usang yang ada pada BN. Kuasa politik mutlak yang mahu di pegang oleh BN hari ini tercabar dengan kebangkitan anak muda dalam mempersoalkan khususnya isu-isu berkenaan dengan demokrasi dan keadilan.

Anwar Ibrahim di lihat sebagai kuasa penyatu dalam politik yang dapat mencabar tindakan-tindakan kerakusan politik BN dan UMNO khususnya. Usaha menyatukan suara-suara pembangkang bagi tujuan mendesak kerajaan memerintah dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh Anwar Ibrahim. Kita perlu ingat bahawa usaha menyatukan perjuangan pembangkang wujud sejak dahulu lagi – sewaktu timbulnya Gagasan Rakyat yang merupakan kalobrasi DAP, PAS dan Semangat 46 serta Angkatan Perpaduan Ummah yang di bentuk oleh Tengku Razaleigh Hamzah dalam usaha mengimbangkan dominasi BN dan UMNO dalam memegang kuasa di negara ini. Usaha Tengku Razaleigh tidak berjaya sebagaimana berjayanya Anwar Ibrahim sebagai faktor penyatu dalam Pakatan Rakyat yang telah berjaya mencabar monopoli politik yang ada pada BN khususnya UMNO. Ini merungsingkan BN/UMNO sehingga berbagai usaha dibuat untuk mematikan imej dan karier politik beliau. Kita lihat hari ini tindakan – tindakan terdesak kerajaan memerintah terhadap Anwar Ibrahim wujud kerana beliau berjaya memberi kesedaran baru, politik baru dan harapan baru kepada rakyat Malaysia. Ini dilihat sebagai satu ancaman kepada politik BN/UMNO yang sedia ada.

Kemantapan Pakatan Rakyat sebagai satu alternatif kepada BN adalah politik nafas baru yang sebenarnya. Kehadiran Anwar Ibrahim dalam menyatukan parti-parti ini bagi menguatkan suara rakyat adalah satu kejayaan. Faktor kehadiran Anwar Ibrahim dalam politik tanah air amat kritikal dalam kita membawa harapan baru untuk rakyat Malaysia. Sekiranya Anwar Ibrahim gagal kita percaya BN dan UMNO tidak akan melakukan usaha terdesak mereka untuk melenyapkan partisipasi Anwar Ibrahim dalam politik.

Generasi baru ini melihat Anwar Ibrahim sebagai ikon penyatuan yang akan menjadi suara baru dalam perjuangan rakyat. Generasi baru hari ini juga nampak bahawa usaha terdesak BN dengan menggunakan segala jentera kerajaan, melakukan ketidakadilan serta kezaliman dan usaha jahat untuk membunuh politik Anwar Ibrahim hanya menunjukkan betapa korup dan pincangnya pentadbiran kerajaan dibawah BN. Ini memerlukan pembelaan dan pembelaan ini bukan setakat membela Anwar Ibrahim tetapi membela rakyat dari terus dipimpin oleh kerajaan zalim yang ada.

Dr Mohd Asri Zainal Abidin tidak realistik dalam menuntut Anwar Ibrahim berundur dari politik. Alasan beliau tidak tepat dan ini juga mampu dilihat sebagai satu usaha untuk menggagalkan usaha reformasi yang dilakukan demi membebaskan rakyat dari terus di tipu oleh kerajaan memerintah. Anwar Ibrahim telah berjaya mengerakkan barisan pembangkang yang mantap dan semakin diterima rakyat Malaysia. Dr Mohd Asri sepatutnya lebih kritikal dalam memberi pendapat dan tidak terikat dalam pandangan sealiran dengan BN yang telah banyak melakukan manipulasi kuasa semata-mata mahu terus menipu rakyat Malaysia. Regim yang ada ini seharusnya di tentang dan diruntuhkan. Faktor kejayaan Anwar Ibrahim dalam membentuk kuasa berasaskan kuasa rakyat inilah yang mengerunkan kerajaan yang ada.

Memang perjuangan ini bukan kerana sosok Anwar Ibrahim tetapi kenapa sosok Anwar ini berjaya dengan mudah diterima rakyat selepas dipecat dan dihina oleh Umno ?

Selain dari sejarah latar yang dilakar Anwar sebagai pejuang rakyat sebelum memasuki Umno, beliau juga tidak dapat dinafikan telah membuktikan punya keazaman peribadi dan keazaman politik yang kuat dalam melakukan perubahan.

1997 menyaksikan (Tun) Dr. Mahathir bercuti. Anwar diberi laluan memangku jawatan Perdana Menteri, Menteri dalam Negeri dan turut memangku Presiden Umno. Ramai mengatakan pada ketika itu Anwar sedang di uji oleh Dr. Mahathir sama ada layak untuk mewarisi kerusi beliau.

Ada kuasa sekejap apa yang Anwar lakukan ? Beliau tidak beretorik. Anwar kembali ke parlimen membentangkan pindaan akta rasuah 1997 ini mencemaskan ramai pihak apabila akta rasuah diperketatkan. Akhirnya ini juga punca pada kaca mata ramai mengatakan Anwar gagal ujian tersebut. Kemungkinan jika Anwar ketika punya kuasa sekejap itu mungkin lulus ujian jika tidak membuat pindaan akta rasuah sebaliknya terus menggalakkan rasuah maka sekarang sejarah perjuangan dalam negara mungkin tidak sebegini.

Jesteru itu Anwar mungkin ada kekurangan tetapi Anwar kini kuasa penyatu yang diterima rakyat. Anwar mampu membawa rakyat bersatu ke pintu perubahan. Maka barisan anak muda harus bersiap, apabila dipintu perubahan nanti jangan tunggu tetapi terobos masuk. Sebelum itu kita anak muda harus siap.

Perubahan perlu didesak bukan ditunggu.


1(b). Isu Dr MAZA - KENYATAAN SHAMSUL ISKANDAR

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd (gambar) berkata, kenyatan Asri semalam, yang mencadangkan agar Anwar bersara daripada politik, kononnya kerana “rentak tari politik yang makin tidak seimbang” adalah satu kenyataan pelik dan tidak berpijak pada realiti politik tanah air semasa.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar mempersoalkan apakah Asri lupa bahawa tercetusnya gelombang perubahan di kalangan rakyat sebenarnya adalah melalui Anwar yang juga penasihat PKR.

“Apakah beliau tidak sedar berlakunya impak kepada Umno-BN dalam pilihan raya umum ke-12 adalah kerana gelombang rakyat melalui muafakat Pakatan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar?” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Katanya, AMK tidak apologetik dan kekal menegaskan, kepimpinan Anwar adalah relevan sehingga kini dan masih diperlukan berikutan pengalaman serta kredibiliti kepimpinannya yang jelas berjaya memperkukuh PR di sebalik pelbagai usaha Umno-BN untuk merincih kefahaman dan keyakinan rakyat ke atas perikatan itu.

“Di saat beliau menyarankan politik idea dan politik nilai dibudayakan, cadangan beliau seolah-olah satu bentuk perlindungan kepada Umno-BN yang jelas kelihatan tandus idea untuk mengekang kemaraan rakyat melalui kepimpinan Datuk Seri Anwar dan kesepakatan kepimpinan PKR-PAS-DAP di bawah panji Pakatan.

“Sekiranya benar beliau menjunjung politik idea dan politik nilai, maka sewajarnya Asri menyarankan agar Umno-BN bersikap jantan dan gentleman untuk menjunjung semangat federalisme dan tidak mengawal instrumen kerajaan termasuklah sistem kehakiman yang saban hari semakin menjelekkan, khususnya di dalam mengendalikan kes konspirasi kedua ke atas Datuk Seri Anwar,” kata beliau lagi.

Shamsul Iskandar juga berkata, AMK berminat untuk menyarankan agar Asri menasihati idola beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad agar insaf dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tertindas selama hampir 23 tahun di bawah hegemoni Mahathirisme yang jelas membunuh semangat demokrasi dan berterusan memanipulasi instrumen kerajaan demi memperkukuh cengkaman Umno-BN kepada rakyat.

“Jika ini gagal dilakukan Asri, terbuktilah kenyataan Asri sebelum ini adalah satu kenyataan politik yang hendak dijadikan remedi oleh Umno-BN.

“AMK mendoakan agar Asri terhindar daripada diperguna oleh Umno-BN yang gagal menerima hakikat bahawa rakyat telah membuka mata dan bersedia menolak Umno-BN yang tebal dengan rasisme dan unsur penyelewengan,” kata beliau.


2. ISU BERKENAAN PENGUNDI HANTU DI CABANG REMBAU

Sayap pemuda PKR: Shamsul dakwa pencabarnya bawa pengundi hantu

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Saingan jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) tercalar dengan dakwaan penyandangnya, Shamsul Iskandar Mohd Akin bahawa pencabarnya, Badrul Hisham Shaharin membawa pengundi hantu ketika pemilihan hujung minggu lalu.

Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai “Chegubard” mendahului saingan selepas 68 cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) melangsungkan pengundian setakat kelmarin.

Shamsul Iskandar mendakwa wujud pengundi hantu di cabang Rembau dan Tampin.

Bagaimanapun dalam reaksi segera, Badrul Hisham tengah hari tadi menafikan dakwaan itu serta menganggap Shamsul Iskandar bertindak terburu-buru menggunakan media demi mempertahankan kerusi ketua AMK.

“Saya juga mendapat maklumat ini tetapi saya tidak terburu-buru bertemu media,” ujar beliau ketika dihubungi.

“Itu terpulang kepadanya (Shamsul) untuk menuduh saya atau parti (PKR), kalau saya nak bangkitkan kepada media tentang keterlibatan jenteranya (Shamsul) dalam Jawatankuasa Pemilihan Pusat serta memanipulasi banyak perkara, sebenarnya banyak,” kata beliau.

Menurut Shamsul Iskandar, seorang ketua cabang di Negeri Sembilan yang ditangkap oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat kelmrin dikenali umum sebagai ‘orang kuat’ Badrul Hisham.

Katanya, Badrul Hisham tidak boleh menafikan dakwaan tersebut kerana akar umbi PKR di Negeri Sembilan, khususnya di bahagian Parlimen Rembau mengenali galur politik antara Badrul Hisham dan ketua AMK cabang terbabit.

“Kalau ditanya pada orang Rembau, sudah pastinya diketahui dia (ketua AMK cabang terbabit) bukan ‘orang Rembau’,” ujarnya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Badrul Hisham, yang juga Ketua cabang Rembau turut dituduh membawa pengundi hantu ke Pusat Pembuangan Undi cabang Tampin pada hari yang sama.

“AMK di Tampin baru ditubuhkan, cabangnya pun baru diaktifkan, tapi apabila turun mengundi sampai 82 orang,” katanya.

“Yang lebih menarik 76 undi dapat pada Chegubard dan enam undi berbaki saya dapat, itulah persepsi (membawa pengundi hantu) yang ditimbulkan ke atas peribadi Chegubard,” ujar Shamsul Iskandar.

Melihat pada insiden tersebut, Shamsul Iskandar mendesak jawatankuasa itu menggantung keputusan pemilihan peringkat pusat di Rembau dan Tampin sehingga mereka yang terbabit disiasat dan dibuktikan tidak bersalah.

Badrul Hisham yang mengaku terkejut dengan tuduhan tersebut pula menasihatkan Shamsul Iskandar supaya menggunakan saluran rasmi disediakan parti.

“Saya buat laporan dan minta JPP siasat seadil-adilnya...(bukan) membuat tuduhan, “ ujar beliau yang juga Pengasas dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia.

“Saya rasa terkejut tetapi apa jua alasan kita (PKR) tidak boleh berkompromi dengan proses pengundian yang tidak telus,” katanya.

Ekoran itu, beliau meminta pihak berwajib supaya prihatin dengan cadangan Shamsul Iskandar supaya menggantung serta-merta keputusan di kedua-dua cabang terbabit demi memelihara semangat setiakawan di kalangan anggota AMK.

Badrul Hisham turut menyuarakan rasa yakin bahawa Shamsul Iskandar bersedia untuk berfikiran matang serta memelihara imej parti memandangkan Shamsul Iskandar berpengalaman memimpin AMK sebelum ini.
Tetapi, apa untungnya untuk sebuah parti (PKR) memulakan langkah awal mencipta sejarah demokrasi di Malaysia supaya parti-parti lain boleh ikut,” katanya.

Dijangkakan, Saifuddin Nasution Ismail selaku Setiausaha Agung PKR sekali lagi akan campur tangan dalam kedua-dua insiden terbabit dalam masa terdekat demi memastikan perjalanan pemilihan PKR 2010 yang dijadualkan berakhir 29 November ini berjalan lancar.



*****************************************


ANDA SEMUA DI MINTA MENILAI, PEMIMPIN MANA YANG LEBIH BIJAK MENDEPANI ISU-ISU BERBANGKIT !

ANDA MENENTUKAN SIAPAKAH LEBIH LAYAK UNTUK DI ANGKAT SEBAGAI PEMIMPIN AMK KETIKA KITA MENGHAMPIRI SELEKOH PALING PENTING DALAM SEJARAH MENUMBANGKAN BARISAN NASIONAL!

AMK HARUS MENJADI PENJANA UTAMA KEKUATAN ANAK MUDA UNTUK DIGEMBELING BERSAMA DALAM MENDESAK PERUBAHAN !!

Tuesday, November 2, 2010

PECAH BERITA!! - Khabaran Baik Dari Kerajaan Lim Guan Eng !!!


Setelah beberapa hari blog edyesdotcom sunyi tanpa artikel dan berita, malam yang serba santai ini blog edyesdotcom ada membawa khabar gembira dari kerajaan negeri Pulau Pinang ! Berita baik ini harus diambil iktibar kepada semua pembaca, agar kita boleh menilai apakah yang terbaik demi negara dan anak bangsa.

Di saat kerajaan pusat berkira-kira untuk menaikkan harga minyak RON97, kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh YAB Lim Guan Eng telah membentangkan sebuah belanjawan rakyat khususnya untuk rakyat negeri Pulau Pinang dan amnya kepada semua rakyat Malaysia agar berfikir 3-4 kali sebelum memangkah Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang.

Bajet yang dibentangkan memberi banyak manfaat kepada rakyat negeri Pulau Pinang khususnya kepada golongan yang memerlukan. Saya tidak membentangkan semua intipati Belanjawan 2011 Negeri Pulau Pinang di dalam entri ini, tetapi sekadar menunjukkan betapa prihatinnya sebuah kerajaan yang memerintah dengan penuh cermat.

Anda akan lihat UMNO dan PERKASA meroyan-royan apabila bantuan-bantuan kerajaan negeri terhadap golongan sederhana susah di Pulau Pinang diperhebat oleh Lim Guan Eng. Mungkin juga Reezal Merican akan sekali lagi memainkan peranan mengelirukan rakyat Pulau Pinang sepertimana isu bantuan warga emas di sini.

Berikut adalah antara intipati belanjawan yang bersifat sangat positif untuk sebuah kerajaan negeri, agak malang bagi penyokong UMNO kerana ini adalah hasilnya menyokong Pakatan Rakyat ;
  1. Elaun Pegawai dan Setiausaha JKKK naik RM100 !
  2. Kakitangan awam negeri akan dapat BONUS RM800 pada tahun ini !!
  3. RM 60 juta dikhaskan untuk program-program pembangunan Islam !
  4. Ibu tunggal dan OKU akan dapat RM100 setiap tahun !!
Saudara dan saudari semua bayangkanlah sekiranya Putrajaya dikuasai oleh Pakatan Rakyat - sebuah pakatan yang memperjuangkan nasib rakyat! Pastinya lebih ramai rakyat akan terbela dengan skop yang lebih luas.

Kerajaan pusat Barisan Nasional hanya mampu mensasarkan RM500 sebagai saguhati kepada kakitangan awam sedangkan banyak syarikat swasta dan konglomerat yang menyediakan beberapa bulan gaji kepada pekerjanya sebagai tanda mereka dihargai. Kerajaan pusat harus mampu menyediakan yang terbaik kepada semua kakitangannya di sebalik layanan mewah terhadap pelabur-pelabur luar dan juga pelancong yang kononnya membawa banyak keuntungan kepada negara.

Kerajaan pimpinan LGE mampu menghadirkan jumlah bonus yang lebih tinggi di kala sebuah kerajaan negeri milik pembangkang kebiasaannya tidak dilayan dengan adil dalam aspek kewangan dan semua sumber kewangan yang sepatutnya disalur terus kepada kerajaan negeri, hanya menyinggahi badan-badan kerajaan pusat yang beroperasi di setiap negeri pembangkang. Walaupun begitu, kerajaan Pulau Pinang mampu melakukan sesuatu apabila ia diperintah tanpa ketirisan terancang. Syabas !

Perkara ke-tiga dalam senarai di atas menunjukkan YAB Lim Guan Eng juga adalah seorang ketua menteri yang peka dan prihatin dalam memartabatkan agama Islam di bumi Pulau Pinang. RM60 juta yang diperuntukkan pastinya menutup suara-suara sumbang yang mengatakan LGE seorang yang anti-melayu mahupun anti-islam. Pada hemat kebanyakkan orang sekarang ini, nilai kepimpinan dan pendekatan LGE terhadap Islam itu jauh melebihi kebanyakkan pemimpin melayu yang lain.

Perkara ke-empat dalam senarai di atas menunjukkan keperihatinan sebuah kerajaan negeri terhadap rakyatnya yang memerlukan perhatian. Tanpa mengira batas bangsa mahupun batasan kefahaman dan kepartian, siapa sahaja ibu tunggal dan warga OKU layak menerima RM100 setiap tahun. Walaupun jumlah ini sedikit berbanding apa yang dihulur oleh kerajaan pusat melalui badan kebajikkan, percayalah untuk mendapatkan bantuan sebegini tidak memerlukan surat sokongan pemimpin UMNO sepertimana kebiasaannya yang berlaku demi memohon bantuan badan kebajikan.

Dengan ini, saya selaku seorang aktivis blogger dan penulis bebas ingin melancarkan sebuah tabung kutipan untuk diisi oleh mana-mana individu dari negeri Pulau Pinang yang ingin memulangkan mana-mana bentuk bantuan yang diterima oleh mereka dari kerajaan negeri sekiranya mereka was-was dan ragu-ragu.

Kakitangan awam kerajaan Pulau Pinang yang tidak yakin dengan sumber Bajet Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2011 boleh mendermakan wang BONUS yang diterima kepada pihak saya supaya dapat disalurkan kepada pihak yang lebih memerlukan. Begitu juga dengan ibu tunggal yang bersetuju dengan hukum-hakam fatwa UMNO, boleh juga memulangkan RM100 tersebut ke tabung yang telah saya lancarkan sempena Bajet PP 2011. Kepada warga emas yang ingin memulangkan bantuan ehsan kerajaan Pulau Pinang juga boleh berbuat demikian sekiranya tidak sempat masuk TV3 dalam program pembodohan rakyat anjuran UMNO.

Akhir sekali, kepada pengundi di Galas dan Batu Sapi, sila hayati perkembangan ini sebagai petunjuk untuk membuang undi. Kerajaan BN menawarkan kenaikkan harga minyak dan percayalah harga minyak akan lebih mudah melonjak dengan signal kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi. Tetapi sekiranya anda mahu mengajar BN agar lebih menghormati rakyat Malaysia, agar melihat rakyat kini sudah bangkit menentang kerajaan yang zalim, inilah masanya untuk mengheret Barisan Nasional ke kaki-kaki rakyat marhain. Sesungguhnya kerajaan itu adalah pelayan kepada rakyat!

Berikan kemenangan Pakatan Rakyat kepada Galas !! Berikan kemenangan Pakatan Rakyat di Batu Sapi !!


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
nowadays, so busy lah...