Thursday, December 3, 2009

Sheikh Pengkhianat !! Ayuh Desak Sheikh Mohon Maaf Kepada TGNA !



Blog kickdefella berbunyi lagi, kali ini lebih sinis menghentam kredibiliti TGNA. Kononya Ariffahmi belum meletakkan jawatan.

Berikut adalah petikan daripada blog kickdefella;

“Nampaknya TGNA begitu hebat bersandiwara. Ariffahmi belum letak jawatan dan tiada rancangan terdekat untuk letak jawatan.TGNA sokong tindakan Ariffahmi menangguhkan perletakkan jawatannya."

Kalau dah buat statement "Ariffahmi akan meletak jawatan", kalau menantu dah setuju untuk berundur, saya tidak fikir Ariffahmi akan kekal sebagai CEO PMBK. Kenapa kickdefella dengan sewenangnya menuduh si menantu tidak mahu meletakkan jawatan? Termasuk juga menuduh TGNA menyokong tindakkan Ariffahmi menangguhkan perletakkan jawatan seolah-olah beliau ingin kekal di PMBK !

Ini satu tuduhan yang melulu. Sekiranya TGNA mahu menantunya kekal, sudah pasti beliau tidak akan mengarahkan Ariffahmi meletak jawatan. TGNA telah lakukan yang terbaik, mengapa kickdefella tuduh Tok Guru bersandiwara?

Setelah bertahun digajikan oleh Kerajaan Kelantan, inikah balasan seorang yang punya hati perut. Menuduh TGNA bersandiwara adalah satu perkara yang amat serius. Kickdefella harus mohon maaf terhadap TGNA di atas keceluparan yang tidak bersempadan.

Berikut adalah komen edyes di blog kickdefella untuk tatapan pengunjung ;

sheikh jangan melampau sangat! apa yang sheikh sakit hati sangat? pergi lah bergelumang dengan UMNO. TGNA bermatian pertahankan kredibiliti PAS, inikah caranya sheikh balas setelah digajikan selama beberapa tahun? Saya dah tak nampak sheikh kickdefella dengan pendirianya sebelum ini. Saya hanya nampak seorang pengkhianat, yang ingin melihat kehancuran PAS dan meneruskan legesi anti-islamic Barisan Nasional ! Mungkin bukan pengkhianat bangsa, tetapi pengkhianat agama!

Sudah hilang hormat saya pada sheikh pengkhianat nie. Memang kita nampak kickdefella mempunyai agenda yang tersirat iaitu tak lain tak bukan menjatuhkan TGNA supaya musuh luaran dan dalaman senang buat kerja. Mungkin kickdefella telah mempunyai majikan yang baru setelah ditendang dari PMBK. Siapapun  bos baru kickdefella, pasti itulah dalangnya.

Ayuh desak Sheikh pengkhianat mohon maaf dan menarik balik kata-kata nistanya dalam blog kickdefella!

7 comments:

Anonymous said...

nape diungkit pasal gaji beliau?? x ikhlas ke bg gaji kt dia tu..slama ni bila BN srh org ramai berterima kasih korang kata x perlu trimakasih tp bila ngan PAS wajib plak trima kasih.jgn jd hipokrit.salah org korang menyalak tp salah diri sendiri korang xnak ngaku.macam yahudi bdudak2 PKR ni. melayu ttp hrp PAS N UMNO.tp PKR leh g jahanam mcm israel

Anonymous said...

Ini masalah bila blogger tak mengaji undang-undang buruh. Seseorang jika nak meletak jawatan perlu menyediakan notis sebulan sebelum tarikh letak jawatan. Itu untuk pekerja biasa. Jika CEO, tempoh notisnya seharusnya lebih tinggi.

Pemberhentian tanpa notis memerlukan penjawat membayar ganti rugi sebanyak nilai tempoh notis tersebut. Jadi di dalam kes Ariffahmi siapa nak bayar? Jadi mahu tidak mahu beliau perlu memberi notis perletakkan jawatan dengan menolak jumlah cuti tahunan yang masih tinggal.

Kalau sang Kickdefella ni nak juga suruh member blah segera, tolong bayar pampasan kepada majikan saudara Ariffahmi.

Apa punya bodoh nak samakan dia yang DIPECAT dengan orang yang meletak jawatan. Malu sekole.

yat said...

dia surat ketak jawatan x bagi la gi daaa....

boleh jek hantar surat letak ajwatan sekarang, kira tolak cuti tahunan apa semua, lepas tu siarkan, ni x tangguh...

surat tu hantar dulu, baru orang percaya....apa la x belajar undang anon oii....

kalolah BN la siap kena maki demo semua...

kick bukan PAS yg bayaq gaji dia, duit rakyat Kelantan wahai blog owner, sekali lagi, bukan PAS, tapi duit rakyat kelantan, so xyah dia nak terima kasih kat TGNA....

Edyes said...

kalau bukan PAS yang bawa dia, dapat ke dia gaji rm4k sebulan tanpa masuk office..?

jgn baca sebelah pihak sahaja, kena lihat kenapa sheikh dipecat!

Anonymous said...

edyes, ko ckp kalo bkn PAS bwk die masuk keje die x dpt gaji rm4k, ko igt PAS bg rezki ke..Allah bg rezki la ngok..byk tmpt lain leh dpt rezki lg..tu nik ajis tu, jgn nak takbur kata xkan letak jawatan, kalo Allah da tulis tempoh akhir die sbagai MB bile, dia xkan dpt halang.mesti berhnti punya.Pulangla ke pangkal jln wahai pejuang PAS.ikut landasan kita yg btul.jgn taksub kpd pemimpin tp jdkan agama sebagai pedoman

pria malaya said...

bro..wa dah lama timbulkan isu ni kat sini..

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/11/syeih-of-kickdefellahharapan-kini-di.htmlreas

Anonymous said...

pria malaya, hang salah! sheikh tu kalau ada rasa hormat sikit kat tgna, takkan buat perangai macam tu! Kalau bengang kat menantu tgna pi lah setel dgn mamat tu, seret ke mahkamah ke! Dia ni memang ada special assignment! Kerja dia nak bagi huru hara Kelantan!!! Problem semua manusia ada problem tapi yg mebezakan adalah bagaimana kita selesai itu problem. Cara berhemahlah!!! Kata islam!!!


mat gedebe