Tulisan Umum
22 Mac 2015
Hudud dan Perspektif Kepercayaan
Isu hudud kembali bergema dengan rentak yang lebih serius. Kali ini bukan sekadar mengundang retak menanti belah buat gugusan Pakatan Rakyat, tetapi turut mendapat perspektif umum - wajarkah sebuah negara Islam Malaysia mengamalkan hukum hudud, dan wajarkah ia bermula di Kelantan?
Secara peribadi saya sokong hukum Hudud dilaksanakan, ini hukum tuhan dan tak wajar kita pertikai, malah kita harus percaya inilah hukum terbaik untuk manusia sejagat khususnya orang Islam. Namun kewajarannya hudud dilaksanakan hari ini di Malaysia atau di Kelantan, masih harus bergantung kepada banyak perkiraan.
Perlaksanaan hudud mendapat tentangan hebat dari orang bukan islam, ini tidak pelik. Hanya pelik jika mendapat tentangan hebat dari orang Islam. Mari kita lihat mengapa penolakkan dari non-muslim berlaku.
Hukuman hudud adalah hanya untuk orang Islam. Siapa yang membandingkan orang bukan islam terlepas hukuman hudud berbanding orang islam, maknanya dia tak faham maksud ADIL dalam erti kata sebenar, meletakkan sesuatu yang kena pada tempatnya. Apakah jika mahu adil, anak lelaki dan perempuan harus memakai telekong untuk bersolat?
Dari satu sudut logika, seharusnya orang bukan islam terima Hudud ini dengan hati dan jiwa terbuka. Mereka harus berasa harta dan kepentingan mereka lebih selamat. Malah mereka juga tidak tertakluk kepada hukum hudud.
Jadi mengapa mereka menolak hukum ini?
Mereka (non-muslim) menolak bukan kerana mereka tidak faham, mereka menolak bukan kerana mereka buat-buat tak faham. Saya yakin tahap intelektual yang ada pada pemimpin-pemimpin parti dan NGO ini sudah layak untuk memahami soal Hudud, dan mereka sepatutnya mampu memberi pemahaman hudud kepada majoriti pengikutnya.
Justeru, jika mereka faham, mengapa masih tolak hukum hudud?
Jawapannya - soal kepercayaan. Bukan soal kepercayaan kepada agama Islam, kerana jika mereka percaya kepada Islam tentu mereka sudah memeluk Islam. Tetapi ia adalah soal kepercayaan terhadap pihak yang ingin melaksanakan hudud.
Saya yakin, mereka tahu islam itu agama yang suci. Namun mereka melihat dan mengalami sendiri tentang bagaimana masyarakat Islam di negara ini mengamalkan Islam tidak seperti yang digambarkan betapa sucinya Islam itu.
Mereka lihat, majoriti rakyat yang beragama Islam, hanya mengambil jalan berdiam diri apabila penindasan terhadap rakyat berlaku sewenangnya, apabila rasuah berlaku secara besar-besaran, apabila ketidak-adilan menyelubungi kehakiman negara, apabila harta khazanah negara dijarah, apabila rakyat miskin dicukai, apabila berlaku penipuan pilihanraya, apabila penegak demokrasi dihumban dalam penjara, orang islam diam membisu.
Sedangkan majoriti dari mereka secara solid dan konsisten melawan. Mereka yang bukan islam ini bersungguh-sungguh secara hampir sebulat suara menolak pemerintah. Ini dibuktikan dengan jelas di peti undi semasa PRU-13, majoriti besar dari mereka menolak kerajaan zalim.
Padahal kita yang bernama islam ini, yang ada bin dan binti, sanggup ketepikan matlamat kemenangan apabila sanggup berbunuhan sesama sendiri di medan perang, sanggup tanding 3 penjuru kemudian tuduh itu dan ini tanpa bukti. Kita yang bernama muslim, bernama Mustafa dan bernama Hardi, sanggup sabotaj pimpinan tertentu dari gapai kemenangan hanya kerana pimpinan tersebut 'deck' lain walaupun dalam satu kapal.
Dengan sifat angkuh dan bongkak yang tidak melambangkan ciri islam sebenar (rendah diri dan tawadduk), dengan kesamsingan tersembunyi, dengan kekayaan terserlah (nombor plat mahal, mini cooper dan vellfire), dengan 'body language' yang seolah ingin bersekongkol dengan pemerintah zalim, bagaimana agaknya mereka yang bukan islam ini mahu percaya?
Ya benar tulisan ini agak spesifik, apalah yang mahu disorokkan lagi. Cuba jawab, bagaimana orang nak percaya kita jika kita sendiri khianat demi kepentingan tertentu? Bagaimana mereka nak percaya kita, jika kita sendiri dilihat kaya raya dengan sumber yang meragukan?
Untuk melaksanakan hudud harus ada majoriti yang menyokong. Kelantan punya majoriti untuk laksana hudud, tetapi tidak mendapat kepercayaan umum. Malah jika hudud ini diteruskan, usaha menumbangkan kerajaan zalim nampak sayup dan perpecahan Pakatan Rakyat akhirnya menjadi realiti. Akhirnya hudud ini tidak terlaksana juga, hanya hasilkan perpecahan semata.
Jika benar nak laksanakan hudud, dapatkan kepercayaan terlebih dahulu. Dengan kepercayaan juga pemerintah zalim mampu ditumbangkan. Jika bukan islam tak percaya, malah orang islam di kampung, di felda dan pinggir bandar juga tidak percaya, bagaimana nak dapatkan majoriti untuk tumbangkan rejim?

Sedarlah, perkara pokok yang cuba saya sampaikan di sini ialah kepercayaan dan kebertanggungjawaban (akauntabiliti).
Hari ini, alasan mereka yang bukan islam menolak hudud hanya kerana perlembagaan persekutuan yang diangkat sebagai kedaulatan undang-undang (rule of law) tidak membenarkan hukum hudud dilaksana. Hudud ditentang di atas alasan ini, walaupun hakikat sebenar ialah tiada kepercayaan terhadap pelaksana hudud.
Percayalah, jika ada kepercayaan dan akauntabiliti terhadap pihak pelaksana hudud, mereka yang bukan islam ini sendiri akan menuntut supaya perlembagaan persekutuan disemak dan dipinda supaya hudud menjadi sebahagiaan dari hukum takzir yang termaktub dalam perlembagaan.
Hari ini, penerimaan mereka amatlah jauh sekali. Mungkin mereka masih tertanya-tanya, tangan siapakah yang harus dipotong dari setiap gondolan-gondolan hutan yang menyebabkan kebinasaan luar biasa meranapkan ribuan tempat tinggal.
Mungkin ada yang akan bertanya kepada saya, apakah nak tunggu orang bukan islam percaya kepada pelaksana terlebih dahulu barulah boleh kita laksanakan Hudud? Ya. Kerana negara ini hanya nama sahaja negara Islam.
Sekian
Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
6 comments:
yang hukum dipakai sekarang ada orang percayakah tapi kenapa dikuatkuasakan juga
yang menjalankan hukum tu dipercayai jugak ka
yang betulnya memang anti Islam
untuk orang Islam nak tegak hukum Allah kena pakai undi jugak kah?
Jika cuba dapatkan kepercayaan DAP dan PKR terlebih dahulu, walaupun BN tumbang diganti PR, DAP dan PKR yang sekular tetap tidak bersetuju dengan pelaksanaan Syariah yang lebih sempurna.
dari gaya penulis ni tulis, macam tidak berapa yakin dengan kepercayaan diri sendiri dan hukum tuhan..zaman Nabi lagi hebat tentangan dari para kuffar dan musyrikin yang ada di mekah dan madinah tp tetap jugak dilaksanakan..kalau nak tunggu semua percaya baru nak cuba usahakan nak buat..alamak masuk angin keluar asap pun belum tentu ler dapat buat..sifirnya mudah..kita sndiri tak mampu buat tp bila dah ada orang yg berusaha untuk buat, paling tidak pun kita sokong jelah walaupun sekadar dalam hati kalau tak nak orang tau kita sokong sebab "nak cari makan'..
Thank you for sharing in this article
I can learn a lot and could also be a reference
I hope to read the next your article updates
[-] Vimax Asli
[-] Pembesar Penis
[-] Agen Vimax Aslinsplu
http://pemimpinrakyat.blogspot.com/2015/03/assalamualaikum-semua.html?m=1
Sebab antaranya...mengapa Lim Guan Eng marah kepada Hj Hadi. ..
....
----------------------------------------------------------------
BN CEMAS - DAP Akan Menang Besar Di Sarawak & U-Turn!
----------------------------------------------------------------
Sumber Berita
>>> Klik Di Sini <<<
------------------------------------------------------------------------
Rakyat RAYU Agar Anwar Dibebaskn & Pembunuh Antartuya DiTANGKAP Segera!!
------------------------------------------------------------------------
Sumber Berita
>>> Klik Di Sini <<<
----------------------------------------------------------------
Macai BN BODOH - Tak Ikhlas Terima HUDUD Tp Persoal Cina Tolak
----------------------------------------------------------------
Sumber Berita
>>> Klik Di Sini <<<
-----------------------------------------------------------------------
Selamatkan Malaysia - Perpaduan Hanya Akan Wujud Selepas BN Dikuburkan!
-----------------------------------------------------------------------
** UMNO menyalak untuk perpaduan rakyat di Malaysia sejak dulu lagi.. Mereka bakal menyalak lagi penghujung tahun ini!!
Sumber Berita
>>> Klik Di Sini <<<
Post a Comment