Thursday, November 26, 2009

Selamat Menyambut Aidiladha



Edyes mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua pengunjung.

Selamat Bercuti...

Wednesday, November 25, 2009

Entry Copy & Paste : Hasan Ali MB Selangor?


Ini entry aku copy and paste sebijik2 dari blog sahabat aku Perisik Rakyat @ TPX .

Terpulang kepada pengunjung nak baca kat blog edyes atau blog TP. Nilailah berita ini dengan bijaksana ;

Cerita Sebenar Mengapa Hasan Ali Lawan SELCAT !

Nota Editor: Ini adalah surat dari seorang yang menggelarkan dirinya “Veteran PAS dalam JKR”. Beliau tampak marah dengan saya kerana tidak melaporkan sebab sebenar Dato Hasan menentang SELCAT. Sebagai jawapan kepada kemarahan beliau, izinkan saya membaca sebuah pantun:
Buah Cempedak Di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan
Saya Budak Baru Belajar
Kalau Salah Tolong Tunjukkan

(Bermula) Aku dok perati semua tulisan kao pasal SELCAT dan Hasan Ali. Dan aku dok tunggu kao sebut sebab paling utama Hasan Ali pertahan DO2 dan ADO2 ni, tapi tak keluar2. Jadi, ni aku nak bagitau kao sebab apa yang Hasan Ali takut sangat DO2 ni kena belasah dalam SELCAT.

Aku ni dah masuk PAS sejak zaman Asri lagi dan aku dah lama sangat dalam PAS ni walaupun aku kerja JKR. Kalau kao rasa kao masuk PAS zaman Yusuf Rawa tu hebat, aku rasa aku lagi hebat. Sebab tu aku rasa pandangan aku lagi mendalam dari pandangan kau. Jadi, aku mintak kau terbitkan surat aku ni. Biar semua orang tau.

Hasan Ali kena tunjuk kat DO2 dan ADO2 ni yang dia bukan di sebelah SELCAT tapi disebelah mereka. Sebabnya para DO2 dan ADO2 ni penting untuk perancangan Hasan Ali dan geng2 yang sekutu dengannya. Geng apa tu? Geng Perpaduang la, geng apa lagi.
Aku dah dengar Geng Perpaduang ni bekerja sama dengan Task Force 2010 untuk tengok PAS dan UMNO duduk dalam satu Barisan pada tahun 2010 nanti.

Jadi, Hasan Ali diberi tugas untuk menjinakkan para YDP2 dan pimpinan2 Negeri Selangor supaya Negeri Selangor ni solid belakang dia.
Cara terbaik adalah menggunakan khidmat DO2 dan ADO2 ini untuk memberi projek dan kontrak pada YDP2 dan pimpinan2 di peringkat akar umbi. Aku duduk dalam JKR aku tau la.

Sebab tu kau tengok masa mesyuarat Perhubungan Negeri, majoriti YDP2 ni dah jadi macam lembu kenyang. Senyap je. Tunduk je. Apa si Hasan Ali tu nak kelentong semua diorang telan macam telan racun lalang. Semua tak berani lawan, semua tak berani nak bantah sebab semua dah kena beli. Semua dah kena jinak.

Kau tengok Pemuda Selangor pun sama. Baru pegang jawatan dalam Pemuda Negeri, dah tukar kereta dari WAJA ke Mercedes. Mana dia dapat duit?

Pemuda Selangor ni semua dah kena beli jugak. Semua dah jadi macam lembu kena tarik hidung. Apa Hasan Ali nak semua diorang turut. Masa Khalid kena serang isu kepala Lembu, Pemuda PAS Selangor ni macam tak wujud. Tak dengar satu benda pun dari Pemuda PAS Selangor. Al maklumlah, dah jadi lembu kenyang. Duduk je la tunggu kena sembelih.
Jadi, bila Teng serang DO2 ni, diorang dah nak mogok. Tak nak dah bagi projek kat YDP2 PAS kat Selangor . Tu yang Hasan Ali melenting tu. Kalau projek stop, habislah dia. Semua YDP2 ni nanti berani lah balik memberontak lawan dia. Dah lah dia ni sejak awal memang tak popular.

(Nota Editor: Patutlah Hasan Ali berbangga sangat. Dalam recording dengan blogger UMNO, dia kata lebih 60% PAS Selangor memberi sokongan padu pada dia).

Bagi aku, 70% YDP dan AJK2 PAS Kawasan kat Selangor ni mesti ditukar dan ditukar sekarang. Semua dah kena bagi makan nasi kangkang Hasan Ali. Semua dah jadi Lembu Kenyang tunggu nak kena sembelih. Kalau tak mula bersih diorang ni, alamat dalam 2-3 tahun PAS akan jadi sebijik macam UMNO.

Aku paham sangat la sebab apa si Mustafa Ali tu sokong sangat Hasan Ali. Pertahan macam tak mau. Sebab kalau Hasan Ali kena tendang dari PJ, segala perancangan Task Force 2010 ni akan gagal. Macamana nak jinak orang-orang yang diperlukan untuk menyokong usaha diorang nak bawak PAS tubuh kerajaan dengan UMNO?

Aku bagi warning pada semua YDP2 PAS dalam Selangor ni. Kalau korang tak mula bangkit dan bertindak cara yang korang diamanahkan bertindak, aku akan stat serah dokumen pada Tulang Besi dan dedah siapa YDP2 yang kuat makan projek.

Cuba tengok lah masa Mesyuarat Perhubungan Khas SELCAT tu. YDP mana yang kuat berkokok sokong Hasan Ali, tu adalah antara calon-calon jelas YDP yang telah menjadi Lembu Kenyang.

Hasan Ali ni memalukan PAS. Kata jadi Exco Kemudahan Awam, tapi buat kerja macam taik. Mesyuarat dengan dia macam duduk dalam karaoke. Buang masa. Dia ni kerja dia melalut je, bukan tahu ape bende pun. Harap nama je sedap, tapi buat kerja hampeh. Baik lagi Fatah Iskandar dulu. Bila mesyuarat dengan Fatah dulu, banyak masaalah selesai. Bila mesyuarat dengan Hasan Ali, bukan nak selesai masaalah tapi masaalah lagi bertambah-tambah.

Tu lah setakat ni. Tulang Besi, kau ni kira baru lagi dalam PAS banding aku. Kau terima lah nasihat aku ni. Kau kena belajar banyak lagi pasal seni politik ni. Dalam politik, lagi banyak yang tersirat dari yang tersurat.

Veteran PAS dalam JKR

(NOTA EDITOR: Terpulang pada Saudara/ri pembaca untuk membuat penilaian sendiri tapi dibawah ini dibawa satu komen dari pembaca Malaysiawaves:

"Anonymous said...

TB,
Perancangan Task Force 2010 diSelangor sebagai mana dilaporkan tu memang nampak sehingga begitu ramai YDP-YDP Kawasan diSelangor dan ketua-ketua dewan menjadi "bisu dan kaku" kerana diumpan dengan "projek-projek".Maklumlah,selama ini tak pernah merasa projek,tiba-tiba "bulan jatuh keriba".Maka itulah sebabnya tak begitu ramai yang "berani"menentang Hassan Ali.Mereka ini tidak sadar siapa dibelakang Hassan Ali.Hanya beberapa orang saja diSelangor yang punya keberanian dan mereka telah pun dihukum oleh Hassan Ali.Yang menentang Hassan Ali tidak mendapat sokongan dari pihak-pihak yang sudah "kenyang" ni.Setakad ini,munkin Task Force 2010 telah kecewa diKelantan tapi mereka berjaya diSelangor.

Bercakap tentang Task Force 2010 ini,terdapat 5-6 orang diperingkat PAS Pusat yang telah "termakan budi" agensi ini.Kita boleh melihat cara mereka "termakan budi" dengan gaya-hidup mereka - mewah,kereta besar,rumah macam istana,selalu keluar negeri dan senang menghulurkan dana jika untuk projek mereka.Ana tak mau menamakan mereka - carilah sendiri.
November 24, 2009 10:32 PM "



EDYES WROTE: 

MAKIN BENCI PULAK AKU DENGAN HASAN ALI DAN MUSTAPHA ALI ! DAN PRESIDEN JUGA... SEMUA NAK JAWATAN MENTERI DALAM BN !!!

Monday, November 23, 2009

185 Kes Positif Taun di Terengganu !



Setakat ini dua negeri iaitu Terengganu dan Sabah mencatatkan kes penyakit taun dengan masing-masing melaporkan 185 dan 18 kes positif taun semalam, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

"Keadaan kolera (penyakit taun) terkawal di Sabah, (jadi) orang ramai tidak harus panik, tapi seperti biasa nasihat kita orang ramai (hendaklah) menjaga kesihatan dan kebersihan diri, dan berhati-hati semasa menangani pemakanan seharian," katanya kepada pemberita selepas melancarkan persidangan antarabangsa kedua mengenai Perubatan Desa 2009 di Kota Kinabalu hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran dipetik sebagai berkata 18 orang disahkan menghidap taun di Semporna dan menerima rawatan di hospital.

Pasar ikan Semporna yang dipercayai punca jangkitan kuman taun ditutup sebagai langkah pencegahan.

Rosnah mengesahkan laporan itu dan menyatakan 17 kes adalah di Semporna dan satu kes dari Pulau Gaya, dekat Kota Kinabalu.

Beliau menjelaskan bahawa jangkitan penyakit taun di Terengganu adalah berbeza dengan Sabah kerana jenis kuman taun di negeri pantai timur Semenanjung itu berlainan dan tidak bertindak balas dengan antibiotik yang biasa digunakan untuk merawat penyakit taun.

"Di Sabah, jenis kuman adalah yang biasa. Setakat ini pesakit-pesakit bertindak balas dengan antibiotik diberikan," katanya.Mkini


edyes wrote:

Kuman penyakit taun di Terengganu agak luar biasa. Sila rujuk entri ini.

PRK DUN Kota Seputih Dalam Masa 60 Hari !




KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan penangguhan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusan mahkamah 16 November lalu yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh kosong.

Oleh itu, pilihan raya kecil kawasan itu perlu diadakan dalam masa 60 hari selepas writ pilihan raya dikeluarkan selewat-lewatnya, Rabu ini.


edyes wrote:

Ayuh Pakatan Rakyat, mari kita rampas kerusi BN pada pilihanraya kali ini.

Lagu apakah yang akan dimainkan oleh Najib kali ini? Sewaktu di PRK Bagan Pinang, Najib mengishtiharkan rumah pangsa PPR dijual kepada penghuninya. Namun sebenarnya ia adalah satu taktik penipu 1Malaysia dengan tujuan utamanya ialah untuk menaikkan bayaran sewa bulanan ditambah pula dengan kos penyelenggaraan RM60!!

Mereka2 yang tak mampu buat pinjaman, harus terus menyewa dengan tambahan kos penyelenggaraan serta kemungkinan harga sewaan akan dinaikkan kerana RM124 tidak relevan dalam bandaraya Kuala Lumpur.

Bayangkan, mereka ada yang dah duduki rumah PPR tersebut selama berpuluh tahun, dan kini harus membayar semula bulanan hingga demi menghabiskan pinjaman RM35ribu? sewaan sebelum ini selama berpuluh tahun tidak relevan juga untuk diambil kira?

Aduhai, 1Malaysia diperbodohkan. Mau percaya lagi ka???

1Malaysia Rakyat Didahulukan - Slogan ini sedang memakan tuannya sendiri...

Akhirnya Menantu Nik Aziz Letak Jawatan !


Menantu tokoh PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.

Beliau, exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini.

Surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan, katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.

Sementara itu, menurut media rasmi PAS, Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar ingin "menasihati menantunya agar melepaskan jawatan tersebut.

Persetujuan itu dilaporkan diumumkan Nik Abdul Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin kanan PAS di kediaman rasmi menteri besar 10 pagi tadi.

Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din, Naib Presidennya Salahuddin Ayub dan Bendahari Agung Dr Hatta Ramli, laor Harakahdaily.net.

"Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Abdul Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan," laporan akhbar web itu dipetik. Mkini


edyes wrote:


Baguslah. Ambiklah iktibar mana yang patut. Ini satu tindakkan yang sangat bertepatan.


Kalau lah TGHA berpendirian seperti anak muda Ariffahmi...


Ayuh Meriahkan Portal Berita Tranungkite Online !


Saya menyeru kepada rakan-rakan pengunjung agar kembali memeriahkan portal berita yang selama ini pernah menjadi sumber berita utama pra-PRU12 suatu masa dahulu.

Kini Tranungkite Online (TKO) telah memasuki versi yang ke-10. Saya juga menyeru kepada semua bloggers agar berlegar di TKO dan memaparkan segala jenis berita hasil nukilan masing-masing di TKO. Di sini kita boleh berdebat secara terbuka, tiada tuan blog. Cuma yang ada hanyalah tuan rumah TKO.

Setiap artikel yang dipacak di TKO boleh dikomentar oleh semua orang tanpa prejudis. Walaupun berita yang masuk sedikit lewat, namun ianya dikumpul menjadi arkib yang mudah dijadikan rujukan.

Ayuh ke TKO

Husam Permata Keseimbangan PAS ! Manakan kita Mensiakan Husam ?

 Husam Musa adalah permata PAS, permata liberal PAS dan simbol kekuatan profesional PAS. Janganlah kita mensia-siakan seorang pemimpin yang bakal membawa kejayaan terhadap agama, bangsa, parti dan tanahair. Husam Musa adalah antara orang yang bertanggungjawab membuka lembaran baru persepsi umum terhadap PAS. Husam juga pembawa kestabilan dan keseimbangan dalam PAS. Jangan persiakan Husam Musa.

Hidup Datuk Husam !



 Husam: Saya tak akan tinggalkan PAS

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa turut menafikan yang beliau telah meletakkan jawatan dalam kerajaan dan PAS, sambil menyifatkan agenda menamatkan kerjaya politiknya oleh pihak luar “belum berakhir”.

Justeru, Husam menegaskan, beliau sama sekali tidak akan meninggalkan PAS di pertengahan jalan dan “sebagai murid dan ‘budak’ Tok Guru tidak akan mengangkat bendera putih” semata-mata kerana agenda Utusan.

Penafian serupa juga dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS itu juga menolak dakwaan perkembangan terbaru itu sebagai berlaku episod terbaru perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Kelmarin, Husam memberitahu The Malaysian Insider bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dari kerajaan negeri.

“Mingguan Malaysia sekali lagi ‘memandang tinggi’ pada saya dengan berita provokatif muka depan.
“Beratus SMS, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan telefon sejak awal pagi adalah bukti ‘berita’ yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit,” kata Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan dalam blognya hari ini.

Husam juga menambah, beliau lega dengan penjelasan Nik Aziz yang menafikan laporan media hari ini.
“Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya — Tok Guru Nik Aziz,” ujar Husam.

Dalam tulisannya, Husam juga menjelaskan bahawa beliau kini mengalami sakit belakang dan doktor menasihatkannya agar kurangkan aktiviti. “Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti.

“Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor. “Saya maklumkan pada bos saya (Nik Aziz). Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain,” katanya.

Husam mengakui telah mengadakan pertemuan Nik Aziz pada Khamis lalu, yang meminta agar beliau tidak menangguhkan rawatan.“Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis. Apa kena-mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?“Letak semua pulak tu?” soal beliau.

Bagi memperkukuhkan hujahnya, Husam yang tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Jun lalu menjelaskan: “Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama?”

“Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?” tambah Husam dalam tulisannya.themalaysianinsider

Blog Pro-PR Jauh Mendahului Blog Pro-BN




 
Highlight Merah adalah pro-BN


Analisis oleh Mat Saman Kati menunjukkan blog-blog pendokong PR lebih popular berbanding blog pencacai BN. Walaubagaimanapun, skop data yang diperolehi hanya merangkumi pembaca berbahasa Melayu. Apabila data menunjukkan blog PR lebih didekati oleh pengunjung alam maya, ia pasti memberi kelebihan dari segi sokongan, dan tak kurang juga kritikan yang membina.

Ini satu perkembangan yang sihat terhadap trend pengunjung di kala media arus perdana tidak lagi memainkan peranan bagi menyampaikan berita-berita yang tulus dan telus. Memilih untuk berlegar di blog pro-PR mencerminkan betapa pengunjung 'concern' terhadap perjuangan membebaskan negara ini dari cengkaman cukong-cukong penjahanam negara.

Berikut adalah data penting yang dipetik dari blog PerakExpress ;

Dari senarai 50 blog teratas, terdapat 15 blogger pro-Umno berbanding dengan 35 blog pro-PR. Dari senarai keseluruhan 100 blog teratas, blogger pro-Umno mewakili 28 % berbanding blogger pro-PR sebanyak 72%.

Tahniah kepada team PerakExpress

Friday, November 20, 2009

Blog edyesdotcom Sokong PAS Reform



Sepertimana edyes mendesak diadakan EGM dalam PAS, begitu jugalah edyes menyokong PAS Reform !


Di kesempatan ini juga, edyes ingin memaklumkan ceramah isu semasa oleh DSAI di Setapak. Berikut adalah detail ceramah perdana oleh DSAI dan rakan-rakan ;

PKR Cabang Setiawangsa akan menganjurkan satu ceramah umum berkaitan isu-isu semasa seperti butir-butir berikut:
        
          TARIKH: 24 November 2009 (Hari Selasa)
          MASA:     9.00 malam
          TEMPAT: Kawasan letak kereta, Megan Setapak, KL
                           (berhampiran Taman Seri Rampai)
          PENCERAMAH: Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Saifudin,
                                       Dato' Seri Chua Jui Meng dan YB Zuraidah

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Saudara Tharnee (SU Cabang Setiawangsa) 019-3948902

sekian 

Penyakit Taun Kolera Melanda Monsoon Cup !!


Kes kolera, juga dikenali sebagai penyakit taun yang mula dilapor di Kuala Terengganu 11 Nov lepas, sehingga kini merekod 174 kes dengan satu kematian.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sejumlah 116 kes dikesan dari 451 kes cirit-birit yang mendapatkan rawatan di hospital, manakala 58 kes lagi dikesan dari 1,074 kontak terdekat kes kolera yang dilapor.

Satu kes kolera kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU), katanya kepada pemberita selepas mesyuarat ke-8 Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan di Putrajaya hari ini.

Liow berkata penyakit itu berjangkit melalui makanan atau minuman yang tercemar dengan kuman kolera kerana pengendalian makanan atau minuman yang tidak bersih.


edyes wrote:

Inilah dia musibah, biar semua yang hadir pada monsoon cup kali nie tercirit birit.

Jika di Kota Bharu, 5 peratus hasil petrolium bumi Kelantan diiktiraf sebagai wang ehsan. Wang ini akan diagihkan kepada semua rakyat Kelantan dan akhirnya sorang akan terima 2-3ratus setiap satu kepala.

Lebih sedikit jika dibandingkan dengan apa yang rakyat Terengganu dapat ketika PAS memerintah Terengganu suatu masa dulu. Ini kerana populasi rakyat kelantan jauh lebih tinggi dari Terengganu manakala hasil sedutan minyak (baca : rompakkan) di Terengganu pula jauh lebih banyak dari hasil negeri Kelantan.

Maka rakyat Kelantan dapatlah sorang 2 ratus, boleh la dihabiskan dalam masa seminggu. Namun minyak yang disedut sepanjang tahun memberi kekayaan kepada kerajaan Pusat dan juga pelobi minyak tanahair.

Berbalik kepada negeri Terengganu, takrifnya apabila sesebuah negeri yang mempunyai hasil minyak itu diperintah oleh kerajaan BN, maka hasil 5 peratus ditakrifkan sebagai royalti. Wang royalti ini disalurkan terus kepada kerajaan negeri dan tidak kurang juga yang disalurkan terus kepada penganjuran monsoon cup.

Saya nak bagitahu, betulkah kita yang menganjurkan monsoon cup? atau kita hanya meminjamkan pantai dan laut kita kepada orang asing bagi menjayakan monsoon cup ini?

Bila lihat kepada penganjuran F1 dan MotoGP, saya tahu yang anda juga semua tahu, bahawa kita tidak menganjurkan apa-apa. Kita menyerahkan segala-galanya kepada penganjur sebenar F1. Kita hanya menyediakan litar dan penonton sahaja. Itukah yang kita nak banggakan? oh ya, kita juga menyediakan marshall baju oren yang duduk kat tepi litar tu.

Setelah semua pasukan sampai ke kawasan litar, setelah set-set penganjuran yang diimport keseluruhanya sampai ke litar F1 Sepang, maka semua peranan terpenting dalam penganjuran diserahkan kepada mereka. Saya merasakan ini jugalah yang berlaku dalam penganjuran Monsoon Cup.

Saya percaya monsoon cup kali ini bakal memperolehi sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran penyakit Taun Kolera di Kuala Terengganu. Biar semua mat saleh tu tercirit di pantai dan di pelantar perlumbaan.

Di sebalik penyakit taun di Kuala Terengganu ini, minta-mintalah rakyat semua terdetik untuk sejenak berfikir, perlukah monsoon cup ini dilangsungkan? Apakah berbaloi pulangan tukaran wang asing oleh pelancung sedangkan negeri Terengganu tetap nombor dua dari belakang? Berapa tahun monsoon cup dijalankan, apakah hasilnya pada rakyat negeri terengganu berbanding hasilkan kepada orang-orang elite yang menganjur?

Fikir-fikirkanlah.