Wednesday, January 11, 2012

Keputusan Kes Liwat : Najib dan Peguam Negara harus letak jawatan




10 Januari 2012

Kenyataan Terbuka SAMM

Terima baik keputusan tetapi tidak bermaksud institusi kehakiman bebas

Seperti yang dipertegaskan dari awal dalam isu kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh (fitnah liwat) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebenarnya ialah kes konspirasi politik yang memperkudakan hampir semua aparat regim.

Keputusan kes tersebut semalam di mana mahkamah membebaskan Anwar dari tuduhan liwat harus jangan dipandang dari aspek kebebasan kehakiman. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menerima baik keputusan mahkamah semalam tetapi ia bukanlah petanda bahawa institusi kehakiman bebas.

Jika institusi tersebut bebas maka sejak dari awal lagi pendakwaan tidak harus berlaku ataupun kes ini pasti digugurkan di pertengahan perbicaraan. Namun walaupun terdapat banyak kepincangan ia tetap diteruskan. Dalam masa yang sama, keputusan semalam harus dilihat sebagai kemenangan rakyat. Ia adalah hasil tekanan dan kesedaran rakyat terhadap kes tersebut.

Bayangkan jika Anwar gagal memastikan maklumat bagaimana kepincangan kes tersebut kepada rakyat terbanyak dan gagal mengumpul sokongan, SAMM yakin Anwar akan didapati bersalah. Keputusan semalam masih didalam kawalan regim kerana sedar jika Anwar didapati bersalah maka tapak sokongan regim yang jelas goyah kini akan terus mereput.

Kes terhadap Anwar ini secara jelas merupakan satu konspirasi dengan bagaimana dari awal lagi hampir semua jentera aparat regim dipergunakan sepenuhnya. Media terus memutar belit dan memanipulasi setiap fakta kes bagi mempengaruhi orang ramai untuk melihat Anwar secara negatif.

Rakyat tidak harus lupa bagaimana kes ini bermula dengan 24 Jun 2008 berlaku pertemuan 'sulit' Najib / Rosmah dan Saiful. Pertemuan ini tidak dinafikan. Hanya apabila kedengaran kali pertama Najib berbohong dengan mengatakan tidak pernah kenal Saiful. Apabila dikeluarkan gambar Saiful di pejabat Najib maka dia cuba menyelamatkan pembohonganya dengan berbohong menyatakan ya memang Saiful berada di pejabatnya kerana urusan mohon biasiswa. Selepas ada pihak yang mengeluarkan bukti bagaimana seorang pelajar yang dibuang kolej kerana gagal peperiksaan boleh diberikan keistimewaan bertemu Perdana menteri untuk urusan biasiswa maka Najib terpaksa mengakui yang ya benar dia dan Rosmah ada berjumpa Saiful konon kerana Saiful mengadu mengalami sakit perut.

Rakyat juga tidak boleh lupa bagaimana 25 Jun 2008, Saiful berjumpa dengan Ketua Polis Melaka, Rodwan Yusof di sebuah hotel secara sulit di Lembah Kelang. Kes ini merupakan kes di Kuala Lumpur, adakah semua polis Kuala Lumpur bodoh dan tidak berkebolehan sehingga terpaksa Ketua Polis Melaka jumpa Saiful secara sulit untuk menyelesaikan kes. 

Pertemuan ini lebih kontroversi memandangkan rekod peranan Rodwan dalam kes fitnah pertama dulu. Dalam kes 1998, rekod mahkamah secara jelas menulis pengakuan Dr. Zahari bahawa beliau dipaksa memalsukan bukti DNA atas tilam kerana dipaksa oleh Pegawai Penyiasat, Musa Hassan (yang selepas itu menjadi Ketua Polis Negara) dan pembantunya Rodwan (yang kemudian menjadi Ketua Polis Melaka).

Hanya selepas bertemu dengan Najib, Rosmah dan Rodwan (24 dan 25 Jun 2008) barulah Saiful kononya diliwat oleh Anwar pada 26 Jun 2008, ini sudah tentu fakta yang menarik perhatian. Itu belum mengambil kira sehari sebelum pergi ke Hospital, Saiful terlebih dahulu berjumpa dengan seorang yang kini senator kerana jasanya menyerang Anwar kemudian barulah esoknya ke hospital seperti semuanya dirancang.

Rakyat juga seharusnya tidak melupakan bagaimana peranan peguam negara dalam menafikan banyak proses dan cuba mengukuhkan kes yang penuh keraguan. Kes ini juga ada banyak persamaan dengan kes fitnah yang pertama cuma kali ini kesedaran rakyat berada ditahap tinggi.

Sekali lagi bayangkan jika Anwar gagal mengumpul sokongan rakyat dengan mengenengahkan fakta kepincangan kes maka sudah pasti keputusan kes semalam adalah berlainan.

Ini berpunca dari tindakan penerangan terancang dan belajar dari pengalaman kes lepas. SAMM sendiri turut menerbitkan sebuah buku khas bertajuk "Fitnah" yang menjadi buku teks paling lengkap mempersembahkan fakta dari kes Fitnah 1, kes Fitnah 2 dan Fitnah video lucah terhadap Anwar. Buku ini mendapat permintaan tinggi sebanyak 12,000 telah habis. Buku ini turut ditempah dan dimiliki oleh pimpinan BN, kakitangan kerajaan termasuk pegawai - pegawai PDRM yang memesan secara pos atau membeli secara sulit. SAMM percaya ramai akan bersama jika dapat mengetahui fakta sebenar konspirasi ini. (klik untuk mendapatkan buku FITNAH terbitan SAMM)


Percayalah keputusan kes ini akan digunakan oleh regim, melalui agen propaganda mereka untuk menunjukkan kononya sebagai lambang kejayaan transformasi Najib. Maka rakyat cuba akan diperdaya untuk bersama menyokong Najib dalam PRU yang amat dekat.

Rakyat perlu sedar keputusan kes semalam bukan lambang transformasi Najib tetapi satu keputusan terpaksa dan kemenangan rakyat. Jika benar Najib jujur dia harus tampil memperjelaskan peranan dia dalam kosnpirasi ini atau dia harus mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan dengan bermaruah. Rakyat tidak boleh menerima PM yang tampil (menipu) bercakap dengan fakta bercanggah beberapa kali demi melindungi pertemuan sulitnya dengan Saiful.

Rakyat juga ingin melihat Peguam Negara ditukar dan mendapatkan Peguam Negara yang lebih berkualiti.

Sesungguhnya pihak yang bertanggungjawab terhadap konspirasi ini harus dipertanggungjawabkan ke atas bukan sedikit perbagai kerugian dalam dan luar negara kerana konspirasi pihak yang berkepentingan.

Maka cabaran masih menanti didepan gerakan kesedaran rakyat seharusnya diperhebatkan. Selaku penggerak anak muda, SAMM akan terus komited dengan gerak kerja menumpukan kesedaran rakyat agar bangkit menyelamatkan negara.

sekian

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

4 comments:

Anonymous said...

Aku 100% sokong SAM apa tidaknya kita tengok saja semasa dalam perbicaraan bila pehak pendakwa tersangkut atau mati soal balas oleh peguamcara hakim akan minta masa dan berbincang dalam kamar bila kelauar dari kamar ditangguh perbicaraan ikut suka dia alasan apa tidak pula diberi , bila balik bersidang semua yang tersangkut tidak releven itulah hari ini dalam sejarah sepanjang dua tahun yang lalu , oleh itu fikir-fikirlah bila turun buang undi nanti

Anonymous said...

bukan suara rakyat.. tapi suara rakyat yg sokong pakatan.. sbb saya rakyat jugak.. saya yakin anwar yg buat tapi tidak dpt dibuktikan.. rakyat minoriti jer yg sokong pakatan ni..

Mamu said...

harap tuan dapat listkan blog saya http://yomamaparpu.blogspot.com/

Anonymous said...

MINORITI MENYALAK DI SANA SINI.

kami silent mojority cintakan keamanan. kami tak mahu ahli politik menghina makhamah malaysia di luar negara (kata hakim n makhamah Malaysia kangaroo), mempertikaikan perlembagaan dan membuat huru hara di sini.silent majority akan mengajar anda pada PRU 13 nanti.