Thursday, October 18, 2012

Tangguh dan Kaji Perlaksanaan Sistem AES Atau Rakyat Bertindak Sendiri



Kenyataan Umum

18 Oktober 2012

Tangguh dan Kaji Perlaksanaan Sistem AES Atau Rakyat Bertindak Sendiri 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras agar kerajaan Barisan Nasional menangguh dan mengkaji semula perlaksanaan Sistem AES yang meragut wang rakyat sepanjang 24jam sehari, 7 hari seminggu. 

Tidak dinafikan, kadar kemalangan jalanraya yang tinggi memerlukan tindakkan drastik yang ideal kepada semua, bukan hanya terhadap poket kerajaan dan kroni. Kerajaan sebagai penerima cukai jalan dan cukai kepala pemandu (lesen memandu) sepatutnya mengeluarkan dana untuk keselamatan rakyat di atas jalanraya namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila modal yang dikeluarkan kerajaan hanya untuk mengoyakkan poket rakyat dengan sistem saman AES.



AES juga tidak disebut sebagai sistem keselamatan, tetapi lebih kepada sistem saman-menyaman. Malah telah banyak kali dibangkit betapa lokasi kamera AES tidak membantu mengurangkan kadar kemalangan tetapi lebih berfungsi sebagai perangkap.



Butir perjanjian di antara syarikat pengendali AES dan pihak kerajaan juga tidak didedah walaupun didesak di parlimen. Ini mencurigakan, apakah ada komplot antara kerajaan dan syarikat swasta untuk mencuri wang poket rakyat?



Dalam pemerhatian SAMM yang berpengkalan di setiap negeri seluruh negara, banyak faktor kemalangan seperti jalan berlubang, tidak rata dan berbonggol-bonggol tidak diambil peduli tetapi dalam masa yang sama kerajaan membelanjakan wang rakyat untuk sistem AES semata-mata. Mengapa kerajaan BN tidak memastikan frasarana yang baik terlebih dahulu?

Sedangkan rakyat semakin ditimpa kesempitan hidup akan sampai ketikanya terpaksa memilih untuk menangguhkan hasrat menukar tayar yang sudah botak demi membayar saman terlebih dahulu bagi mengelak denda berganda jika bayar lewat. Rakyat akan pilih bayar saman daripada servis dan baiki kereta maka kadar kemalangan akan lebih banyak jika situasi seperti ini membarah. 

SAMM juga ingin mengingatkan kerajaan bahawa pecahan statistik kemalangan maut paling tinggi adalah membabitkan penunggang motorsikal maka sepatutnya kerajaan mengusahakan terlebih dahulu lorong alternatif untuk keselamatan penunggang motorsikal berbanding memilih sistem AES yang fokus untuk menyaman pemandu kenderaan empat roda, bukan motorsikal. 

Maka atas sebab ini SAMM mendesak sistem AES ditangguh dan dikaji semula. Jika kerajaan tetap berdegil untuk menyaman rakyat 24jam, SAMM akan melancarkan sebuah kempen untuk rakyat bangkit menutup kamera-kamera AES yang dipasang di seluruh negara. 

SAMM sendiri mempunyai pengikut hampir di setiap pelusuk negara untuk memulakan gerakan kempen ini. Kempen 'tutup kamera AES' bukan untuk memusnahkan harta rakyat, tetapi rakyat bertindak menutup kamera tersebut dengan menggunakan stiker pelekat atau membalut kamera tersebut dengan plastik sampah (berwarna hitam). Kamera AES tetap selamat dan berfungsi, cuma ia tidak mampu lagi menyaman. Ini bukan kempen vandelisma tetapi kempen selamatkan duit rakyat dan negara.

Akhir sekali, SAMM memuji tindakkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang sebulat suara menangguhkan sistem AES demi rakyatnya. Inilah kerajaan idaman, yang sentiasa memikirkan kebaikkan demi rakyat, bukan seperti regim BN yang sentiasa mencukai dan mendenda rakyat dengan dacing sengetnya. 

"Perubahan itu harus didesak" 


Edy Noor Reduan 
Pengarah Propaganda SAMM

3 comments:

Anonymous said...

Kalau taknak rakyat pandu laju-laju....cara murah lagi mudah...untung dah tentu tak dak..

jeng..jeng.... buat bump di sepanjang jalanraya & leburaya....100 kaki satu bump ...gerenti smua kenderaan slow punya...

cibai punya umno

Anonymous said...

boh acid kat pangkal tiang...

amboi said...

Kalahkan umno dalam pru 13 ini kerana TIADA UMNO TIADA AES...TIADA UMNO KITA SIHAT SEJAHTERA