Agenda Melayu oleh Najib? Menarik untuk ditimbang-tara.
oleh sabahdaily
"Bakal Perdana Menteri sibuk menerang kenyataannya mengenai menghapuskan secara beransur-ansur unsur-unsur DEB. Datuk Najib kata DEB akan dihapuskan terus apabila orang Melayu sudah boleh berdikari sepenuh seperti kaum lain dalam pelbagai bidang.
Beliau berkata , beliau akan memperjuangkan agenda Melayu dan katanya lagi jangan ada sesiapa yang berada dalam dewan atau di luar dewan mempertikaikan perjuangannya untuk agenda Melayu.
Hebat sungguh pemimpin kita ini !
Setelah 51 tahun Malaysia merdeka:-
1. Equiti 30% penyertaan orang Melayu dalam DEB tidak pernah tercapai. Bila akan tercapai entahlah ! Yang hanya mendapat keuntungan dari DEB hanya segelintir kroni dari kalangan UMNOPUTRA.
2. Kuasa politik Melayu terancam apabila dilakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya oleh kerajaan UMNO
3. Biasiswa yang merupakan keistimewaan kepada orang Melayu telah ditukar menjadi pinjaman oleh Dr Mahathir dan disokong oleh Datuk Najib pemimpin UMNO.
4. Habis sahaja belajar beribu anak-anak Melayu automatik menjadi penghutang kerana agaknya dasar UMNO aialah menjadi generasi Melayu penghutang untuk mudah ditarik hidung.
5. Masih ramai orang Melayu menjual tanah di kampung-kampung tradisional kepada kaum bukan Melayu kerana perlukan duit untuk anak-sekolah, perbelanjaan hidup, baiki buat rumah baru dan pergi ke Mekah. Inilah mentality orang Melayu yang UMNO lahirkan. UMNO tak pernah diambil kesah. Sudah merdeka selama itupun orang Melayu masih terpaksa jual tanah untuk mendapat sedikit kesenangan. Dah tu apa yang UMNO tolongnya.
6. Banyak mana tanah-tanah rezab Melayu telah berkurangan dalam 51 tahun UMNO memerintah. Salah siapakah ini ? Salah PAS agaknya, UMNO parti pembela Melayu tak salah!!!
7. Bahas Melayu telah digersangkan oleh kerajaan UMNO dengan terlaksananya PPSMI.
8. Sebelum terlaksananya PPSMI golongan professional Melayu dalam pelbagai bidang telah melebihi 30%. Tetapi dengan terlaksananya PPSMI golongan professional Melayu akan merudum jauh dari 30 %.
9. Ramai anak-anak Melayu dari golongan miskin yang belajar di IPTS lintang pukang kehidupannya kerana PTPTN hanya untuk yuran pengajian sahaja. UMNO tidak pernah ambik kesah walaupun mereka kerap makan mee segera yang sudahpun kian mahal.
10. UMNO ajar orang Melayu berpolitiklah sampai berkelahi sama ada dalam bidang politik, ekonomi, persatuan belia termasuk juga dalam persatuan sukan,
11. Agaknya majority orang Melayu dalam negara hanya mempunyai simpanan wang berjumlah lebih kurang RM6 -7 ribu sahaja.
12. Anak-anak Melayu semakin menderita mundur dalam mata pelajaran sains, matematik dan agama Islam terutama di kawasan luar bandar. UMNO tak kisah.
13. Ramai anak-anak remaja Melayu melahirkan anak luar nikah dan banyak kes buang bayi. UMNO tak kisah.
14. Betapa ramainya anak-anak Melayu yang menganggur pada ketika ini. UMNO tak kisah sebaliknya UMNO menempelak mereka yang mengganggur sebagai pemalas dan tidak kreatif. Tetapi apabila sampai musim pilihanraya inilah yang akan menjadi alat untuk dipergunakan.
15. UMNO tidak suka membuat perancangan agar orang Melayu cepat kaya dan boleh berdikari kerana UMNO lebih suka orang yang miskin dan orang yang berhutang untuk dipergunakan.
16. UMNO mengaku dia adalah parti yang membela orang Melayu tetapi sebenarnya UMNOlah pembuli orang Melayu terutama kerajaan Melayu yang memerintah Kelantan, Trengganu dan mungkin dan Kedah. Kalau tidak percaya tanya Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan sempat juga kena buli sekejap ialah Tuan Guru Haji Abdul Hadi.
INILAH RASANYA ANTARA AGENDA PERJUANGAN MELAYU YANG AKAN DITERUSKAN OLEH DATUK NAJIB.
HIDUP MELAYU !!!!!!!!
8 comments:
bro..fikir la rasional..nape sume hal nak libatkan umno.sampai anak luar nikah pon nak hrpkan umno.saudara tau x brapa ramai anak ahli pas ni yg tlah melakukan gejala sosial?? fkr sblm berckp bro
ok bro,
Pertama sekali, artikel ini bukan tulisan saya. Walaubagaimanapun, saya bertanggungjawab kerana publish penulisan ini.
Tidak kiralah anak ahli Pas atau anak ahli UMNO yang mempunyai masalah sosial, kerajaan yang memerintah iaitu kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO bertanggungjawab ke atas masalah sosial yang melanda negara.
Saya taknak ulas lanjut, tapi kalau ada masa sila refer di sini
anda terlalu taksub dgn kelemahan diri anda.mengapa nak kaitkan byran ansuran kereta dan rmh yg anda tanggung kepada kerajaan.cuba la anda jual nasi lemak telur goreng pd harga 30 sen skrng?apa akan jd??kalo anda yg tnm padi,kelapa,daun pisang,anda ternak ikan bilis,anda tanam cili,dan anda ternak ayam tuk dapatkan telur pon anda mgkn xdpt tuk jual harganasi lemak pd kadar 30 sen.mengapa?? fikirkan la... anda mulakan dulu sesuatu sblm anda menyuruh org lain mulakan dulu.btw..takziah tuk wan awk.. dan satu nasihat dr sy..x mustahil tuk dptkan bunglo tu kalo anda yakin dan usaha.rezeki dr Allah.sy berasal dr keluarga ssh dan sy tahu pe yg sy dah dpt.4urinfo..ms kecik dl ayah sy x mampu pon nak bwk sy pg PD tuk berkelah.
entri kerajaan penjajah tu menggambarkan kerajaan yang begitu menekan rakyat !
ataupun bagi acoy, kerajaan sekarang ini begitu prihatin terhadap rakyat?
x..sy x kata begitu..dlm blog sy byk kisah melayu yg perlukita fkrkan bersama tuk majukan melayu.tp sume tu sy rs dtg dari diri melayu itu sendri.masalah tu x dtg pd kita tp kita yg cipta sndr.mmg kerajaan ni byk perlukan perubahan tuk kebaikan tp biarla diorang yg fikirkan.allah tu maha berkuasa.sapa yg silap msti dia akan hukum.tp cuba fikirkan,kalo seorang individu tu dpt majukan diri,masyarakt sekeliling msti maju.secara otomatiknyer negara kita maju.percayala..
apapun, setiap orang ada pendapat masing2...
terima kasih
daripada artikel saudara, saya hanya boleh gambarkan bahawa saudara edyes ni seorang yang suka menyalahkan takdir and kerajaan kerana kehidpun saudara yang tidak mewah, kaya raya, etc. Maaf jika saya tersilap...tapi kalau ditafsir bunyinya macam sayalah yang betul. A
Saudara, adakah dengan sebaik sahaja baby dilahirkan, keluar dari perut mummy maka segala2 kerajaan perlu atur? Tak perlu berusaha? Nganga mulut tadah semuanya? Saya asalnya orang miskin, mak bapak saya pun asal orang miskin, datuk saya petani dan buta huruf.
Tapi dia tak salahkan kerajaan dan takdir, dia paksa mak saya belajar. sekarang keluarga saya dah berubah. Atuk saya tak perlu keje, tiap2 bulan anak2 kirim duit rm2k sebulan..yang penting munasabah diri, usaha dengan kudrat yang Allah anugerahkan. Rezeki kita Allah yang tentukan, bukan UMNO, PAS, DAP, PKR.
Edyes, saudara perlu ubah pemikiran, kelak parti saudara PKR akan perjuangankan kesamarataan, DEB dihapuskan etc, "tongkat" melayu tidak akan dirampas, melayu tidak boleh dibantu lagi.
Insyaallah jika dilaksanakan masa kini saya sudah bersedia, dan persediaan demi masa depan telah bermula. saya skrg tengah berjimat cermat kumpul dana duit masa depan pendidikan anak cucu saya sebab kemungkinan mereka semua takkan layak dapat biasiswa, geran atas nama BUMIPUTERA lagi. Saya tak mahu bila saya dah mati, anak cucu saya kencing atas kubur saya sebab tindakan perjuangan saya hari ini. Moga2 dijauhkan.
Ayuh orang2 islam, melayu terutamanya, mula berusaha and kurangkan bercakaran, kerana hendakkan kuasa politik, segalanya digadaikan.
"silent reader"
silent reader,
saya tidak mau ulas panjang perihal yang saudara bawakan ini. saya cuma ingin tegaskan bahawa saya tidak menyalahkan takdir.
saya sentiasa berpendapat bahawa saya seorang yang bertuah dengan pendapatan dan rezeki yang saya terima setakat ini. Saya telah melepasi tahap kemiskinan yang berlegar dikebanyakkan orang melayu.
TETAPI, bukan bermakna saya boleh duduk diam di atas keselesaan yang ada pada diri ini. Kesengsaraan yang dilalui oleh anak bangsa kita harus diperangi.
Perkara yang selalu menjadi persoalan terhadap kerajaan hari ini ialah sejauh mana keikhlasan kerajaan membanteras kemiskinan tegar, menolong mereka yang amat memerlukan, menjaga kebajikkan rakyat. Kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam banyak perkara dan apa yang dapat dilihat ialah setiap gerakan kerajaan sentiasa disusuli dengan habuan di satu pihak !
Harap saudara faham apa yang saya perjuangkan di medan blog ini. Saya mungkin sudah selamat, dan mungkin saudara juga telah selamat dari segi kedudukan ekonomi. Tetapi anak bangsa kita yang lain bagaimana? yang merempat itu bagaimana? yang miskin semakin kedana itu bagaimana?
Post a Comment