Kenyataan Media
10 November 2013
SAMM Gerak ke Pendalaman Baram Dalam Satu Misi Peninjauan dan Bantuan Asas
Berikutan isu pengusiran orang asal yang menetap di Baram semakin menjadi-jadi, satu misi peninjauan akan dilaksanakan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama SAMM Miri dan sekutu tempatan.
Isu pengusiran penduduk Baram sangat serius sehingga dikatakan wujud kematian. Namun isu ini disenyapkan media demi melindungi kepentingan pemodal dan pihak berkepentingan dalam pembinaan Empangan Baram.
Penduduk asal dizalimi apabila diarah berpindah ke kawasan yang tidak sebati dengan kehidupan kaum pribumi Sarawak. Kejadian di Baram menyaksikan Orang Ulu dipindahkan ke kawasan ladang kelapa sawit yang terletak jauh dari kawasan perhutanan. Paksaan seperti ini merupakan satu kekejaman buat rakyat.
SAMM berpendapat, pembinaan empangan pada masa kini tidak memberikan pulangan yang efisyen khususnya dari sudut pengeluaran tenaga berbanding kos pembinaannya. Pembinaan logi janakuasa elektrik adalah alternatif terbaik dengan kos jauh lebih rendah dan tidak melibatkan penghapusan hutan mahupun etnik.
Justeru itu, che'GuBard sendiri akan mengetuai satu misi peninjauan bersama pasukan SAMM dan sekutu masuk ke kawasan penempatan penduduk terlibat yang terletak jauh di pendalaman Baram pada 11 November hingga 13 November. Misi tersebut turut merangkumi penghantaran bantuan makanan dan peralatan asas serta membuat liputan khas.
Satu taklimat khas mengenai isu ini akan dibuat di Kuala Lumpur untuk membongkar kezaliman yang berlaku di pendalaman Baram sekembalinya SAMM dari Misi Baram. Kepada pihak yang ingin menyumbang dalam Misi Baram, sila maklum melalui email samm4anakmuda@gmail.com .

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
No comments:
Post a Comment