Wednesday, November 6, 2013

PENGAKUAN TUN MAHATHIR: AG PERLU DIBEKU DAN DIBERKAS SEGERA

Kenyataan Umum
6 November 2013

PENGAKUAN TUN MAHATHIR: AG PERLU DIBEKU DAN DIBERKAS SEGERA

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras supaya segala aktiviti yang melibatkan pihak Peguam Negara (AG) dibekukan segera. Ia ekoran pengakuan Tun Mahathir yang mengaitkan Tan Sri Gani Patail sebagai pengintip dan agen CIA. SAMM menyifatkan dakwaan ini sebagai sangat serius.

Di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88 seksyen 3) memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup di atas kesalahan 'Pengintipan bagi maksud yang mudarat kepada keselamatan atau kepentingan Malaysia'. Maka Tan Sri Gani Patail harus diberkas dan dibicarakan serta-merta bagi menjamin negara ini berada dalam kedudukan lebih selamat.

SAMM juga menggesa agar Tun Mahathir tampil membuat penjelasan lebih terperinci mengenai dakwaan serius yang dilontarnya.

SAMM tidak menolak kemungkinan antara kecelaruan dan musibah yang berlaku adalah termasuk melibatkan pemalsuan bukti dalam kes liwat DS Anwar Ibrahim dan juga menyebabkan kekalahan Pulau Batu Puteh di mahkamah antarabangsa. Pulau Batu Puteh juga tidak wajar terlepas namun apakah mungkin ianya diatur demi kedudukan strategik Singapura yang menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat.

Laporan polis akan dilakukan oleh SAMM dan sekutu di seluruh negara dalam masa terdekat.

Sekian,

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

2 comments:

Anonymous said...

mcamana mahathir tahu perkara ni..? kenapa agensi risikan malaysia terlepas pandang..? adakah kerana pendedahan edward snowdan mahathir takut..? kenapa dia salurkan maklumat begini pada kita skrg padahal dah lama gani ni peguam negara..silap silap mahathirlah agen cia..apepon kita tunggu pasukan risikan kita ..ayuh come on kor risik..ayuh come on commandos..kah kah kah kah kah... mahathir lagi pantas dari pasukan komando kita..pelik lah begini...boleh darurat..jabatan peguam negara bukan main main dgn isu begini..kalau tak benar mahathir boleh ditangkap bawah akta sosma

Anonymous said...

Orang Tua nyanyok ni bercakap lagi.Dia lupa dialah yg mengangkat Gani Patail jadi AG untuk balas jasa Gani memenjarakan DSAI.Waktu tu dia jadi PM, takkan tak tau Gani agen CIA.Dia boleh rujuk kpd RisikTentra dan SB.Pembongkaran sekadar menunjukkan kesalahan-kesalahan dan dosa-dosanya selama jadi PM 22 tahun.Gani Patail memang teruk dan bangang - wajar diberhentikan kemudian didakwa kerana banyak salah-laku.ecie