Wednesday, February 29, 2012

Keislaman Mahathir Telah Terbatal - Ustaz Azhar Idrus





Di atas adalah rakaman kenyataan yang dilontar oleh Tun Mahathir, mengatakan hudud itu ciptaan/rekaan ahli fekah.

Di bawah ini pula adalah jawapan ringkas Ustaz Azhar Idrus merujuk kepada kenyataan Mahathir;

Klik gambar untuk imej yang penuh

Kalau tak sokong itu satu perkara, tapi membuat kenyataan yang menghina hukum Allah adalah satu perkara lain! Tiada bezanya antara Mahathir dan Chua Soi Lek...

Malam ini di Shah Alam
Dewan Merbau MBSA Sek 17 Shah Alam  Semua d Jemput Hadir

SAMM Dedah Gambar Gengster Dengan Pemimpin Umno !





KUALA LUMPUR, 29 Feb: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) semalam mendedahkan gambar penglibatan pemimpin Umno dengan mereka yang terlibat dengan kejadian ganas dalam beberapa program kebelakangan ini.

SAMM mendedahkan, pelaku keganasan di Jalan Kebun, Klang mempunyai hubungan dengan Senator Ezam Mohd Nor manakala di Pulau Pinang pula mempunyai kaitan dengan Datuk Helmi Yahya.

(Gambar Senator Ezam Md Nor bersama dengan ketua penyerang jalan kebun yang konon sedang diburu polis.)

Ekoran itu, Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan mendakwa, Umno sedang membawa suasana politik negara ke satu suasana yang kurang sihat.

Ini kerana, Umno semakin lemah dan sedar mereka telah gagal untuk menggunakan otak bagi berhujah, dakwa SAMM.

(Gambar Datuk Helmi Yahya bersama dengan antara kumpulan penyerang yang menyerang Lim Guan Eng baru minggu lepas.)

Tindakan ini juga dibuat kerana malu dengan Najib yang tidak berani berdebat maka Umno menggunakan keganasan dan gangsterism mengganggu program pendidikan politik rakyat, tambahnya.

Antara kejadian keganasan adalah serangan fizikal terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sembrong, serangan terhadap Nurul Izzah di Felda Lepir, serangan bersifat perkauman di Jalan Kebun dan Rantau (N.Sembilan) dan serangan terhadap mahasiswa di Kampung Idaman Kelang.

Terbaru adalah serangan gansgter libatkan pimpinan umno terhadap Lim Guan Eng sehingga mencederakan wartawan di Padang Kota Lama, semuanya tindakan terancang Umno, dakwa SAMM.

SAMM juga melahirkan simpati dengan polis yang terpaksa menjadi 'kuda' kepada Umno.

"Yakinlah polis punya rakaman, bukti yang cukup bagi mendakwa gangster ini tetapi mereka tidak mampu kerana Umno melindungi gangster ini," dakwa SAMM.

Walaubagaimanapun rakyat perlu tenang kerana perkembangan ini merupakan perkembangan biasa bagi regim hujung usia.

Seperti di Mesir ketika di hujung usia pemerintahan, regim Husni Mubarak menggunakan pendekatan keganasan dan kekasaran untuk menghalang kebangkitan rakyat Mesir.

Akhirnya regim Hosni tumbang di tangan rakyat, tegas Edy Noor Reduan.-harakahdaily



Klik di sini untuk kenyataan penuh SAMM - Politik Gangster: Umno Dipertanggungjawabkan



Politik Gengster: Umno Harus Dipertangungjawabkan




Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
28 Februari 2012

Politik Gengster: Umno Harus Dipertangungjawabkan

Umno sedang membawa suasana politik negara ke satu suasana yang kurang sihat. Umno yang semakin lemah sedar mereka telah gagal untuk menggunakan otak bagi berhujah, juga malu dengan Najib yang tidak berani berdebat maka Umno menggunakan keganasan mengganggu program pendidikan politik rakyat.

Ditegaskan Umno lah yang bertanggungjawab atas keganasan yang berlaku. Ia merupakan keganasan terancang dan sememangnya strategi Umno mutaakhir ini. Serangan fizikal terhadap anwar ibrahim di Sembrong, serangan terhadap Nurul Izzah di felda lepir, serangan bersifat perkauman di Jalan Kebun dan Rantau (N.Sembilan), serangan terhadap mahasiswa di Kg Idaman Kelang dan terbaru serangan gansgter libatkan pimpinan umno terhadap Lim Guan Eng sehingga mencederakan wartawan di Padang Kota Lama, semuanya tindakan terancang Umno.

Di bawah antara gambar pemimpin umno bersama dengan gangster




Gambar YB senator Md Nor Ezam bersama dengan ketua penyerang jalan kebun yang konon sedang diburu polis. Ezam merupakan antara senarai bakal calon boleh menang di kawasan itu. Adakah antara calon boleh kreterianya menggunakan gansgter menyerang program rakyat khususnya orang india?




Ini pula gambar dato helmi yahya bersama dengan antara kumpulan penyerang yang menyerang Lim Guan Eng baru minggu lepas. Serangan tersebut juga disertai pimpinan utama umno Pulau Pinang.

Rakyat juga seharusnya tidak lupa bagaimana perjumpaan Dato Seri Hishamudin bersama dengan kumpulan pijak kepala lembu hina agama hindu di Shah Alam.



SAMM juga simpati dengan polis yang terpaksa menjadi 'kuda' kepada Umno. Yakinlah polis punya rakaman, bukti yang cukup bagi mendakwa gangster ini tetapi mereka tidak mampu kerana umno melindungi gansgter ini.

Walaubagaimanapun rakyat perlu tenang kerana perkembangan ini merupakan perkembangan biasa bagi regim hujung usia. Seperti di mesir ketika di hujung usia pemerintahan, regim Husni Mubarak menggunakan pendekatan keganasan dan kekasaran untuk menghalang kebangkitan rakyat Mesir. Akhirnya regim Hosni tumbang di tangan rakyat

Oleh sebab itu rakyat Malaysia perlu menolak regim Umno seterusnya mengekang politik ganas, samseng dan ugut-mengugut yang menjadi budaya Umno.



EDY NOOR REDUAN (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM






Sent from my Samsung Galaxy Tab

Sunday, February 26, 2012

Umno Nak Ganggu Pelancaran #ABU Johor di Pasir Gudang Malam Ini (26feb) ?!!


Tarikh: 26hb Feb 2012 (Ahad)
Masa: 8.30mlm
Tempat: Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor.
Pemidato:
1) Che'Gu Bard (SAMM)
2) YB Salahuddin Ayub (AP Kubang Kerian)
3) Haris Ibrahim (NGI)
4) Pemidato dari kalangan rakyat
Pertanyaan: 013-7848585

Hadirlah beramai-ramai! Walaupun ada ura-ura pelancaran ABU Johor ini akan diganggu, namun rakyat yang cintakan demokrasi dituntut untuk menjadi lebih berani demi mencari kebenaran. Turunlah dan bersamalah pertahan majlis penerangan ini. 

Di bawah ini kenyataan SAMM Johor;

Hebahan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor)
25 Februari 2012

Hormati Demokrasi, Hentikan Aksi Samseng Menjelang Pelancaran ABU Negeri Johor

Menjelang program Pelancaran Gerakan Asalkan Bukan UMNO (ABU) Peringkat Negeri Johor pada 26 Februari ini di mana SAMM Johor turut terlibat sebagai penggerak Asalkan Bukan UMNO (ABU) Johor, semalam beberapa aktivis SAMM Johor telah menerima kecaman dan ugutan dari individu-individu semasa memasang poster-poster promosi program tersebut di beberapa tempat sekitar Pasir Gudang. Malahan, beberapa poster-poster promosi program tersebut telah dikoyakkan, diconteng dan disabotaj oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini, dalam beberapa siri program Pelancaran Gerakan Asalkan Bukan UMNO (ABU) di negeri-negeri lain telah berlaku provokasi dan gangguan tindakan tidak bertamadun yang gemar melacurkan minda anak muda. Sehubungan itu, SAMM Johor merasakan segala ugutan-ugutan, kecaman-kecaman dan tindakan mensabotaj poster-poster promosi ini hanya bertujuan untuk menakut-nakutkan aktivis kami dalam berjuang menentang rejim korup. SAMM Johor percaya tindakan ini adalah langkah awal pihak-pihak lawan sebelum aksi samseng digunakan semasa program pelancaran ini berlangsung Ahad nanti. Bahkan baru-baru ini, kita dikejutkan dengan aksi ganas sekumpulan anak muda upahan di Sembrong, Kluang hingga menyaksikan cermin kereta Ketua Pembangkang Malaysia pecah.

SAMM Johor dengan tegas menyatakan bahawa kami tidak akan bertoleransi dengan pihak-pihak yang menjajah minda anak muda dengan anasir politik sebegini. Seharusnya, UMNO dan Parti Politik yang ada di Malaysia mendidik anak muda untuk berpolitik secara matang, secara ilmiah sebagai pewaris masa depan negara bukannya melakukan tindakan sembrono yang membonsaikan pemikiran masyarakat khususnya anak muda. Anak muda tidak seharusnya dijadikan mangsa eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab demi survival politik melampau mereka.

UMNO seharusnya menghormati lunas-lunas demokrasi dan kebebasan bersuara. Program yang dianjurkan adalah berlangsung di kawasan premis persendirian serta ini merupakan platform untuk rakyat negeri Johor yang telah ditindas bertahun lamanya untuk menyuarakan keperitan dan kepayahan mereka selama ini. Asalkan Bukan UMNO bukanlah satu gerakan yang dinaungi oleh mana-mana parti politik sebaliknya merupakan satu gerakan dari rakyat kepada rakyat. Sewajarnya, UMNO menghormati perbezaan pandangan dan meraikan demokrasi. Ini sahaja platform yang ada untuk rakyat tertindas meluahkan penderitaan mereka apabila media-media cetak dan elektronik telah dirantai oleh rejim Pemerintah.

Hujah biarlah dilawan dengan hujah. Namun jika keras yang dijual maka keras jugalah yang dibeli. Jika baik budi bicara, kami anak muda sedia memberi laluan agar anda berhujah di pentas yang telah kami sediakan, dengan etika dan syarat yang ditentukan seperti yang telah kami lakukan semasa Ceramah Timbalan Presiden PAS di Muar tempohari. Tetapi jika kehadiran mereka ini jelas lagi terang hanya untuk mengacau majlis rakyat, kami anak muda SAMM sentiasa bersedia di barisan hadapan, begitu juga dengan unit amal serta aktivis-aktivis ABU lain. Adalah menjadi tugas anak muda untuk memastikan keselamatan orang ramai ketika kemungkinan pihak berkuasa 'terlepas pandang' dalam menjalankan tugas.

Justeru itu, SAMM Johor akan menggerakkan kesemua aktivis untuk membantu pihak penganjur dalam menjaga keselamatan lokasi program daripada terjadinya tragedi-tragedi seperti di Klang, Selangor dan Semberong, Kluang baru-baru ini. Malahan, beberapa NGO dan NGI telah menyatakan kesediaan untuk bersama dalam mengawal keselamatan orang ramai sepanjang program tersebut berlangsung. SAMM Johor dan rakan-rakan Sekretariat Asalkan Bukan UMNO (ABU) Negeri Johor amat bersedia kali ini untuk berdepan dengan asakan provokasi tidak bertamadun pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini.

SAMM Johor juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput rakyat Johor hadir ke Pidato Pelancaran Asalkan Bukan UMNO (ABU) untuk mendengar luahan teman-teman dari segmentasi masyarakat seperti Bekas Penduduk Tasek Utara dan Plentong Tengah, Generasi Kedua FELDA, Orang Asal, Pekerja dan pelbagai lagi segmentasi masyarakat yang telah menjadi mangsa penindasan rejim UMNO pada :

  Tarikh : 26 Februari 2012 (AHAD)
  Jam : 9 malam
  Tempat : PASTI Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor

Akhir, SAMM Johor sekali lagi menyeru UMNO untuk menghormati lunas-lunas demokrasi serta jangan mengeksploitasi dan meracuni pemikiran anak muda dengan permainan politik kotor, politik ugutan dan politik samseng demi survival politik anda.

ASALKAN BUKAN UMNO !!

Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras SAMM Johor

MIRROR: Jika Pakatan Rakyat Menguasai Putrajaya, Kita Akan TUTUP Operasi Lynas - Anwar Ibrahim

Himpunan Hijau 2.0 yang dijadualkan di padang MPK4 bidang sepanjang Jalan Tanah Putih menunju ke bandar Kuantan akan bermula pada jam 10 pagi ini.

NONEPerhimpunan itu sebagai membantah tindakan Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng yang mahu membina sebuah loji pemprosesan nadir bumi yang berharga RM700 juta. Syarikat berkenaan awal bulan ini mendapat lesen operasi sementara dan kelulusan daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk memulakan operasi mereka.

Penganjur perhimpunan itu malam tadi, membuat pengumuman mengejutkan pada tengah malam tadi di Facebook dengan mengumumkan bahawa mereka akan berkumpul di padang MPK1 di sepanjang Jalan Mahkota pada jam 9.30 pagi.

Menurut mereka, tindakan berkumpul di padang itu yang terletak kira-kira 1.8km dari padang MPK4 bertujuan "mengelakkan kesesakan lalu lintas".

himpunan hijau 2 260212 stage front viewDari padang MPK1 mereka akan berarak ke padang MPK4. Padang MPK1 sebelum ini menjadi pilihan penganjur, namun secara tiba-tiba pada Khamis lalu, pihak berkuasa tempatan -
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) - mula mendirikan pagar dengan alasan untuk "kerja-kerja menaik taraf".

Namun setelah berunding dengan polis pada Jumaat lalu, akhirnya pihak berkuasa bersetuju membenarkan perhimpunan diteruskan dan padang MPK4 diberikan kepada orang ramai yang mahu membuat bantahan itu.

LAPORAN LANGSUNG

11.27am Anwar berucap, jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, mereka akan menutupkan operasi Lynas.

"Kalau kita di Putrajaya, kita akan batalkan Lynas," tegas Anwar.
Menurutnya, gabungan itu tidak akan mempertahankan perkara yang menindas rakyat dan merosakkan alam sekitar.

"Pakatan memberi sokongan kepada kumpulan Anti-Lynas, kita minta semua kaum bersatu kerana ia isu Malaysia.

"Saya nak sampaikan mesej, kepada rakyat dan kerajaan Australia perlu bertanggungjawab dengan keselamatan rakyat Malaysia.

"Kami tidak mahu mengorbankan masa depan kami dengan projek ini," tegas ketua pembangkang itu sambil melaungkan reformasi dan Hidup Rakyat.

Beliau juga menempelak pemimpin yang didakwanya korup dan tidak menghormati kehendak rakyat.

"Mereka hanya faham duit, duit, duit," kata sambil melaungkan tolak rasuah dan bangkit rakyat. Hadirin kemudiannya menyambut laungan itu.

Penganjur selepas itu mengisytiharkan perhimpunan itu sudah berjaya dan berharap beserta bersurai dengan aman.

11:20am: Langit mulai gelap, awam hitam mula kelihatan. Peserta yang membawa anggota keluarga dilihat mula memasuki restoran bagi menghadapi kemungkinan hujan turun.

11:11am: Penganjur membacakan tiga resolusi:

  • membatalkan projek nadir bumi.
  • membatalkan atau mengkaji semula semua projek yang merugikan rakyat Malaysia.
  • pastikan bahawa semua projek-projek pembangunan adalah selaras dengan Piagam Bumi.

11:04am: Presiden Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur meminta orang ramai turut mengambil kira nasib Jalan Sultan di ibu negara yang menurutnya akan menjadi korban pembangunan untuk projek MRT.

NONE"Jalan Sultan untuk semua rakyat Malaysia," kata pengerusi bersama jawatankuasa selamatkan Jalan Sultan.

10:50am Seorang wakil NGO Anti-Lynas berucap dan berkata rakyat kini sedang menunggu MB Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang mahu bersama-sama dalam perhimpunan itu.

"Dia kata, dia akan bersama dengan kita," katanya.

Menurutnya perhimpunan hari ini membuktikan rakyat Malaysia boleh mengadakan perhimpunan dengan aman tanpa provokasi.
Selain itu beliau menyeru semua pihak bertanggungjawab mendengar rungutan rakyat dan menjawab apa yang diingini.

"Kita mahu kerajaan yang mendengar kata rakyat," katanya sambil melaungkan Hancur Lynas dan Bangkit Rakyat

11:57am: Pengerusi BERSIH S Ambiga berucap menyatakan sokongan BERSIH kepada penduduk Kuantan.

NONE"Hari ini, warna kuning berdiri bersama-sama warna hijau," katanya.

Menyentuh isu Lynas, Ambiga berkata keputusan menerima projek nadir bumi itu dibuat oleh orang yang berada jauh darpada Gebeng, tempat ia akan dibina.

Beliau meggesa orang ramai menolak calon pilihan raya yang menyokong projek itu.

10:57am Di Kuantan, sistem audio bertambah baik di MPK4 membolehkan orang ramai mendengar ucapan yang diberikan. Yang tidak dapat mendengar, mereka terus berpesta, antaranya dengan menyanyi.

10:55am
 Di Kuala Lumpur, perhimpunan sama berlangsung di Maju Junction dengan kehadiran kira-kira 500 orang.

NONE10:40am
 Aktivis alam sekitar mula merucap kepada peserta, termasuk aktivis anti-insinerator dari  Cameron Highlands dan kumpulan penentang pembinaan tiang kabel elektrik berkuasa tinggi di Rawang.

10:40am Anwar Ibrahim sampai bersama-sama, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Shamsul Iskandar di Pdg MPK 4.

10:30am
 Semakan pada laman web Lynas Corporation mendapati ia telah digodam.

Penggodam yang menamakan dirinya HackerXL menggantikan laman itu dengan satu lagi laman bertajuk "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia. Jangan jahanamkan negara saya". 

himpunan hijau 2 260212 crowd at 10am 0210:20amPemimpin veteran DAP Lim Kit Siang tiba dan beliau diberi tepukan gemuruh oleh hadirin.

10:17amKumpulan alam sekitar lain juga menggunakan Himpunan Hijau 2.0 sebagai gelanggang menyatakan bantahan mereka.

Antaranya aktivis dari Bukit Koman, Raub menceritakan kepada orang ramai berhubung perjuangan mereka terhadap aktiviti perlombongan emas yang menggunakan bahan kimia beracun cyanide.

Mereka berharap pihak berkuasa akan sedar bahawa nyawa lebih penting daripada keuntungan dan wang, semata-mata.

"Kita tidak janya mahu 1Malaysia, kita juga mahukan 1Malaysia yang sihat," kata seorang wakilnya sambil diberikan tepukan gemuruh.

NONE10:15am Beberapa pemimpin NGO dan Pakatan Rakyat pula dibawa ke pentas. Antara mereka adalah ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh, yang dikenali antara pemimpin paling lantang menentang Lynas.

Jumlah hadirin di padang MPK4 semakin ramai dan dianggarkan tidak kurang 10,000 sedang berkumpul. 

10:05am Gililiran Sasterawan Negara Datuk Samad Said atau lebih popular dengan panggilan  Pak Samad untuk berucap.

Soalnya kepada hadirin "adakah kita mahu meninggalkan (loji) ini kepada anak cucu kita". Peserta perhimpunan terus menjwab "tidak!".

"Jadi apa patut kita lakukan?" soalnya dan hadirin sebulat suara menjerit: "Hancurkan Lynas".

Pak Samad kemudian menggesa rakyat bangkit mempertahankan alam sekitar ini daripada dicemari demi masa depan anak cucu semua.

himpunan hijau 2 260212 hishamuddin rais at stageKatanya, beliau sempat menulis empat buah puisi berhubung Himpunan Hijau dalam beberapa bulan ini.

"Saya ajak rakyat lawan, dan menyediakan 'rimba yang subur' untuk anak cucu kita," katanya.

10:02amHishamuddin kemudian memberitahu orang ramai menurut anggaran pihak penganjur tidak kurang 10,000 sedang membanjiri padang itu.

NONEMemandangkan sistem pembesar suara yang tidak begitu, baik, beliau meminta orang ramai supaya duduk sambil tepuk tangan mengikut rentak gendang yang dipalu.

Beliau kemudiannya mengetuai orang ramai mendedangkan lagu 'Suara Rakyat'  sambil diiringi paluan gendang Cina yang didatangkan khas.

10.00am: Solat hajat baru selesai. Aktivis sosial Hishammuddin Rais memberitahu para hadirin bahawa umat Islam, sebentar tadi berdoa memohon bantuan Allah supaya membantu rakyat bagi memastikan bumi ini tidak dijahanamkan oleh mereka yang korup.

himpunan hijau 2 260212 overview 930amKatanya lagi, mereka juga berdoa agar acara hari ini akan beroleh kejayaan.

Acara Himpunan Hijau 2.0 kini bermula secara rasmi.

Anggaran jumlah hadirin oleh polis menerusi Twitter: 4,000 - 5,000 setakat jam 9.45 pagi. 

9.50am: Di lokasi satu lagi perhimpunan solodariti di Kuala Lumpur, kira-kira 200 orang yang berpakaian hijau berkumpul di Maju Junction.

9.45am Jumlah yang mula memasuki padang MPK4 semakin ramai dan setakat ini sukar bagi menganggarkan jumlah yang datang kerana ramai lagi kelihatan sedang berarak dalam beberapa kumpulan dari Kuantan menuju ke lokasi itu.

NONEKebanyakan yang hadir adalah penduduk sekitar termasuk keluarga mereka yang membawa anak-anak bagi membantah kilang memproses sisas radioaktif itu.

Berdasarkan jumlah orang ramai yang memenuhi lebih separuh daripada padang itu, dipercayai tidak kurang 5,000 orang yang hadir walaupun, acara secara rasmi belum lagi dimulakan. 

9:26am: Pengerusi gabungan Hentikan Lynas Andansura Rabu yang diiringi kira-kira 500 ahli Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) dan aktivis PAS juga mula tiba ke padang MPK4 sambil melaungkan "Kami mahu Lynas ditutup".

himpunan hijau 2 260212 in coming supportersAndansura adalah juga pengarah Badar. Katanya, hanya dengan menutup kilang lynas akan dapat menjamin kesihatan orang ramai.

Bersama beliau adalah naib presiden PAS Salehudin Ayub.Turut dikesan berada di lokasi ini adalah beberpa pemerhati daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan juga Majlis Peguam Malaysia.

9.20am: "Hentikan Lynas", "Hancur Lynas",  "Undur Lynas" dan "Tindas Rakyat" adalah slogan popular yang terus dijerit oleh orang ramai yang berhimpun itu.

9:15am Semakin ramai ahli kumpulan hijau yang dianggarkan 2,000 orang kini bergerak ke padang MPK 4.Sepanjang perjalanan mereka dipantau oleh anggota polis.

NONEMeskipun tidak banyak membuat bising, namun kehadiran mereka disambut oleh penduduk yang membunyikan hon kereta, tanda sokongan terthadap Himpunan Hijau.

Antara pemimpin PKR yang dilihat berarak bersama orang ramai adalah N Surendren, Sivarasa Rasiah dan Lateefah Koya.

9.10am: Meskipin cuaca di Kuantan cerah dan panas, namun di Jalan Song, Kuching - satu lagi lokasi bagi perhimpunan itu, cuaca adalah sebaliknya. Hujan menyebabkan kira-kira 30 aktivis yang berkumpul bagi menunjukkan solidariti mereka, kini bayah kuyup.

Selain Kuantan, beberapa bandar juga mengadakan perhimpunan yang sama di beberapa lokasi di seluruh negara.

NONETindakan itu bagi menunjukkan bahawa rakyat di negara ini tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan mengambil risiko membina kilang radioaktif berkenaan yang dikatakan mungkin mencemarkan alam sekitar dan membahayakan kesihatan orang ramai.

9:05 am Ketika ini kumpulan yang berbaju hijau sedang berjalan di Jalan Berserah menuju ke padang MPK 4.

Polis sebentar tadi memberi kerjasama kepada mereka menunggu rakan-rakan lain yang dari Kuantan dan kawasan sekitar untuk berkumpul di padang MPK 1 sebelum bergerak.

Kira-kira 20 anggota polis juga kelihatan mengawal sekitar padang MPK 1.

NONE9.00am: Jumlah hadirin di padang MPK4, kini dianggarkan 1,500 dengan kumpulan yang membawa belon berwarna hijau pula mengambil tempat.

Jumlah anggota polis yang hadir dianggarkan kira-kira 100 orang dengan dibantu dua ekor anjing. Helikopter yang berlegar-legar di ruang udara terus berbuat demikian.

8.58am: Suasana seolah-olah serperti pesta. Aktivis dari NGO mesra PKR, Jingga 13, mempersembahkan drama mempersendakan Menteri Besar Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

"Sebagai menteri besar berapa banyak awak akan beri saya untuk bina kilang?" soal seorang pelakon.

NONESeorang lagi yang berpakaian sebagai seorang jurutera dengan tertera perkataan "Lynas" pada bajunya menjawab: "RM700 juta!"

"Wow! Saya terima. Saya boleh ke London," jawab 'menteri besar' itu. 

8:51am Ratusan peserta dari Hotel Megaview, kini berada berdekatan padang MPK1. Anggota polis kemudian meminta mereka terus ke padang MPK 4, tempat sepatutnya mereka berhimpun.

Mereka bergerak sambil terus menyanyikan lagu 'Suara Rakyat'.

8:45am Cuaca cerah di Kuantan, dengan semakin ramai yang datang. Dianggarkan tidak kurang 1,000 orang yang sedang berkumpul dan sebahagian besar mereka mencari teduh daripada bahang matahari kerana acara dijadualkan kira-kira sejam lagi.

NONEKumpulan aktivis Jingga 13 sedang memamlu kompang sambil menjeritkan slogan "Hentikan  Lynas".

8:31am Bekas aktivis pelajar Hishamuddin Rais dilihat mengetuai orang ramai sambil menyanyikan lagu "Suara Rakyat" sebelum mereka berarak ke tempat berkumpul di padang  MPK1.

Turut hadir adalah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan juga beberapa anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, termasuk Maria Chin dan Wong Chin Huat.

8:22am Sebuah helikopter polis kelihatan sedang berlegar-legar di bruang udara di kawasan sekitar, dipercayai bagi memantau kawasan sekitar.

himpunan hijau 2 260212 klscah bus 03Beberapa kumpulan NGO dan juga ahli parti-parti politik mula tiba.

Menurut seorang petugas unit amal PAS, PKR dan beberapa NGO itu akan berkumpul di Hotel Sentral di Kuantan manakala PAS pula di berdekatan pasaraya Giant, dan DAP akan berhimpun di berhampiran sebuah pasar.

Katanya, semua kumpulan itu, kemudiannya akan bergerak dan bertemu di padang MPK 4.

8:14am Kebanyakan yang hadir berpakaian serba hijau.

Turut hadir adalah penduduk Bukit Koman yang berkempen menentang perlombongan cyanidedi Raub.

8:10am Jumlah yang datang semakin ramai. Dianggarkan tidak kurang 300 mula berkumpul. Seorang peserta kelihatan membawa bendera Johor, manakala seorang lagi membawa sepanduk berbunyi: "Saya dari Klang, saya tentang kilang nadir bumi." 

himpunan hijau 2 260212 stage early morning8:02am Pengerusi jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau Wong Tack berkata orang ramai diminta berkumpul di padang MPK1 pada jam 9 pagi dan mereka akan berarak ke padang MPK4 dari situ.

Satu lagi, tempat berkumpul adalah di pasar Kuantan dan mereka juga akan berjalan menuju ke padang MPK1 sebelum ke padang MPK4.





Sent from my Samsung Galaxy Tab

Hormati Demokrasi, Hentikan Aksi Samseng Menjelang Pelancaran ABU Negeri Johor



Hebahan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor)
25 Februari 2012

Hormati Demokrasi, Hentikan Aksi Samseng Menjelang Pelancaran ABU Negeri Johor

Menjelang program Pelancaran Gerakan Asalkan Bukan UMNO (ABU) Peringkat Negeri Johor pada 26 Februari ini di mana SAMM Johor turut terlibat sebagai penggerak Asalkan Bukan UMNO (ABU) Johor, semalam beberapa aktivis SAMM Johor telah menerima kecaman dan ugutan dari individu-individu semasa memasang poster-poster promosi program tersebut di beberapa tempat sekitar Pasir Gudang. Malahan, beberapa poster-poster promosi program tersebut telah dikoyakkan, diconteng dan disabotaj oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini, dalam beberapa siri program Pelancaran Gerakan Asalkan Bukan UMNO (ABU) di negeri-negeri lain telah berlaku provokasi dan gangguan tindakan tidak bertamadun yang gemar melacurkan minda anak muda. Sehubungan itu, SAMM Johor merasakan segala ugutan-ugutan, kecaman-kecaman dan tindakan mensabotaj poster-poster promosi ini hanya bertujuan untuk menakut-nakutkan aktivis kami dalam berjuang menentang rejim korup. SAMM Johor percaya tindakan ini adalah langkah awal pihak-pihak lawan sebelum aksi samseng digunakan semasa program pelancaran ini berlangsung Ahad nanti. Bahkan baru-baru ini, kita dikejutkan dengan aksi ganas sekumpulan anak muda upahan di Sembrong, Kluang hingga menyaksikan cermin kereta Ketua Pembangkang Malaysia pecah.

SAMM Johor dengan tegas menyatakan bahawa kami tidak akan bertoleransi dengan pihak-pihak yang menjajah minda anak muda dengan anasir politik sebegini. Seharusnya, UMNO dan Parti Politik yang ada di Malaysia mendidik anak muda untuk berpolitik secara matang, secara ilmiah sebagai pewaris masa depan negara bukannya melakukan tindakan sembrono yang membonsaikan pemikiran masyarakat khususnya anak muda. Anak muda tidak seharusnya dijadikan mangsa eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab demi survival politik melampau mereka.

UMNO seharusnya menghormati lunas-lunas demokrasi dan kebebasan bersuara. Program yang dianjurkan adalah berlangsung di kawasan premis persendirian serta ini merupakan platform untuk rakyat negeri Johor yang telah ditindas bertahun lamanya untuk menyuarakan keperitan dan kepayahan mereka selama ini. Asalkan Bukan UMNO bukanlah satu gerakan yang dinaungi oleh mana-mana parti politik sebaliknya merupakan satu gerakan dari rakyat kepada rakyat. Sewajarnya, UMNO menghormati perbezaan pandangan dan meraikan demokrasi. Ini sahaja platform yang ada untuk rakyat tertindas meluahkan penderitaan mereka apabila media-media cetak dan elektronik telah dirantai oleh rejim Pemerintah.

Hujah biarlah dilawan dengan hujah. Namun jika keras yang dijual maka keras jugalah yang dibeli. Jika baik budi bicara, kami anak muda sedia memberi laluan agar anda berhujah di pentas yang telah kami sediakan, dengan etika dan syarat yang ditentukan seperti yang telah kami lakukan semasa Ceramah Timbalan Presiden PAS di Muar tempohari. Tetapi jika kehadiran mereka ini jelas lagi terang hanya untuk mengacau majlis rakyat, kami anak muda SAMM sentiasa bersedia di barisan hadapan, begitu juga dengan unit amal serta aktivis-aktivis ABU lain. Adalah menjadi tugas anak muda untuk memastikan keselamatan orang ramai ketika kemungkinan pihak berkuasa 'terlepas pandang' dalam menjalankan tugas.

Justeru itu, SAMM Johor akan menggerakkan kesemua aktivis untuk membantu pihak penganjur dalam menjaga keselamatan lokasi program daripada terjadinya tragedi-tragedi seperti di Klang, Selangor dan Semberong, Kluang baru-baru ini. Malahan, beberapa NGO dan NGI telah menyatakan kesediaan untuk bersama dalam mengawal keselamatan orang ramai sepanjang program tersebut berlangsung. SAMM Johor dan rakan-rakan Sekretariat Asalkan Bukan UMNO (ABU) Negeri Johor amat bersedia kali ini untuk berdepan dengan asakan provokasi tidak bertamadun pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini.

SAMM Johor juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput rakyat Johor hadir ke Pidato Pelancaran Asalkan Bukan UMNO (ABU) untuk mendengar luahan teman-teman dari segmentasi masyarakat seperti Bekas Penduduk Tasek Utara dan Plentong Tengah, Generasi Kedua FELDA, Orang Asal, Pekerja dan pelbagai lagi segmentasi masyarakat yang telah menjadi mangsa penindasan rejim UMNO pada :

  Tarikh : 26 Februari 2012 (AHAD)
  Jam : 9 malam
  Tempat : PASTI Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor

Akhir, SAMM Johor sekali lagi menyeru UMNO untuk menghormati lunas-lunas demokrasi serta jangan mengeksploitasi dan meracuni pemikiran anak muda dengan permainan politik kotor, politik ugutan dan politik samseng demi survival politik anda.

ASALKAN BUKAN UMNO !!

Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras SAMM Johor



Sent from my Samsung Galaxy Tab

Friday, February 24, 2012

50 Budak-Budak Umno Serang HQ Keadilan ! [UPDATED]


Ketika Pakatan Rakyat mengambil sikap berdemonstrasi di hadapan kedutaan US dalam isu bakar Al-Quran, Barisan Nasional pula hadir ke Tropicana kononnya membantah kenyataan Anwar.

Menurut laporan yang diterima, lebih kurang 50 penyokong Umno kini sedang berarak menuju ke HQ PKR. Manakala pihak polis dan FRU tidak bertindak seperti yang diharapkan.


Lebih pelik dan menghairankan, mengapa golongan munafiq ini tidak berada di Pelabuhan Klang dan melihat sendiri betapa banyaknya kontena yang tertera lambang kemegahan zionis iaitu ZIM dengan bintangnya sekali. 



Dimaklumkan juga, PERKASA turut berada dalam kumpulan ini. Merujuk kepada gambar di atas, dua orang macha berbaju oren itu adalah wakil PERKASA. JATI pula tidak kelihatan, mungkin kerana mereka belum cukup seJATI.

Oleh kerana tiada siapa yang berada di HQ ketika ini (Semua tumpu ke himpunan Anti-Lynas di Kuantan), maka tiada siapa yang mahu terima memorandum yang dihantar.

Akhirnya, Umno-BN-Perkasa boys left the memorandum atas meja security guard; Mungkin wakil United Myanmar Nepal Organisation akan menerima memo tersebut ketika keadaan sudah tenang. Selesai...


EDYES
Buat kelakar jer... kah kah kah

Gambar: Fahmi Fadzil

Untuk maklumat isu hubungan dagang Malaysia-Israel sila klik link di bawah 


Jadual Kapal Kontena Israel Berulang-alik Ke Malaysia

Video Kapal ZIM dan Ulasan Edyes


dan klip wajib tonton - Kamilah Penyamun 

Isu Lynas: Padang MPK Atau Banjiri Jalanraya di Bandar Kuantan



KENYATAAN TERBUKA
SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA
24 FEBRUARI 2012

Isu Lynas: Padang MPK Atau Banjiri Jalanraya di Bandar Kuantan

Dua hari menjelang Himpunan Hijau 2.0 bagi membantah pembinaan pusat memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), lokasi tapak perhimpunan yang dicadang iaitu Padang MPK(1) telah dipagar dan ditutup untuk orang ramai. Alasan untuk menaiktaraf padang adalah tidak masuk akal memandangkan tiada cacat celanya padang tersebut menurut pandangan ramai.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat penutupan Padang MPK(1) adalah satu tindakkan bacul dan tidak 'gentleman' oleh seorang menteri besar yang telah berada di tampuk kuasa selama berbelas tahun. Hasrat Menteri Besar Pahang untuk melihat sejauh mana sokongan anti-lynas berlangsung di Kuantan adalah satu lagi retorik apabila satu demi satu halangan terancang diwujudkan.

Pada peringkat awal iaitu dua hari lalu, sebuah notis telah memberi maklum bahawa MPK akan menganjurkan perlawan Futsal di padang yang sama manakala hari ini pula padang tersebut telah dipagar. Ini tindakkan terdesak oleh pihak yang takut akan kebangkitan rakyat khususnya menjelang perhimpunan anti-lynas. Tindakkan ini juga memberi gambaran betapa Menteri Besar Pahang panik sesudah memberi lampu hijau untuk rakyat berhimpun secara aman menyatakan bantahan.

Di atas penipuan ini juga, rakyat yang akan hadir dalam Himpunan Hijau tidak mempunyai pilihan apabila padang yang sepatutnya cukup untuk memuatkan 20 ribu kehadiran yang dijangka, akan melimpah ke seluruh jalanraya di bandar Kuantan. 

SAMM memberi kata dua buat kerajaan negeri Pahang samada untuk membuka kembali padang MPK(1) atau bertanggungjawab di atas kebanjiran demonstran ke jalanraya seluruh bandar Kuantan selama beberapa jam himpunan berlangsung. Jika jalanraya adalah pilihan, sila beri kerjasama dengan menjaga lalulintas dan kawalan trafik.

Akhir, SAMM mengambil kesempatan ini untuk menyeru rakyat dari seluruh pelusuk negara supaya turut sama hadir berhimpun 26 Febuari ini di Kuantan dan beberapa spot lain untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan pusat janakuasa yang berorientasikan radiasi dan semua harus percaya projek Lynas ini bukan hanya masalah untuk rakyat negeri pahang tetapi juga merupakan malapetaka berjangka buat setiap rakyat di seluruh negara.


EDY NOOR REDUAN (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM

Anda Semua Dicabar Untuk Hayati Video Ini dan Terjemahkannya Membentuk Sebuah Menifestasi !




Program ABU seterusnya ialah di Masjid Tanah Melaka malam ini, Buntong Ipoh malam esok, dan malam lusa di Pasir Gudang Johor.

Klik di sini untuk melihat jadual penuh roadshow ABU

Ayuh turun melihat keunikan program ceramah di Melaka, di mana akan berlaku dua ceramah dalam jarak lingkungan 30-50 meter... Kita berpentas kerana tidak punya ruang di media arus perdana, mereka berpentas pula untuk apa?

Thursday, February 23, 2012

Padang MPK (1) Siap Sedia Untuk di Tawan!! Turun Ahad Ini!!

 
 


 

SAMM Melaka: Penyokong Umno Biadap!



Sidang Media Pelancaran ABU peringkat negeri Melaka. Sila lihat klip video di atas dan lihat juga gambar-gambar di bawah;



Sepatutnya hujah dilawan dengan hujah, kami sedia memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk turut serta berucap di atas apa jua kontradisi sebagai jalan menolak sebarang cubaan anasir untuk menggagalkan program!

Ayuh hadir beramai-ramai ke Pelancaran A.B.U Melaka, berikut adalah maklumat tentatif;

Melaka - Masjid Tanah

Tarikh: 24hb Feb 2012 (Jumaat)
Masa: 8.30mlm
Tempat: Markas Pas Hujan Panas, Masjid Tanah
Pemidato:
1) Che'GuBard (SAMM)
2) Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)
3) Arul (PSM)
4) YB Khoo Poey Tiong (ADUN Ayer Keroh)
5) Haris Ibrahim (NGI)
6) Khalid Ismat (Aktivis Mahasiswa)
7) Pemidato dari kalangan rakyat
Pertanyaan: 012-2478016 

dan kepada warga selangor di Semenyih dan Beranang serta kawasan yang sewaktu dengannya, sila hadir malam ini di Pelancaran A.B.U Selangor, tentatif di bawah;

Selangor - Semenyih

Tarikh: 23hb Feb 2012 (Khamis)
Masa : 8.30malam
Tempat : Dewan Orangramai Beranang, Selangor
Pemidato :
1) Arul (PSM)
2) Khalid Samad (PAS)
3) Haris Ibrahim (NGI)
4) Adam Adli (Aktivis Mahasiswa)
5) Pemidato dari kalangan rakyat
Pertanyaan: 016-3245550
 
Klik di sini untuk melihat jadual penuh roadshow ABU

Video Klip Terbaik - Kami Penyamun !! (WAJIB TONTON!!!!!!!!!)





Untuk maklumat isu hubungan dagang Malaysia-Israel sila klik link di bawah 


Gambar Sekitar Bantahan Anti-Israel di WestPort, Klang












 
 

Israel halang kapal bantuan mendekati Gaza, mengapa tidak boleh kita halang kapal Israel menjengah tanah air kita?
Petang semalam di WestPort, tiada seorang pun wakil Umno yg hadir! Apakah mereka sebenarnya sokong kemasukkan anasir yahudi? Di mana Pejuang Islam seJATI? Apakah kita semua hanya pasrah membenarkan zionis keluar masuk negara ini?
Kalau anda tidak mampu berjuang lwn Israel di Westbank, kini sekurang-kurangnya anda boleh berjuang lawan Israel di Westport kerana mengikut jadual di sini, pelabuhan-pelabuhan dalam negara akan menerima kunjungan lebih banyak kapal Israel. 
SAMM turut hadir dalam demo ini sebagai tanda bantahan kehadiran anasir zionis menjengah tanah air kita. 


EDYES
PP SAMM

Wednesday, February 22, 2012

Pentas #ABU Seterusnya: Beranang 23hb(Esok) dan Masjid Tanah 24hb(Lusa) !!





Tanpa mengira sebarang fahaman kepartian, semua dijemput hadir... Asalkan Bukan Umno !!

Selangor - Semenyih

Tarikh:
23hb Feb 2012 (Khamis)
Masa : 8.30malam
Tempat : Dewan Orangramai Beranang, Selangor
Pemidato :

1) Arul (PSM)
2) Khalid Samad (PAS)
3) Haris Ibrahim (NGI)
4) Adam Adli (Aktivis Mahasiswa)
5) Pemidato dari kalangan rakyat
Pertanyaan: 016-3245550


Melaka - Masjid Tanah

Tarikh: 24hb Feb 2012 (Jumaat)
Masa: 8.30mlm
Tempat: Markas Pas Hujan Panas, Masjid Tanah
Pemidato: 
1) Che'GuBard (SAMM)
2) Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)
3) Arul (PSM)
4) YB Khoo Poey Tiong (ADUN Ayer Keroh)
5) Haris Ibrahim (NGI)
6) Khalid Ismat (Aktivis Mahasiswa)
7) Pemidato dari kalangan rakyat
Pertanyaan: 012-2478016

Untuk maklumat Roadshow seterusnya sila klik di sini 



Untuk maklumat isu hubungan dagang Malaysia-Israel sila klik link di bawah 


dan anda semua dijemput untuk bersama 'lawan' Israel
 

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan