Friday, September 5, 2008

P.Pinang : Ahmad Tidak Perlu Minta Maaf

PULAU PINANG 5 Sept. – Semua 13 UMNO Bahagian di Pulau Pinang bersetuju dengan pendirian Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail bahawa beliau tidak perlu minta maaf atas kenyataan yang dibuatnya berhubung dakwaan kaum Cina adalah pendatang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Rashid Abdullah berkata, ini kerana perkara yang disebut adalah fakta sejarah yang tidak patut diragui oleh mana-mana pihak. – Utusan.


edyes wrote:

Terbukti ! Untuk kali ini, UMNO memulakan sentimen perkauman.

Dengan keputusan sebulat suara seperti ini, mereka menunggu respon kemarahan dari kaum cina yang akan menyebabkan kebencian terhadap melayu menular dengan cepat. Apabila orang-orang cina menyatakan kemarahan terhadap apa keputusan yang dibuat, maka media pula akan memainkan peranan bagi mengapi-apikan sentimen pihak melayu pula.

Tidakkah saudara semua sedar, kita sedang dipermainkan. Mereka mahu kita bergaduh semama rakyat. Mereka mahukan ada di antara sanak saudara kita mati berbunuh-bunuhan sedangkan mereka terbang entah ke mana. Ini satu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab !

Apabila UMNO P.Pinang mengakui secara sinis dan terbuka bahawa orang-orang cina yang ada di Malaysia adalah kaum pendatang, sudah tentu ia akan menyebabkan skala kemarahan yang lebih besar.

Sedangkan Timbalan Perdana Menteri memohon maaf manakala ketua-ketua bahagian pula menyindir kaum cina.

Dengan tegas saya katakan, adakah berbaloi jika pergaduhan kaum itu berlaku?? saya yakin, hanya satu pihak sahaja yang akan UNTUNG dari segi politik dan kedudukan sekiranya perbalahan ini berlaku. Sebab itu permohonan maaf dibuat lebih awal...

Fikir-fikirkanlah ...

Al-Fatihah - Pak Samad Dalam Kenangan

A. Samad Ismail
1924 - 2008

Jasamu Terhadap Negara Tetap Dikenang.

Ada yang kata, LOMPATAN dah MULA !!!

COPY & PASTE DARI TopengPerak

From YB.XXXXXXXX

Today 5th.Sept, 2008 simultaneous press conference at 3pm: Gerakan, PPP, SAPP, SPDP, UPKO, LDP and PBS will be announcing their withdrawal from BN at their respective party HQ.

They will also be the first block crossover to Pakatan Rakyat.

Change begins today!

REFORMASI!

Memang Ada Trip ke Oversea : 7hb-19hb Sept !

Tak tumbuh tak melata

Tak sungguh tak dikata

Rupanya benar sekali sms yang tersebar mengatakan terdapat satu rancangan untuk spoil detik bersejarah 16 September. Ura-ura mengatakan Kelab Penyokong Barisan Nasional iaitu BNBBC akan buat satu retreat di oversea pada minggu akan datang adalah sebenarnya perkara yang benar berlaku seperti yang diberitakan oleh the star ;

PUTRAJAYA: Barisan Nasional MPs have been asked to submit their passports for an overseas study trip ahead of Sept 16, the date that is being bandied about for supposed defections to take place.

Backbenchers Club chairman Datuk Seri Tiong King Sing said the trip was the brainchild of the club but rejected suggestions that it was organised because of the Sept 16 claim.

“The trip came about after a few of our members got talking. We wanted MPs to update themselves with the latest information about agriculture and high-tech food production so that we can debate better on the Budget when Parliament sits again in October.

“This is the best time for the trip although it is the fasting month because after that, Hari Raya celebrations begin and Parliament will meet again,” he told The Star here yesterday.

Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has been claiming that his plan to topple the Barisan government by Sept 16 was on track. He claimed that some 30 Barisan MPs, particularly from Sabah and Sarawak, were ready to defect.

It is understood that the trip, said to take place between Sept 7 and Sept 19, will be open to all MPs, especially those whose constituencies have agricultural concerns, and not just MPs from Sabah and Sarawak, said to be targets of PKR.

Tiong, the Bintulu MP, maintained that the trip “had nothing to do with Sept 16”, saying it was only natural to ask MPs to submit their passports for the purpose of visa applications and ticket bookings.

He said the club had not finalised how many MPs would be going on the trip or the actual date.

selanjutnya

Panas : BNBBC Ajak Retreat Kat Oversea

Ini semua rancangan khas untuk menggagalkan cita-cita 16September.

Hari-hari keluar berita kata takde lompat. yang depa terloncat macam beruk kena belacan nie apapasal? Teluq dah ke dalam ke?

Ikuti berita dari sahabat blog saya TP (Perisik-Rakyat).


Oleh: Topeng Perak

SMS menarik… hangpa baca & pikiaq betapa desperatenya depa sampai kene buat mejlis kat luaq negara… PENYERTAAN AHLI-AHLI YB ADALAH DIWAJIBKAN..!

Kah kah kah kah kah……

BN Back Bencher Club telah mendapat kelulusan mengadakan retreat di luar negara mulai 7 September hingga 19 September 2008. Penyertaan ahli-ahli YB adalah diwajibkan. Sila fax muka hadapan passpot antarabangsa ke pejabat BNBBC di 03-2070-7101 selewat-lewatnya petang ini. Kerjasama YB amat dihargai. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengerusi/Timbalan Pengerusi BNBBC di 019-932-0932.

Dan lagi 1 aku baru dapat tau :

Semua MP BN… ditaja berbuka puasa di Las Vegas, pada 16 September… kedatangan DIWAJIBKAN jugak..!

Kah kah kah kah kah…

Phobia phobia phobia..!


edyes wrote:

Kesahihan saya tak pasti, tapi berita nie macam lawak petang bersama Barisan Nasional.

Mungkin benar atau mungkin tak benar, tapi yang pasti berita nie memang LAWAK. keh keh keh...

Bukan tak percaya. Ada kemungkinan perkara semacam nie betul-betul berlaku sebab seperti yang kita semua maklum, BN dalam keadaan menggelabah kekadang ambik langkah yang tak semenggah.

Biasa jugak UMNO dan BN buat lawak bodoh kan..??

Thursday, September 4, 2008

Ahmad Tidak Akan Mohon Maaf


Ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak akan memohon maaf walaupun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berbuat demikian.

Sebaliknya, kata Ahmad, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.


edyes wrote:

Aduh, malunya Najib.

Aduh, malunya pemimpin melayu.

Apabila pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan kata-kata nista perkauman tidak mahu memohon maaf, tatkala satu lagi pihak yang lebih atasan tergesa-gesa meminta maaf, di manakah kredibiliti pihak-pihak ini?

Jika Najib mewakili UMNO dan sebagai orang nombor dua parti tersebut memohon keampunan, adakah Ahmad Ismail sebagai ketua bahagian mewakili diri sendiri?

Di mana pernyataan berbentuk perkauman itu disebut? - di Permatang Pauh. Bila pernyataan itu diungkapkan ? - 25 Ogos iaitu minit-minit terakhir zon berkempen. Untuk parti mana ceramah atau ucapan itu disampaikan atau untuk calon mana yang dikempenkan pada kejadian tersebut? - Sudah tentu untuk parti UMNO !

Jadi, sudah jelas dan terang bahawa perkara ini merujuk terus kepada UMNO khasnya dan Barisan Nasional amnya. Apa lagi yang perlu diselindung oleh kerajaan regim paklah kononnya Ahmad Ismail hanya mewakili diri sendiri. Sudah menjadi dasar sejak dulu lagi mereka mengamalkan politik perkauman. Itu jelas.

Tindakan Ahmad Ismail yang mempertahankan tindakkan 'racist'nya mencerminkan budaya yang di bawa oleh pemimpin UMNO terarah kepada 'mewujudkan sentimen yang membawa kepada perbalahan kaum'. Apakah yang sebenarnya bermain di kem sana? Mau kami berperang kah?

Kita di Pakatan Rakyat menolak segala bentuk propaganda dan sentimen perkauman. Jangan mainkan api perkauman itu kelak membakar diri. Tidak menjadi kesalahan jika Melayu melindungi Cina, Cina melindungi India dan India melindungi Melalyu. Atau dengan kata lain SALING melindungi antara satu sama lain.

Najib mohon maaf tatkala Ahmad sebagai yang bertanggungjawab mempertahankan tindakanya. Najib selamat, manakala Ahmad pula dijadikan korban barisan hadapan bagi menjayakan apa yang dirancang. Apa sebenarnya yang DIRANCANG? untuk menggagalkan 16September ?

Oleh demikian saya menyeru kepada semua rakan termasuk melayu, cina dan india, ambil langkah berjaga-jaga. Tolak semua unsur perkauman. Nanti yang mati kita, yang untung mereka. Memang perkara ini hampir mustahil memandangkan semua kaum terarah kepada perpaduan, TETAPI harus ingat-mengingat bahawa tiada apa yang mustahil.

Antara 5 Sept – 16 Sept : Klimex Reformasi !

"Jadi jangan tak jadi... orang kampung semua dah tau..."

Rahsia terbongkar akhirnya. Bersiap sedia menghadapi perubahan TOTAL.

Harap semua cekal menghadapinya SEKIRANYA aturcara di bawah menjadi kenyataan.

5 September
Semua komponen parti BN dari Sabah dan Sarawak isytihar keluar dari BN.

6 September
Semua komponen BN diSemenanjung keluar dari BN kecuali MCA dan MIC.

7 September
10 Ahli Parlimen BN umum pindah kerusi Parlimen ke Pakatan Rakyat.

8 September
5 Menteri dan Timbalan Menteri umum letak jawatan.

9 September
Sidang tergempar Parlimen.

10 September
Perdana Menteri mengumumkan perletakan jawatan.

12 september
Sidang tergempar mengusulkan DSAI membentuk ‘Caretaker Government’.

15 September
DSAI mengisytiharkan Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan baru.

15 September 9.20 malam
DSAI mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

16 September
DSAI mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.



Credit to Brader MSK PerakExpress.

Pemerintahan Tentera pada 15 Sept ?

Telah banyak kali saya tekankan, kita harus menolak politik perkauman.

Mat Saman Kati telah paparkan sepucuk surat dari local indian(link surat muka satu) yang meluahkan kekecewaan terhadap orang melayu. Tetapi surat tersebut dipenuhi kata-kata RACIST(link surat muka dua) yang melampau. Saya dah pernah baca surat tersebut bulan lepas tetapi tak sanggup paparkan bagi mengelak unsur rasis. Kini saya bicarakannya atas sebab perkara ini memerlukan satu penjelasan.

Ini satu propaganda yang besar untuk melagakan orang melayu dan india, di samping menarik orang cina masuk sekali yang akan menjadikan satu pergaduhan yang lebih besar berbanding 13 Mei. Seperti dalam ucapan si ahmad ketua bahagian P.Pinang, terbukti rasis.

Pergaduhan ini bukan hanya bakal melibatkan antara melayu-india ataupun melayu-cina, tetapi melibatkan antara MELAYU dan BUKAN MELAYU ! itulah yang 'mereka' mahu supaya semua orang-orang melayu kononnya kembali bersatu dibawah naungan United Malay apokobinceknyerntah.

Kita mesti cekal menghadang sebarang jenis propaganda yang menaikkan darah dan bakal menumpahkan darah. WAJIB bagi kita menolak sebarang unsur perkauman kerana hanya dengan politik perkauman sahaja yang menguntungkan UMNO. Kita mesti sedar dan arif tentang perkara ini.

Percaya atau tidak, semua bentuk propaganda dan rasis ini TELAH ditaja. Pihak yang menjadi mangsa nanti ialah kita iaitu rakyat. Kita mungkin akan kehilangan sanak saudara atau lebih dari itu, begitu juga kaum india dan cina. Bersediakah kita? atau pun 'ia' tidak perlu berlaku?

Apa pula akan jadi kepada pemimpin besar negara pada waktu itu? Mereka akan terbang sana-sini untuk menyelamatkan diri dan tetap hidup senang lenang di mana-mana pun. Bagaimana pula dengan nasib kita? nak terbang ke mana?

Jadi bagaimana cara untuk mengelakkan ini berlaku?

- Regim Paklah dan Najib harus dilumpuhkan sebelum sempat mereka mengishtiharkan perintah darurat dan seterusnya pengambilan kuasa oleh tentera.

Adakah saya memperkatakan sesuatu yang terlalu jauh dari realistik? Mungkin juga, tetapi kita harus bersedia. Dalam keadaan sekarang ini apa-apa pun boleh berlaku. Dalam jangkaan, luar jangkaan, dalam kawalan, luar kawalan, semua berkemungkinan.

Kita dapat lihat pelbagai perancangan yang diatur sebelum ini oleh pihak kerajaan untuk menguburkan DSAI dan rakan pembangkang kerana ketewasan ketara yang mereka alami bulan Mac yang lalu. Segala yang dirancang seperti yang kita sedia maklum, menemui jalan BUNTU, maka timbul lagi rancangan-rancangan lain seperti sabotaj dan sebagainya.

Tidak terfikirkah kita bahawa dalam banyak-banyak perancangan jahat yang diatur, terdapat satu pelan kecemasan. Sebuah pelan akhir yang begitu khianat sekali tanpa mempedulikan nasib rakyat. Mereka sudah bersedia dengan pelan kecemasan ini kerana merekalah yang mengaturnya. Bagaimana dengan kita?

Satu pesan saya, tolak politik perkauman yang selama ini di'taja'. Kita rakyat celik tidak lagi sebodoh 1969. Tolak propaganda murahan, tolak politik perkauman.

Setelah berjuang dan berusaha, pasti kita bertawakkal kepada Allah. Yakinlah bahawa mereka merancang, Allah juga punya perancangan, nescaya rancangan Allah itu lebih HEBAT.

Bagaimana Teruknya Barisan Nasional Dan UMNO ?


Saya meminjam beberapa kerat kata-kata Chedet terhadap apa yang berlaku dalam Barisan Nasional khususnya United Malay apekebinceknyentah;

18. Rakyat sebenarnya mendapat Kerajaan yang padan bagi mereka, baik atau buruk. Jila mereka dapat Kerajaan yang buruk, ini adalah oleh kerana mereka tidak sanggup bertindak untuk perbetulkan keadaan, tidak sanggup ambil risiko untuk mengalih kepimpinan Kerajaan kepada yang baik.

19. Dato' Seri Abdullah sudah hancurkan UMNO, MCA, Gerakan, MIC dan BN. Gerakan bercakap tentang meninggalkan BN. MCA agak senyap tetapi pimpinannya yang sebelum ini menyokong Abdullah walau apa pun terjadi, kini sudah undur daripada menjadi pemimpin.

20. Ahli kanan MCA, Gerakan dan MIC telah sertai pembangkang.

21. Di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, ahli UMNO dan BN tidak berani pakai baju dengan logo UMNO atau BN. Mereka tidak berani letak pelekat atau bendera parti di kereta mereka. Rapat umum mereka diceroboh ahli PKR yang memakai logo parti dan ahli BN dan UMNO duduk senyap seperti tikus bila belia PKR menjerit "bohong" semasa Dato Seri Najib berucap.

22. BN berada dalam keadaan yang amat sedih. Tidak ada satu pun pemimpin yang berani. Saya sebolehnya tidak mahu katakan ini, tetapi kemenangan PKR di Permatang Pauh mungkin menandakan berakhirnya hayat kesemua parti komponen BN dan juga BN.

23. Inilah yang dilakukan Abdullah Ahmad Badawi.

24. Sejarah akan rekodkan kegagalan Abdullah Ahmad Badawi dan konco-konconya dan pemimpin-pemimpin terdahulu parti-parti ini dan juga ahli-ahli politik yang akan datang akan mengutuk kepimpinan BN ini selama-lamanya.


Saya hanya mengambil beberapa kerat sahaja kerana ia berkait dengan tajuk entri ini. Pagi hari ini pula,
sekali lagi laporan BPR terhadap paklah mengenai politik wang. Boleh refer di blog brader rocky kita.

Walaubagaimana sekalipun, saya amat berharap Paklah KEKAL memimpin negara ini sehingga 16September kerana saya ingin melihat jatuhnya REGIM mertua-menantu yang menguasai negara ini dengan penuh kelemahan.

Bercerita mengenai 16September, Keadaan kian panas dan meletup-letup di dalam kem Abdullah Badawi. Mereka kini umpama cacing kepanasan hangit dibakar hidup-hidup oleh sebuah hikayat perjuangan yang bakal menjadi kenyataan. Hanya tinggal 12 hari sahaja lagi.

Saya akhiri entri ini dengan sebuah Pantun yang dipetik oleh mufti Perlis ;

Anak singa di Pulau Teberau
Anak tebuan seekor lari
Jika negara sudah kacau
Eloklah tuan mengundur diri

Agak2 untuk sapa lah pantun empat kerat nie...

tunggu entri seterusnya...

Wednesday, September 3, 2008

Ambil Pendekatan Tunggu dan Lihat

Secara ringkas-seringkasnya saya menyatakan bahawa saya mengambil pendirian TUNGGU dan LIHAT.

Perjuangan tetap diteruskan, cuma kini masa untuk menanti jawapan kepada segala usaha. Saya yakin positif kerana segala yang negetif itu dikenalpasti adalah serangan psikologi berbentuk propaganda dari pihak-pihak tertentu, pihak yang mempertahankan sesuatu, pihak yang tidak boleh terima kenyataan bahawa negara ini akan BERUBAH.

Ada yang mengatakan setelah Dato Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kerajaan persekutuan pada 16 September, hari tersebut juga akan menjadi hari perbalahan antara KAUM. Siapa yang mahukan perkara seumpama ini berlaku? adakah melayu? atau cina ? atau kaum terdesak india? atau pihak TERTENTU?

Kita adalah rakyat yang telah belajar, we learned. Demi masa depan SEMUA, pandai-pandailah mengorak langkah. TOLAK sebarang unsur perkauman.

Cukup di sini untuk seketika. Ringkas.