Friday, November 29, 2013

Kelab Penyokong Kerajaan Selangor Jadi Kelab Kongkalikong

Kenyataan Media
28 November 2013

Kelab Penyokong Kerajaan Selangor Jadi Kelab Kongkalikong

Semalam SAMM Johor menjadi antara yang pertama menyuarakan rasa tidak bersetuju terhadap kenaikan gaji yang terlalu tinggi DUN Selangor di kala rakyat masih terbeban dengan kesan kenaikan kos sara hidup yang semakin mendesak.

Hari ini, setelah pelbagai pihak menyatakan bantahan termasuklah komentar Ketua Pembangkang yang menyatakan kenaikan itu terlalu tinggi, Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor membuat pusingan 180 darjah apabila Pengerusinya, YB Azmin Ali membuat kenyataan meminta pentadbiran Kerajaan Negeri mengkaji semula keputusan yang telah diluluskan semalam.

Persoalan yang ingin SAMM Johor lontarkan adalah mengapa semalam sewaktu usul pindaan dibentangkan di Dewan DUN, BBC Selangor tidak menyatakan bantahan atau menolak usul ini daripada diluluskan? Adakah BBC berpandangan bahawa Dewan DUN itu adalah seperti sebuah set penggambaran drama? Di dalam Dewan DUN, mereka mengundi untuk meluluskan usul kenaikan namun apabila berhadapan dengan media BBC membuat pusingan 180 darjah dan meletakkan semua beban kesalahan kepada Menteri Besar seorang.

Kelulusan kenaikan gaji ini bukanlah keputusan eksekutif semata-mata. Ia adalah keputusan kolektif kesemua ahli Dewan Negeri Selangor. Ia dibahaskan dan diundi untuk kelulusan. Maka, adalah tidak patut setelah pelbagai lapisan rakyat menyatakan bantahan termasuklah Ketua Pembangkang yang menyatakan bahawa kenaikan ini terlalu tinggi, barulah BBC tersedar daripada lenanya.

Atau apakah kenyataan Pengerusi BBC ini hanya untuk mengampu Ketua Pembangkang yang juga merupakan Ketua Umum PKR semata-mata? Setelah Dato' Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan tersebut barulah BBC tersedar ataupun semasa usul ini dibahaskan semalam Pengerusi BBC tidak berada di dalam Dewan DUN sehinggakan beliau tidak menyedari usul kenaikan gaji ini dibahaskan?

Rasional perbandingan gaji Menteri Besar, Exco, ADUN, Speaker dan Timbalan Speaker dengan swasta bukan satu justifikasi yang boleh diterima pakai. Swasta atau korporat adalah merupakan organisasi yang berorientasikan keuntungan sedangkan pentadbiran Kerajaan lebih berorientasikan khidmat kepada rakyat. Jika rasional ini digunapakai, maka seharusnya seluruh penjawat awam Negeri Selangor perlu menerima gaji yang setara dengan sektor swasta.

Cukuplah bermain wayang. Rakyat tidak buta. Rakyat tidak pekak. Rejim Pakatan Rakyat jangan mengikut telatah rejim Barisan Nasional yang sering menghina akal rakyat. Apa yang boleh kita simpulkan BBC Selangor telah menjadi Kelab Kongkalikong. Apa yang sedang anda persembahkan ini jelas menghina intelektual rakyat.

Roslee Mohd Shariff
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor
SAMM Johor

3 comments:

Pantai Aceh said...

Pendapat saya tentang kenaikan gai MB, Exco, Speaker dan DUN ni dari pandangan orang-orang yang gaji rendah, gaji sederhana dan gaji kurang tinggi seperti kita dari mereka akan mengatakan gaji YB-YB di atas memang terlalu tinggi. Peliknya, kenapa masa perbahasan oleh MB di sidang DUN berlangsung, tiada satu hujan penentangan pun dari ADUN-ADUN PR dan BN ini? Kenapa perlu melalak (bahas kasar) atau timbulkan isu (bahasa lembut) tidak puashati ini selepas perbahasan dibentang dan mendapat persetujuan 100% daripada semua ADUN sama ada PR atau BN? Kenapa tak bahas masa pembentangan dibuat? Sebagai rakyat yang bijak berfikir, kita jangan salahkan MB saja tapi salahkan semua ADUN yang tak puashati ini kerana tidak bersuara memberikan idea atau cadangan kepada MB yang menjurus kepada kepentingan rakyat. Jangan hanya tunjuk hebat di luar dewan DUN bercakap depan wartawan gaji MB lagi besar dari PM dan sebagainya sedangkan di dalam dewan DUN dia bisu. Bila dia bisu kita boleh kategorikan dia sama ada dia sebenarnya pun sokong dengan kenaikan gaji tersebut atau dia sokong dan dalam masa sama nak jadi hero (pelakon) depan rakyat. Bagi saya, perkara pun dah lulus, diharapkan MB, EXCO, SPEAKER dan YB ADUN gunakanlah gaji yang naik beratus ganda itu ke jalan yang baik dan bermanfaat untuk rakyat. Ingatlah, duit-duit tersebut sebahagian adalah dari hasil cukai rakyat. Jangan jadi YB yang kedekut dan jangan jadi YB yang buat keje part time melalui orang-orang bawahan yang tender kerajaan lalu mengharapkan komisen. Kepada YB-YB yang betul keras hati tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut, saranan saya contohilah Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz yang mengambil jumlah gajinya yang perlu sahaja dan memotong jumlah gaji yang tidak perlu itu kepada kerajaan. Sekian, cadangan saya. Berfikirlah dengan ilmu dan pengalaman. Bukan berfikir dengan nafsu dan perasaan..

Anonymous said...

kalau yb boleh naik elaun kenapa tidak kerajaan naikan gaji 300% dan peniaga naikan harga barang 200% baru semuanya rasa kenaikan gaji lepas itu jadi papa kedana

ras abu said...

Silap apabila tidak boleh dibuat perbandingan gaji pentadbir negeri dengan pegawai di GLC atau syarikat.

Perlu ingat tugasan MB dan pegawai pentadbirnya (termasuk semua ADUN PR atau PR) amat berat. Mereka juga perlu menjaga GLC negeri serta rakyat seluruhnya. Maksudnya tugasan mereka lebih berat dari pegawai GLC atau syarikat.

Kini GLC negeri Selangor berkembangan maju kerana Tan Sri MB orang koporat dan tidak boleh dipermainkan oleh peneraju GLC negeri.

Beri sokongan kepada Tan Sri MB mentadbir kerana dalam PRU13 lalu kita boleh lihat peningkatan sokonagn rakyat Selangor keatas gaya kepimpinannya.

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan