Saturday, October 25, 2008

Anwar Tak Jumpa Jalan Ke Putrajaya

Berikut adalah respon kepada pengunjung;


sb said...

Salam edyes..

Dah takde cerita baru ttg PKR? mcm mn dengan 'bakal PM' awk tu? dengar
khabar dah x jumpa jalan p putrajaya? haha...

Aku tak kesiankan si DSAI tu, tapi aku kesiankan korang-korang ni sume
yang hidup-hidup kena tipu..16 sept la, jumpa agong la, slow talk dengan paklah
la, lepas raya haji la.. mana dia ahli2 BN yg nk jadi katak ari tu? katanya
bertambah dari semasa ke semasa.. klu mcm tu takkan x boleh lg kot! haha..

tu la, lain kali nk sokong pun jgn la smpai jadi mcm kerbau... main
ikut jer! org tu ckp mcm2 sebab ada kepentingan.. korg?? haha...

hmmm.. ingatkan BN jer yg suka tipu ni, rupa nya PKR pun 2x5 jer! siap
bg tarikh yg detail lg.. haha...

takpelah anwr, ko tipulah ape2 pun mmg orang akan percaye.. kalau
keling lagi percaya dengan ko.. dah anggap ko mcm Ayah Pin dah.. siap buat gmbr
besar utk ko lg.. kalah Ayah Pin!..

Untung ko Anwar, ko taknak sumpah pun orang percaya.. 916 pun ramai yg
percaya. tak jadi 916? lepas raya haji ko cakap pun semua orang percaya.. lepas
raya haji tu Plan yg ke berapa ek! K?? L?? haha...

edyes, ko ckp ko cabar paklah utk jatuhkan kredibilit anwar kan! Nah,
sekarang kredibiliti anwar memang dah jatuh pun sebab anwar x berupaya nk
buktikan apa yang dia ckp!Anwar dengan paklah tu sama je..Oh ya, aku dah pun
buat blog 'lubang taik'.. jadi senang2 boleh la singgah di blog aku yea!

http://sakitbadan.blogspot.com/tak mengapa kalau kamu tak siarkan
comment aku ni, sebagai seorang loser, aku paham semua tu..

October 25, 2008 12:10 AM


edyes wrote:

SB,

Jangan risau. blog ini mengamalkan dasar keterbukaan. Inilah yang dikatakan 'COURT of PUBLIC OPINION'. Semua orang boleh memberikan pendapat mereka. Cuma diharapkan komen-komen tu biarlah yang tidak keterlaluan.


Apapun, terima kasih atas komen anda. Saya nak ulas sedikit sahaja. saya tegaskan, saya tidak taksub DSAI. Saya sokong perjuangan yang dibawa oleh beliau.

Blog ini agak sepi semenjak dua menjak ini. Banyak isu yang boleh saya ketengahkan, tetapi saya sekarang lebih menumpukan kepada kerjaya dan kerja. Saya masih lagi berjuang dalam perspektif tersendiri, iaitu sebagai aktivis blogger.

Banyak isu yang boleh disentuh, contohnya isu duit KWSP yang sekali lagi dijadikan 'bail-out' bagi menjaga saham-saham kroni daripada merundum teruk. Mengapa wang kami dijadikan pertaruhan??

KRONI mereka diselamatkan tetapi dalam masa yang sama, pekerja kontrak kerajaan bakal diberhentikan. Inikah kerajaan yang kalian semua mahu?Anwar tetap Anwar, Perjuangan tetap Perjuangan. Kita berusaha demi memastikan kerajaan BN tumbang seawal yang mungkin sebelum mereka menghabiskan sisa-sisa khazanah tinggalan moyang kita.

Apabila disebut tentang khazanah moyang, sudah pasti ia berkait rapat dengan rezab tanah melayu yang sedia ada 3 juta hektar setelah merdeka dulu. Apa dah jadi dengan rezab tanah melayu? banyak yang telah bertukar tangan atas alasan pembangunan, tetapi pembangunan yang membawa keuntungan kepada kaum lain sedangkan kita dok makan gaji di tanah sendiri.

Pasal harga minyak toksah cerita lagi la. Dah banyak entri saya tekankan tentang perlunya harga minyak diturunkan. Singapore dah 15kali turun harga minyak, minggu lepas saja dua kali. Kenapa kerajaan BN tetap berdegil tidak mahu menurunkan harga minyak ke tahap sepatutnya?? dan sekali lagi saya ulang sekiranya kerajaan mengambil langkah kaji harga minyak sebelum kenaikkan 78sen tempohhari, sudah tentu tidak ada yang merana atas kenaikkan harga barang dan perkhidmatan.

Inikah kerajaan yang korang pertahankan?

Isu eurocopter dan isu pembelian bank indonesia oleh maybank? Tidak ada seorang pun ahli parlimen BN yang bangkit membantah tindak-tanduk kerajaan yang ternyata MEROMPAK wang rakyat.Inikah ahli parlimen bacul yang korang pertahankan??

Jika SB kasihan aktivis reformasi seperti edyes. saya juga simpati dengan penyokong kerajaan seperti SB. Penyokong yang mempertahankan rompakkan kolar putih.

6 comments:

Anonymous said...

SB ni lah antara rakyat yang bodoh sokong kerajaan yang menipu rakyat dalam diam....ko dah tertipu SB...bodoh!!! minyak naik pun ko sokong....barang naik pun ko sokong....minyak dunia turun, kerajaan bangang ko tu terkemut-kemut lagi nak turun harga minyak....then, orang bodoh macam ko ni SB buta tuli sokong....memang bangang....nasib baik ada orang macam Edyes...banyak ketengahkan isu yang buat rakyat berfikir....aku percaya, Edyes bukan jenis yg buta tuli...main sokong sebarangan...aku pun bukan jenis yang buta tuli macam SB....salah pun sokong....DSAI kalo ada tak betul pun, aku lawan....bukan macam ko SB, main ikut bodo je....bangang punya SB....ko tau tak???duit Malaysia jatuh merudum skang ni???Orang yang keje oversea sukalah wei....duit Malysia jatuh, dia lagi masuk....bagus jugak kalo dapat pemimpin bangang macam yg ko sokong tu SB.....sokong lagi, biar rebah trus...lepas tu baru ko tau sapa yang betul, sapa yang salah.....budus...hampeh!!!!

Unknown said...

Tuan edyesdotcom,

Ini satu masalah lagi. Malaysia dah haru jadinya. Satu yang mabuk kuasa dah mengalah. Tinggal dua lagi yang mabuk nak berkuasa. Salah satu akan terlentang!

Walau apa pun, janganlah jadikan rakyat sebagai modal perjudian kuasa.

Anonymous said...

sb cerdik, Aku ada cakap ker aku sokong BN? ada aku ckp aku org BN? ada aku puji2 BN dalam blog aku???

Aku mengaku tulisan kepada edyes ni mungkin agak keterlaluan. Jadi aku ingin meminta maaf kepada saudara edyes. Aku tak benci ko, aku cuma ingin sampaikan apa yang aku rasa tapi mungkin bahasa aku agak sinis. maaf sekali lagi.

Aku cuma ingin mempersoalkan tentang DSAI yang terlalu taksub nak jadi PM hinggakan macam2 benda yang dia janjikan, walaupun benda yang dia cakap tu seperti mustahil, tapi ramai yang percaya..
sebab tu aku cakap untung jadi DSAI ni, kalau jadi paklah atau mana2 pemimpin BN, cakap la ape pun, memang ramai yang x percaya.

Jadi dengan mengatakan aku ni sokong buta tuli tu memang tak betul.. tak percaya? tgk la blog aku.

Anonymous said...

SAYA benar2 respek dengan saudara sebab..cakap dan buat sama..but malangnya blog annuar sendiri banyak betul halangan..tak semudah tu boleh beri komen smtime..kena hantar banyak kali baru masuk satu....
tahniah!mgk dipentas politik kita berbeza pendapat tetapi untuk kita sebgai rakyat mencari yang TERBAIK DARI YANG BAIK

Edyes said...

SB,

Saya pun sebenarnya jengok blog saudara selepas entri ini publish. Saya juga tak sangka saudara SB seorang penentang kerajaan dari cara komen SB sebelum ini.

Terus terang saya katakan, DSAI adalah satu wadah. kita mahukan reformasi secara menyeluruh dan kita mahu sistem sedia ada diubah menjadi sistem yang mendokong rakyat.

Saya beri DSAI peluang untuk menjelmakan negara kebajikan atau ke arah negara sosialis. Saya beri DSAI peluang untuk mengembalikan hak-hak rakyat yang telah dirampas oleh kerajaan penjajah. Saya beri peluang ini dengan menyokong beliau. Saya beri peluang ini dengan segala kuderat yang mampu, dengan segala kredibiliti yang ada dalam diri dan dengan semangat perjuangan reformasi total.

Jadi, diharap Anwar Ibrahim tidak mensia-siakan peluang yang diberi. Setiap rakyat yang inginkan perubahan memberi Anwar Ibrahim satu peluang dan percayalah, jika peluang itu tidak diterjemahkan dengan betul, nescaya rakyat tidak akan segan silu untuk menolak DSAI dan rakan2nya.

Kita semua tidak sokong membuta-tuli. kita tidak akan mempertahankan perkara yang tidak betul setelah disiasat dan punya bukti serta alasan konkrit.

Ada yang menyindir saya dengan mengatakan saya akan sibuk yang teramat jika Anwar memerintah kelak. Benar, memang saya sibuk yang teramat. Sibuk untuk memastikan janji2 Anwar dikota dan segala usaha-usaha kebajikan itu dilaksanakan dengan lancar di semua peringkat.

Jika Anwar memerintah, ini bukan satu 'ending', tetapi satu permulaan. Sama2 kita bina sebuah negara yang kaya dengan sumber bumi ini menjadi sebuah negara yang menjaga hak ketuanan rakyat, hak bangsa melayu tanpa menjejaskan peluang bangsa lain.

Anonymous said...

saya pun setuju dgn SB, anwar harus merendah diri dalam memberikan pengharapan. memang rakyat mahukan PERUBAHAN tetapi dengan mewar-warkan perkara yang memang belum tentu ibarat senjata memakan tuan.. Rakyat yang asyik menunggu tarikh demi tarikh akhirnya frust dan menganggap anwar hanya bersandiwara sahaja..!