Thursday, July 26, 2012

Bantahan dan Penyerahan Memo di Muadzam Shah Esok!! (27 Julai)


Kenyataan Terbuka
26 Julai 2012

Bersihkan Bandar Muadzam Shah Daripada Menjadi Bandar Perjudian

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Muadzam Shah akan bersama dengan Gabungan Gerakan Membantah Judi bagi memastikan Bandar Muadzam Shah bersih dari anasir perjudian melampau di daerah ini.

Dengan majoriti lebih 90% penduduk muslim di Bandar Muadzam Shah dalam daerah Rompin, tidak sepatutnya mesin judi dibenarkan berada di sini. Tiada tindakkan yang serius di ambil dari PBT Rompin ke atas pengusaha mesin judi 'kuda'. Serbuan sebelum ini menyaksikan hanya 6 mesin judi yang diangkut daripada ratusan mesin judi di beberapa pintu kedai dan tauke mesin judi masih bebas mengaut keuntungan berlipat-kali ganda daripada perniagaan mini kasino yang dijalankan.

Daripada pemerhatian SAMM Muadzam Shah, fenomena yang berlaku di Muadzam Shah ini adalah sangat merunsingkan di mana ketagihan terhadap mesin judi menyebabkan pelbagai kecelakaan berlaku di kalangan penduduk daerah Rompin. Jenayah awam seperti kecurian dan rompakan kecil meningkat, peneroka juga ada yang sengsara dan ada juga penjawat awam yang menghabiskan seluruh gajinya untuk mesin judi yang akhirnya anak isteri menjadi mangsa dari kerakusan tahi judi. Penangan mesin judi sehingga ada kes anggota tentera yang sanggup menjual tong gas di rumah untuk menebus kekalahan di mesin judi.

Justeru itu, SAMM Muadzam Shah menyeru kepada semua yang berada di sekitar Bandar Muadzam Shah dan Rompin agar turut serta dalam sebuah bantahan dengan penghantaran memo kepada PBT berkenaan. Berikut adalah maklumat masa dan lokasi penyerahan memo;

Tarikh: 27 July 2012
Masa: 2.00pm (lepas solat Jumaat)
Lokasi Berkumpul: Masjid Muadzam Shah

Ayuh bersama SAMM dalam Gerakan Rakyat Membantah Judi. Juga akan turut serta dalam gerakan ini adalah PAS Rompin, PKR Rompin, SAMM Rompin, Jabatan Amal Rompin, Al-Fateh dan KRT Rompin. Pengamal media adalah diharapkan untuk turut membantu dalam aspek hebahan.

Sekian,


MHD NOR FAIZI ABU BAKAR
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Muadzam Shah

1 comment:

Ngah Phg asal Melaka said...

salam sdr...hebahkan kpd seluruh keratong dgn siarraya ptg ni dan pagi esok..sy tahu berita ni kerana membaca di blog...kebnyakan yg lain rasanya x sedar pasal ni..