Thursday, September 22, 2011

Dr. McDonald - Kes Anwar Ibrahim Terulung di Dunia !




Pakar DNA Australia Dr Brian McDonald menyifatkan kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana ahli kimia mampu menjumpai DNA dari rektum selepas 56 jam dan ditinggalkan 48 jam lagi secara terbuka, sebagai antara penemuan paling menakjubkan jika keputusan itu boleh dipercayai.

NONEDr McDonald berkata ia amat jarang sekali berlaku untuk menjumpai sperma selepas 113 jam berada dalam rektum, katanya merujuk kepada satu artikel 1997 yang ditunjukkan kepadanya dua hari lalu oleh pihak pendakwaan.

"Kes itu, bersama-sama dengan kes 1982 (yang sebelum ini menyatakan sperma boleh didapati selepas 65 jam), adalah hanya dua yang pernah didokumenkan. Dalam 99.9 peratus (kes), anda tidak akan dapat mencari sperma selepas waktu sebegitu lama.

"Walau bagaimanapun, kes (Anwar) ini merupakan satu-satunya (yang saya tahu) dalam dunia di mana sperma boleh dikesan selepas 56 jam dan diserahkan kepada ahli kimia dua hari kemudian, di mana anda masih boleh menemui sampel DNA yang baik," katanya.

NONEBeliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Ramkarpal Singh semasa pemeriksaan-balas hari ini.

Dr McDonald, dua hari lalu bersetuju dengan cadangan yang diajukan oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kiri), berhubung penemuan berkenaan berdasarkan artikel yang bertajuk 'Sexual Assault and Semen Persistence' yang ditulis oleh GM Willot dan JE Ellard.

McDonald berkata sepanjang pengetahuannya dan mengikut beberapa jurnal, DNA yang masih dalam keadaan baik boleh didapati pada sampel yang diperolehi dari rektum selepas lapan jam. -mkini


EDYES wrote:

Dari awal lagi kita didedahkan dengan sebuah pendakwaan yang cukup goyah tetapi mahkamah tetap meneruskan pendakwaan. Hari ini sesi pembelaan memperlihatkan seorang saksi pakar DNA dari Australia cukup begitu terkejut dan pelik sekiranya kes ini tetap berjalan berpandukan pelbagai kepincangan, terutamanya dalam soal DNA. 

Ianya termasuklah DNA yang dikatakan mampu bertahan melebihi 100 jam. Dr Brian menyifatkan perkara itu tidak mustahil tetapi hanya 0.1% sahaja peluang untuk DNA tersebut bertahan melebihi 100 jam lantas beliau sangat tidak bersetuju seandainya DNA yang sama itu dijadikan rujukan kes.

Pendapat Edyes, bukan DNA yang terdedah itu sahaja yang sudah tercemar malah kes liwat ini sendiri telah tercemar dicemari.

No comments: