Kenaikkan kadar tarif elektrik di negara ini dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau. Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat.-mkini
Adakah kerajaan Malaysia sudah hilang akal ? Sudahlah rakyat kian terbeban dengan kenaikkan harga barang-barang keperluan, disentak pula oleh kenaikkan RON97 yang kini mencecah RM2.90 seliter.
Walaupun ura-ura kenaikkan RON95 menjadi tanda tanya, namun harus diingat bahawa kenaikkan RON97 juga menjadi faktor kenaikkan harga barang di mana kenaikkan tersebut menjadi alasan kepada kenaikkan barangan berasaskan petrol dan juga yang melibatkan logistik. Contohnya, harga susu tepung yang meningkat kerana harga minyak yang melambung.
Hari ini, rakyat digegarkan pula oleh berita kenaikkan tarif elektrik yang sepatutnya dinaikkan serentak dengan kenaikkan harga gula tetapi ditangguhkan di atas faktor mengelak kemarahan rakyat. Apalah nasib rakyat Malaysia, merempat di bumi sendiri!
Justeru itu, saya menggesa agar semua rakyat yang dibebani kehidupan yang melarat supaya cepat-cepat mendaftar sebagai ahli UMNO. Dengan keahlian UMNO, beban kenaikkan harga barang, harga petrol dan tarif letrik dapat dikurangkan dengan menunjukkan kad keahlian UMNO ketika membuat sebarang pembayaran. Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, saudara dikehendaki bersumpah serta merta untuk hanya mengundi Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang.
Sokonglah Barisan Nasional, pasti harga yang lebih berpatutan akan hadir buat anda di kala sesak. Dengan syarat, bersumpah laknat bersama-sama.
EDYES @ edyesdotcom