Wednesday, December 11, 2013

Catatan SAMM Kedah Misi #Save4PantaiTimur Trip ke-5

Catatan SAMM Kedah Misi #Save4PantaiTimur Trip ke-5

Misi SAMM Kedah ke Pantai Timur adalah merupakan trip ke-5 selepas beberapa trip SAMM dari seluruh negara ke Pantai Timur, Kini tiba giliran kami membuat aksi kemanusiaan meringankan beban mangsa banjir.

SAMM Kedah bertolak misi membantu pantai timur

9 Disember 5pm: Bergambar sebelum bertolak ke Pantai Timur

Trip kali ini hadir dengan pakej #OpsBERSIH menurut kemampuan dan kesempatan yang ada. Telah dimaklumkan SAMM Kebangsaan juga akan melancar #OpsBERSIH besar-besaran pada 13-15 Disember ini, SAMM Kedah mengorak langkah awal.

Sejak Jumaat lalu, pengumpulan barangan bantuan telah dimulakan dan kini tiba masanya untuk bergerak ke Pantai Timur. Sasaran kami daerah kuantan, terus dari rumah ke rumah, tidak melalui pusat penempatan mangsa banjir.

IMG-20131211-00128

9 Disember 11pm: Tiba di Seremban untuk ambil water jet dan sedikit barangan sumbangan serta tukar kereta dari Avanza ke Hilux

10 Disember 6am:  Konvoi bantuan SAMM Kedah tiba di Kuantan dan berehat sebentar

10 Disember 10am: Konvoi SAMM Kedah bertemu dengan komrad Arm, Zamri dan Hafiz dari SAMM Pahang untuk menyusun gerakan membantu mangsa banjir dari rumah ke rumah.

IMG-20131210-00072

10 Disember 11am: Misi mencuci bermula dan 3 buah rumah berjaya dicuci. 

IMG-20131210-00073

Antara aksi mencuci

IMG-20131210-00080

IMG-20131210-00085

10 Disember 1pm: Selepas aksi mencuci, agihan pakaian terpakai pula dilakukan di sebuah surau di kawasan Sungai Isap sebelum menunaikan solat Zohor.

IMG-20131210-00108

10 Disember 4pm: SAMM Kedah memulakan aksi mengagih barang makanan dan keperluan asas dari rumah ke rumah menggunakan Hilux dan berjalan kaki.

IMG-20131210-00105IMG-20131210-00099MQIMG-20131210-00097IMG-20131210-00101

10 Disember 6pm: Agihan selesai sepenuhnya.

SAMM Kedah kemudian dijemput oleh salah seorang mangsa banjir telah yang kami bantu untuk makan bersama dan berehat di kediaman tersebut.

10 Disember 9pm : SAMM Kedah bertolak dari Kuantan ke Seremban untuk menukar kereta dan pulang ke Sungai Petani.

11 Disember 8.30am: Kami selamat sampai di Sg Petani. Maka selesailah misi #Save4PantaiTimur Trip ke-5 dan #OpsBERSIH dari SAMM Kedah

InsyaAllah, SAMM Kedah akan menghantar wakil untuk aksi besar-besaran #OpsBERSIH SAMM Kebangsaan.

SAMM turut menyeru orang ramai yang prihatin untuk membantu dengan menyumbangkan barang keperluan yang masih diperlukan seperti

  • water jet (mesin pam penyembur air)
  • sabun (untuk membasuh rumah)
  • kasut but getah 
  • lampin bayi
  • susu / makanan bayi
  • makanan asas

Untuk sumbangan dalam bentuk kewangan boleh terus salurkan ke akaun Maybank Solidariti Anak Muda Malaysia (555041113224) sekiranya transaksi telah dibuat sila sahkan transaksi ke number 012-6937908

Sekian

Ahmad Miqhdad Shukri
Penyelaras Misi #Save4PantaiTimur Zon Kedah
Penyelaras SAMM Kedah

Perkembangan #OpsBERSIH SAMM sila klik di sini

Catatan Misi Bantuan Banjir SAMM Kelantan di sini

Catatan Misi Bantuan Banjir SAMM N.Sembilan, Selangor dan Wilayah di sini

Catatan Misi Bantuan Banjir SAMM Johor di sini

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan