Wednesday, August 27, 2014

Jawapan Menteri MiTi 'Ke Laut', SAMM Akan Teruskan Protes #PagarMiTi298 Jumaat Ini

Kenyataan Media

27 Ogos 2014


Jawapan Menteri MiTi 'Ke Laut', SAMM Akan Teruskan Protes #PagarMiTi298 Jumaat Ini


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama rakan sekutu tetap akan meneruskan Himpunan "Hentikan Perdagangan Malaysia-Israel" pada Jumaat ini walaupun telah dijawab oleh menteri bertanggungjawab.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MiTi) telah memberi respon dari sidang media SAMM pagi semalam namun jawapan yang diberi menggambarkan sikap terdesak regim. Jawapan yang berlandaskan 'kemungkinan itu dan kemungkinan ini' seharusnya tidak cukup tanpa fakta sokongan.


SAMM terpanggil mencabar pihak MiTi menjawab persoalan berikut;


1. Bagaimana Menteri MITI boleh membuat kesimpulan kononnya regim Israel ini begitu suci dan murah hati 'meminjamkan' pelabuhan Ashdod dijadikan transit barangan/produk ke Palestine?


2. Adakah Malaysia mempunyai pengesahan bahawa Pelabuhan di Ashdod, Israel itu digunakan sebagai transit sebelum produk-produk ini dihantar masuk ke Palestin? 


3. Di manakah bukti produk-produk ini diterima oleh syarikat atau perusahaan milik rakyat Palestin yang beralamat di wilayah Palestin?


4. Apakah jenis produk, syarikat yang terlibat dan nilai dagangan yang dihantar ke Palestin?


5. Berapakah pula nilai dagangan bagi produk Malaysia yang kononnya masuk ke Israel melalui negara pihak ketiga? Berapa pula nilai dagangan produk yang terus dari Malaysia?


6. Adakah negara pihak ketiga juga berperanan menjual sumber asli mentah Malaysia seperti minyak sawit, getah, koko, dan minyak sayur ke negara haram Israel? Atau sebenarnya ia dari pelabuhan Tanjung Pelepas?


Rakyat Malaysia tidak mudah diperbodoh dengan pelbagai alasan dan jawapan 'membela diri' yang dikemukakan.

 

Harus diingat, bantuan makanan dan ubatan sering dihalang dan peristiwa berdarah kematian warga turki dalam misi bantuan Freedom Flotilla tidak harus dilupakan. 


Malah jika regim Zionis ini begitu mulia hatinya mengapa perlu warga Palestin menggali terowong-terowong tikus bagi tujuan menyeludup masuk bekalan makanan, pakaian dan gas ke wilayah mereka?

 

Dalam isu berkaitan, SAMM turut mempersoal bagaimana syarikat perkapalan Zim syarikat yang juga GLC Israel bebas keluar masuk ke pelabuhan-pelabuhan kita? 


SAMM juga ingin bertanya apakah polisi negara yang membenarkan syarikat israel seperti AMDOCS digunapakai oleh ASTRO dan APCO Worldwide yang menjadi penasihat kerajaan persekutuan?

 

Jelaslah bahawa jawapan Menteri MITI ini hanyalah satu cubaan untuk meredakan kemarahan rakyat Malaysia yang semakin celik. Sifat munafiq pemerintah yang begitu menebal tidak mampu disorok lagi.

 

Ayuh kita bersama Solidariti buat Warga Palestin dengan turun beramai-ramai dalam aksi #PagarMiTi298 pada 29 Ogos 2014 di kompleks kementerian Jalan Duta, bermula dengan solat jumaat di Masjid Wilayah. Sebuah aksi bertaraf dunia yang bakal mendapat liputan antarabangsa.

 

Inilah harinya untuk rakyat Malaysia bangkit menyatakan kepedulian kita terhadap kemanusiaan di Gaza.


Sekian,


Edy Noor Reduan

Pengarah Propaganda

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

No comments: