Showing posts with label Bubar Parlimen November. Show all posts
Showing posts with label Bubar Parlimen November. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

Mesyuarat BN: P'raya atau rombakan kabinet? - Malaysiakini

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat spekulasi bahawa rombakan kabinet akan diadakan, memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bermesyuarat dengan ketua-ketua parti komponen malam ini.

NONELim, yang juga setiausaha agung DAP, menyifatkan mesyuarat yang dijadualkan malam ini sebagai "menarik" dan mengandaikan salah satu daripada dua perkara yang dijangkakannya itu.

"Ia mungkin pembubaran Dewan Rakyat, tetapi kemungkinannya kecil. Tetapi ada satu lagi sebab, yang kebanyakan orang tidak jangkakan - rombakan kabinet," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini.

Jika ia mengenai rombakan kabinet, Lim berkata persoalan yang akan timbul adalah sama ada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan kekal memandangkan kemelut projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dimiliki keluarganya.

azlan"Adakah beliau (Shahrizat) akan digugurkan? Daripada menternak lembu di ladang, beliau mahu ternak lembu di sebuah kondominium," sindir Lim.

Sebelum ini, pemimpin BN menuntut perletakan jawatan Shahrizat. Ia termasuk Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab patut meletakkan jawatan.


EDYES wrote:
Untuk apa satu rombakkan kabinet bagi tempoh 6 bulan?? Apa yang sempat menteri baru lakukan dalam tempoh tidak sampai 6 bulan dari lantikan?

Kalau bukan rombakkan kabinet, apakah mesyuarat malam ini adalah berkisar rombakkan parlimen?

Adakah Najib berani untuk bubar parlimen ? Ada perbezaan ketara di antara protes BERSIH dan protes menukar kerajaan... Selagi rakyat memilih untuk turun ke jalanraya di atas tajuk BERSIH, selagi itu pilihanraya masih menjadi pilihan. Ingatlah!

Kenyataan SAMM hari ini -SAMM Sambut Kehadiran BERSIH 3.0

 

Friday, November 11, 2011

Parlimen Bubar Selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi BN Petang Ini ?




Salam Jumaat,

Hari jumaat adalah hari yang paling sesuai untuk memulakan langkah. Jumaat juga sesuai untuk berbuat sesuatu seperti memotong kuku, potong rambut, bersedekah malah malam Jumaat juga umat islam menunaikan pelbagai ibadah termasuk berpeluang membunuh kafir dalam erti kata sunnah. Bagaikan hari raya mingguan, begitu banyaknya kelebihan dan syafaat hari Jumaat.

Hari Jumaat kali ini agak lebih istimewa kerana hari ini berganding dengan tarikh 11.11.11. Tarikh yang sebelum ini disebut sendiri oleh Najib sebagai hari pembubaran parlimen pada awal tahun dulu. Beberapa kali tarikh 11.11.11 disebut-sebut sebagai tarikh untuk parlimen dibubarkan.

Hari ini 11.11.11, yang jatuh pada hari mulia Jumaat. Adalah satu peluang buat kem Najib membuat satu 'sudden strike'. Pihak manakah yang paling bersedia antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, seandainya parlimen benar-benar dibubar hari ini ? Sudah tentu BN lebih sedia kerana BN sudah merancang samada untuk pilihanraya awal ataupun pilihanraya lewat. 

Adalah merupakan satu kelebihan besar buat kerajaan pemerintah yang mengamalkan sikap tidak adil, apabila hanya mereka sahaja yang benar-benar tahu bilakah tarikh bubar parlimen. Element of surprise juga merupakan satu perancangan licik, yang membolehkan Barisan Nasional bersedia dengan senapang yang menghala ke Pakatan Rakyat, yang ketika itu sedang tercari-cari pedangnya.

Edyes juga percaya jika Barisan Nasional belum cukup persiapan, kita di Pakatan Rakyat pula lebih jauh tertinggal dari bersedia. Faktor penyediaan PACA yang cukup liat di kebanyakkan tempat membuktikan kita sebenarnya belum bersedia dan hanya mengharapkan angin kemarahan rakyat kekal seperti PRU Mac 2008. Maka jika Pakatan Rakyat hanya bergantung kepada sentimen kebencian rakyat kepada kerajaan, bermakna kita tidaklah sekuat mana. Tidak mustahil juga Barisan Nasional terlebih dahulu membuat kira apabila beberapa ratus ribu PATI diputih(biru)kan...

Semua penganalisa politik juga menyedari bahawa semakin lama Barisan Nasional bertahan dengan mandat sedia ada, semakin Barisan Nasional ditolak oleh rakyat. Mengapa banyak penganalisis politik menjangka pembubaran parlimen bulan November, adalah kerana bulan inilah bulan yang paling banyak kebarangkalian Barisan Nasional bertahan, berbanding bulan Mac 2012 atau mana-mana bulan lain.

Pagi Jumaat yang mulia ini, sedar atau tidak, Najib mempengerusikan sebuah mesyuarat kabinet. Petang hari jumaat ini juga, Najib turut mempengerusikan sebuah lagi mesyuarat iaitu mesyuarat tertinggi Barisan Nasional. Apakah yang bakal diumumkan setelah dua mesyuarat ini selesai? Pembubaran parlimen?

Harus diingat, Najib masih mempunyai peluang untuk membuat kejutan. Satu peluang dengan hari dan tarikh yang istimewa. Walaupun Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan beberapa organisasi massa telah memberi amaran kepada Najib, namun kerakusan untuk terus menipu demi untuk terus memerintah menguatkan lagi kadar kepedulikan Najib kepada rakyat. Sudah 10 pilihanraya mereka tipu, apa salahnya jika tambah lagi satu?

Sekarang tinggal kita sahaja untuk buat pilihan, samada pilihanraya atau pilihanjalanraya. Percayalah, selagi kita sokong perhimpunan BERSIH, selagi itu kita masih memilih pilihanraya. Tetapi bila kita tidak dipeduli oleh kerajaan untuk membuat pilihan, maka kita juga boleh pedulikkan kerajaan dan pilihanraya ciptaan mereka...

Lawan tetap Lawan !! Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata...


EDYES @ edyesdotcom
Komrad SAMM

Thursday, November 10, 2011

Najib Bubar Parlimen Esok, Bakal Berdepan Protes Tukar Kerajaan !



Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
10 November 2011


Spekulasi pembubaran parlimen pada tanggal 11.11.11 menjadi khabar angin yang bertiup kencang apabila terdapat laporan yang mengatakan DS Najib telah berjumpa dengan semua ahli parlimen yang telah bersara hari ini. Ia disokong lagi dengan masalah dalaman Umno yang memperlihatkan kemaraan kem Muhyiddin Yassin untuk dinobat menggantikan Najib bagi menghadapi PRU ke-13. Hanya dengan mandat yang baru dan lebih besar buat Najib mampu selamatkan kedudukkannya sebagai Perdana Menteri.

Sebelum ini, SAMM telah mendedahkan daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai bahawa Perdana Menteri akan membubarkan parlimen dalam bulan November bagi membolehkan pilihanraya umum berlaku dalam masa terdekat. Hari ini ura-ura pembubaran parlimen semakin menjadi kenyataan dan tarikh 11.11.11 adalah pilihan Najib untuk membubarkan parlimen. Najib juga seolah-olah tidak mempunyai masa untuk melengahkan tarikh pilihanraya di atas faktor tekanan dari Umno sendiri.

Beberapa laporan media juga turut membuat spekulasi bahawa Parlimen akan dibubarkan esok, dengan angka "11" disebut-sebut sebagai "nombor bertuah" pilihan Najib, dan 10 Disember mungkin menjadi hari pengundian.

Jika Najib tetap berdegil membubarkan parlimen esok(11.11.11) demi menyelamatkan regim pemerintahannya, bermakna Najib di atas apa alasan sekalipun telah menafikan sistem pilihanraya yang bersih dan adil. Apatah lagi tindakkan bacul ini telah membelakangi usul kerajaan untuk reformasi sistem pilihanraya dan penubuhan Jawatankuasa Khas(PAC) adalah semata-mata sebuah drama untuk meredakan kemarahan rakyat pasca himpunan BERSIH 9 Julai 2011.

Maka kami Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama dengan teman-teman organisasi massa yang lain pada hari ini mewakili rakyat keseluruhanya akan turun ke jalanan bertindak melampaui protes sepertimana yang kami janjikan pada 5 November lalu. SAMM akan pastikan rakyat turun ke jalanan bukan lagi untuk protes pilihanraya tetapi protes untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil.

Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihanraya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan.

Justeru, kami SAMM sebagai penggerak anak muda sekali lagi memberi amaran keras buat regim Najib supaya jangan cuba untuk membubarkan parlimen pada 11 November atau mana-mana tarikh sebelum penambahbaikkan sistem pilihanraya melalui jawatankuasa khas diselesaikan terlebih dahulu. 

Jika Najib berani membubarkan parlimen, itu bermakna Najib berani berhadapan jutaan rakyat yang bakal membanjiri ibu negara dengan tujuan, menukar kerajaan !



EDYES SAMM
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com


Saturday, November 5, 2011

Jika Parlimen Bubar 11 November, Najib Bakal Hadapi Gerakan Besar Melampaui Protes!!





Kenyataan Media
5 November 2011

Di serata dunia kebelakangan ini, kita melihat kebangkitan kuasa rakyat menundukkan pemerintahan diktator di beberapa buah negara. Negara ini juga secara langsung atau tidak langsung sebenarnya telah menyahut kebangkitan kuasa rakyat yang amat ditakuti oleh kerajaan yang menyonsang demokrasi untuk kekal memerintah.

Di sebalik kekalnya sebuah kerajaan melalui penipuan demi penipuan, termasuklah penipuan dalam pilihanraya yang melihatkan mereka dengan maksud tertentu telah menolak sistem pilihanraya yang reliable, bersih dan adil, tetapi memilih untuk meneruskan sistem pilihanraya yang meragukan dan mudah dimanipulasi agensi yang diperkuda oleh kerajaan itu sendiri. 

Kerajaan ini juga hebat berlakon kononnya mereka mempunyai sokongan yang kuat, tetapi asasnya ialah rakyat rata-ratanya telah menolak regim pemerintah di atas faktor penindasan dan penyelewengan kepercayaan rakyat. Lalu kerajaan ini tumbang tersungkur walaupun memperolehi kemenangan besar dalam pilihanraya ciptaan mereka. 

Itulah yang berlaku di kebanyakkan negara yang diperintah oleh regim yang menafikan demokrasi serta memperkuda semua agensi yang seharusnya bertindak neutral, malah sanggup menjual kedaulatan negara demi mengekal kuasa.

Di Malaysia, pada 9hb Julai 2011, ribuan rakyat telah memilih jalan raya untuk mendesak penambahbaikan proses pilihan raya negara, yang terbukti dicemari pelbagai kecacatan yang sering dinafi pihak pemerintah.

Kepincangan proses pilihanraya telah diakui oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dengan mengumumkan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, bercanggah dengan pengakuan betapa perlunya proses penambahbaikan proses pilihanraya. Dalam pada itu, kenyataan umum terus dikeluarkan oleh pimpinan Barisan Nasional dan Perdana Menteri sendiri, yang mencadangkan bahawa Pilihan Raya Umum yang ke-13 akan diadakan tidak lama lagi dan tidak perlu menunggu proses reformasi pilihanraya yang dijanjikan selesai terlebih dahulu.

Malah lebih menggusarkan dan lebih bercanggah dengan jaminan untuk menambahbaik proses pilihanraya, timbul pula perbagai perkembangan negative seperti pemberian taraf warganegara kepada rakyat asing secara ‘istimewa’ untuk tujuan mengundi. Kegilaan ini seolah-olah menjual negara demi mengekal kuasa.

Juga turut dikhuatiri berlaku, tuntutan penambahbaikkan sistem pilihanraya dalam konteks mereformasikan sistem undi pos dalam protes sebelum ini bukan sahaja tidak diendah malah diburukkan lagi dengan cadangan pekerja awam selain polis dan tentera seperti anggota RELA dan jururawat dipaksa menggunakan undi pos. Sistem pilihanraya dilihat makin dilacurkan untuk membenarkan regim terus berkuasa.

Maklumat terkini, daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai telah mendedahkan bahawa Perdana Menteri akan membubarkan parlimen dalam bulan November bagi membolehkan pilihanraya umum berlaku dalam masa terdekat. Mengambil kesempatan daripada musim tengkujuh dan musim haji, menguatkan lagi betapa November dipilih sebagai waktu paling sesuai lantas memberi kelebihan tambahan buat regim.

Kami Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama dengan teman-teman organisasi massa yang lain pada hari ini mewakili rakyat keseluruhanya memberi amaran kepada Perdana Menteri Malaysia bahawa Pilihanraya Umum hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihanraya dilakukan. 

Proses penambahbaikan ini juga seharusnya satu proses ‘reformasi’ serius yang memberi jawapan kepada kelemahan-kelemahan yang sering dipergunakan oleh pihak tertentu dan bukan hanya perubahan kosmetik semata-mata.

Yakinlah rakyat sudah mula hilang kesabaran. Negara sedang berdepan dengan krisis kepercayaan proses demokrasi pilihanraya paling teruk sekarang ini. Jika Pilihanraya Umum masih berlaku sebelum proses penambahbaikan pilihanraya yang meyakinkan kami berjanji akan menggerakkan mobilisasi rakyat terbesar.

Jika pilihanraya dipanggil dalam masa terdekat (paling tidak) sebelum menunggu jawatankuasa khas membuat keputusan maka sudah tentu satu pilihanraya paling kotor dalam sejarah sedang dijanjikan. Jika ini tetap dilakukan maka tidak dapat dielakkan persepsi pilihanraya kali ini hanya proses ‘palsu’ bagi menghalalkan regim terus berkuasa.

Maka tidak menolak kemungkinan kali ini rakyat turun bukan sahaja untuk melakukan protes tapi benar – benar untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil. Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihanraya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan.

Kami bagi pihak rakyat Malaysia yang perihatin memberikan kata dua kepada Perdana Menteri Malaysia pilihanraya wajib hanya selepas proses penambah baikan proses pilihanraya yangs serius dan menyakinkan selesai atau berdepan dengan kuasa rakyat.

*dibacakan oleh che’GuBard

bagi pihak SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com