Saturday, January 9, 2021

VIDEO | MP Machang Umum Tarik Sokongan, PN Sudah Tiada Majoriti



Ahli Parlimen Machang, YB Nur Jazlan dengan ini telah mengumumkan penarikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini bermakna Kerajaan PN secara teknikalnya sudah tumbang kerana tidak mempunyai majoriti.

Mengikut kiraan terkini, Kerajaan PN dan Muhyiddin kini disokong oleh hanya 110 Ahli Parlimen.

Apakah akan ada lagi penarikan sokongan terhadap Kerajaan Muhyiddin Yassin selepas ini? Sama-sama kita nantikan!

Portal Malaysiakini turut melaporkan seperti berikut;

Jumlah ahli parlimen yang berada di belakang Muhyiddin Yassin berkurangan seorang lagi hari ini apabila Pengerusi Umno Kelantan menarik balik sokongannya kepada presiden Bersatu itu.

Pendirian Ahmad Jazlan Yaakub itu dibuat pada sidang media yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

“Maka dengan ini saya mengumumkan saya menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya yang juga anggota parlimen Machang.

Pengumuman Ahmad Jazlan hari ini meletakkan kerajaan PN kini hanya berdiri dengan sokongan 110 daripada 22




Wednesday, January 6, 2021

LIVE | Sidang Media Tergempar Selepas Mesyuarat MKT UMNO

 


Ketika ini para wartawan sedang menunggu sidang media tergempar selepas MKT Umno yang akan bermula bila-bila masa sahaja lagi.

Malam ini juga telah berlaku 2 mesyuarat dengan 2 situasi di 2 lokasi.

1. Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC Kuala Lumpur

2. Mesyuarat Tergempar Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU di Yayasan Selangor Petaling Jaya.


Apakah satu keputusan besar akan dimuktamadkan pada malam ini? 

Apakah PPBM mampu mengekalkan Kerajaan PN sekiranya Umno bertindak keluar dari gabungan kerajaan?

LIVE Sidang Media dibawakan oleh Malaysia Gezette Klik Di Sini

Update 11.45pm | Meeting PPBM telah tamat dan Azmin Keluar Paling Awal

Update 11.51pm | Mesyuarat MKT Umno telah tamat. Hanya kenyataan media sahaja diserahkan kepada wartawan. Tiada sidang media malam ini.

Kenyataan Media Adalah Seperti di Bawah;







Zahid Beri Sokongan Bertulis Kepada Anwar - Annuar Musa

 


Nampaknya setelah Tan Sri Annuar Musa dipecat dari jawatan Setiausaha Barisan Nasional semalam, beliau tidak duduk diam apabila sengaja mendedahkan bahawa Zahid telah memberi sokongan secara bertulis kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan ini juga secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa Kerajaan PN yang dipimpin Muhyiddin sudah hilang kredibiliti dan mampu tumbang bila-bila masa dari sekarang.

Ikuti laporan Malaysiakini sebentar tadi;

Bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa hari ini mengesahkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membuat perakuan bertulis menyatakan sokongannya kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Menurutnya, akuan itu juga dipersembahan kepada Yang di-Pertuan Agong sekali gus bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Saya mengesahkan wujudnya sokongan secara hitam putih oleh presiden Umno kepada Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan PN yang dianggotai BN.

"Akuan itu dialamatkan kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Sidang media berkenaan diadakan sehari selepas ahli parlimen Ketereh itu diketepikan daripada jawatannya sebagai setiausaha agung BN.

Annuar berkata, tindakan diambil Ahmad Zahid itu merupakan percubaan dan perundingan yang melibatkan DAP dalam apa yang diistilahkan pembentukan jajaran baru politik.

"Percubaan menggugat kestabilan kerajaan PN berkali-kali yang menyebabkan terjejasnya hubungan baik terutamanya antara Umno, PAS dan Bersatu yang merupakan parti teras yang telah mewujudkan Perpaduan Melayu dan Islam di negara ini," katanya.


Tuesday, January 5, 2021

BN Pecat Setiausaha Agongnya Tan Sri Annuar Musa!!

 



Barisan Nasional (BN) memecat setiausaha agungnya, Annuar Musa kerana dikatakan tidak selari dengan parti tunjangnya Umno, kata sumber dalaman.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) akan digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Maslan. Pelantikan itu berkuat kuasa serta-merta susulan pemecatan Annuar hari ini. 
Pengumuman pelantikan Ahmad diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan semasa perjumpaan khas bersama Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Pusat Dagangan Dunia (WTC) sebentar tadi.
Ahmad Maslan sebelum ini memegang jawatan Setiausaha Agung UMNO.

Sunday, January 3, 2021

Perubahan Kerajaan | Hanya Tunggu Budi Bicara Agong - Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media sebentar tadi menyatakan bahawa perubahan tampuk kepimpinan negara ketika ini hanya bergantung kepada budi bicara YDP Agong. 

Menjawab persoalan wartawan samada beliau masih yakin mempunyai sokongan untuk menjadi PM, DSAI tetap menyatakan keyakinan dan memaklumkan bahawa warkah telah dihantar kepada YDPA.

Hanya terpulang pada Agong. Ikuti laporan Malaysiakini di bawah;

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata dia telah menghantar sepucuk lagi surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung sokongan yang dimilikinya.

Ketika ditanya jika dia masih yakin mampu mendapat sokongan Umno untuk menjadi perdana menteri, Anwar berkata kini segala-galanya terpulang pada budi bicara Agong.

“Ini proses terus. Saya sudah hantar warkah kepada Yang di-Pertuan Agong. Agong baru habis kuarantin.

“Itu budi bicara Yang di-Pertuang Agong. Jadi saya tak mahu komen lebih daripada itu,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Diskusi Santai Presiden PKR di Hotel Tamu Kuala Lumpur, hari ini.

VIDEO | Pasangan Suami Isteri Redah Bahaya Banjir

 



Orang ramai sudah beri nasihat, tapi pasangan ini masih berdegil.. semoga pasangan ini selamat




VIDEO | Rangkuman Banjir Di Beberapa Kawasan








Hujan masih turun ketika ini. Ayuh kita doakan keselamatan buat semua mangsa banjir di seluruh negara. 




 

Saturday, January 2, 2021

Kerajaan Hari Ini Tidak Boleh Diharap - Anwar

 


Benarlah apa kata DSAI, kerajaan yang terbina dari pengkhianatan mandat rakyat ini telah menipu rakyat demi supaya diluluskan bajet tempohari tanpa tentangan umum.
Apakah kita harus membenarkan diri kita terus ditipu? Mengapa tidak kita masing-masing bersuara memberi tekanan supaya janji KWSP dan Moratorium dilaksanakan dengan lebih baik.
Esok pada jam 4.30pm, DSAI akan mengadakan satu sidang media di Hotel TAMU and Suites. Kita doakan segalanya berjalan dengan lancar.
Sebelum itu, Ikuti laporan Awani di bawah;
Perkembangan semasa berkaitan pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), moratorium dan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) memberi petunjuk kerajaan sekarang adalah kerajaan yang tidak boleh digantung harap.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, situasi itu memburukkan lagi keadaan tatkala negara dan rakyat masih bergelut dengan situasi ekonomi dalam negara.
Menurutnya, kenyataan dibuat Menteri Kewangan melibatkan KWSP, moratorium dan HSR semasa penggulungan Belanjawan 2021 baru-baru ini juga sukar untuk dipercayai.
“Ketidakstabilan dan goyahnya kerajaan memberi imej dan reputasi buruk kepada negara dan ia akan menanam ketidakyakinan kepada negara luar untuk mengadakan rundingan atau untuk mencapai sebarang persetujuan dengan Malaysia,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas isu moratorium pinjaman sewa beli kenderaan, Anwar menegaskan beliau cakna dengan keluhan rakyat yang berasakan ia hanyalah 'janji dan harapan palsu Perikatan Nasional (PN)'.
“Saya mendapati moratorium pinjaman sewa beli kenderaan ini datang bersama kos yang lebih besar dan menambah beban rakyat.
“Pelbagai syarat yang dikenakan juga terus merumitkan keadaan, dan ini tidak membantu rakyat di bawah yang saat ini masih terhimpit dengan dampak wabak COVID-19.
“Sebagai kerajaan yang kononnya peduli dan prihatin terhadap nasib rakyat susah, adalah tidak wajar perkara sebegini dipandang enteng dan diambil mudah,” ujanrya.
Justeru, beliau menggesa kerajaan dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk membetulkan perkara tersebut secepat mungkin.
Katanya lagi, kerajaan juga harus menjelaskan dengan lebih terperinci jumlah sebenar yang terpaksa ditanggung kerajaan dan pembayar cukai akibat pembatalan projek HSR.
“Jika benar seperti yang dilaporkan, ini secara tidak langsung telah mendedahkan lagi kelemahan kerajaan PN dalam membuat sebarang keputusan besar buat negara dan rakyat,” katanya
Sumber: Awani

Friday, January 1, 2021

Zeti Menafikan Dakwaan Tanpa Menyentuh Soal SD


Akhirnya Tan Sri Zati bersuara dalam satu kenyataan lewat semalam, menafikan tuduhan terhadap dirinya dan keluarga menerima dana dari 1MDB. Menurut beliau, perkara tersebut adalah palsu dan fitnah.

Tan Sri Zeti memberi makluman bahawa beliau tidak boleh memberikan kenyataan lanjut berhubung perkara ini kerana beliau adalah saksi berpotensi untuk kes Najib Razak. Ia akan mengganggu perbicaraan dan berkemungkinan akan menjadi sub-judis sekiranya beliau membuka mulut. Ini alasan yang diberikan oleh Tan Sri Zeti.

Namun tidak ada satu pun penafian terhadap Statue Declaration (SD) yang didakwa ditandatangan oleh pemegang akaun melibatkan suami dan anak-anaknya. Ini adalah perkara yang paling mustahak namun penafian tidak merujuk kepada SD atau mengatakan SD itu palsu.

SD tersebut secara tidak langsung membuktikan kerajaan Singapura telah mengambil tindakan membekukan beberapa akaun kerana mendapati ia mungkin berkait dengan 1MDB.


Sepatutnya Tan Sri Zeti wajar mengatakan dengan tegas bahawa SD yang disebarkan itu adalah palsu. Jika tiada penafian begini, ia seterusnya akan menjejaskan reputasi beliau dengan sangat teruk kerana transaksi itu berlaku ketika beliau di atas kapasiti gabenor bank negara. 

Berikut adalah kenyataan Tan Sri Zeti yang dipetik Berita Harian;

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, menafikan dakwaan bahawa beliau dan keluarganya menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau mendakwa, ada laporan media yang tidak betul telah mengaitkan diri dan keluarganya dengan syarikat berkenaan.

"Tuduhan terhadap saya dan keluarga sama sekali palsu serta berniat jahat," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Baru-baru ini, sebuah portal berita melaporkan ada ahli keluarga Zeti Akhtar, termasuk suami dan anaknya, didakwa menerima dana lebih RM100 juta daripada ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang menjadi buruan pihak berkuasa berhubung skandal dana 1MDB.

Zeti Akhtar yang juga Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) menjelaskan, isu berhubung 1MDB sudah disiasat secara menyeluruh serta teliti oleh pihak berwajib, iaitu Bank Negara (BNM), polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, beliau telah memberi sepenuh kerjasama, selain menyalurkan maklumat diperlukan polis dan SPRM dalam siasatan kes 1MDB serta bekas Perdana Menteri.

Bagaimanapun, beliau berkata, dirinya tidak dapat membuat pernyataan lebih lanjut kerana menjadi saksi berpotensi dalam perbicaraan kes bekas Perdana Menteri yang sedang berlangsung.

Baca juga kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mendesak agar Tan Sri Zeti tampil memberi pencerahan: TERKINI | Kenyataan DSAI Dedah Dr. Zeti Terkait Skandal 1MDB 

Semoga tahun 2021 akan menyaksikan negara ini benar-benar melalui tempoh perubahan yang baik dan segala kepincangan serta kebobrokan mampu dipatahkan dengan semangat Reformasi yang total.


Thursday, December 31, 2020

TERKINI | Kenyataan DSAI Dedah Dr. Zeti Terkait Skandal 1MDB





Tan Sri Zeti Akhtar harus tampil membersihkan namanya dari terus dikaitkan dalam siri pertuduhan terbaharu melibatkan transaksi dengan Jho Low.

Selaku pemegang jawatan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan bekas Governor Bank Negara dari 2000 hingga 2016, kita khuatir ada unsur-unsur salah guna kuasa dengan memberi laluan kepada kepincangan yang berlaku khususnya dalam kes 1MDB.

Kenyataan DSAI di bawah ini merungkai persoalan yang wajib dijawab;

KENYATAAN MEDIA
31 Disember 2020

Pertuduhan terbaru mengaitkan keluarga mantan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dalam kes 1MDB yang melibatkan transaksi dengan Jho Low dan bank-bank di negara jiran Singapura menampakkan Malaysia masih jauh dalam mencari jalan keluar dari skandal ini. Imej dan reputasi buruk kepada negara kesan dari skandal ini masih belum pulih sepenuhnya. 

Mereka yang mendapat faedah dan laba dari kes 1MDB ini mesti dibawa ke muka pengadilan. Mereka yang bersekongkol mesti juga bertanggungjawab kerana tidak mungkin skandal maha dahsyat ini terwujud tanpa persetujuan dari pelbagai lembaga kewangan dan peraturan.

Kegagalan untuk menghadapkan mereka ke muka pengadilan juga akan meletakkan Malaysia dalam keadaan terdedah kepada skandal semacam 1MDB di masa hadapan. Ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai bahan gurau senda tatkala kita gah berbicara soal ketelusan. kebertanggungjawaban dan melawan rasuah.

Maklumat terkini berhubung kemungkinan keterlibatan Dr. Zeti dalam skandal 1MDB ini adalah berkait dengan pembekuan wang yang berasal dari dana haram 1MDB oleh pihak berkuasa di Singapura. Akaun-akaun luar pesisir yang berdaftar memberi petunjuk bahawa ia adalah milik ahli-ahli keluarga Dr. Zeti. 

Beliau yang kini menjawat jawatan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) harus segera mengesahkan kenyataan-kenyataan yang dibuat sebelum ini terkait pengetahuannya tentang aliran dana haram 1MDB, dan apakah atas kapasiti sebagai Gabenor BNM beliau telah dengan sedar membenarkan aliran dan transaksi masuk dan keluar dari akaun-akaun bank di Malaysia yang dimiliki oleh pemain-pemain politik. 

Beliau juga mesti memberi penjelasan tentang sebarang pengetahuan yang beliau ada saat kes 1MDB terdedah, dan apakah ahli-ahli keluarganya turut mendapat manfaat kewangan hasil dari kesepakatan dengan Jho Low. Kegagalan untuk menjawab persoalan-persoalan ini akan mewujudkan prasangka dan keraguan terhadap integriti pengawal selia kewangan di negara ini. 

Pemerintah Republik Singapura juga harus tampil dan memberi penjelasan kerana skandal ini akan memberi dampak buruk kepada reputasi republik itu sebagai pusat kewangan terkemuka. 

Sejak penyiasatan terhadap 1MDB bermula, banyak negara telah melakukan yang sepatutnya, termasuk mengenakan denda dan penalti ke atas bank-bank dan para eksekutif kewangan yang bersekongkol dalam skandal ini. Walhal di Malaysia, tempat asal dana haram ini, masih belum berbuat apa-apa yang ketara dan meyakinkan. 

ANWAR IBRAHIM