Maklumat oleh MSK
Semua Ahli Parlimen dari PKR telah dilarang meninggalkan negara dalam masa dua minggu ini! Seorang ahli Parlimen PKR memberitahu Sin Chew bahawa dia menerima arahan mengatakan bahawa parti akan membuat usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Abdullah Badawi dan semua ahli Parlimen PKR mesti berada didalam negeri sehingga arahan seterusnya.
Beliau berkata bahawa sokongan terhadap Pakatan Rakyat amat kuat dan percaya bahawa peralihan kuasa akan berlaku tidak lama lagi.
Beliau juga berkata, sebelum ahli ahli Parlimen BN berangkat ke Taiwan, seramai 31 ahli-ahli Parlimen BN telah pun menandatangani akuan bersumpah bersetuju untuk menyertai Pakatan Rakyat.
Menurut maklumat dalaman PKR, Pakatan Rakyat telah mencapai persetujuan untuk mengkhaskan jawatan PM dan tPM kepada orang Melayu apabila mengambil alih kerajaan pusat, kerana persekitaran politik yang masih belum menentu buat masa ini.
“Jangan terkejut, kerana Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Walaubagaimanapun, dua jawatan penting kabinet, Menteri Dalam Negeri dan menteri Perdagangan Antarabangsa akan diisi oleh wakil Cina, dan Lim Kit Siang merupakan calon pilihan.
edyes wrote:
Pada dasarnya, Pakatan Rakyat harus mengambil alih tampuk pemerintahan negara sesegera mungkin bagi menghadapi zaman kemelesetan ekonomi.
Sekiranya Kerajaan BN sudah tidak mampu untuk memerintah, mereka seharusnya menyerahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat atau akan menghadapi risiko ditumbangkan dengan pukulan TKO. Badai perubahan tidak lagi dapat dihalang. Angin Reformasi yang membawa kedamaian dihati setiap rakyat kini bertiup kencang.
Kita semua sedia maklum, kerajaan BN sememangnya tidak lagi relevan. Dengan Najib sebagai pengganti dijangkakan akan lebih menjahanamkan negara dengan membawa kembali unsur-unsur Mahathirisme. Wang rakyat digunakan sewenangnya, kerajaan tidak amanah dalam mengurus-tadbir kewangan negara dengan perbelanjaan yang memberi keuntungan berganda-ganda kepada kroni dan proksi.
Tidak dinafikan, kerajaan BN telah membawa kemajuan kepada negara. Tidak dinafikan juga, kerajaan BN telah menaikkan banyak infrastruktur bertaraf dunia di bumi kita. Tetapi sedar atau tidak, nun di sana ramai lagi rakyat daif yang memerlukan perhatian. Kemajuan hari ini telah menafikan hak mereka yang tidak punya harta dan lebihan wang.
Keadaan sekeliling telah membuktikan bahawa kemajuan itu bukanlah segala-gala. Apa guna kemajuan jika anak bangsa masih lagi merempat di bumi sendiri? Apalah makna kemajuan jika masalah sosial tidak terkawal dan sukar dibendung? Kemajuan itu adalah harus, tetapi biarlah selaras taraf kehidupan rakyat.
Kita ambil pembinaan ratusan juta ringgit Masjid Kristal di Terengganu sebagai contoh. Memang cantik dan hebat sekali masjid tersebut. Tersergam indah di tengah pulau dan terpulau. Apakah tuntutan pembinaan ratusan juta untuk sebuah masjid sedangkan di sekeliling kawasan tersebut penduduknya daif yang kais pagi makan pagi?
Fikirkanlah di mana letaknya kewarasan apabila idea membina masjid hebat di tengah pulau sedang penduduk sekitarnya termasuk dalam golongan miskin tegar. Apakah yang mereka dapat di sebalik terbinanya masjid kristal berbanding kroni-kroni yang mengurus-binanya.
Sesetengah daripada kita selalu memberi gambaran bahawa kestabilan ekonomi akan hancur sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara. Namun, buat masa ini ekonomi telahpun dihancurkan oleh kerajaan yang memerintah. Peralihan kuasa ini dijangkakan tidak membawa apa-apa kerosakkan kepada ekonomi kerana keadaan ekonomi yang sememangnya teruk hari ini.
50 tahun yakni 5 dekad peluang untuk memartabatkan tanah air telah diberikan kepada Barisan Nasional. Kini tiba masanya untuk kita semua menyambut kehadiran sebuah kerajaan baru untuk julung-julung kalinya. Harapan dihamburkan pada Pakatan Rakyat untuk memulihkan sekurang-kurangnya ekonomi dalam negara.
Ekonomi dalam negara yang saya maksudkan adalah merujuk kepada ekonomi rakyat. Adalah lebih baik sekiranya rakyat diberi keutamaan dalam pelbagai aspek. Segala pendapatan dan keuntungan negara akan diagih kepada semua peringkat masyarakat dan memastikan kadar kemiskinan tegar dibanteras sepenuhnya.
Ini bukan retorik. Saya yakin Pakatan Rakyat akan membawa kestabilan kepada negara dan rakyat dengan mengurangkan harga minyak dan seterusnya mengawal harga barang keperluan dengan sepenuh perhatian. Tol-tol yang membebankan dan menyusahkan akan dikaji untuk pengurangan atau dilupuskan terus dari bumi Malaysia. Konsep pelajaran percuma seharusnya meringankan beban para ibu-bapa, penetapan gaji minima yang melegakan peringkat bawahan, sistem kapitalis yang berasaskan keuntungan semata-mata akan dirombak.
Lonjakkan ekonomi pasti berlaku apabila pelabur-pelabur yang selama ini menanti penubuhan Malaysia Baru, mula menabur peluang pekerjaan dengan lebih progressif. Apabila rasuah yang berlaku dalam kerajaan dikekang, kebocoran wang rakyat dapat dibendung, maka kerajaan menjadi lebih mantap untuk membaikpulih ekonomi negara serta kehidupan sosial.
Peralihan kuasa ini juga akan memberi ruang yang lebih kepada usaha memartabatkan agama Islam tanpa mengganggu kepentingan agama lain. Perlaksanaan akan menjadi agenda penting dalam mengukuhkan arus kebangkitan Islam di dalam negara malah ke seluruh dunia. Sekolah-sekolah agama pelbagai peringkat akan didokong oleh kerajaan supaya beban untuk menghantar anak ke sekolah agama dapat dikurangkan.
Kita menuntut reformasi kerajaan dan kita dituntut untuk melakukan reformasi kehidupan. Sistem kuno berasaskan penjajah ini harus dibuang jauh-jauh. Kita layak mempunyai Malaysia yang lebih jauh lebih baik jika negara ini diperintah dengan kadar ketelusan yang tinggi. Hidup Pakatan Rakyat, kerajaan Barisan Nasional menjadi lipatan sejarah.
Apapun, kepastian berita peralihan kuasa ini tidak dapat disahihkan. Mungkin saya memasang angan untuk melihat bangsaku maju disamping kebajikan yang terpelihara.
RE-FOR-MA-SI !
Takbir!!
2 comments:
PENYIMPAN MOHOR RAJA2 HINDAFT..MENGISTIHARKAN BAHAWA PERALIHAN KUASA PR AKAN BERLAKU TIDAK LAMA LAGI..KERANA KETAKUTAN DAN FOBIANYA PR BILA NAJIB TAKEOVER JADI PM..DAN YANG AMAT MENGGERUNKAN LAGI BILA ADANYA BAYANGAN MAHATHIR..
MAKA BERMULALAH EPISODE YANG BARU..DENGAN DRAMA YANG BARU DAN FILEM YANG LEBIH SENSASI UNTUK RAKYAT MALAYSIA..JENG!JENG!JENG!
Makin menjadi-jadi tukang karut ni mengarut.
Post a Comment